Pelajar tidak perlu hadir sekolah lebih sebulan, PdPR 2 minggu selepas cuti Aidilfitri - Radzi

INI MEMANG SALAH peniaga burger ni. SALAH dia ialah dia jadi
Rakyat Marhaen. Dia sepatutnya jadi Artis, VVIP, ahli politik parti KERA jaan,
Menteri dan org2 kaya tentu tak jadi lagu ni kan?
Tapi..biarlah ramai lagi Rakyat kena mcm ni, tiba PRU15 baru
depa KERA jaan PNkhianat ni ada akai.
Wallahualam.
- Zus Din
26 April 2021
*****************************
Peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana operasi lebih waktu
Seorang peniaga burger, yang menjalankan perniagaannya di
hadapan rumah melahirkan rasa terkejut apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak
polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.
Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, berkata, dalam kejadian kira-kira
jam 11.10 malam tadi dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang
menyiapkan pesanan pelanggan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang,
Kota Bharu.
Katanya, pihak polis kemudiannya bertindak mengeluarkan kompaun
RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah
kawalan pergerakan (PKP).
"Ketika itu tiada seorang pelanggan pun di gerai, saya
sedang siapkan pesanan pelanggan iaitu golongan pekerja kilang. Biasanya
pesanan itu saya akan hantar (COD) di kilang mereka bekerja.
"Saya terkejut kerana dikompaun dengan nilai setinggi itu.
Dengan keadaan PKP dan tempoh niaga yang begitu terhad ini.
"Memang saya belum tutup kedai, tapi dah tak niaga ketika
itu. Cuma siapkan tempahan untuk dihantar. Meja pun saya tak buka,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Tambah Faisal, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak
lain yang membuat laporan menyata kedainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.
Malah katanya, kompaun ke atasnya itu merupakan kes berulang
selepas kali pertana ketika PKP sebelum ini dan dikompaun RM1,000.
"Sejak PKP tahun lalu saya cuma berniaga di rumah dan ini
merupakan satu-satunya mata pencarian saya.
"Saya merayu agar kompaun ini dipertimbangkan semula,
jumlah ini memang terlalu jauh daripada kemampuan saya," katanya.
Sebagai rekod operasi premis kedai makan atau restoran di
Kelantan dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang
dikuatkuasakan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud
berkata, inidvidu tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia berhubung kompaun berkenaan.
Katanya, kompaun yang dinyatakan itu merupakan jumlah maksimum
denda bagi kesalahan berniaga melebihi masa
"Pada buku saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum.
Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10, 000.
"Beliau boleh buat rayuan kepada KKM," katanya ketika
dihubungi.
https://www.malaysiakini.com/news/572247
ROZY RAZID
Bro PandaFood..
Sila hubungi beliau dan claim RM2k & bantuan tu.. Biar
tercyduk Prof kangkung ni..
**dia punya busuk hati.. Nauzubillah..
Bro PandaFood..
Sila hubungi beliau dan claim RM2k & bantuan tu.. Biar
tercyduk Prof kangkung ni..
**dia punya busuk hati.. Nauzubillah..
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menerima baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mendesak kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.
Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, keputusan itu menunjukkan kematangan politik UMNO walaupun parti itu menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan.
Katanya, ketegasan UMNO dalam membuat ketetapan itu juga disifatkan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
“Kenyataan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan agar Parlimen dan DUN dibenarkan bersidang semula menunjukkan kematangan politik UMNO walaupun sedang berada di dalam kerajaan.
“Situasi rakyat yang semakin meruncing pasca pandemik COVID-19 di samping ketiadaan semak dan imbang bagi sebuah pentadbiran yang demokratik hanya mengundang kemudaratan kepada ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Farhash Wafa berkata, timbul persoalan mengenai Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) ia dibimbangi tidak diuruskan dengan baik.
Katanya, malah KWAN bakal menghadapi risiko dijarah sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus menggunakan kuasa darurat untuk mengelak akauntabiliti.
“Semoga (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap terbuka dalam hal ini dan menyedari bahawa pentingnya amanat rakyat diutamakan sebelum kepentingan politik,” katanya lagi.
Pada Ahad, MT UMNO memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat kembali bersidang.
Ahmad berkata keputusan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.
Ujarnya UMNO bertegas bahawa kerajaan sedia ada tidak boleh dilihat sebagai cuba memandulkan amalkan demokrasi berparlimen.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kali ini menggunakan jerung sebagai perlambangan kepada pihak yang menuntut agar pelaksanaan darurat ditamatkan.
Ahli Parlimen Marang tersebut menempelak kumpulan yang menentang perintah darurat seolah-olah mereka tidak berada di planet bumi yang dilanda wabak Covid-19.
Malah, dia menyifatkan tuntutan tamat darurat hanyalah alasan bersifat politik untuk mengintai agar mendapat kuasa yang terlepas, laksana ayam terlepas tangannya berbau.
“Walaupun faktor ekonomi dan keselamatan juga yang dijadikan alasan, tetapi perkara tersebut hanyalah sekadar batu pelindung nafsu politik mereka yang sudah melampau.
“Namun, masih tidak boleh meninggalkan perangai politik gila yang melampau kerana telah kehilangan kuasa dalam khayalan berebut kuasa antara satu sama lain dalam kumpulannya.
“Sehingga merancang langkah politik laksana jerung lapar yang bersembunyi di sebalik batu kerana sukar untuk mendapatkan semula kuasa dengan segala cara yang benar dan bohong.
“Namun, jerung yang besar dan ganas itu tidak mudah untuk berlindung seperti udang di sebalik batu,” katanya dalam edisi Minda Presiden hari ini.
Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri itu turut menganggap tuntutan pihak agar darurat ditamatkan sebagai langsung tidak peduli terhadap kemungkinan bahaya yang mendatang.
“Puncanya ialah kerana bersikap melampaui batas dalam berpolitik sehingga menenggelamkan ekonomi dan keselamatan yang sekadar menjadi tempat berlindung segala kerakusan dalam politiking,” tambah Hadi lagi.
"Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan"- Lee Chong
Wei
Ismardy dan YB Yahaya ceritakan perkara yang sama
“Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan," tegas Chong
Wei. Tulisan beliau di laman FBnya.
Melihat perkembangan yang meresahkan itu, jaguh badminton negara
itu mengimbas kisah pahit manis perjuangannya semasa menentang Lin Dan dalam
perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2006, dan mahu pembaca menilai erti di
sebaliknya.
"Saya fikir saya akan kalah apabila ketinggalan pada mata
13-20. Adalah mustahil (untuk menang) menentang lawan paling berbakat dengan
kekurangan tujuh mata,"
"Saya letih dan sedih. Saya pandang ke atas dan melihat kepada
orang ramai. Sokongan lantang mereka tidak pernah goyah. Kemudian terlihat
seorang gadis Melayu, mungkin sekitar umur 8 tahun meletakkan kedua tangan
bersama dgn matanya tertutup. Dia berdoa untuk saya.
"Di bahagian lain stadium, saya melihat seorang wanita muda
India menangis. Saya tidak tahu adakah dia menangis untuk saya? Tetapi saya
menganggap itulah yang dia lakukan," tambah beliau lagi.
"Sebarkan kasih sayang bukan kebencian!" Saya mahu
anak-anak dan cucu saya mempunyai rakan Melayu dan India. Saya mahu mereka
berasa selamat di Malaysia, jangan 'bunuh' saat indah Malaysia itu.”
Kata-kata Lee Chong Wei di laman FBnya sangat menyentuh hati.
Beliau adalah antara sebilangan rakyat Malaysia yg kecewa isu perkauman
dimainkan begitu teruk sekali akhir2 ini di negara kita.
sewaktu di Sabah, beliau mengatakan politik perkauman bukan masa
depan negara.
Seingat saya katanya, " Jika kita mahu berjuang dlm mana2
parti kita mestilah berjuang utk semua kaum. Ia adalah politik masa depan
negara. Parti perkauman ini adalah politik sempit yg akan menjerat sesebuah
parti apabila pemikiran rakyat lebih terbuka. Ia akn luput suatu hari
nanti."
Begitu juga YB Yahaya ... orgnya nampak tenang dan 'humble'
tetapi mempunyai pemikiran kritis. Ujar YB Yahaya,"Politik perkauman ini
yg lebih membimbangkan soal perpaduan pelbagai kaum. Kita sudah merdeka begitu
lama tetapi isu perkauman semakin menjadi jadi.
" Berpolitik secara sihat. Politik perkauman ini dimainkan
hanya utk melahirkan persepsi bagi menarik perhatian pengundi Melayu khasnya.
Sampai bila? Yang paling penting perpaduan tetapi melihat senario akhir-akhir
ini saya sangat bimbang dan sedih."
Penulis sendiri sudah puas menulis soal perpaduan ini bertahun
tahun lamanya sehingga saya dituduh sebagai pembela kaum Cina. Bukan saya
membela tetapi fitnah yg sgt jijik ini perlu dihentikan.
Nilai buruk org kita apabila kebaikkan bangsa Cina, bukan ingin
diucapkan terima kasih kerana membantu malah dipertikaikan. Yg menulis itu
bertaraf Profesor... jelas pemikiran org Melayu walaupun bertaraf Profesor
tetapi jika nilai kebencian atau sifat perkauman terlampau ia merosakkan
mindanya sendiri.
Sifat rasis ini agama Islam tidak pernah mengajarnya kita jadi
begitu. Siapa yang ada dalam dirinya sifat rasis dia bukan belajar dari guru yang
betul.
Susulan peningkatan kes Covid-19 dalam negara dengan lebih
seminggu merekodkan kes melebihi 2,000, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dihujani kritikan dari pengguna media sosial.
Ketika ini wujud dakwaan bahawa angka kes baharu Covid-19 yang
dilaporkan kerajaan merupakan nombor yang direka untuk menyekat rakyat Malaysia
melakukan aktiviti rentas negeri menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pengguna Muhd Allan berkata, kerajaan seharusnya mempamerkan
data terperinci sebagai bukti kenaikan kes dan bukan hanya melaporkan nombor.
Ia turut disokong pengguna Aqil Irfan yang memberi amaran agar
KKM di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Adham Baba untuk tidak menyebabkan
rakyat hilang kepercayaan.
“KKM jangan buat rakyat bosan dan hilang kepercayaan. Takut
nanti pilihan raya menteri kamu auto kena tendang oleh rakyat dan kamu pun
susah dalam kerja kamu,” katanya.
“Hari-hari naik tak tahu mai celah mana. Pening jugak. Tak bagi
raya pula ke,” kata Muhammad Hasmawi.
Untuk rekod, setakat semalam, negara mencatatkan 2,690 kes
baharu dengan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 392,942.
“Nak dekat raya je kes naik, hairan sungguh. Nak rentas tak
boleh, macam mana kes boleh banyak?,” soal pengguna lain.
Pada masa sama, pengguna Eswari Devi meminta kerajaan untuk
mencontohi negara jiran yang dikatakan berjaya mengawal wabak Covid-19,
lebih-lebih lagi apabila ‘kluster sekolah’ mula menyerang kembali.
“Kawal pergerakan orang masa hujung minggu. Kawal jumlah orang
keluar rumah, jamuan dan perjumpaan. Jangan dah teruk baru nak buat sesuatu,”
tulisnya.
Berikutan kritikan yang dilemparkan, FB rasmi KKM itu didapati
telah menutup ruangan komen mereka untuk sementara waktu sebelum dibuka semula.
Bagaimanapun, ruangan komen KKM berterusan dihujani kritikan
orang ramai.
“Teruskan drama anda KKM,” sindir pengguna Syafiq Asyraf.
W.FAUZDIN
Waktu kerajaan kami yang
diberi mandat oleh rakyat memerintah, kamu tak tunggu pun Imam Mahdi. Kamu
redho dan hanya melihat pengkhianat dengan rakus merampas kerajaan kami. Nah,
ini yang kamu mahukan? Bukan saja melayu..Islam pun semakin hilang syiarnya di
bawah kerajaan tebuk atap sekarang. Harapkan lebai? Lebai dah buncit perut..
PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil pada masa sesuai, sama ada sebelum atau selepas perintah darurat tamat pada 1 Ogos depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, bagaimanapun berkata perkara itu bergantung pada nasihat dan pandangan pakar, termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Takiyuddin berkata, semua pihak, termasuk pembangkang boleh menyalurkan pandangan kepada kerajaan melalui saluran ditetapkan, seperti melalui Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal berkaitan penguatkuasaan perintah itu.
“Dalam masa sama, tidaklah wajar wujud kesangsian atau syak wasangka berlakunya salah guna kuasa kerana sistem kerajaan berfungsi seperti biasa, termasuklah dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh agensi penguat kuasa, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
“Justeru semua pihak diseru supaya memberikan sepenuh kerjasama kepada kerajaan dalam usaha memastikan kelangsungan hidup rakyat dalam aspek-aspek kesihatan, ekonomi dan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Parlimen dijadual digantung selama enam bulan 20 hari hingga 1 Ogos susulan perisytiharan darurat pada 12 Jan.
Media semalam melaporkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan supaya menyambung semula sidang Parlimen.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata keputusan itu selaras kenyataan Agong sebelum ini bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan dalam memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen.
Takiyuddin berkata, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah usaha memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya, termasuklah melindungi Ahli Parlimen, pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.
“Kerajaan mengambil maklum gesaan beberapa pihak, termasuk parti politik supaya Parlimen dipanggil bersidang walaupun negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum reda sepenuhnya.
“Dalam hal ini kerajaan ingin menarik perhatian semua pihak bahawa langkah pengawalan dan pencegahan wabak berbahaya ini masih berterusan dengan seluruh jentera kerajaan memberi fokus terhadap tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan juga pelan vaksinasi yang berterusan.
“Di samping itu pihak penguatkuasa, terutama polis, tentera, imigresen, RELA dan lain-lain masih bertungkus lumus menjaga perbatasan negara daripada dibolosi pendatang asing yang turut membawa risiko penularan Covid-19 dari negara luar,” katanya.
PETALING JAYA: Seorang pelajar universiti awam di Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan memuat naik status menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di akaun Facebooknya pada Februari lalu.
Tertuduh, Ahmad Muazz Ishak, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Pelajar universiti itu dituduh memuat naik status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama MuazzIshak yang tertera perkataan menghina Tunku Ismail.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan di premis makanan segera di Jalan Pontian-Skudai, di sini, 11.45 pagi, 5 Februari 2021, menurut laporan Harian Metro.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyum Ramlan, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Valantino Ifni Ho Ridzuan.
Terdahulu, Qayyum menawarkan jaminan RM10,000 dengan tertuduh perlu melapor diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran sehingga kesnya selesai.
Peguam tertuduh kemudian memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan anak guamnya masih menuntut sebagai pelajar tahun kedua jurusan sains sosial di Kuala Lumpur dan tiada pendapatan.
Hakim kemudian memerintah tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, setiap dua minggu sekali.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 Mei.
Berita mutakhir ini terkait penahanan dan pelecehan terhadap para aktivis seperti Fahmi Reza dan Mukmin Nantang oleh pihak berkuasa adalah cukup memprihatinkan serta adalah usaha melampau dalam menekan kebebasan bersuara dan bereskpresi.
Sikap dan perilaku pemerintah dalam menginjak kebebasan yang dijamin Perlembagaan adalah cubaan yang jelas terdesak untuk membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa.
Malaysia sudahpun menyaksikan rekod hak asasi manusia dan tingkat kebebasan medianya merudum parah di bawah kerajaan hari ini yang terus terusan menyalahgunakan kuasa.
Kerajaan mesti segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk untuk menekan suara-suara kritikan dan pendapat yang berbeda.
Memetik filasuf dan pemikir Renaisans Voltaire, “saya mungkin menentang dan tidak bersetuju dengan idea anda yang berbeza dari saya, tetapi saya bersedia untuk mempertahankan hak anda untuk meluahkannya”.
Dengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan untuk diri kalian semata.
ANWAR IBRAHIM
26 April 2021
PAS DAN PEMIKIRAN TAKFIRI BERPISAH TIADA