KIOK....INSURAN SEMUA COVER TOWING.




KERANA KEBODOHAN SENDIRI SALAHKAN PM X. BANYAK SYARIKAT INSURANS TAWARKAN PERHIDMATAN TUNDA KERETA PADA PELANGGANGNYA PERCUMA SEBAGAI KHIDMAT SOSIAL  DENGAN JARAK HINGGA 200KM. PENGALAMAN  SAYA GUNAKAN HIDMAT KERETA TUNDA YANG DI SEDIAKAN SYARIKAT INSURAN ETIQA BILA KERETA ROSAK KERANA SALURAN PENYEJUK AIR INJIN PECAH DI  PERHANTIAN REHAT  SENAWANG DITUNDA BALIK KE TANJONG KARANG TANPA SEBARANG BAYARAN ATAU DITANGGUNG SYARIKAT INSURAN.



Qlin.


 MAAF MAKCIK, KEBEBALAN SENDIRI JANGAN TUNJUK SANGAT KAT PUBLIC MAKCIK. MALU SATU KETURUNAN. TAPI YE LAH KAN KALAU TAK SALAHKAN PMX MANA SERONOK HIDUP INI KAN?




MCA gesa PM nilai semula kedudukan Kulasegaran







KUALA LUMPUR, 18 Mac - Anwar Ibrahim digesa menilai semula kedudukan M. Kulasegaran sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).


Gesaan itu disuarakan Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan susulan tindakan Kulasegaran hadir ke mahkamah bagi prosiding melibatkan Orang Kena Tuduh (OKT), baru-baru ini.


Menurut beliau, kehadiran seorang anggota eksekutif kerajaan dalam situasi sedemikian adalah sesuatu yang jarang berlaku dan bukan amalan kebiasaan.


Katanya, walaupun Kulasegaran mendakwa hanya ‘singgah’, kenyataan itu bercanggah dengan dakwaan individu lain yang menyatakan beliau hadir mengiringi, sekali gus menimbulkan persepsi kurang baik dalam kalangan masyarakat.



KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI IKHTIAR DAMAI CERMINAN KEMATANGAN RAKYAT, PERTEGUH PERPADUAN





 KENYATAAN MEDIA

YAB PERDANA MENTERI


IKHTIAR DAMAI CERMINAN KEMATANGAN RAKYAT, PERTEGUH PERPADUAN


Saya menyambut baik ikhtiar perdamaian oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili badan Islam dan Hindu yang menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai, menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.


Inilah ruh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum. Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara.


Salut saya kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha ini. Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional.


ANWAR IBRAHIM

19 Mac 2026





3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1 sempena Aidilfitri

 


3.03 juta kenderaan dijangka guna KLK dan LPT1 sempena Aidilfitri







KUANTAN 19 Mac – Sebanyak 3.03 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang tempoh cuti Aidilfitri antara 18 hingga 29 Mac ini.


Razali Kassim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2.1 juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak manakala 934,000 kenderaan menggunakan LPT1.


Menurutnya, purata trafik harian pada waktu puncak dianggarkan mencecah 78,000 kenderaan, dengan jumlah tertinggi dijangka berlaku pada 28 Mac iaitu sebanyak 106,000 kenderaan.


“Peningkatan aliran trafik ini memerlukan semua pengguna jalan raya lebih berwaspada, mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan ketika memandu supaya perjalanan berjalan lancar dan selamat,” katanya.




MENJUAL AGAMA.

 Hans.





29 tahun aku hidup sebagai seorang muslimin, sejak dari hari pertama lafaz syahadah 1997 sewaktu berumur 22 tahun. 


Aku tak pernah meminta ataupun dapat sesen pun bantuan dari pejabat agama. Aku mampu kerja masa tu, mampu berkeluarga, mampu untuk menbesarkan anak2 dengan keringat aku sendiri sehinggalah kehidupan aku berubah ditimpa pelbagai dugaan sejak tahun 2009, jatuh dalam perniagaan dan masalah kesihatan. 


Syukur sangat tuhan hadirkan insan2 yang baik dan berhati mulia untuk membantu aku. Aku tetap berbangga dengan pendirian aku untuk tidak mengunakan atau memperlacurkan agama untuk kepentingan diri aku sendiri.


 Sejahil mana pun aku,  aku takkan tergamak untuk menjual agama aku! Dalam pada mempertahankan agama aku, aku tak pernah sekalipun menghina agama orang lain.