BERITA BAIK BUAT NOH UDANG- STADIUM NAK BUAT BARU....TENGOK BETAPA BAGUIHNYA PH...TAK SALAH PUN BN....PH BINA BARU TERUIH...

 



Bina semula Stadium Shah Alam babit kos RM787 juta, kata Amirudin



Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, berkata pembangunan baharu Stadium Shah Alam akan dilaksanakan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), dijangka siap pada 2026.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasiliti sukan sekitarnya dengan kos ditetapkan sekitar RM787 juta.

Menteri Besar Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri, hari ini, menyerahkan surat niat (LOI) kepada MRCB selepas melalui proses yang panjang dan teliti bermula 2013 melibatkan 15 syarikat.

“MRCB dipilih berdasarkan kemampuan teknikal dan kewangan mereka, malah syarikat itu pernah terlibat dengan projek baik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2017 dengan kos berjumlah RM1 bilion,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, Amirudin menyaksikan penyerahan LOI tersebut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Kasim kepada Naib Presiden Eksekutif MRCB Dell Akbar Khan Hyder Khan, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Amirudin berkata, projek itu akan dilaksanakan secara perkongsian awam-swasta dengan MRCB akan menanggung kos pembangunan tanpa menggunakan dana awam dan syarikat itu akan dianugerahkan pertukaran tanah kawasan sekitarnya untuk dibangunkan.

Katanya, projek tersebut dijangka bermula seawal tahun hadapan dan dijangka siap pada 2026 seiring dengan pembinaan stesen Aliran Transit Ringan (LRT) 3, yang berdekatan dengan kawasan kompleks berkenaan.

“Stadium Shah Alam ini akan diinspirasikan berdasarkan Stadium Ajax Amsterdam dengan kapasiti sekitar 60,000 ke 70,000 penonton,” katanya.

Beliau berkata, Stadium Shah Alam berusia 28 tahun itu mengalami kerosakan termasuk bilik persalinan, bekalan elektrik, tempat duduk penonton ekoran tiga kejadian banjir pada 2006, 2015 dan tahun lalu.

Kos pembinaan stadium tersebut menelan belanja RM400 juta dan dirasmikan, pada 16 Jul 1994.

Katanya, kos penggantian bumbung polikarbonat menelan belanja antara RM500 hingga RM1,000 sekeping.

Amirudin berkata, satu pameran mengenai pembangunan kompleks itu akan diadakan pada September ini agar orang ramai dapat memahami rancangan pembangunan berkenaan dan turut boleh berkongsi maklum balas mereka di pameran itu.

Anwar bukan beban pada PKR!, Tajuddin jumpa PM isu duta, Sanusi sebak mo...

Anwar, Rafizi saling melengkapi PKR menuju PRU15 - Akmal


Angkatan Muda Keadilan yakin gandingan Presiden PKRM Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden mampu melengkapi antara satu sama lain dalam mengemudi parti menghadapi PRU15. Ketuanya yang bakal berundur, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kedua-dua tokoh berkenaan memiliki pengalaman yang dapat membantu kepada kemenangan parti.

YA...AMPUN...ZUNAR MOHON MAAF PADA JIB


 

OTAI REFORMIS SERU KEADILAN KEMBALI BERPADU USAI KONGRES


SIASAT SEGERA PUNCA BENCANA BANJIR BALING


PEMIMPIN YANG BELUM LALUI FITNAH DUNIA DAN SEKSA DIPENJARA ...JANGAN SEMBANG SOAL PERJUANGAN


 

LAAAA....BADUT NI LAGI- LAMA TAK JENGOI- NI SAJA KA KENYATAAN MEDIA NAK HENTAM ANWAR IBRAHIM......LAAAA...AWAT MISKIN SANGAT AGENDA UNTUK MEMBANTU RAKYAT ATAU MEJADI PARTI YANG MAMPU MEMBINA KEKUATAN SENDIRI ?


 

LEPAS MELINGKUP SEMUANYA DAN MENTERI PUN BANYAK DAH YANG KENYANG DAN MASIH LAGI MENJADI LIABILITI PADA RAKYAT..LANGKAH JIMAT CERMAT BARU NAK MULA....KEH..KEH

 

MOF keluar pekeliling baharu, arah penjimatan besar-besaran kerajaan


Harits Asyraf Hasnan
MOF keluar pekeliling baharu, arah penjimatan besar-besaran kerajaan
Antara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut termasuk sasaran Kementerian Kewangan melaksanakan penjimatan peruntukan mengurus sekurang-kurangnya lima peratus. - Foto MOF
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Khamis mengeluarkan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam seiring mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.
Dokumen sembilan halaman yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon bertarikh 14 Julai 2022.
Garis Panduan itu menyatakan bahawa Kementerian, Jabatan, Agensi, Badan Berkanun Persekutuan serta Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) hendaklah menyusun semula program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan dengan memastikan tidak membuat 'trade-off' ke atas program dan aktiviti yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan telah mengambil langkah untuk melaksanakan subsidi barangan perlu (essential goods) serta kawalan harga bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara dan rakyat.
"Peningkatan subsidi sedia ada terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi baharu seperti elektrik dan ayam telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan Kerajaan.
"Perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.
"Dengan itu, Kerajaan seharusnya melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat," memetik kandungan dokumen tersebut.
Antara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut termasuk sasaran Kementerian Kewangan melaksanakan penjimatan peruntukan mengurus sekurang-kurangnya lima peratus.
Antara penjimatan yang digariskan termasuk melibatkan pejawatan, kontrak, elaun, aset, penganjuran acara, iklan, pelaburan, rizab dan perbelanjaan pembangunan.
Dilampirkan Pekeliling Perbendaharaan tersebut:
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia

ASET PETRONAS DISITA, SEMUANYA BERMULA DI ZAMAN NAJIB- RAFIZI RAMLI

 

Sejak berita mengenai tindakan waris Kesultanan Sulu menyita aset PETRONAS tersebar, Dato’ Seri Najib Tun Razak bertubi-tubi menyerang kononnya ia berpunca dari kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan.

Lebih jahat lagi, beliau mengalihkan pandangan rakyat kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membina persepsi perkauman kononnya pentadbiran Pakatan Harapan melantik tokoh bukan Melayu yang akhirnya menggadaikan kedaulatan negara.

Ini permainan persepsi yang cuba dimainkan oleh Najib untuk dua tujuan:

Pertama, untuk terus memainkan politik perkauman menjelang Pilihanraya Umum 15 (PRU).

Kedua, untuk mengalihkan pandangan rakyat dari fakta sebenar iaitu tindakan undang-undang yang membawa kepada kejadian aset PETRONAS disita sebenarnya bermula akibat dari keputusan semasa beliau Perdana Menteri. Malah, pentadbiran beliau telah dimaklumkan mengenai perkara ini seawal 2017.

Semakan ke atas kertas keputusan proses timbang tara (“arbitration”) bertarikh 28 Februari 2022 jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib telah dimaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan menyita aset ini.

Saya sertakan kertas keputusan timbang tara sebanyak 124 muka surat untuk makluman rakyat Malaysia.

https://drive.google.com/file/d/138QshyOfyt3RNCWBTak2Hyo8izV5WhWh/view?usp=sharing

Rujuk muka surat 23 di bawah tajuk “The Initial Phase of the Proceedings”, perenggan 21 secara jelas menyatakan bahawa “penuntut (waris Kesultanan Sulu) telah menyerahkan notis awal menyatakan hasrat untuk memulakan proses timbang tara, bertarikh 2 November 2017 di Kedutaan Malaysia di Madrid.”

Rakyat juga sedia maklum pentadbiran Najib juga yang membuat keputusan menghentikan bayaran (mengikut perjanjian yang diwarisi Kerajaan Persekutuan) kepada waris Kesultanan Sulu dalam tahun 2013.

Hakikatnya, keseluruhan aset negara yang dimiliki oleh syarikat dan badan kerajaan seperti PETRONAS, MARA dan lain-lain kini terdedah kepada tindakan disita akibat kecuaian dan kegagalan Najib semasa menjadi Perdana Menteri.

Mujurlah aset yang dikenakan tindakan sita itu telah pun dijual oleh PETRONAS terlebih dahulu dan semua hasil urusniaga telah dipulangkan. Kita bernasib baik kerana pimpinan PETRONAS lebih bijak merancang dan menangani risiko berbanding Najib dan menteri-menterinya dahulu.

Ketika notis bertarikh 2 November 2017 itu diserahkan, Najib sedang terperangkap dengan skandal 1MDB dan sebahagian besar tumpuan pentadbirannya dalam setahun terakhir sebelum kalah PRU14 adalah untuk menutup skandal tersebut.

Perangai tidak malunya yang meneruskan pembohongan dengan cuba mengalihkan pandangan kepada orang lain tidak boleh diambil mudah.

Oleh itu, saya akan menyusun, mulai minggu depan, supaya satu laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Najib Razak atas kegagalan dan kecuaiannya yang menyebabkan harta-harta negara milik PETRONAS dan badan-badan lain terdedah kepada tindakan sita di seluruh dunia.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan

15 Julai 2022.

ADA LAGI KAH YANG DOK MAIN CATOR NAK KHEMAH BESAR..KHEMAH BESAR- JANGAN SAMPAI TERSASAR....KOT NANTI MENYESAL...

 


Kongres AMK PKR: Politik 'khemah besar' buang masa, percaturan sia-sia - Akmal Nasir


Firdaus Azil
Kongres AMK PKR: Politik 'khemah besar' buang masa, percaturan sia-sia - Akmal Nasir
Akmal Nasir berkata, pendirian AMK jelas dan konsisten, selari dengan majoriti akar umbi parti yang tidak mahu PKR terus hanyut. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disarankan untuk menghentikan langkah ‘khemah besar’, iaitu perbincangan mengenai persiapan bersama parti-parti lain untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir berkata, pendirian Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu adalah jelas dan konsisten, selari dengan majoriti akar umbi parti yang tidak mahu PKR terus hanyut dengan politik 'khemah besar' (penyatuan parti politik).Berucap buat kali terakhir sebagai Ketua AMK, beliau berkata, pendirian tegas sayap itu bukan bermaksud mereka sombong atau tidak mahu berkawan dengan parti-parti lain.
 “Sehingga kini, perbincangan 'khemah besar' berkisarkan kepada siapa nak jawatan, tokoh Melayu mudah lupa tak suka siapa, esok nak berkawan tapi bersyarat, lusa tak nak kawan balik, maaf cakap, ini buang masa kalau dilayan dan tiada hasil!
“Janganlah tiru sikap musuh kita di sebelah sana, mengatur langkah politik sepanjang masa demi membebaskan tengkok daripada hukuman penjara mahupun mencatur dan melobi untuk kaut jawatan atau kekayaan yang seterusnya,” katanya lagi.Akmal berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar beliau sempena Kongres Nasional Tahunan AMK bagi sesi 2021-2022, hari ini.
Susulan pemilihan parti yang baharu berakhir, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim, bakal menggantikan Akmal sebagai ketua AMK bagi sesi 2022-2024, selepas menewaskan Ketua AMK Pulau Pinang Fahmi Zainol.
Berucap lanjut, Akmal berkata, politik 'khemah besar' itu ibarat perbuatan sia-sia catur-mencatur dan PKR serta PH sebaliknya perlu menggunakan masa yang masih tinggal untuk tumpukan kepada isu-isu rakyat.
“Sekiranya kita ada political will untuk move on, ikhtiar melalui Pakatan Harapan tumpu sepenuhnya membela rakyat boleh menghidupkan kembali semangat pendokong PH dan sekali gus mengembalikan penglibatan dan kerjasama akar umbi parti-parti komponen.
“Pada masa yang sama, kita perlu meraikan usaha mendekati pengundi atas pagar seperti kempen ‘Ayuh Malaysia’ yang dapat mengupas idea-idea melalui dasar dan polisi radikal yang melangkah kehadapan, menyedarkan masyarakat mengenai potensi dan peluang yang diperoleh apabila Keadilan diberikan peluang untuk memimpin,” katanya lagi.
Mengakhiri ucapannya, Akmal berkata, beliau yakin dengan pilihan seluruh anggota PKR yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Presiden parti, serta memilih Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden yang baharu.
Akmal berkata, beliau menzahirkan sepenuhnya sokongan buat kedua-dua pemimpin tersebut untuk bergandingan, dan menerajui parti dalam menghadapi PRU15.
“Setiap kedua-dua mereka mempunyai peranan besar yang mampu saling melengkapi antara satu sama,” katanya lagi.

TAK BOLEH MASUK TU TAK BOLEH LA...SYARAT DAH ADA.....JANGAN DOK BUAT QAMAI SANGAT LA....

 

Kongres AMK: Ahli bukan sengaja dihalang masuk, tapi tak lepasi syarat - Setiausaha AMK



Firdaus Azil
Kongres AMK: Ahli bukan sengaja dihalang masuk, tapi tak lepasi syarat - Setiausaha AMK
Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, berdasarkan semakan, kumpulan berkenaan tidak menepati dua syarat yang ditetapkan, bagi membolehkan mereka menyertai kongres tahunan itu. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Tidak timbul isu perwakilan sengaja dihalang masuk dalam Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda (AMK), seperti yang didakwa beberapa pihak pagi ini, kata Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab.
Beliau berkata, berdasarkan semakan, kumpulan berkenaan tidak menepati dua syarat yang ditetapkan, bagi membolehkan mereka menyertai kongres tahunan itu.
Selain itu, katanya lagi, terdapat juga anggota parti yang mendaftar sebagai pemerhati, namun juga masih tidak dibenarkan masuk kerana kapasiti dewan yang penuh.
 “Pertamanya, yang boleh masuk adalah perwakilan, yang tak boleh masuk itu bukan perwakilan. Nak jadi perwakilan dalam AMK kena penuhi dua syarat, pertamanya cabang tu kena buat Mesyuarat Agung tahunan, lepas itu kena hantar laporan bersekali dengan tandatangan untuk sahkan cukup korum.
“Keduanya, cabang itu mesti mengikut proses pemilihan yang sempurna, iaitu setiap cabang kena ada sekurang-kurangnya lapan pencalonan, terdiri daripada ketua, timbalan ketua, naib ketua, dan lima ahli jawatankuasa. Kurang satu, maka cabang itu dikira tidak layak bertanding,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita, bagi mengulas insiden kekecohan yang berlaku sewaktu permulaan sesi kongres AMK pagi tadi.
Ahmad Syukri berkata, pihak sekretariat sejak awal lagi mempamerkan senarai 75 cabang, diwakili 675 anggota untuk hadir ke kongres tersebut.
Awal pagi ini, sekumpulan ahli dihalang memasuki kongres tersebut, sehingga berlaku kekecohan dan perang mulut dengan petugas keselamatan.
Bagaimanapun salah seorang daripada kumpulan terbabit menyalahkan kepimpinan cabang yang lama kerana tidak membuat mesyuarat tahunan tersebut, dan akibatnya terpaksa ditanggung oleh kepimpinan yang baharu.
Selain itu portal Malaysiakini melaporkan ahli AMK Kota Raja, Danish Hairudin sebagai berkata, sekatan itu melanggar perlembagaan parti, yang memberi hak kepada pemimpin cabang untuk menghadiri kongres kebangsaan.
Sementara itu, Ketua AMK Cabang Klang, Mohamad Shahrul Adnan berkata, peraturan yang diguna pakai pihak sekretariat untuk menghalang mereka masuk, adalah bercanggah dengan perlembagaan parti sendiri.
“Untuk makluman, perkara 10.3.3 Peraturan Tetap AMK 2014 sendiri telah bercanggah dengan Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat dimana menurut fasal 17.2C menyatakan ..
"Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, tiga orang Naib Ketua Cabang, Ketua Angkatan Muda Cabang dan Ketua Wanita Cabang, dan lima orang wakil yang dipilih sebagai perwakilan di Mesyuarat Agung Cabang,” katanya lagi.
Mohamad Shahrul berkata, Fasal 17.2 telah menjamin hak semua pimpinan teratas di peringkat cabang (G7) yang menang pemilihan parti untuk menjadi perwakilan tanpa syarat wajib perlu diadakan Mesyuarat Agung Cabang pada tahun sebelumnya oleh pimpinan lepas.

TUUUU DIAAAAA....NUSI APA CRITA ?.....NEGERI HANG BUKAN MAJU MANA PUN..SG PETANI TU SEBAB DEKAT DENGAN PENANG..LIMPAHAN PERUMAHAN YANG LEBIH MURAH SEBAB INDUSTRI DI PENANG DAN PRAI....

 

Flat Colombia' digempur, 42 individu ditahan


Adie Sufian Zulkefli
'Flat Colombia' digempur, 42 individu ditahan
Seramai 169 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 dan 2 turut dipanggil bagi mengepung kawasan flat itu. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Seramai 42 individu ditahan apabila sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Bahagian Siasatan Jenayah seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) mengempur kawasan rumah pangsa di Sungai Petani pada Khamis.
Ketua Polis negeri Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, polis melakukan serbuan ke kawasan yang diberi gelaran 'Flat Columbia' itu selepas mendapati ia menjadi sarang aktiviti jenayah dan penjualan serta penagihan dadah.
Katanya, seramai 169 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 dan 2 turut dipanggil bagi mengepung kawasan flat itu.
Jenayah | ‘Flat Colombia’ digempur, 42 individu ditahan
“Flat Columbia ini dikatakan menjadi sarang aktiviti pengedaran dan penagihan dadah selain pelbagai masalah sosial dan jenayah.
Operasi turut tertumpu kepada orang dikehendaki serta gangsterism, kontraban, bengkel haram dan judi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Hassan berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 36 lelaki dan enam wanita termasuk lapan daripadanya dikehendaki polis kerana pelbagai kesalahan.
Dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup, dawai tembaga dan air ketum.
Sebanyak 78 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan penghuni flat terbabit.
Jelas Wan Hassan operasi seumpama ini akan diteruskan bagi memastikan aktiviti jenayah dapat dikurangkan dan masyarakat dapat menjalani kehidupan tanpa berada dalam keadaan ketakutan.

MESTI LAWAN RASUAH KAN ?

 


Semoga segala tindakan kita adil...bukan sekadar gimik politik saja....


ASUWADI ISMAIL III






Dulu, kes pemandu mabuk, kes sajat, kes hina Islam.. PH dijadikan liabiliti, disalahkan, diserang habis habisan..sehingga org melayu benci PH..

PAS menjadikan isu ini agenda utama mereka, malah Harakah Daily tak kering dakwat nak tulis pelbagai artikel kononnya Islam terancam dan diancam walaupun ada yang 404 lepas tu..

Aku ingat dgn jelas masa tu.. dan tak akan lupa sampai kiamat bagaimana PAS menjadikan Islam sebagai alat berpolitik, dibawa pelbagai isu seolah PH anti Islam dan menghalang usaha untuk bentang RUU 355, tak cukup lagi, diangkutt walaun bodoh kena kencing berhimpun dipadang Merbuk, itulah bahana bila Islam dijaja..

Sekarang, PAS dah jadi kerajaan walaupun masuk melalui lorong hanyir pelacur yang diketuai Hadi Awang, dapatlah jawatan Duta gaji buta, dapatlah tiga orang menteri kayu PAS yang tak berfungsi langsung dlm kerajaan..

Salahkah aku guna balik strategi PAS dulu yang menghentam PH , untuk menghentam PAS sekarang.?? Tak adillah jika PAS boleh, aku tak boleh...

Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.

RMS.


AMARAN BUAT KARTEL : Keadilan mahu jadi parti terkuat, terbesar selepas PRU15 - Saifuddin Nasution

 

Firdaus Azil
Keadilan mahu jadi parti terkuat, terbesar selepas PRU15 - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, PKR bercadang untuk menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN yang akan ditandingi pada pilihan raya umum seterusnya. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk bertanding di semua kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum yang lepas, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Abdullah.
Sewaktu berucap merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan di Shah Alam hari ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, perkara itu telah diputuskan pimpinan parti sewaktu sesi rapat umum beberapa bulan lepas.
Selain itu, Saifuddin berkata, PKR juga bercadang untuk menambah bilangan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum seterusnya, bagi memastikan parti itu menjadi terbesar dan terkuat dalam Pakatan Harapan.
“Temu rapat itu juga bersetuju untuk Keadilan bertanding semula di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang kita menang pada PRU 2018. Semua kerusi kita menang kita masuk bertanding balik.
“Temu rapat itu juga buat keputusan, jika mendapat persetujuan dengan parti parti sahabat dalam Pakatan Harapan, kita nak tambah lagi kerusi untuk Keadilan tandingi, dengan harapan kita muncul sebagai parti terbesar dan terkuat,” katanya lagi.
Kongres AMK, yang dilakukan serentak dengan Kongres Wanita Keadilan kali ini, menyaksikan perwakilan bakal memilih 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat untuk setiap sayap berkenaan.
Saifuddin selanjutnya berkata, PKR akan memasuki PRU ke-15 dengan matlamat menang dan memerintah, dan jika berjaya mendapat mandat rakyat, calon Perdana Menteri mereka kekal Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, Saifuddin, yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, negara kini di ambang pelbagai masalah, sehingga menggugat pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Atas sebab itu, beliau berkata, PKR ingin menawarkan beberapa penyelesaian dalam menangani isu negara, untuk dijadikan pertimbangan bagi rakyat yang akan memilih sewaktu PRU akan datang.
“Pertama, membanteras rasuah. Tawaran kita kepada rakyat Malaysia, kalau nak ubah kedudukan negara, kita kena ubati penyakit nombor satu, iaitu rasuah dalam negara yang tahapnya seperti endemik.
“Keadilan kena tampil dengan tekad dan tawaran yagn meyakinkan rakyat, kebetulan tema kongres – Bina Keyakinan Rakyat. Kita kena tunjuk bahawa kita ini benci dan tak mahu langsung rasuah,” katanya lagi.
Perkara kedua, kata Saifuddin, ialah menstruktur semula ekonomi bagi kemakmuran bersama, dan tidak lagi terlampau memberi fokus kepada syarikat gergasi, sepertimana amalan ketika ini.
“Era ekonomi negara untuk meniru Jepun, tiru Korea, tiru kuasa besar ekonomi seharusnya dah sampai masa untuk diteliti. Kita perlu menstruktur semula ekonomi negara yang mengutamakan syarikat besar, saudagar besar, kartel dan sebagainya.
“Sudah sampai masa untuk kita utamakan industri kecil dan sederhana. Data Malaysia mencatatkan jumlajh IKS berdaftar setakat 2020, jumlahnya mencecah 1.151 juta, bersamaan 97 peratus daripada jumlah keseluruhan perniagaan yang didaftarkan,” kata Saifuddin.
Beliau berkata, ketika ini hanya tiga peratus syarikat besar, tetapi kumpulan itu lah yang dilihat sering mendominasi perolehan kerajaan, termasuk tender dan kontrak.
Perkara terakhir, kata Saifuddin, ialah keperluan untuk meluaskan jaringan keselamatan sosial rakyat negara ini.
Kita harus mengangkat angkat idea, bahawa jurang kualiti perkhidmatan harus didekatkan. Hospital, klinik, sekolah, jalur lebar, pengangkutan, di Padang Terap, di Hulu Rajang, Lahad Datu, tidak sepatutnya berbeza dengan Damansara, Ipoh, Johor Bahru, dan Petaling Jaya.
“Sekolah di Lahad Datu mesti kemudahannya setanding sekolah Damansara. Pengangkutan di Sibuti mesti setanding dengan seremeban, Tak perlu kita nak obses dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) tetapi agihan mengikut wilayah terus berat sebelah,” tegasnya lagi.

BERDIRI TEGUH DI BELAKANG PRESIDEN

 




BERDIRI TEGUH DI BELAKANG PRESIDEN

Anwar Ibrahim bukan sahaja gah di dalam partinya, tetapi juga diiktiraf oleh pimpinan parti-parti dalam PH. Jika dahulu, Almarhum Tok Guru Nik Aziz sendiri tidak berselindung menyatakan Anwar Ibrahim adalah tokoh yang paling layak untuk diangkat menjadi PM kerana trek rekodnya sewaktu berada dalam kerajaan suatu ketika dahulu. Sebelum itu, Almarhum Ustaz Fadzil Noor juga mengiktiraf Pengerusi PH ini sebagai bakal PM sekiranya barisan Pembangkang waktu itu dapat membentuk kerajaan.

Tokoh-tokoh dunia lebih-lebih lagi dari dunia Arab dan golongan ulamak tersohor dunia sering memuji ketokohan anak Cheruk To'Kun, Permatang Pauh ini sebagai bakal PM yang dinanti-nantikan. Beliau pernah disenaraikan dalam kedudukan 50 tokoh popular dunia mengatasi Tun Mahathir Mohamad. Pernah juga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan

terbaik

Asia oleh sebuah majalah ekonomi terkemuka.

Di negara kita, nama Anwar Ibrahim amat dibenci oleh para kapitalis, taikun-taikun dan politikus korup. Manakala di dalam parti Keadilan itu sendiri, ada segelintir yang cemburu dengan ketokohan Anwar dan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan imej Presiden Keadilan yang menang tidak bertanding ini. Justeru itu, sesiapa sahaja yang menunjukkan ketaatan dan hormat kepada Anwar sebagai ketua, mereka dicop dan digelar sebagai pembodek Presiden.

Oleh kerana adanya segelintir yang bersikap demikian, tidak peliklah jika musuh-musuh politik Anwar Ibrahim seperti Mahathir, Mukhriz, Daim, Khairuddin 'otak udang' dan gerombolannya saban hari menyerang Anwar.

Percayalah, warga Keadilan di akar umbi tidak akan berdiam diri sekiranya Presiden mereka dihina dan dicerca atau difitnah. Kalaupun tiada pimpinan tertinggi yang lain mahu melindungi Presiden, biarkan kami di bawah bangkit untuk mempertahankannya walaupun kami hanya ahli biasa.

Kongres Keadilan yang bermula hari ini hingga Ahad pasti akan memperlihatkan sokongan padu buat Presiden. Kalau ada pihak yang cuba memperlihatkan sikap tidak menghormati Presiden, elok lupakan saja.

Keadilan harus berdiri di belakang seorang jeneral iaitu Anwar Ibrahim. "Kalau Anwar ikut kanan, jangan kita ikut kiri".

WFAUZDIN NS