MACAM MACAM CERITA PAKAR

 

Pakar buat analisa kata begini. Ahli akar umbi pula mahunya begitu. Berbeza dengan analisa pakar. Jadi parti nak ikut mana?

Macam ni je la pakcik. Pakar-pakar tu buat analisa berdasarkan data yang dia dapat daripada akhbar arus perdana.
Mereka bukan kelas marhaen. Pakar ni semuanya orang kaya. Pejabat berpendingin hawa. Kerusi mereka empuk.
Mereka tak kenal pun pengundi. Makan mereka pun apa yang pengundi boleh berangan je. Jadi mereka tak tahu sentimen pengundi.
Ditambah dengan sikap akhbar arus perdana yang cukup pandai belitkan fakta. Wartawan negara kita kan sikit sangat yang beretika.
Jadi bagaimana nak kata analisa pakar itu tepat?
Berbanding dengan ahli akar umbi. Mereka inilah marhaen. Mereka tahu sentimen semasa. Mereka berada dalam sentimen tersebut.
Jadi kalau parti lebih suka dengar kata penganalisa maka parti dah jadi parti elit. Parti yang tak peduli sentimen dan suara marhaen.
Dalam PRU14 Rafizi dapat mengagak sentimen rakyat dan atur strategi yang tepat kerana dia turun dapatkan suara rakyat.
Berbagai ramalan pakar masa tu. Cuma Rafizi yang dilihat berlainan daripada ramalan orang lain. Jadi dia sering ditertawakan.
Tapi bila tiba PRU, jelas apa yang dikatakan oleh Rafizi betul. Yang lain ke laut. Kenapa? Bukan sebab dia ahli nujum. Tapi sebab dia dengar suara rakyat.
Jadi bila pakar kata betul, ianya tak tentu lagi betul. Pemimpin kena faham tu. Sebab yang dipanggil pakar itu bukan marhaen. Mereka kayangan.
Kalau nak berjaya, dengar suara akar umbi. Walau mungkin berbeza dengan pandangan sendiri. Kena raikan. Jangan dok harap akar umbi macam walaun PAS. Terima saja bulat bulat tanpa berfikir.
Aku sekadar menyampaikan pesan. Macam biasa, aku bukan pakar jadi cakap aku tak laku. Cukuplah setakat suarakan yang terbuku di hati. Guane boh?


RAFIZI TUNJUK REAKSI POSITIF

 

Sehingga kini Rafizi Ramli masih belum memberi jawapan yang jelas sama ada beliau akan kembali ke arena politik atau sebaliknya.

Menielang pemilihan PKR April ini, ramai yang mendesak dan menyuarakan harapan agar bekas Ahli Parlimen Pandan itu segera membuat keputusan.

Apatah lagi, pemilihan PKR kali ini boleh dianggap penentuan untuk seseorang itu akan dipilih sebagai calon PRU15 atau tidak.

Dalam kes Rafizi, kedudukannya lebih istimewa lagi kerana jika beliau setuju kembali aktif dalam PKR, jawatan yang semacam telah disediakan untuknya ialah Timbalan Presiden PKR.

Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Azmin Ali dan kosong berikutan pengkhianatannya terhadap PKR dan kini menyertai Bersatu.

Bermakna, kalau beliau mengumumkan mahu kembali sebagaimana pemintaan banyak pihak dalam PKR itu, bukan saja kerusi Timbalan Presiden sudah terjamin, malah menjadi calon dan menang di Parlimen Pandan juga boleh dianggap terjamin sama buatnya.

Sebab itu, ramai yang mahukannya segera membuat keputusan, di tambah lagi keadaan politik negara yang semakin tidak menentu sekarang ini.

Soalnya, apakah Rafizi mahu kembali aktif atau sebaliknya?

Respon Rafizi semalam berkenaan keperluannya membuat comeback barangkali memberi sedikit petunjuk yang positif ke arah itu.





Selain ingin memohon petunjuk Tuhan, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak lain, termasuk keluarga dan perniagaan yang diuruskannya.

Ternampak Rafizi sendiri sedar keadaan yang tidak menentu sekarang ini, sebab itu katanya – Bila kita ambil jalan politik, niatnya kena betul.

Untuk sementara, dengan responnya yang positif itu, biar Rafizi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan langkah yang hendak diambilnya itu terlebih dahulu dan semoga selepas ini, PKR tidak lagi kehilangannya. – ShahbudinHusin 13/02/2022/

MUFTI INI TUJU KEPADA SIAPA ?



May be an image of text






MMMS


Saya tidak tahu Mufti ini tuju pada siapa bila kata pada "pemimpin-pemimpin politik Pakatan Harapan (PH)", kalau nak tuduh sesuatu, petik nama bagi jelas, jangan nak lempar batu sembunyi tangan dan hanya pandai bermain sentimen.

Mutfi juga tidak menyebut kes yang mana jadi saya andaikan ini adalah kes tentang Indra Ghandi dan bekas suaminya Ridhuan yang telah memeluk Islam dan bawa lari anak mereka.

Saya tak faham kenapa Tuan Mutfi obses sangat dengan PH, padahal masa Indra Ghandi failkan saman terhadap IGP, negara ini di perintah oleh Perikatan Nasional yang tuan Mutfi idamkan.

Dan kes ini juga bukan kes baru, ia bermula dari zaman BN di bawah pimpinan Najib Razak.

Negara kita ini ada undang-undang, jadi ikutlah saluran undang-undang.

Tahun 2016 lagi Mahkamah Persekutuan suruh IGP tangkap Ridhuan, sampai sekarang tak tertangkap, lepas itu apa salah pimpinan PH pula?

Bila Indra Gandhi saman Polis sebab tak tangkap bekas suami dia masa Oktober 2020 (ini masa Muhyiddin jadi PM), IGP, KDN masukkan saman pencelah nak batalkan saman tadi pada Januari 2021 (masih di bawah Muhyiddin lagi).

Pada Julai 2021 (masih di bawah Muhyiddin) , Mahkamah Tinggi tolak permohonan AGC batal saman Indra maknanya kes Indra Ghandi saman Polis ada merit.

Pada bulan yang sama, AGC rayu pula ke mahkamah rayuan untuk batal keputusan yang di buat oleh hakim mahkamah tinggi yang mana hanya akan di dengar di dengar pada April 2022 nanti.

Saya tak pasti adakah satu kesalahan polis kalau ada pemimpin PH yang tolong buat repot polis tentang kes ini padahal report polis adalah berpelembagaan.

Kalau hanya berapa pemimpin sahaja yang tolong buat laporan polis mungkin atas kapasiti peguam, tak adillah mufti pukul rata.

Betul kes melibatkan perbezaan agama adalah sangat sensitif dalam negara ini, tapi apa guna kalau mutfi yang pegang gelaran sahibus samahah ( yang memiliki sifat toleransi) hasut sana sini tanpa bagi fakta yang jelas.

Kita nak Islam di pandang tinggi di negara kita tak berguna kalau sembunyi fakta dan cherry pick issue. Dalam masa yang sama kita hendak mempertahankan aqidah anak tersebut, kita tak boleh juga nafikan hak ibu dia berjumpa dengan anaknya sebab itu mahkamah ada ruang

terbaik

untuk capai keputusan menang-menang bagi dua-dua pihak.

Kalau situasi yang sama di terbalikkan, adakah mutfi akan bising tentang hak dan keadilan?

Dari 2016 lagi dah ada literature review tentang benda ini "Akses Kepada Keadilan Dalam Komuniti Pelbagai Agama"

Baca balik keadilan baju besi antara Khalifah Sayyidina Ali r.a Dan Lelaki Yahudi.

Isu sensitif macam ini perlu di bawa di parlimen di di gubal undang-undang yang berkenaan sebab libatkan 2 set undang-undang sivil dan syariah.

Pindaan dalam 51 Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Pindaan 2004) juga perlu ada pindaan melihat pada kes pasangan yang islam dan bukan Islam.

Itu yang Dr Mujahid cuba buat dulu hendak selaraskan undang-undang syariah sebelum PH jatuh akibat pengkhianatan.

Tapi macam mana parlimen nak bincang bab selaras undang-undang syariah, di zaman kerajaan Melayu Isley, harga telur dan harga ayam pun tak boleh kawal. Bezanya tak ada orang meratib Islam terancam lagi macam dulu.

Tidak cukupkah lagi kerosakan yang telah berlaku di zaman kerajaan Melayu Isle yang awak dambakan, kini masih mahu menunding jari pada orang lain?

Bertakwalah tuan mufti, sesungguhnya adil itu menghampiri takwa sebagaimana ayat 8 surat Al-Maidah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan karena Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Karena (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

Wallahualam.

 


Ibu dikecam gara-gara biar anak kecil panjat pintu grill, siap rakam buat video lagi

 


Ibu dikecam gara-gara biar anak kecil panjat pintu grill, siap rakam buat video lagi


Selain menunjuk kan kasih sayang untuk anak melalui barang barang kesukaan, ibu bapa juga perlu memenuhi keperluan psik0logi kanak-kanak dalam bentuk kasih sayang dan per hatian. Juga kata doa untuk anak adalah penting untuk di titipkan setiap hari.

Semua kanak-kanak mempunyai tanggapan dan per sepsi yang berlainan tentang apa itu kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Jadi ibu bapa perlu mainkan peranan penting untuk sentiasa tunjuk kan rasa kasih sayang itu.

Anak kecil sememang nya aktif dan teruja untuk mencvba semua p3rkara yang mereka rasakan seronok. Kata orang, jika anak-anak aktif dan l4sak, maka mereka ter golong dalam kalangan anak anak yang bijak. Sejauh manakah kebenaran itu?

“Anak kau main handph0ne? Lemah…”

Perkongsian dari @alanteva90 menerima k3caman ramai akibat membiar kan anak lelakinya yang masih ter lalu kecil, memanjant tingkap ‘grill’ mereka.

Lebih buat netizen geram apabila dia hanya membiar kan tanpa menegur atau menyuruh si cilik tersebut turun dari tempat berbahaya tersebut.

Kalau jatuh menangis tak berlagu...”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati sebilangan netizen mengecam tindakan mereka yang tidak menghalang anak dari panjat tingkat tersebut, manakala sebahagian lagi mengatakan itu adalah perkara biasa dalam proses tumbesaran anak lelaki yang aktif dan sihat.

Ni kalau terbiasa buat, masa korang busy anak sibuk jadi spiderman, besok2 masuk berita…”. “Adik saya dulu panjat 6 inci je patah bahu…”.”Pandai nya dia biasalah anak jantan…”.

Antara komen dari warga net yang menyelar tindakan ibu ini.

PRN Johor: Tiada guna pilih PN, pemimpinnya kian membawa diri keluar parti





Persaingan sengit politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini seharusnya berlaku di antara Pakatan Harapan (PH) dan BN sahaja.

Pengundi sepatutnya tidak lagi menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik yang berwibawa dan mampu membawa suara mereka ke peringkat negeri mahu pun nasional.

Bagi Ketua Srikandi KEADILAN Tanjong Karang, Atiqah Syairah Shaharuddin, PRN Johor kelak akan menjadi medan pertempuran menenggelamkan naratif mana mana parti yang tidak sesuai dengan kehendak politik rakyat menuju Pilihan Raya Umum ke 15.

Katanya, PN yang semakin kucar kacir dan pemimpin Bersatu semakin memilih meninggalkan parti itu akan menjadi pemangkin kepada merudumnya gabungan itu selepas PRN kali ini.

"Haluan yang dibawa oleh rata-rata pengikut Azmin dan Zuraida (perancang Langkah Sheraton) adalah bukan lagi untuk bersama PN

"Ini jelas membuktikan retorik mereka keluar daripada KEADILAN untuk membina satu pembaharuan politik adalah falasi demokrasi.

"Kegagalan mereka untuk mendapatkan tempat di dalam parti (Bersatu) serta masyarakat adalah gambaran sebenar masa depan mereka menjelang PRU15," katanya.

Atiqah juga mengingatkan rakyat Malaysia terhadap mantan Ketua Srikandi KEADILAN, Nurainie Haziqah yang dahulunya meninggalkan KEADILAN kerana kononnya hilang keyakinan kepada idealisme parti lalu menyertai Bersatu dan kini menyertai Muda pula, mungkin atas alasan sama, hilang kepercayaan kepada parti itu.

"Dalam era sebuah kerajaan yang mempunyai seribu satu kelemahan, pastinya ada oportunis-oportunis yang gemar mengambil jalan singkat dan mewujudkan pseudo-kepembangkangan yang akhirnya mengelirukan rakyat.

"Namun, saya yakin kebijaksanaan rakyat dalam memilih dan mengundi.

"Jika pengikut para pemimpin yang jelas telah merompak demokrasi dalam Langkah Sheraton pun telah memilih untuk tidak bersama mereka (Bersatu), mengapa perlu rakyat Johor perlu memilih Perikatan Nasional lagi," katanya.

 

 

Fiqhul kona- ADA YANG KENA KAPIAQ NANTI


JAMZURI ARDANI


FIQU KNA

 September 2020, ILHAM Centre kata strategi penyatuan Melayu yang digunakan oleh Umno dan Pas dalam PRK tidak akan bertahan lama.

Mengulas pandangan itu beliau berkata, kalau ada pihak yang cuba menggugat penyatuan ummah, itu kerja syaitan.
Kenyataan beliau itu dilapor secara meluas oleh media pada waktu itu.
Februari 2022, beliau berkata, kestabilan politik boleh dicapai jika Umno-BN tidak lagi memerintah. Perangai BN, makan semeja satu lauk tapi tikam belakang.















Sentuhan fizikal: Nasihat timbalan menteri wanita gagal memahami realiti - Nurul Izzah

'' failed to upload. Invalid response: RpcError



Nasihat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff menyarankan wanita untuk mengambil pendekatan berlembut dengan suami manakala suami menggunakan sentuhan fizikal yang "lembut" kepada isteri sekiranya tidak mendengar nasihat dipertikaikan banyak pihak.


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, nasihat seumpama itu tidak cukup untuk menyelesaikan masalah pertelingkatan rumah tangga yang ada kalanya mencapai tahap keganasan dan meningkat di sepanjang pandemik Covid 19.


"Pandemik hanya menyaksikan peningkatan dalam keganasan rumah tangga dengan sejumlah 9,015 kes dilaporkan, kebanyakannya terhadap wanita. ‘Nasihat' oleh Timbalan Menteri ini nyata tidak membantu dan bertentangan dengan realiti dan keperluan semasa," katanya dalam hantaran di Facebook.


Beliau turut berkata, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek mengadu menerima banyak kes kes keganasan rumah tangga yang tidak terbendung dan seharusnya kerajaan menanganinya secara lebih berkesan.


"Fadhlina Sidek berkongsi betapa aktivis wanita yang mengurus kes keganasan rumahtangga sudah burn out mengendalikan kes-kes keganasan rumahtangga. Tazkirah seperti ini boleh mengundang salah faham yang serius dalam masyarakat," katanya lagi.


Nurul Izzah juga memuatkan pendapat cendekiawan Islam Dr Jasser Auda yang mengatakan sudah tiba masanya fiqh Islam mengenai keganasan rumahtangga diperbaharui bagi menyelaraskan tingkah laku umat dengan nilai-nilai keadilan, belas kasihan, kebijaksanaan, kebaikan dan kasih sayang.


Semalam, Siti Zailah mengeluarkan video beberapa tips kepada pasangan suami isteri untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.


Tips itu termasuk memberitahu wanita untuk mengambil pendekatan berlembut dengan suami manakala suami menggunakan sentuhan fizikal yang "lembut" kepada isteri sekiranya tidak mendengar nasihat.


Dalam video pertama Siti Zailah berkata wanita yang berdepan kemarahan suami perlu menunggu sehingga suami berada dalam keadaan tenang sebelum menegur suami.


TANAH REZAB MEAYU DI SETIAWAN DIJUA DAN KINI BERNIAI 1 B

 

ABDUAH MAT ISA


Gambar ini merupakan keadaan Tanah Rizab Melayu seluas 1600 ekar di Mukim Sitiawan, Perak dan dimiliki oleh Bangsa Bukan Melayu dengan membeli tanah ini bernilai RM80 ribu seekar (sila rujuk gambar catatan carian persendirian)

Untuk makluman tanah ini telah diluluskan kepada Bukan Melayu pada tahun 2012 walaupun tanah tersebut masih status Rizab Tanah Melayu.
Hasil siasatan tanah ini diluluskan kepada Bukan Melayu sebelum PRU13 dan yang memain peranan adalah Perak Official No. 1 ketika itu dengan bantuan Pegawai-Pegawai yg menguruskan Hal Ehwal Tanah Negeri Perak.
Dianggarkan tanah tersebut dibeli dengan harga RM130 juta dan hari ini disekeliling tanah tersebut telah dibangunkan Projek Rumah PRIMA seluas lebih 3000 ekar (Rizab Tanah Melayu) oleh Kontraktor Bukan Melayu.
Laporan sindiket jual beli tanah tersebut telah dilaporkan kepada pihak Polis pada September 2020 dan pada Disember 2020 juga telah dilaporkan kepada pihak SPRM Negeri Perak.
Namun sehingga hari ini langsung tiada khabar berita tentang status laporan kes tersebut yang boleh diklasifikasikan kes berprofil tinggi dengan melibatkan tanah yang hari ini dianggarkan bernilai RM1 billion.







KETIKA PH , JOHOR MENERIMA FDI LANGSUNG YANG BANYAK

 PH ketika mentadbir Johor selama 22 bulan ada kelemahan dan kegagalan juga. Fakta ini tidak dinafikan malah perlu diakui. Tetapi PH berjaya dalam banyak perkara ketika mentadbir Johor kurang dua bulan untuk genap dua tahun.

Satu perkara yang menjadi kejayaan utama kerajaan PH di Johor ialah dari segi menarik pelaburan langsung asing (FDI).
Kerajaan PH telah mengadakan lawatan menarik pelaburan asing secara agresif dalam tempoh 22 bulan ia berkuasa. Hampir setiap bulan Exco yang bertanggungjawab dalam perusahaan antarabangsa telah dihantar ke beberapa pusat ekonomi dunia untuk membawa pelaburan ke Johor.
Hasil dari usaha yang bersungguh-sungguh itu, maka Johor telah muncul sebagai negeri yang paling banyak menarik modal asing dari pertengahan 2018 sehingga awal tahun 2020, sebelum kerajaan PH Johor ditumbangkan angkara pengkhianatan politik.
Kejayaan ini adalah fakta, bukan retorik, bukan propaganda pilihan raya.
Jadi dalam PRN Johor sekarang ini, PKR dan PH menawarkan diri supaya dipilih sekali lagi oleh rakyat Johor.
May be an image of 1 person
3

BEZA KES NAJIB DAN ANWAR





ABDULLAH MAT ISA

Beza Kes Anwar dan Najib
Kes Anwar :
Fakta : Banyak bercanggah dan meragukan.
Bukti : Tiada bukti kukuh, kaitan bukti dan keterangan saksi juga bercanggah dan meragukan. Dahi Saiful hitam mcm Razman Kastam, tapi boleh tak mandi wajib, tak solat beberapa hari.
Saksi : Keterangan saksi pendakwaan pn dh banyak bercanggah. Fakta dan bukti kes pun ke laut dan cukup meragukan.
Hukuman : Penjara.
Ini FITNAH
----------------------------------------
Kes Najib :
Fakta : Banyak bukti secara terang2an dan tidak dinafikan oleh Najib sendiri (pernah menipu dan akhirnya mengaku duit masuk akaun peribadi).
Bukti : Bukti kukuh. Ada bukti hitam putih menyebut secara jelas. Dalam bentuk laporan audit negara pun ada. Kaitan bukti dan keterangan saksi juga tidak bercanggah.
Saksi : Keterangan dan pengakuan saksi pendakwaan dan pembelaan pn selari. Dgn sokongan fakta dan bukti yg ternyata tidak wujud keraguan munasabah pun. Kes cukup kuat.
Hukuman : Penjara.
Ini FITNAH lagi???


 

PASANGAN TIONGHUA INI BINA SURAU UNTUK PEKERJA MUSLIM SOLAT

 Tokey kedai berbangsa Cina buat surau, mudahkan orang Islam solat apabila masuk waktu

Menyentuh hati, Pemilik kedai berbangsa cina bina surau untuk bulan ramadhan. SETIAP kali tiba waktu solat, kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami-isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan kerana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat. Premis yang terletak di Pandan Kapital, Pandan Indah Kuala Lumpur itu menyediakan surau lelaki dan wanita lengkap dengan tempat mengambil wuduk bagi memudahkan pelanggan dan orang ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah itu mengerjakan solat.

Pemilik kedai tersebut, Lee Chee Win dan Yong Siew Ching berkata, surau itu dibina sejak 13 tahun lalu yang pada awalnya untuk memudahkan pekerjanya menunaikan solat tanpa perlu keluar ke surau atau masjid yang jaraknya lebih jauh.

Pemilik kedai berbangsa Cina bina surau, puasa di bulan Ramadan… siapa sangka kisah di sebaliknya cukup menyentuh hati!

Ruang solat ini dibina sejak 13 tahun lalu

Lee, 63, berkata, sejak itu juga surau tersebut mula menjadi tumpuan pelanggan dan pekerja pusat beli-belah itu yang ingin tumpang solat sebelum dia dan isterinya mengambil keputusan membukanya kepada orang ramai. “Niat asal kerana ingin memudahkan pekerja saya solat tetapi tidak sangka pula surau itu mendapat perhatian bukan sahaja pekerja di pusat beli-belah ini tetapi pengunjung pusat beli-belah yang datang.

“Sudah tentu saya gembira surau yang kami buat itu boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai orang dan bersyukur dapat bantu orang Islam solat apabila masuk waktu,” katanya yang menjalankan perniagaan di situ sejak tahun 2000. Saya tidak pernah menganggap kedatangan mereka untuk solat sebagai menggangu perniagaan kami.

Lee memberitahu surau yang dibina itu asalnya adalah tempat mempamerkan barang jualan, namun mengambil keputusan mengubahnya kepada dua bilik untuk menempatkan surau lelaki dan wanita. Boleh memuatkan dua ke tiga orang pada satu-satu masa, Lee memberitahu dia turut membina tempat mengambil wuduk selain meletakkan tirai mandi untuk menjaga aurat kaum wanita.

“Tiga tahun lalu saya buat pengubahsuaian pada lantai yang sebelum ini menggunakan karpet kepada jubin kerana lebih mudah dijaga dan diselenggara.

Tidak hanya ruang solat, pasangan ini turut membina tempat mengambil wuduk. “Saya juga sediakan kelengkapan solat seperti sejadah, kain pelikat dan telekung bagi memudahkan pengunjung,” ujarnya. Meskipun negara sedang dilanda pandemik, Lee berkata, mereka tetap membuka surau itu namun menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wab4k.

Malah orang ramai yang menggunakan surau itu juga patuh dengan SOP, malah akan beratur menunggu giliran selain membawa kelengkapan solat sendiri. Sementara itu, Yong, 52, pula memberitahu dia tidak pernah berasa terganggu apabila kedainya sering didatangi orang ramai yang ingin menggunakan surau berkenaan setiap kali masuk waktu solat.

Sebaliknya menganggap hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama perlu saling bantu-membantu serta bertolak ansur agar semua dapat hidup dalam harmoni.

“Saya tidak pernah menganggap kedatangan mereka untuk solat sebagai mengganggu perniagaan kami. Jika ya, sejak awal kami tidak buka surau itu untuk kegunaan awam. Apa kami lakukan ini adalah berasaskan rasa hormat dan ingin memudahkan orang beragama Islam menunaikan solat,” ujarnya.

Menyentuh hati, Pemilik kedai berbangsa cina bina surau untuk bulan ramadhanDi sebalik kisah surau itu, Yong berkata, dia sebenarnya cakna tentang agama Islam memandangkan dia mempunyai seorang anak angkat berbangsa Melayu dikenali sebagai Nik Aliza Abdullah yang kini berusia 37 tahun.

Yong berkata, dia mengambil wanita berasal dari Terengganu itu sebagai anak angkat sejak 20 tahun lalu memandangkan anaknya itu tinggal sebatang kara di Kuala Lumpur.

“Nik Aliza pernah bekerja dengan saya ketika dia mula-mula datang ke Kuala Lumpur. Orangnya sangat baik dan saya berasa kasihan apabila melihatnya hidup sebatang kara di bandar besar ini.

Menyentuh hati, Pemilik kedai berbangsa cina bina surau untuk bulan ramadhan

“Sejak itu saya mengambilnya sebagai anak angkat dan menjaganya sehingga dia kini sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung. Jelasnya lagi, sejak anak angkatnya itu hadir dalam hidup mereka sekeluarga, Nik Aliza banyak mengajarnya tentang agama Islam malahan mereka sekeluarga turut berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan. Malah tiga anak Nik Aliza juga dijaga olehnya dan tidak pernah menganggap cucunya itu sebagai orang luar.

“Saya sayang mereka macam cucu sendiri malah mereka cukup rapat dengan kami sekeluarga… Ketiga-tiga mereka juga fasih berbahasa Mandarin dan Hakka. Tahun Baru Cina pun kami berkumpul bersama dan mereka cukup teruja dapat berjumpa dengan tiga lagi sepupu mereka yang lain.

“Saya tidak pernah melihat perbezaan agama atau kaum sebagai masalah sebaliknya kasih sayang dan hormat menghorm4ti sesama manusia itu jauh lebih penting,” katanya.