DELIGASI PKR SABAH RAJIN BERKEMPEN
Salam reformasi dan salam pejuang
Hari ke 4 delegasi PKR Sabah terus kelapangan.
Sambung sesi petang kali ini kami bertemu pengundi ke kg Chokra DUN Sri Tanjung Parlimen Port Dickson....dan kempen untuk calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Port Dickson Negeri Sembilan..
Sambung sesi petang kali ini kami bertemu pengundi ke kg Chokra DUN Sri Tanjung Parlimen Port Dickson....dan kempen untuk calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Port Dickson Negeri Sembilan..
KEMENANGAN ANWAR ADALAH KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN
Kempen pilihanraya kecil Port Dickson nampaknya menjadi semakin rancak dalam sehari dua kebelakangan ini apabila beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan mula menunjukkan muka mereka.
Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Mohamad Sabu, S Kulasegaran dan beberapa pemimpin lain adalah antara nama-nama yang dikesan paling awal datang berkempen untuk Anwar Ibrahim di Port Dickson ini.
Adalah dipercayai bermula hujung minggu ini dan berterusan sehingga ke hari mengundi pada 13 Oktober, Port Dickson akan terus meriah dengan kehadiran ramai lagi pemimpin daripada PKR, DAP, Amanah serta Bersatu untuk memenuhi program ceramah dan pelbagai acara kempen yang lain.
Meskipun Isa Samad dan calon Pas adalah antara enam pencabar yang ada sedikit pengaruh di Port Dickson, rata-rata yakin Anwar tidak ada masalah besar untuk memenangi pilihanraya ini.
Realitinya, berbanding semua calon lain, lebih ramai yang lain mahu melihat Anwar memenangi pilihanraya kecil ini dengan majoriti yang cemerlang.
Kehadiran Anwar bertanding bukan saja mewakili PKR, tetapi juga sebagai calon PH yang mana dirinya telah disepakati sebagai bakal Perdana Menteri untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad.
Untuk itu, Anwar bukan saja harus menang pada 13 Oktober ini, tetapi juga mesti dimenangkan dengan perolehan undi serta majoriti yang cukup meyakinkan.
Sebagaimana kita menerima baik apabila Tun Mahathir mahu berbaik dan berjumpa dengannya di mahkamah dulu, malah setuju nama beliau dinamakan sebagai Perdana Menteri ke-8, bahkan dalam usaha merangka beberapa strategi PRU14 pula membuatkan Tun Daim Zainuddin sendiri sanggup menghidupkan lesen guamannya bagi memudahkan berjumpa Anwar di penjara - sikap, pendirian dan hati semua pihak dalam PH juga seharusnya tidak berubah di Port Dickson ini.
Semua orang yang cintakan PH mesti berusaha memenangkan Anwar seperti mana mereka bekerja memenangkan PH, termasuk kerusi yang ditandingi oleh Tun Mahathir di Langkawi pada PRU14 yang lalu.
Kemenangan cemerlang Anwar di Port Dickson akan terus menjamin kestabilan kerajaan PH secara keseluruhannya daripada sebarang anasir yang cuba menggugatnya.
Ini kerana, jika Anwar tidak menang dengan undi yang selesa, ia tentu sedikit sebanyak akan menggugat kedudukan PH di mata rakyat dan pihak pembangkang akan berterusan mengambil kesempatan daripadanya.
Mulut pengkritik dan pembangkang hanya akan tertutup dengan sendirinya selepas Anwar diumumkan menang dengan kejayaan gemilang pada malam 13 Oktober nanti.
Untuk itu, semua pihak dalam PH tiada pilihan lain selain terus berusaha bersama-sama dan saling berganding bahu ke arah itu. Kemenangan Anwar adalah kemenangan Pakatan Harapan secara keseluruhannya.
Selepas Tun Mahathir, Anwarlah yang paling sesuai dan paling tepat untuk menerajui negara ini berdasarkan pengalaman, kecekalan dan hubungan baiknya dengan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa. (ShahbudinHusin 04/10/2018)
BETULKAH NAMA TUN MAHATHIR DAN ANWAR TIDAK CUKUP KUAT?
Macam-macam cara dan macam-macam gaya untuk menang dan memperolehi undi.
Suatu ketika, dikontarkan kata-kata bahawa Rafizi Ramli bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR ialah untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak terhalang daripada jadi Perdana Menteri.
Kononnya, jika Azmin Ali yang terus memegang jawatan itu, maka akan kempunanlah Anwar kepada kerusi itu buat kali yang keduanya.
Namun, setelah memasuki episod pengundian, kita tidak pernah lagi mendengar sesiapa daripada kem Rafizi mendendangkan lagu kempen sebegitu.
Mungkin sudah beralih kepada kaedah kempen yang lain agaknya!
Yang nyata, Rafizi nampaknya sudah kalah kepada Azmin di dua negeri - Pulau Pinang dan Johor.
Mungkinkah cara kempen beliau selama ini tidak begitu diterima?
Begitu pun, persaingan di negeri-negeri lain masih lagi terbuka dan masing-masing terus berebut memperolehi undi.
Tetapi, dalam mahu mengejar undi dan kemenangan seterusnya di negeri-negeri lain, terdengar pula nada kempen yang agak menjengkelkan iaitu dengan mengatakan bahawa Azmin adalah faktor penting yang membawa kepada kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya lalu.
Kata yang tukang kempen iaitu Saifuddin Abdullah, Menteri Luar, nama Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika PRU 14 belum cukup kuat untuk meyakinkan rakyat mengundi Pakatan Harapan.
Ketika itu, tambah beliau, nama Azminlah yang terpaksa dijual berdasarkan rekodnya dalam mentadbir Selangor.
"Masa nak menang pilihanraya kita jual nama dia, masa nak pilih Timbalan Presiden PKR, kita tak mahu...tak bolehlah," kata Saifuddin yang jelas berada berada di kem Azmin.
Wahh...ini sudah dikira "penemuan baru" - Azmin faktor penting Pakatan Harapan menang PRU14 kerana nama Tun Mahathir dan Anwar tidak cukup kuat untuk meyakinkan rakyat.
Bolehkah sesiapa setuju bahawa nama Tun Mahathir dan Anwar tidak cukup kuat untuk menang PRU14 lalu dan jika tanpa Azmin, Pakatan Harapan mungkin tidak mampu menumbangkan BN?
Adakah, setidak-tidaknya menurut tafsiran Saifuddin, nama Azmin seorang saja sebenarnya lebih kuat berbanding gandingan Tun Mahathir dan Anwar?
Jika Tun Mahathir tidak berganding dengan Anwar pada PRU14 lalu, siapa agaknya yang memerintah negara ketika ini? (ShahbudinHusin 05/10/2018)
GAMBAR GAMBAR -Staf penjara ke PD beri sokongan moral pada Anwar
Kakitangan penjara Sungai Buloh turun turut hadir memberikan sokongan moral kepada bekas banduan mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gambar-gambar berkaitan dikongsi oleh Anwar, calon Pakatan Harapan, di Twitter beliau sebentar tadi.
Anwar merengkok dalam penjara itu dua kali, terakhir selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Selepas kemenangan Pakatan Harapan Mei lalu, Yang di-Pertuan Agung memberikan beliau pengampunan penuh.
Berdasarkan gambar, sekumpulan kakitangan penjara itu mengambil peluang beramah mesra, bersembang dan berswafoto bersama.
BUAT KAKI ADU DUMBA
Buat yg jiwa kacau. ...baik dalam parti mana sekalipun.... Tun akan turun padang bantu kempen Anwar.So jangan adu dumba..
ISU LIWAT III TAK LAKU DI PORT DICKSON
Isu liwat III tak laku di Port Dickson
Tuduhan kononnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat sekali lagi dalam salah laku seks tidak laku di Port Dickson.
Rata-rata pengundi di PD tidak menyebut langsung mengenai fitnah tersebut.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, isu tersebut tidak akan menjadi topik perbualan selepas liwat I dan II yang dibuktikan tidak benar dan hanyalah konspirasi politik menjatuhkan Anwar.
“Tuduhan yang dibuat menuduh Anwar Ibrahim kononnya meliwat seorang pelajar dari Indonesia adalah sampah-sarap. Ini menunjukkan dengan jelas pemimpin Umno yang membawa isu itu adalah seorang yang tidak beretika dan langsung tidak mempunyai prinsip .
“Politik yang berasaskan tuduhan palsu akan ditolak 100% oleh rakyat dalam era Malaysia Baru. Masa depan adalah malap bagi Umno kalau ahli-ahli mereka terus berpolitik dengan cara yang demikian,” kata Dr. Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng.
Beliau juga menyatakan rasa kecewa kerana ahli-ahli Umno masih lagi berfikiran kolot dan enggan maju ke depan bersama dengan rakyat Malaysia.
Dr. Lee merumuskan jika Umno terus kekal dengan cara berpolitik yang tidak bermoral, maka mereka pasti akan tenggelam dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Bagi Ng Suee Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan pula, tuduhan yang dibuat itu menunjukkan Lokman tidak menghormati pengampunan Yang Dipertuan Agong ke atas Anwar yang membolehkan Anwar menyertai semula pentas politik tanahair. Ini adalah satu perkara yang amat serius.
“Oleh yang demikian, pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang pantas dan tegas terhadap (pemimpin Umno) Lokman Adam (yang memviralkan isu berkenaan di facebook) untuk memberi contoh kepada semua pihak bahawa politik memfitnah dan menghina serta juga politik perkauman tiada tempat di Malaysia.
“Walaupun Malaysia sudah bergerak ke arah era baru, rakyat umum dapat lihat bahawa ada orang Umno dan BN masih lagi mengamalkan cara berpolitik yang kotor. Saya ingin menekankan mulai 9 Mei 2018 tiada lagi masa depan untuk mana-mana parti atau sesiapa pun yang masih ingin bergelumang dalam lumpur politik yang jijik,” tambah Ng.
WIKILEAKS NAFI DEDAH AKAUN ANWAR
Wikileaks nafi dedah akaun Anwar
Lamanweb WikiLeaks telah menafikan menerbitkan butiran akaun bank yang dikatakan milik presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WikiLeaks berkata ia dimaklumkan mengenai laporan tentang dakwaan itu yang dibuat oleh Setiausaha Agung Gerakan, Teng Liang Meng terhadap Anwar, dengan memetik butiran yang dikatakan dibocorkan dan disiarkan di laman webnya.
“Claims spread in Malaysia that @WikiLeaks published @anwaribrahim’s bank account details are false. Liang Tech (sic) Meng is pushing a fabrication.
“WikiLeaks has published significant information about Malaysian politicians but not Mr Ibrahim’s bank accounts,” said WikiLeaks in a tweet last night.
Pada hari Rabu, laman web The Coverage melaporkan dakwaan Liang bahawa Anwar didakwa mempunyai berjuta-juta dalam senarai akaun bank asing, dan maklumat itu dikatakan didedahkan oleh WikiLeaks.
Artikel Coverage itu tidak menyatakan bila dakwaan itu dibuat.
Apabila dihubungi, Liang mengesahkan bahawa kenyataannya itu bukan baru dan The Coverage mendasarkan artikelnya kepada laporan kenyataannya dari dalam Dewan Rakyat pada tahun 2013.
“Sila semak semuanya di Parlimen pada tahun 2013,” bekas MP Simpang Renggam itu memberitahu Malaysiakini.
“Saya gembira Wikileaks menjelaskan.
“Betul adalah betul. Salah adalah salah,. Itulah prinsip saya,” kata Liang yang mempertikaikan mengapa Wikileaks respon terhadap dakwaannya itu hanya selepas lima tahun.
Liang berkata ia juga mungkin beberapa pihak sekali lagi memaikan dakwaan terhadap Anwar yang merupakan seorang daripada tujuh calon dalam pilihanraya kecil Port Dickson.
Dalam menolak artikel The Coverage itu, pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengeluarkan satu amaran bhawa parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terus menyebaran maklumat yang tidak disahkan itu melalui media sosial, dalam percubaan untuk mencemarkan Anwar
Subscribe to:
Posts (Atom)