*OPS BOLOS JOHOR 1/21*

 *OPS BOLOS JOHOR 1/21*

*TANGKAK RPT 5637/21 SEK 223/224 KK*


*UPDATE TANGKAPAN POSITIF @ LONG TIGER*


Assalaimulaikum & Salam Sejahtera


YDH Tuan KPP

YDH Tuan PP

Tuan


Dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 


2. Untuk makluman YDH Datuk, Bahagian Siasatan Khas (D9), JSJ Bukit Aman , JSJ D9 Johor menjalankan siasatan terhadap satu kejadian kes orang dalam tahanan telah melarikan diri dari lokap Mahkamah Tangkak.


3. *FAKTA KES*


3.1. Pada 15/12/21 jam lebih kurang 0915 hrs, satu suspek dalam tahanan (1 lelaki bangsa Mynmar) dikenali sebagai “Long Tiger” telah dibawa oleh anggota pengiring ke lokap Mahkamah Tangkak untuk perbicaraan kes bawah Sek 388 KK bersama OKT lain. Pada 1115 hrs, anggota pengiring telah membawa balik kesemua OKT ke lokap balai kecuali OKT nama Abdul Hamim Bin Ab Hamid (suspek) memandangkan perbicaraan OKT masih belum dimulakan. Okt tersebut telah ditinggalkan oleh anggota pengiring dalam lokap Mahkamah Majistret dengan hanya menutup dengan selak dan tidak mengunci dengan mangga.


3.2. Pada jam lebih kurang 1155 hrs, anggota polis terdengar jurubahasa Mahkamah  menjerit menyatakan nampak OKT keluar melalui pintu depan Mahkamah dan menghala ke pintu pagar utama Mahkamah. Anggota polis dan pengawal keselamatan Mahkamah telah mengejar OKT sehingga lebih kurang 100 meter tetapi OKT berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam kawasan semak berdekatan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Tangkak.


4. *HASIL SIASATAN AWAL*


4.1. Semasa kejadian, lokap Mahkamah tidak dimangga dan hanya ditutup dengan mengunci selak. Keadaan Mahkamah kosong kerana Mahkamah telah ‘standown’ dan anggota Mahkamah berada di hadapan pintu belakang Mahkamah untuk perbincangan kes.


4.2. Siasatan di tempat kejadian, iaitu lokap Mahkamah Tangkak dapati tiada rakaman CCTV. Terdapat manga pada telinga selak yang telah berada dalam keadaan berkunci tetapi selak tersebut berada di luar kunci. 

 

4.3 Maklumat Orang dalam tahanan yang melarikan diri seperti berikut:-


Abdul Hamim Bin Ab Hamid @ T1

Kpt : 890208066023

Ulasan : *Long Tiger*


5. *MAKLUMAT SIASATAN LANJUT*


5.1.  Pada 27/12/21 @ 1520hrs, pihak polis telah mendapat maklumat org awam 


5.2.  Team telah digerakkan untuk info lanjut mengenai sabjek *Long Tiger* 


6. *TINDAKAN  STRIKE TEAM*


6.1.  Pada 28/12/21, Jam L/Kurang 1515hrs,  Pasukan bertindak ST ( D9 BA + JSJ IPK Johor) telah berjaya membuat serbuan dan tangkapan terhadap sabjek berikut:-


B1. Abdul Hamim Bin Ab Hamid @ 

*LONG TIGER*

890208066023

Rohinggya

Lokasi Tangkapan:LBS 854-A Kebun Tebu Jalan Kuala Ketil Sungai Petani


B2. Rusli Bin Mat 

750222-71-5021

(Pondan)


Semasa proses tangkapan, B1 cuba melarikan diri dgn memanjat bumbung. (1) ang D9 BA terjatuh dari bumbung masa proses tangkapan (cedera ringan). 



6.2 Sabjek T1 telah dibawa oleh Pasukan Bertindak (ST) ke IPD Sg Petani untuk tindakan lanjut


Terima Kasih YDH Datuk/Tuan

MOTTO MELAYU ISLE...AKIBATNYA MELAYU TERSUNGKUR...

 

Masa Langkah Sheraton, kita dah persoalkan kejujuran mereka ini. Mereka jenis tak amanah. Mereka tak diberikan mandat tapi buat pakatan jahat untuk dapatkan kuasa dengan cara salah.


Tapi ramai Melayu yang kata biarlah. Asalkan Melayu Islam, motonya. Padahal orang yang tak amanah seperti mencuri mandat ini, boleh kita persoalkan iman mereka. Muslim takkan begitu.


Hari ini, para pengkhianat ini menunjukkan sikap tidak amanah mereka apabila gagal menjalankan tugas mereka. Mereka enggan bela nasib rakyat. Bahkan mereka yang jadi punca derita rakyat.


Itulah yang Melayu kena faham. Jika seseorang itu sanggup khianat dan tidak amanah, apa yang buat kamu yakin mereka akan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka? Sama macam percaya perompak untuk jaga rumah.


Aku harap orang Melayu dah belajar dari kesilapan mereka. Pengkhianat akan terus khianat. Jangan pernah cuba letak kepercayaan kepada mereka. Bagusnya, singkirkan terus dari dunia politik.


 

Raja Gelap



PENJENAYAH BURMA DIBERKAS.

 


Long Tiger akhirnya diberkas

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING

28 Disember 2021, 6:11 pm


JOHOR BAHRU – Selepas 13 hari bersembunyi, lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu diberkas polis.


Difahamkan, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan sekitar Johor Utara.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini esok.


Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.


Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE


MAIS tarik balik tauliah mengajar agama untuk aktivis politik

 


Terkini! MAIS tarik balik tauliah mengajar agama untuk aktivis politik


Mulai 1 Jan ini semua tauliah mengajar yang sebelum ini diberikan aktivis politik di Selangor terbatal dan akan ditarik balik, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Serentak dengan itu juga, kata Mais, tauliah untuk mengajar agama kepada individu yang terlibat aktif dalam politik juga tidak akan dikeluarkan lagi.

Pengerusi Mais, Abdul Aziz Mohd Yusof berkata langkah itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan Islam dipolitikkan dan dijadikan sebagai bahan politik oleh mana-mana pihak khususnya di masjid dan surau.Bagi menjaga kesucian Islam di Selangor, Sultan Selangor tidak perkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik kerana dikhuatiri ia boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama.

“Sultan Selangor turut menitahkan agar tauliah mengajar agama Islam di negeri ini yang telah diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Aziz selaras dengan titah Sultan Selangor tersebut, Jawatankuasa Tauliah Mais akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang dikeluarkan. Katanya mana-mana tauliah yang telah diberikan kepada aktivis politik akan ditarik balik berkuat kuasa pada 31 Dis 2021.

Pada 26 Ogos lalu Menteri Besar Amirudin Shari berkata ahli Dewan Diraja Selangor bersetuju untuk tidak lagi memberikan tauliah mengajar agama Islam kepada aktivis politik di semua masjid dan surau di negeri itu.

Katanya keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor pada Mac 2019.

“Pada April lalu, Mais menerusi mesyuarat jawatankuasa tauliah juga memutuskan bagi ahli politik yang masih mempunyai tauliah, ia akan terus berkuat kuasa dan dikekalkan sehingga tamat tempoh sah dengan syarat individu berkenaan tidak menyampaikan ceramah yang menyentuh isu kepartian, mengaitkan individu tertentu dan menyebarkan fitnah.

“Ahli politik berkenaan juga perlu menjaga akhlak dan terus memelihara kemuliaan masjid serta surau sebagai pusat ilmu dan dakwah setempat,” katanya pada sidang Selangor.

Abdul Aziz berkata exco agama Islam Selangor masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat ia tidak menyentuh hal berkaitan politik dalam perkara yang disampaikan.

“Pengecualian ini juga selaras dengan titah Sultan Selangor tersebut,” katanya, memetik Malaysiakini.

Tambah Abdul Aziz seseorang yang mengajar agama Islam tanpa tauliah merupakan kesalahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Jika disabit bersalah, katanya, seseorang itu boleh dihukum dengan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam berhubung dengan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam bagi mana-mana aktivis politik juga adalah merupakan suatu kesalahan di bawah perenggan 12(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995) yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua hukuman berkenaan,” katanya.

MP desak PM bertindak terhadap Azam Baki

 

MP desak PM bertindak terhadap Azam Baki


Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengambil tindakan susulan dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki di sebuah syarikat senarai awam.

Kenyataan pemimpin veteran DAP itu merujuk kepada peletakan jawatan ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Edmund Terence Gomez semalam.

“Perdana Menteri, Ismail Sabri mesti bertindak atas peletakan jawatan mengejut Gomez daripada panel SPRM dan menamatkan ‘konspirasi senyap’ selama dua bulan mengenai dakwaan Ketua SPRM memiliki hampir dua juta saham dalam syarikat senarai awam.


Lim juga mendesak Ismail Sabri supaya berhenti membisu tentang kontroversi yang menyelubungi Azam.“Ini adalah mendesak dan penting terutamanya kerana rakyat Malaysia sedang menunggu dalam resah untuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 yang akan dikeluarkan pada bulan depan di mana Malaysia dijangka berada di kedudukan dan mendapat markah yang teruk, mencerminkan usaha anti-rasuah yang semakin teruk di Malaysia dalam tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, konsep “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri tidak boleh berdasarkan Malaysia yang dianggap di peringkat nasional dan antarabangsa sebagai semakin korup, yang juga bertentangan dengan prinsip pembinaan negara Rukun Negara iaitu “kesopanan dan kesusilaan”.

“Perlu ada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Rasuah dan Penyalahgunaan/Pembaziran Dana Awam yang harus menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang menyelubungi Ketua SPRM, Azam Baki, Laporan Integriti Kewangan Global yang mendedahkan bahawa Malaysia kerugian besar sebanyak RM1.8 trilion antara 2005 dan 2014 serta kedudukan dan markah yang lemah Malaysia dalam laporan TI CPI.

“Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia menuntut ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi mengenai perkara itu, terutamanya dengan pelantikan penasihat yang berlebihan untuk Perdana Menteri apabila beliau mempunyai Menteri Kabinet yang menjaga bidang tugas masing-masing, pelantikan duta yang tidak diperlukan apabila terdapat duta yang dilantik untuk setiap negara, dan pelantikan pelantikan GLC,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Edmund Terence Gomez (tengah)

Ketika mengumumkan peletakan jawatannya semalam, Gomez menggesa pengerusi panel, Borhan Dolah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal itu pada 12 November lalu, namun ia tidak pernah diadakan, meskipun Borhan pada awalnya bersetuju.

Tindakan susulannya selepas daripada itu – surat terakhir adalah bertarikh 14 Dis – turut tidak menerima sebarang maklum balas, menyebabkan dia “tiada pilihan” selain meletak jawatan dengan menyifatkan tiadanya tindakan terhadap laporan melibatkan Azam sebagai satu “pengabaian tugas terhadap negara yang serius”.

Kata Gomez lagi, surat yang ditulis kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Abu Zahar Nika Ujang sebanyak tiga kali, turut tidak mendapat sebarang maklum balas.

Pada 14 Disember lalu, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk membahaskan dakwaan pemilikan saham oleh Azam, melebihi jumlah dibenarkan.

Sivarasa mendakwa Azam, antara 2015 dan 2016 sebagai pengarah siasatan SPRM, memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.

Dia juga mendakwa Azam, pada 21 Mac 2016, memiliki 2,156,000 waran dalam sebuah syarikat senarai awam, Excel Force MSC Bhd, manakala adik lelakinya memiliki 3,728,000 unit saham dlam Gets Global.

Dia memetik Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menyebut seseorang pegawai awam boleh membeli saham tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, antaranya tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa.

Seksyen 10 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 juga mewajibkan kakitangan awam untuk mengisytiharkan harta kepada ketua mereka, katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof turut menggesa Ismail Sabri untuk bertindak tegas selepas peletakan jawatan Gomez didakwanya sebagai sesuatu yang mencalarkan reputasi SPRM.

“Perletakan jawatan Dr Edmund Terrence Gomez dalam Panel Penasihat dan Pencegahan Rasuah di bawah SPRM adalah isyarat reputasi badan anti-rasuah itu sudah tercalar. Ismail Sabri perlu tegas pulihkan SPRM sekarang!” ciap bekas menteri agama kerajaan Pakatan Harapan itu di Twitter.

KALAULAH ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI KETIKA INI…..

 

Hanya dalam tempoh sekitar 100 hari lebih sikit memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob lebih dirakam dan dikenali kerana kegagalan berbanding kejayaan yang boleh dikenang.

Banjir yang berlaku, khususnya di Selangor, lebih menyerlah hakikat ketidakmampuannya sebagai pemimpin dalam mengurus negara sebagai Perdana Menteri.

Ketika ini, selain termenjadinya beliau sebagai Perdana Menteri mula disesali, ramai yang lain pula tanpa sembunyi meluahkan rasa meluat dan menyampah dengan kepimpinannya yang gagal itu.

Selain beliau sendiri dikategorikan gagal teruk, Ismail Sabri juga dilihat tidak upaya membetulkan perangai menteri-menterinya yang lemah dan tidak tahu bekerja.

Jika kita rajin mendengar perbualan golongan profesional dan ahli perniagaan di kafe-kafe sambil menikmati secawan kopi di sekitar ibu negara atau kita sendiri berkesempatan berbual-bual dengan mereka, rata-rata mereka begitu kecewa serta menolak kepimpinan Ismail Sabri.

Kata mereka, sudahlah mengurus ekonomi dan merangsang negara untuk mahu ke hadapan seperti tidak ketahuan, lebih malang lagi menangani banjir melalui kabinetnya yang besar pun tiada kemampuan.

Yang lain pula mencelah, itu baru berdepan dengan banjir yang biasa berlaku pada setiap tahun, belum lagi jika berlaku perang dengan negara lain atau lain-lain konflik yang lebih berat.

Bersama pelbagai luahan rasa kekecewaan itu, sebahagiannya tanpa berselindung berkata, kalaulah ketika ini Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri, pasti keadaan seburuk ini tidak dialami oleh negara kita atau dapat dielakkan.

Dengan Anwar selalu melahirkan idea yang segar untuk negara, berani serta pantas memberi reaksi terhadap sesuatu isu, suaranya tidak pernah diam, terutama di Parlimen, selain staminanya begitu gagah, bahkan terlihat lebih bertenaga berbanding Ismail Sabri, di samping kepimpinan yang menyerlah, beliau amat diyakini mampu mengurus negara ini dengan lebih baik ketika berlakunya krisis seperti sekarang ini.

Dalam suasana kritikal, selepas Covid19 dan kini dibebani dengan banjir, kepimpinan yang segar dan tangkas seperti yang ada pada Anwar adalah penawar yang sebenar.

Jika Anwar menjadi “panglima perang” menerajui negara ketika banjir ini, kita mungkin tidak akan mendengar rungutan tentang kelemahan NADMA atau Agensi Pengurusan Bencana Alam yang lambat bertindak di bawah pengawasan menteri lantikan Ismail Sabri sendiri.

Pasti Anwar akan bertindak lebih pantas membetulkan keadaan atau setidak-tidaknya memberi teguran yang keras kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap NADMA.

Pada era PH berkuasa sebelum ini dan berlaku tragedi pencemaran udara di Pasir Gudang pada 2019, NADMA yang ketika itu dibawah pengawasan Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, telah terbukti bertindak dengan berkesan dan akhirnya berjaya melindungi keselamatan rakyat.

Itu baru NADMA di bawah jagaan Dr. Wan Azizah, bayangkan jika di dalam genggaman pengawasan suaminya, Anwar.

Jika Anwar menjadi Perdana Menteri ketika ini, menteri yang hanya tahu mencuci tahi cicak serta selayaknya dibayar gaji minimum RM1,200 sebulan saja, kalau pun tidak dipaksa meletak jawatan, sudah tentu akan disembur dengan peringatan yang menjadikannya lebih berhati-hati di masa depan.

Begitu juga dengan menteri-menteri yang suka bercuti ke luar negara, tanpa mengambil kira banjir sedang melanda, kalaulah Anwar jadi Perdana Menteri, di samping mungkin mengarahkan mereka pulang dengan segera beserta amaran dan suara yang lebih tegas, tidak mustahil beliau juga akan bertindak membeku atau memansuhkan percutian ke luar negara bagi menteri-menteri untuk suatu tempoh tertentu sehingga keadaan ekonomi negara dipulihkan sepenuhnya.

Seandainya Anwar jadi Perdana Menteri juga ketika ini, pasti bukan sekadar RM1000 bantuan yang diterima oleh mangsa banjir yang rumah mereka tenggelam dan perabot serta peralatan musnah semuanya itu.

Sebagaimana semalam beliau mencadangkan agar Ismail Sabri menangguhkan projek-projek mega dan menggunakan peruntukan itu untuk memberi bantuan kewangan lebih besar kepada mangsa banjir, dengan kuasa di tangannya, kalau pun tidak RM10 ribu, rasa-rasanya RM5 ribu akan diberikan Anwar kepada setiap mereka jika kuasa Perdana Menteri ada dalam tangannya.

Itulah Anwar, beliau sentiasa dikenali sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat dan rekodnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum ini adalah bukti nyata bagi mereka yang mahu berfikir dan menerima realiti.

Sekarang pun, dengan kuasa dan kemampuan kewangan yang terhad yang dimilikinya, sekadar sebagai Ketua Pembangkang saja, lihatlah juga bagaimana beliau sentiasa muncul atau bersuara dalam apa juga tragedi yang menimpa rakyat dan negara.

Anwar adalah kerinduan sebenar rakyat yang dahagakan pembelaan, terutama di ketika Ismail Sabri dilihat semakin tidak bermaya dan hilang punca memimpin negara ini. – ShahbudinHusin 28/12/2021.


Anwar, 4 wakil rakyat lain bawa kes cabar keabsahan darurat ke Mahkamah Persekutuan



Pada 24 Nov, Mahkamah Rayuan menolak rayuan kelima-lima individu
 berkenaan, dengan menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai
 bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman itu
 walaupun kebenaran diberikan kepada pemohon. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Lima wakil rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, membawa kes ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar pengisytiharan darurat dan ordinan yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong awal tahun ini bagi memerangi wabak Covid-19.

Peguam Ramkarpal Singh, yang mewakili Anwar berkata, anak guamnya memfailkan lapan persoalan undang-undang minggu lepas bagi mendapatkan kebenaran daripada mahkamah tertinggi untuk mendengar merit permohonan itu.

“Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan menetapkan pengurusan kes pada 26 Jan,” katanya kepada FMT.

Pemohon mesti memuaskan hati mahkamah dengan merangka persoalan perundangan dan perlembagaan baharu yang membabitkan kepentingan awam dan dibangkitkan buat kali pertama seperti yang dikehendaki bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.

Sementara itu, peguam Christopher Leong yang mewakili Ahli Parlimen Hassan Karim (Pasir Gudang), Salahuddin Ayub (Pulai) dan Johari Abdul (Sungai Petani) serta ADUN Tebing Tinggi (Perak) Abdul Aziz Bari berkata, semua mereka turut memfailkan permohonan kebenaran minggu lepas.

Semuanya mengemukakan dua persoalan undang-undang lazim.

Pada 24 Nov, Mahkamah Rayuan menolak rayuan kelima-lima individu berkenaan dengan mengatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman itu walaupun kebenaran diberikan kepada pemohon.

“Ia adalah sia-sia kerana mahkamah dilarang mempersoalkan keputusan Agong untuk mengisytiharkan darurat dan ordinan bawah Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan,” kata Has Zanah Mehat, yang mengetuai panel tiga hakim bersidang.

Katanya, Perkara 150(8) dan (9) menyentuh kuasa Agong untuk mengisytiharkan darurat dan ordinan, dan Parlimen telah mengecualikan permohonan semakan kehakiman mengenai perkara itu.

“Ini menghalang mahkamah daripada mendengar sebarang cabaran undang-undang terhadap pengisytiharan darurat dan ordinan,” katanya selain menambah bahawa pindaan perlembagaan pada 1981 untuk memasukkan Fasal 8 adalah sah.

Beliau berkata, perkataan dalam Fasal 8 adalah sangat jelas untuk melindungi keseluruhan proses penelitian kehakiman atas sebarang alasan.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dan Hassan memfailkan permohonan berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Salahuddin, Johari dan Aziz memfailkan permohonan bersama di Kuala Lumpur.

Mereka berkata, nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, dan Jemaah Menteri kepada Agong melanggar undang-undang dan tertakluk kepada cabaran undang-undang.

Menurut Anwar, pentadbiran Muhyiddin boleh menggunakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit untuk memerangi wabak, bukannya Ordinan Darurat.

Mereka yang lain juga mencabar pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN).

'Era media sosial menteri tidak boleh berlakon bantu mangsa banjir'

 



Dua aksi oleh Menteri untuk dilihat membantu mangsa banjir baru baru ini hanya sesuai dilakonkan pada era sebelum kewujudan media sosial


Gaya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyodok lumpur dan Menteri Datuk Rina Harun membersihkan kaki lima belakang sekolah mendapat kecaman di media sosial apabila terdedah rakaman pada sudut lain atau peristiwa 'di belakang tabir'


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, era berposing membantu mangsa bencana telah pun berlalu kerana media sosial akan menghebahkan peristiwa sebenar di tempat kejadian.


"Kalau kita tengok kepimpinan yang rakyat dambakan sekarang adalah kepimpinan melalui tauladan. Kalau tauladan yang ingin ditonjolkan hanya setakat posing untuk kamera, itu rakyat tak minat. Sebab dalam era media sosial, tik tok, Instagram, Twitter dan Facebook kita boleh lihat apa yang berlaku di sebalik tabir.


"Iaitu apa yang bukan diedit dan dibawa oleh media rasmi. Kita boleh tengok perkara yang berlaku di belakang. Bila rakyat boleh lihat maka rakyat sedar sendiri apa sebenarnya berlaku.


"Bagi saya sodok lumpur dan bersihkan najis unggas dan cicak, ini adalah percubaan mengaburi mata (rakyat)," katanya kepada Suara Keadilan.


Justeru, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyeru agar Menteri kerajaan BN - PN lebih prihatin dan peka terhadap penderitaan rakyat.


Katanya, jangan sampai agensi kerajaan terpaksa menjawab kelemahan Menteri sebagaimana melibatkan beberapa klip video yang tular.


"Lebih perit dan disebut oleh beberapa ciapan dalam Twitter, contohnya bila PM turun ke satu kawasan, trafik tergendala. Sehinggakan ambulans pun terpaksa tunggu.


"Jawapan yang diberikan, saya nampak trendnya ialah menteri buat salah orang lain kena jelaskan. Rina Harun buat salah Jabatan Kebajikan Masyarakat kena jelaskan. PM dan konvoinya buat salah, PDRM kena jelaskan. Kenapa penjelasan tidak diberi oleh Menteri sendiri atau Setiausaha Akhbar Menteri?


"Kenapa dibebankan agensi atau pasukan untuk memberi penjelasan atas kesilapan Menteri. Sedangkan Menteri yang bertanggungjawab, Menteri yang ambil video, Menteri berkonvoi," katanya.


Kebobrokan itu, tegas Fahmi, hanya menunjukkan tidak berwibawanya Menteri kerajaan BN dan perlunya mereka diganti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"Bagi saya isu pokok ialah kepimpinan yang pincang. Kepimpinan seakan akan tidak mampu memimpin. Ini wajib kita perbetulkan sama ada sekarang atau pun pada PRU akan datang," katanya lagi.