SEJARAH TERCATAT BAHAWA KERAJAAN MADANI BERJAYA MENJADIKAN PRAMUGARI AIR ASIA MEMAKAI TUDUNG.



 Sejarah tercatat

1970 an zaman mak ayah kita pergi sekolah pakai skirt serta  tidak bertudung  dan pelajar lelaki hsnya memakai seluar pendek 






1986 menteri pelajaran masa itu mengubah dasar dengan menggalakkan pemakaian tudung di sekolah.. Dan pelajar lelaki  dibenarkan berseluar panjang..


2025 ; sejarah sama tercatat menteri pelajaran yang sama yang kini menjadi perdana menteri telah mengubah dasar pemakaian tudung untuk pramugari setelah bertahun2 tidak dibenarkan bertudung 


Alhamdulillah..tq pmx





KULIT TELOR BOLEH DIMANFAATKAN.



Rozmal Malakan






 Selalu buang kulit telur? Sebenarnya, bahagian yang sering dipandang remeh ini boleh jadi rahsia untuk tanaman lebih subur.


Setiap kali memasak, kulit telur yang dibuang menyimpan khasiat yang sangat berguna sebagai baja semula jadi.


Seorang lelaki berusia 50 tahun berasal dari Yogyakarta dan kini menetap di Jakarta Selatan tampil mendedahkan ideanya menjual kulit telur untuk pasaran dalam talian.


“Dapat 3.6 juta rupiah (RM943.31) sebulan hanya sebab suka-suka kumpul kulit telur. Jadi setiap kali makan telur, saya tak buang kulitnya.


“Tak sangka boleh jana pendapatan juga. Ini apa yang saya buat,” kongsi lelaki dikenali sebagai Waluyo di Thread.


Kisah ini bermula apabila Waluyo berasa sayang untuk membuang sisa kulit telur yang digunakan dalam penyediaan makanan di rumah.


Sejak tahun 2022, dia mula mengumpulkan sisa kulit telur tersebut.


“Waktu itu kira-kira dua hingga tiga tahun lalu, kebetulan saya ada jalankan perniagaan bakso telur di rumah. Kulit telur makin lama makin banyak terkumpul.


“Saya pun jadi buntu nak buang ke mana. Nak buang begitu saja rasa macam tak sampai hati, daripada situlah timbul idea,” kongsinya


Berbekalkan sebuah telefon pintar, Waluyo mula mencari idea di internet tentang apakah manfaat yang boleh diperoleh daripada kulit telur.


Menurutnya, dia menggunakan pendekatan Search Engine Optimization (SEO) 


“Saya kaji melalui SEO, apa sebenarnya kandungan kulit telur ni/ Rupanya, kandungan kalsiumnya sangat tinggi. Ini pasti ada banyak kegunaan, dan tentu ramai yang perlukan,” jelasnya.


Tanpa berlengah, Waluyo mula membersihkan kulit telur, menumbuknya sehingga menjadi serpihan kecil, dan kemudian membungkusnya dalam plastik.


Waluyo turut berkongsi bahawa hasil jualan awal kulit telur itu digunakan semula untuk membeli lebih banyak kulit telur daripada golongan ibu-ibu dan tukang kek.


Dengan sistem perniagaan yang berasaskan kitaran ini, dia akhirnya berjaya menjana pendapatan tetap.


“Alhamdulillah, sejak tahun 2024, pendapatan bulanan daripada jualan kulit telur telah mencecah Rp 3.6 juta sebulan dan kekal hingga sekarang,” katanya.


Apa yang lebih mengejutkan, pelanggan Waluyo kini bukan sahaja dari kawasan sekitarnya, tetapi turut datang dari luar Pulau Jawa, menandakan permintaan yang semakin meluas.


“Tak sangka, sisa buangan macam ni boleh jadi rezeki. Cukup untuk menyara keluarga, anak dan isteri,” kongsinya.


https://www.malaysiadateline.com/dulu-buang-kini-jadi-sumber-rezeki-kulit-telur-bawa-pulangan-lebih-rm900-sebulan



TIMBALAN PRESIDEN KENA KETUAI KEMPEN.

 


KEH KEH KEH... PELAQ NI WAKALIAMPUT...

 


TUBUH PARTI BARU TAK MUDAH

 

Jamzuri Ardani


Tubuh parti baru nie tak mudah. Hati kena keras. Tokoh hebat macam Ku Li dan Tun M pun tersadai bila tubuh 46 dan Pejuang. Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang diasaskan oleh tokoh politik veteran Kadir Sheikh Fadzir pun tenggelam. Zaid Ibrahim tubuh Parti KITA pun tak kemana. Ini semua parti yang diasaskan oleh tokoh hebat dan punya sumber kewangan yang besar. 


Kawan-kawan dalam ISMA ambil alih Parti Berjasa pun semput. Kawan-kawan dalam IKRAM cuba tubuh parti Bahtera setakat ni belum nampak kelibat. Ini parti yang ditubuh dan digerakkan oleh aktivis organisasi yang telah melalui proses tarbiyah dan perkaderan yang panjang.


AMANAH, BERSATU, dan WARISAN adalah 3 parti politik baharu yang nampaknya masih teguh dipersada politik. 


AMANAH agak istimewa kerana parti ini ditubuhkan tanpa tokoh besar dan tanpa sumber kewangan yang banyak. Tetapi ia didokong oleh para aktivis parti yang tegar dan berpengalaman. 


Adapun ramai aktivis parti yang bersama Amanah ini kebanyakannya berpengalaman sebagai pembangkang. Mereka tahan ditekan dan tahan dicela. Dikafirkan pun ada. 


Bila parti ini jadi kerajaan, ada dikalangan mereka jadi kekok. Yang jadi menteri pun kekok, yang tak pegang jawatan dalam kerajaan pun jadi kekok. Masing-masing sedang mencari rentak tersendiri dalam dunia politik yang baharu. 


Kekekokan ini wajar difahami dan diurus dengan baik. Perspektifnya pelbagai. Kuncinya, jadilah pendengar yang baik.