Takdir !!! Mulut penuh sagon bila duk dalam kerajaang…
MENGAWASI POLIS
Cukup hingar berita tentang pihak polis semenjak baru-baru ini:
tuduhan berkaitan kecurian, pembunuhan, peras ugut dan
serangan seksual telah wujud terhadap beberapa pegawai
polis dalam beberapa minggu lalu.
Di tengah kecamukan ini, ketua polis negara pula berkata hanya segelintir pegawai dan anggota
polis – kurang daripada 2% – yang bergelut dengan isu dan terlibat dalam
aktiviti jenayah. Beliau memberi jaminan bahawa orang ramai boleh mempercayai
pasukan polis untuk menjalankan siasatan telus terhadap kes jenayah membabitkan
anggotanya.
Benar, tindakan pantas telah diambil untuk menahan dua anggota
polis yang menjadi suspek kes rogol dan peras ugut. Susulan siasatan, kedua-dua
lelaki itu kemudiannya didakwa di mahkamah. Tempoh masa daripada proses pendakwaan kepada pertuduhan di mahkamah mengambil masa kurang
daripada dua minggu.
Didakwa di mahkamah menunjukkan aduan itu diambil serius dan
beberapa bukti salah laku memang wujud. Yang penting, ia adalah percubaan untuk
memulakan proses meminta seseorang bertanggungjawab atas tindakannya.
Namun, didakwa di mahkamah tidak bermakna sabitan akan terus
dijatuhkan serta-merta melainkan tertuduh mengaku bersalah. Dalam kes di atas,
ia masih belum berlaku. Jadi, keputusan perbicaraan adalah perkara lain sama
sekali.
Tindakan pantas polis terhadap pegawai mereka sendiri dalam kes
di atas amat berbeza dengan kes Kathir Oli. Kontraktor berusia 31 tahun itu
ditembak oleh seorang pegawai polis pada 2011 di luar sebuah pub di Ipoh.
Keluarga mangsa, serta dibantu oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM),
telah mengambil masa selama 12 tahun untuk mendapatkan beberapa kebenaran
tentang apa yang berlaku pada malam kejadian. Ia adalah perjuangan yang panjang
untuk mendapatkan inkues diadakan dan merayu agar keputusan terbuka koroner
dicapai.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign
up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a
regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Akhirnya, pada Januari 2024, Mahkamah
Tinggi Ipoh memutuskan bahawa pembunuhan Kathir bukanlah satu
tindakan mempertahankan diri seperti yang didakwa oleh polis, tetapi satu
pembunuhan.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah peguam negara akan
mendakwa pegawai polis itu berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi – atau adakah
akan ada rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi? Apakah yang perlu diambil
untuk mendapatkan kebertanggungjawaban daripada pegawai polis yang menembak
Kathir?
Pegawai
yang penyangak atau masalah yang mengakar?
Sementara kita mengutarakan pegawai polis yang melakukan
kesalahan dalam pasukan polis, seperti yang telah dilakukan oleh segelintir orang baru-baru ini, adalah salah
untuk tidak mengiktiraf wujudnya pegawai polis yang telah menunjukkan dedikasi
di luar tugasan mereka.
Ramai pegawai bekerja tanpa jemu untuk melindungi orang ramai
daripada jenayah dan menguatkuasakan undang-undang. Ramai yang telah
mengorbankan bukan sahaja masa, malah, kadangkala nyawa mereka dalam
menjalankan tugas. Negara cukup berhutang budi kepada pegawai yang berdedikasi
ini.
READ MORE: Reining in the police
Namun, kehadiran pegawai polis yang berdedikasi ini tidak dapat
mengurangkan aduan salah laku polis dan salah guna kuasa.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa kejadian ini adalah
disebabkan oleh beberapa pegawai penyangak yang bertindak di luar skop kuasa
sah mereka. Tetapi adakah ia benar-benar kes seperti kata pepatah kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga?
Ada pihak yang berpendapat sebaliknya – bahawa salah laku
yang terbongkar menunjukkan masalah sistemik dalam pasukan polis yang
membolehkan pegawai penyangak meneruskan cara yang mereka lakukan tanpa
hukuman.
Jika ‘tembok biru yang membungkam’ itu wujud, maka pegawai polis
penyangak seperti itu akan terus dilindungi daripada pengawasan awam atau
daripada kebertanggungjawab atas kesalahan mereka.
Melaporkan
salah laku serta penyalahgunaan kuasa polis
Kes salah laku polis atau salah guna kuasa hanya terdedah
apabila orang ramai berani membuat laporan polis. Atau jika media mengambilnya
– seperti yang ditunjukkan baru-baru ini apabila video seorang pegawai polis menyerang
seorang lelaki menjadi tular dan mendapat perhatian umum.
Jaminan kemudiannya diberikan bahawa
siasatan akan dijalankan dan tindakan diambil.
Namun, berapa ramai yang berada dalam kedudukan, apabila
dihalang oleh polis ataupun apabila ditahan, sempat merakam menggunakan telefon
bimbit tentang apa yang berlaku kepada mereka atau orang lain – dan itu pun,
jika mereka mempunyai telefon bersama dengan mereka ketika kejadian?
Fikirkan juga perbezaan kuasa di antara pegawai polis dan orang
biasa yang sedang diberhentikan atau ditahan oleh polis. Orang yang berada
dalam keadaan rentan – contohnya, pelarian atau pekerja
asing – akan mendapati betapa sukarnya untuk membuat laporan
tentang gangguan polis.
Orang ramai juga mungkin takut akan kesan daripada membuat
laporan terhadap polis. Siapa yang akan menyokong dakwaan mereka? Dan berapa
ramai pegawai polis yang akan melaporkan tentang rakan sekerja mereka sendiri?
Tanpa laporan dibuat, seseorang hanya boleh tertanya-tanya
sejauh mana salah laku polis. Sesuatu yang pastinya mengerikan.
Orang ramai mengharapkan standard kepolisan yang baik serta
profesionalisme yang tinggi dalam pasukan.
Ya, polis hanyalah manusia dan mampu melakukan kesilapan. Namun,
hakikatnya mereka memang diamanahkan dengan kuasa untuk menjaga undang-undang
dan ketenteraman – dan ini menjadikan salah laku dan salah guna kuasa sama
sekali tidak boleh diterima.
READ MORE: Will the IPCC help the police chief cover up the
Ahmet T Kuru incident? - Caged
Tidak kiralah sama ada salah laku itu melibatkan orang yang
tidak bersalah, suspek dalam kes atau jenayah berat. Undang-undang diwujudkan
untuk memastikan perlindungan hak dan kesejahteraan suspek semasa ditahan atau
dalam tahanan polis.
Namun, apabila mata ditutup dalam soal undang-undang sedia ada,
apabila prosedur standard tidak dipatuhi, apabila langkah pencegahan kurang
atau apabila penderaan berlaku, ia akan mengakibatkan bukan sahaja kesalahan
jenayah dilakukan tetapi juga memudaratkan mangsa dan kadangkala, kematian,
iaitu kematian dalam tahanan polis atau tembakan oleh anggota polis.
Mengawasi
polis
Setiap kali kes salah laku polis atau salah guna kuasa
terbongkar, kepercayaan orang ramai dan rasa hormat terhadap pasukan polis
semakin terhakis.
Oleh itu, adalah penting, jika ada anggota polis melanggar
undang-undang, mereka mesti segera dipertanggungjawabkan dan dibawa ke muka
pengadilan. Ini akan membina kepercayaan orang ramai terhadap pasukan dan
menetapkan standard untuk profesionalisme polis.
Namun, adakah polis sendiri boleh diawasi? Sudah 19 tahun
lamanya sejak suruhanjaya bebas aduan dan salah laku polis (IPCMC) pertama kali
dicadangkan oleh suruhanjaya diraja mengenai operasi polis pada 2005.
Seperti yang telah
didokumenkan sebelum ini, ia mengambil masa 14 tahun sebelum
Rang Undang-undang IPCMC dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen
pada 2019. IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan pada 2011 untuk menyiasat salah laku
agensi penguat kuasa undang-undang.
Rang Undang-undang IPCMC akhirnya dirujuk untuk semakan kepada jawatankuasa
pilihan parlimen.
Namun, dek kerana kejatuhan kerajaan PH pada tahun 2020 dan
kekurangan komitmen kepada IPCMC oleh kerajaan seterusnya pimpinan Perikatan
Nasional, kita sebaliknya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Kelakuan Polis (IPCC)
pada 2022.
IPCC telah digambarkan sebagai versi IPCMC yang tidak
begitu kukuh – tidak mempunyai kuasa penyiasatan dan disiplin. Antara kelemahan
yang disenaraikan, IPCC hanya boleh mencadangkan
tindakan yang disyorkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak berkuasa
lain yang berkaitan sekiranya pegawai polis didapati melakukan kesalahan.
Soalnya, siapa yang dapat memastikan bahawa cadangan itu akan
diterima dan dilaksanakan? Apakah penerimaan cadangan oleh EAIC dan Suhakam
kepada polis selama ini? Betapa realistiknya untuk mengharapkan polis bagi
mengawasi pihak polis itu sendiri?
Beberapa pihak telah pun menggesa agar IPCC diperkukuhkan bagi menangani salah laku
polis.
Apa
seterusnya?
Jadi, ke mana kita hendak pergi dari semua ini? Jawapannya ada
terletak pada masyarakat sivil, media dan badan kehakiman. Tekanan daripada
orang awam dan media mempunyai peranan penting dalam mendorong
kebertanggungjawaban polis, profesionalisme dan perubahan dalam budaya
kepolisan.
Desakan sedemikian telah menghasilkan beberapa usaha bagi
mewujudkan pasukan polis yang lebih telus dan bertanggungjawab.
Pemasangan kamera CCTV di sel polis serta penggunaan
kamera yang dipakai di badan anggota polis yang bertugas
di luar pejabat adalah langkah yang dialu-alukan.
Satu lagi langkah ke arah yang betul ialah pengumuman untuk
menubuhkan unit jagaan perubatan di lima pusat tahanan
polis berpusat dalam usaha mengurangkan kematian dalam tahanan.
Penghasilan modul hak asasi manusia oleh kedua-dua
Suhakam dan polis untuk mengukuhkan latihan pegawai polis juga akan
meningkatkan kesedaran tentang piawaian penting.
Semua inisiatif ini masih perlu dipantau untuk pelaksanaan yang
betul, wujudnya tindakan susulan serta keberkesanan. Cukup besar harapan agar
orang ramai dan media untuk bukan sahaja mengawasi tetapi juga menyerlahkan dan
memantau usaha ini. Tetapi ia mesti dilakukan.
Jangan kita lupa juga peranan badan kehakiman. Orang ramai akan
melihat kepada mahkamah untuk mendapatkan keadilan apabila hak dicabuli. Badan
kehakiman adalah institusi utama untuk melindungi rakyat daripada pencabulan
yang dilakukan oleh institusi dalam negara.
Oleh itu, mahkamah mesti terbuka kepada kemungkinan
penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa dalam negara (dalam kes ini polis) dan
bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran perkara itu, termasuk melalui mahkamah koroner.
Meningkatkan standard dan profesionalisme polis dalam pasukan
polis adalah matlamat jangka panjang yang perlu diusahakan. Ia tidak akan
berlaku dalam sekelip mata.
Tetapi ia akan dibentuk oleh usaha mereka yang mahukan perubahan
ke arah kebaikan. Kes mendiang Kathir Oli adalah salah satu contoh kegigihan
ahli keluarga untuk mendedahkan kebenaran secara terbuka dan mendapatkan
kebertanggungjawab daripada polis. Ia tidak dicapai tanpa kesakitan dan
kepedihan selama bertahun-tahun.
Jadi, kita mesti terus mempertanggungjawabkan kerajaan, termasuk
Kementerian Dalam Negeri, supaya piawai kepolisan dapat dipertingkatkan.
Kita mesti menggalakkan dan menyokong inisiatif yang baik untuk
kepolisan yang lebih baik.
Dan kita mesti terus menyeru salah laku polis dan salah guna
kuasa dan impunitas yang membenarkan penyalahgunaan itu berlaku.
Tiada apa-apa yang akan berubah melainkan kitalah yang mencipta
desakan untuk perubahan itu.
Prema Devaraj
Editor bersama, surat berita Aliran
30 Januari 2024
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
PERAP KEPUTUSAN LEMBAGA PENGAMPUNAN PETUNJUK LEMAHNYA KOMUNIKASI KERAJAAN
Walaupun keputusan sebenar Lembaga Pengampunan
berkaitan Najib Razak masih belum diketahui, pelbagai pihak – di alam nyata dan
di alam maya – mula mempertikai dan menghentam kerajaan berkaitan dengannya.
Di mana-mana kita boleh mendengar mereka
mempertikaikan kelambatan kerajaan mengumumkan Lembaga Pengampunan itu.
Sebenarnya bukan keputusan Lembaga Pengampunan
itu yang menjadi persoalan, tetapi yang dipersoalkan ialah mengapa keputusannya
masih diperap daripada pengetahuan umum sehingga kini?
Sementara tugas Lembaga Pengampunan WP yang
dipengerusikan Yang Dipertuan Agong (ketika itu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah) ialah membuat keputusan dan adalah hak serta budi
bicara baginda memutuskan apa juga ketetapan berhubung permohonan pengampunan,
peranan kerajaan pula ialah memaklumkannya kepada pengetahuan umum apa yang
diputuskan itu.
Oleh kerana ia terus diperap, maka akhirnya
media Singapura yang lebih dulu memperolehi maklumat mengenai keputusan Lembaga
Pengampunan itu dan kemudian mendedahkannya.
Sama ada betul atau tidak betul apa yang
didedahkan media Singapura itu, yang nyata ini adalah petunjuk ketara kelemahan
komunikasi yang ada pada kerajaan.
Lebih-lebih lagi kalau apa yang didedahkan
media Singapura itu adalah tepat, kelemahan komunikasi kerajaan akan bertambah
parah kerana ia akan menyebabkan keputusan rasmi Lembaga Pengampunan yang
diumumkan nanti sudah tidak bernilai lagi.
Soalnya, kenapa keputusan sepenting itu kerana
melibatkan seorang bekas Perdana Menteri, mahu diperap sekian lama?
Kenapa tidak selepas tamat saja mesyuarat
Lembaga Pengampunan pada Isnin lalu, kerajaan terus saja memaklumkan
keputusannya?
Untuk apa seorang menteri berkata – tunggu
sehari dua lagi dan seorang lagi menteri pula berkata – Insya Allah minggu ini
akan diumumkan keputusan Lembaga Pengampunan itu?
Kalau sudah ada keputusan dan keputusan itu
pula telah diperakui dan diterima, nak tunggu apa lagi?
Bukankah jika keputusannya diberitahu lebih
awal, semua kekalutan yang timbul sekarang boleh dielakkan?
Apa yang harus disedari, zaman kini adalah
zaman langit terbuka dan semua benda bergerak lebih pantas berbanding zaman
akhbar bercetak kertas dahulu.
Untuk itu, apa juga keputusan yang telah
dibuat, lebih-lebih lagi dalam kes penting seperti pengampunan Najib ini, ia
mesti dihebahkan dengan segara dan tidak boleh diperap lagi.
Jika diperap, ia pasti akan bocor dan terdedah
secara tidak rasmi juga akhirnya, sekaligus memberi malu kepada fungsi
komunikasi kerajaan itu sendiri.
Ini baru soal komunikasi kecil iaitu berkaitan
keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan, bagaimana nanti komunikasi dalam isu
yang lebih besar seperti menangkis serangan pembangkang, membina naratif
berkaitan beberapa perkara utama melibatkan keputusan kerajaan, mempertahankan
Perdana Menteri dan menghadapi “perang PRU16”?
Mampukah komunikasi sedia ada menjamin Anwar
Ibrahim kekal lebih daripada sepenggal? – ShahbudinHusin 01/02/2024.
'Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni' pelbagai perancangan semarak warga KL 2024
Hari Wilayah Persekutuan yang
jatuh pada hari ini bukan sahaja mahu mengingatkan warganya mengenai sejarah 50
tahun lampau apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih kawasan Kuala Lumpur
daripada pentadbiran negeri Selangor dengan mewujudkan status pentadbiran khas.
Bagi Ahli Lembaga Penasihat
Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Cheng Heng, tarikh 1 Februari tahun ini
seharusnya diperhatikan oleh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya
dan Labuan sebagai titik penting untuk membawa pembangunan yang lebih cemerlang
menuju era Teknologi Maklumat, Revolusi Industri 4.0 dan Kecedasan Buatan di
seluruh kawasan wilayah.
"Tema sambutan tahun ini
ialah "Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni". Tema ini mencerminkan visi
dan aspirasi Malaysia Madani untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai model
kecemerlangan, inovasi dan keharmonian untuk seluruh negara dan dunia.
"Wilayah Persekutuan telah
mencapai banyak kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi,
pendidikan, kebudayaan, pelancongan, sukan dan kebajikan sosial," kata
Andre Lai dalam kenyataan.
Tambah beliau, istimewa bagi
Kuala Lumpur pada tahun 2024 ini akan menjadi tahun penentuan bagi Kuala Lumpur
yang telah melancarkan agenda pembaharuan seperti Pelan Struktur Tempatan Kuala
Lumpur 2040 dan implementasi ’Social Impact Assesment’, untuk memastikan
pembangunan yang lebih mampan dan lestari.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
katanya, telah memupuk budaya penglibatan sivik, kerjasama, dan keterangkuman
melalui platform seperti Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan Sistem
Pengurusan Aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Wilayah Persekutuan dan
Kuala Lumpur, diberkati dengan agenda pembaharuan oleh pemimpin berkaliber
seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha
Mustafa dan Datuk Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman.
"Saya mengenali kedua-dua
mereka sebagai pemimpin yang amat rajin dan berdedikasi untuk mendukung
aspirasi Malaysia Madani.
"Khususnya Datuk
Kamarulzaman, yang menjadi kenalan semenjak beliau berkhidmat sebagai Pengarah
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL.
"Semenjak perlantikan
sebagai Datuk Bandar, Kuala Lumpur telah ditadbir dengan profesional, cekap dan
berinovasi. Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah
menjadi saksi keberkesanan pentadbiran DBKL," ujarnya.
Kata Andre Lai, menyahut
saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak inisiatif telah
dilancar seperti projek Lestari Niaga dan Residensi Madani demi memastikan
Kuala Lumpur kekal sebagai bandar yang boleh didiami, mampan dan berdaya saing.
Begitu juga sepanjang bulan
Februari ini, terdapat banyak program dirancang untuk sambutan ulang tahun ke
50 penubuhan Wilayah Persekutuan.
"Demi menyantuni
masyarakat Cina dalam perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari pula, DBKL akan
mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan menjadi tuan rumah buat pertama
kalinya untuk KL Prosperity Walk pada hari Chap Goh Meh 24 Februari nanti.
"Marilah kita terus
berganding bahu untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat kemajuan
dan kemakmuran, tempat keharmonian dan kebahagiaan, tempat kebanggaan dan
kegemilangan. 2024, akan menjadi tahun penentuan," katanya lagi.
UPDATE KES HASUTAN SANUSI, ABAHCOW MAKIN HARI MEROYAN!
[kantoi] SANUSI KOYAK HABIS MENIPU DAN PERSOAL PEMBENTUKAN KERAJAAN!
RENTASAN 1538 | PANAS! AKHIRNYA HAMZAH SAHKAN RAMAI LAGI MP BERSATU BAKA...
HUBUNGAN HADI – MUHYIDDIN DINGIN?
DENGAN ANWAR DULU PUN MACAM TU JUGA- DIA NAK
KUASA TAPI TAK NDAK JADI PEMIMPIN ATAU PM. SEBAB
DIA TAHU DIA TAK MAMPU PUN PIMPIN NEGARA. DIA
CUMA MAHU TUMPANG UNTUK KESENANGAN DIA.
MISALNYA MAKAN GAJI BUTA DAN TAK BUAT KERJA.
Shahbudin
Husin
Hubungan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin,
dan Presiden PAS, Hadi Awang, dikatakan dingin, menurut sumber, sekali gus
mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kelangsungan Perikatan Nasional (PN)
yang digagaskan oleh dua parti itu.
Sumber berkata hubungan dingin itu antara
lain, berkait dengan kegagalan PAS menampilkan Naib Presiden Ahmad Samsuri
Mokhtar sebagai calon perdana menteri, selepas Muhyiddin tidak meneruskan
hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini.
Menurut sumber, pusingan U Muhyiddin dilihat
sebagai tekad Ahli Parlimen Pagoh itu untuk kekal menerajui PN dan seterusnya
dilantik perdana menteri kali kedua jika gabungan itu memenangi PRU16.
“Dikatakan selepas Muhyiddin (umum) berundur,
PAS mahu Dr Sam (Ahmad Samsuri) sebagai calon PM, tetapi terbantut selepas
pusingan U Muhyiddin,” kata sumber yang dekat dengan perkara itu kepada FMT.
Pada perhimpunan agung tahunan Bersatu,
November lalu, bekas perdana menteri itu mengumumkan tidak akan mempertahankan
jawatan presiden parti, tetapi kurang 24 jam, mengubah pendirian selepas
diyakinkan isterinya Noorainee Abdul Rahman, untuk “tidak mengecewakan ahli
memerlukannya.”
Sumber itu berkata Muhyiddin dan Hadi yang
juga timbalan pengerusi PN lama tidak kelihatan bersama di mana-mana majlis,
kali terakhir ia berlaku pada perasmian Muktamar PAS ke-69 20 Okt lalu.
Pada PRK Kemaman Disember lalu, Muhyiddin dan
Hadi dijadualkan berkongsi pentas pada ceramah kempen kemuncak, namun hanya
kelibat Hadi hadir manakala Bersatu diwakili Naib Presiden Radzi Jidin.
“Mereka (Muhyiddin-Hadi) telah lama tidak
bertemu,” kata sumber itu.
Menurut satu lagi sumber rapat PN, Hadi juga
“sudah lama” tidak lagi hadir ke mesyuarat pimpinan PN, sebaliknya, diwakili
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Walaupun (ketidakhadirin Hadi) tidak
mengganggu perjalanan komponen PN, namun ia memberi mesej mengenai hubungan
mereka,” kata sumber itu.
Menurut beliau, keadaan itu mirip dengan
situasi Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Umno-PAS, apabila Hadi tidak lagi
menghadiri mesyuarat, sebaliknya mewakilkan Tuan Ibrahim susulan hubungan yang
semakin renggang antara dua parti itu.
MN ‘mati langkah’ apabila dua parti itu
berbalah susulan keengganan Umno menerima penyertaan Bersatu dalam gagasan itu.
“MN mula ‘runtuh’ bila Hadi tidak lagi datang
mesyuarat, semua wakil kepada Tuan Ibrahim. Beliau dan (presiden Umno) Zahid
(Hamidi) pun dah lama tak jumpa waktu itu (menjelang penubuhan PN),” kata
sumber itu.
Menurut beliau, sudah ada tanda-tanda keadaan
itu kini berulang dalam konteks hubungan Hadi-Muhyiddin dan masa depan PN
sendiri.
Jika PN berkubur seperti MN, sumber itu
berkata hala tuju Hadi sememangnya boleh memberi kesan besar kepada politik dan
pentadbiran pada masa depan dengan PAS memiliki kerusi Parlimen tertinggi iaitu
43 diikuti DAP dengan 40 kerusi.
“Sekarang tak tahu ke mana Hadi nak bawa (PAS)
selepas makin renggang dengan PN.
“Bagi sekutu PMX (Anwar Ibrahim), ini peluang.
Sebab itu ada titik lemah (dalam PN),” katanya.
Menurut sumber itu, kalangan dalam PAS juga
melihat Bersatu semakin lemah dengan tindakan enam Ahli Parlimennya menyokong
Anwar.
Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul
Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik
(Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
(Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Untuk rekod, PAS mempunyai 43 kerusi Parlimen
pada PRU15, berbanding 30 oleh Bersatu.
PAS juga mengekalkan pentadbiran di Kedah,
Kelantan dan Terengganu selain merampas Perlis yang sekian lama menjadi kubu
kuat BN.
Selain PAS dan Bersatu, PN turut dianggotai
Gerakan yang gagal menang sebarang kerusi Parlimen pada PRU 15 namun meraih
satu kerusi DUN di Kedah pada PRN Ogos lalu.
Sumber –
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/01/hubungan-hadi-muhyiddin-di
Melayu berpecah belah, hanya model Kerajaan Perpaduan akan berjaya
Penyatuan
Melayu di bawah satu gabungan politik sebagaimana matlamat perjuangan Perikatan
Nasional (PN) tidak realistik bagi politik Malaysia.
Pengarah
Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, selepas 2018 kaum Melayu telah
terpecah ke dalam terlalu banyak parti politik dan tidak mungkin formula
kerajaan 90% Melayu boleh direalisasikan.
"Kita
kena sedar hari ini orang Melayu telah dipecahbelahkan oleh Tun Mahathir. Kita
menjadi banyak parti.
"Hari
ini kena terima hakikat kerajaan hanya boleh dibentuk dengan sebuah koalisi
melibatkan semua kaum
"Tetapi
bila Melayu UMNO, Bersatu dan Pas bergabung, mereka hanya membentuk 114 kerusi
(kerajaan 2020 - 2022). Selepas PRU ke 15, selepas mencuri 10 orang dari UMNO
Muhyiddin hanya mendapat 115 kerusi.
"Mereka
tidak boleh membentuk sebuah kerajaan yang stabil," katanya dalam siaran
langsung Facebook malam tadi.
Oleh
itu, kata Lokman, model kerajaan BN didominasi Melayu tidak boleh lagi
dilaksanakan. Katanya, selama 60 tahun BN berkuasa di Malaysia MIC, MCA dan
Gerakan membantu menguasai sokongan kaum Cina dan India.
Sebaliknya
kini, hampir 80% kaum India menyokong Pakatan Harapan (PH) dan lebih 90% Cina
mengundi gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.
Gabungan
yang boleh memerintah dengan baik, katanya, adalah model Kerajaan Perpaduan
yang dilaksanakan hari ini.
"Kita
wujudkan kerajaan kukuh jika bersama PH. Barulah kita boleh ada kerajaan kuat,
diyakini pelabur. Pelabur masuk balik, kukuh nilai ringgit, menambah peluang
pekerjaan, kurang kadar penganguran, kurang jenayah.
"Kalau
fikir bangsa kita sahaja, tak fikir rakyat keseluruhan saya beritahu, bangsa
paling ramai 70% adalah bumiputera. Kalau negara ini lingkup yang paling ramai
lingkup ialah bumiputera," katanya.
Mengulas
propaganda Pas, kononnya orang Melayu akan lebih mudah membuat keputusan
menjauhi UMNO sekiranya parti itu terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga PRU
16, Lokman berkata, Pas tidak akan 'menyibuk' sekiranya kerjasama UMNO - PH
menguntungkan mereka.
"Kalau
hubungan UMNO dan PH ini menguntungkan Pas mereka tak akan sibuk beritahu kalau
kita terus bersama PH orang Melayu lebih mudah buat keputusan.
"Hari
ini Pas-PN takut. Mereka lagi takut kalau Najib dibebaskan kerana kalau Datuk
Seri Najib bebas, peluang untuk kita lenyapkan terus Bersatu (lebih mudah)
"Bagi
Pas mereka tetap akan ada sokongan di beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah,
Terengganu. Cuma untuk Bersatu yang tidak ada pendirian tetap, kerjasama antara
BN dan PH serta kawan kawan lain akan mendatangkan musibah kepada mereka. Sebab
itu mereka guna orang khianat UMNO untuk menarik UMNO keluar Kerajaan Perpaduan.
"Mereka
takut formula kerjasama BN dan PH ini, orang dapat melihat keistimewaan Melayu
terjamin, Islam terjamin, bahasa Melayu terjamin. Jadi apa masalah kerjasama
(BN - PN)," katanya lagi.