MAKSUD DISEBALIK TULISAN
TERDESAK NAK B2021 LULUS PUNYA PASAL?
Kalau tak komplen, puak yg berkuasa akan langgar SOP suka hati je. Kalau rakyat, sure kena denda dan penjara.
Kalau dilihat pada perkembangan semasa secara zahirnya terlihat yg Undi B2021 akan menyebabkan babai kpd Moo dan KERAMITA PN. Anda setuju?
- Zus Din
24 November 2020
*Nota : Link - Keningau tidak dibenarkan berada di Dewan Rakyat : https://www.facebook.com/watch/?v=1170027020137728
Surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
***********************
24 Nov 2020
Mengadap sembah penyerahan Memorandum Rakyat Ke bawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri
ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in
Billah.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Ampun Tuanku,
Dengan segala hormat dan takzimnya patik bersama gabungan NGO di
bawah nama Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat merafak sembah dan berdoa agar
Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam afiah dan rahmah dari Allah
swt senantiasa hingga ke akhirat.
Ampun Tuanku,
*Memohon sembah penyerahan Memorandum Rakyat ke bawah Duli
Tuanku.*
Patik dengan penuh takzim ingin merafakkan sembah mengenai
Memorandum Rakyat yang ditandatangani oleh beberapa NGO dan rakyat jelata.
Ampun Tuanku,
Patik menyertakan beberapa salinan sokongan dari beberapa NGO
dan rakyat jelata demi menyanjung tinggi Kedaulatan Raja-Raja Berpelembagaan.
Ampun Tuanku,
Semoga dengan Memorandum Rakyat ini dapat kiranya Tuanku
mencemar Duli untuk mempertimbangkannya bagi menjamin Sistem Demokrasi
Berpalimen terus dihargai dan dihormati oleh semua.
Mudah-mudahan Allah memberkati usia dan amalan Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku.
Amin ya Rabbal Alamin.
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya,
Mustapa Mansor Bin Amer Mohd Isa.
*********************
MEMORANDUM RAKYAT KEPADA ISTANA NEGARA & PARLIMEN MALAYSIA
**********************
1. Menyampaikan tuntutan rakyat agar Kerajaan Perikatan Nasional
menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara dengan mendahulukan Perlembagaan di
atas segala undang-undang.
2. Mengembalikan mandat rakyat yang dirampas pada bulan Februari
2020 melalui langkah Sheraton yang jelas sekali bertentangan dengan amalan
demokrasi berparlimen.
3. Memohon perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong mencemar Duli untuk bertemu dengan ketua-ketua
parti politik yang bersama dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah pihak
Yang Dipertuan Agong menerima mengadap pada 13 Okt 2020 lalu. Seluruh rakyat
mengetahuinya melalui kenyataan media yang disiarkan pada 14 Okt 2020.
4. Menegaskan peri pentingnya pentadbiran istana dilindungi dan
dipelihara sewajarnya supaya tidak menimbulkan tanggapan negatif bahawa
kakitangan istana telah didalangi oleh individu-individu yang diarah untuk
menjaga kehendak dan kepentingan kerajaan Perikatan Nasional.
5. Menyatakan rasa amat terkejut dengan beberapa kenyataan dari
pihak Kerajaan Perikatan Nasional sendiri yang secara terbuka menolak keputusan
Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menolak
dilaksanakan darurat.
6. Menyampaikan tuntutan rakyat agar tindakan sewajarnya diambil
terhadap beberapa Yang Berhormat Ahli Parlimen serta Speaker Parlimen kerana
berperilaku secara tidak beradab dan membelakangkan tatacara mesyuarat Sidang
Dewan Rakyat di Parlimen.
7. Menyarankan agar perlantikan Speaker Dewan Rakyat dan Speaker
Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agung sendiri . Ini adalah untuk
mengelakkan bias (berat sebelah) apabila kedua-dua lantikan itu dibuat oleh
parti politik.
Semoga Memorandum Rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera
demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.
Semoga Memorandum Rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera
demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.
Ditandatangani oleh:
100 NGO yang bergabung dalam Gabungan Bertindak Memorandum
Rakyat.
Mustapa Mansor.
Ketua Kordinator
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.
***************
Terjemahan:
****************
MEMORANDUM RAKYAT TO ISTANA NEGARA & PARLIAMENT OF MALAYSIA
MEMORANDUM RAKYAT TO ISTANA NEGARA & PARLIAMENT OF MALAYSIA
Conveying rakyat's demand that the Perikatan Nasional Government
respect the principles of Rukun Negara by putting the Constitution above all
laws.
2.Returning the mandate of the rakyat which was wrested in
February 2020 through the Sheraton manoeuvre that was obviously against the
practice of parliamentary democracy.
3. Seeking an audience with his Majesty the Yang Di-Pertuan
Agong of leaders of political parties who stand together with YB Datuk Seri
Anwar Ibrahim who were already granted audience on Oct 13, 2020. The rakyat is
well aware of this through the media release on Oct 14, 2020
4. Stressing the importance that palace administration is
protected accordingly so that no negative peceptions will arise that they have
been manipulated by interest groups of the Perikatan Nasional government
5. Expressing shock over statements made by the Perikatan
Nasional government, openly rejecting the decision of his Majesty the Yang
Di-Pertuan Agong and the Conference of Rulers in rejecting their submission to
instate state of emergency in the nation
6. Conveying rakyat's demand that action be taken accordingly on
those YB Members of Parliament and the Speaker of Dewan Negara for their
unbecoming behaviour and their ignoring of the Dewan procedures during
Parliamentary sitting
7. Proposing that the appointments of Speakers of Dewan Rakyat
and Dewan Negara be appointed by his Majesty, the Agong. This is to avoid
political biases by the Speakers in conducting the sessions of Parliament
We seriously urge that this Memoradum Rakyat be given utmost
attention and considerations, and the proper actions be undertaken urgently so
as to avoid untoward reactions by the frustrated and wrathful rakyat
Signed by:
100 NGO affiliated to the Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.
Mustapa Mansor.
Head of Co-ordinator
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.
*********************
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.
**********************
NGO yg mengesahkan & menyokong Memorandum tersebut :
1. Masssa
2. MEMO
3. Otai Reformis 1998.
4. GMPN ( veteran tentera).
5. Wadah
6. Suara prihatin Rakyat M'sia
7. Pertubuhan Pelancungan Muslim Perak
8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak
9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping.
10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak. 11.Persatuan
Integrasi Kebajikan Kinta Perak
12. Pertubuhan Harapan Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak.
13.Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut 14. RAPAT
15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG
16. Sekretariat Muafakat
17. Pertubuhan Suara
Rakyat Sipitang
18 Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah
19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH
20. Persatuan Penduduk Kg. Buang Sayang
21. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah
21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)
22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan
23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan
24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (Pepas)
25. PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA .
26.Persatuan Insan Prihatin Sabah.
27. Persatuan Prihatin Kuala Lumpur
28. MJMM
29. GRVATM
30.Pertubuhan sukarelawan komuniti harapan malaysia.(Harap
Malaysia)
31. Persatuan kebajikan orang orang miskin semalaysia
( Kami masih membuka peluang kepada semua NGO dan rakyat
Malaysia untuk bersama menyokong Memorandum ini).
Melalui manual:
Tel/wa: 0183586506
atau 0183115042
Atau secara online:
Can you spare a minute to help Mustapa Mansor Amer Mohd Isa?
Dari : Mustapa Mansor
Kordinator
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.
Sekretariat: A-13-3A, 3 Elements, Persiaran Putra Permai Selesa,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan.
Selangor.
KISAH ANTARA DUA DARJAT
Sesiapa datang dari Sabah tak perlu lagi kuarantin 14 hari mulai esok.Tahniah kerajaan PN, SOP bertukar lagi.
Bertukar tiba-tiba sebab ada ahli parlimen PN langgar SOP?
31 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL EDISI MALAM.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR.
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.
'MUKA TEMBOK' - TAMBRIN TUN GAFAR
'MUKA
TEMBOK'
1. Cuba
dengar klip video yang disertakan dengan teliti serangan, cemuhan,
tuduhan dan kata - kata kesat Muhyiddin terhadap UMNO dan PAS
tidak berapa lama dulu.
2.
"UMNO Adalah Parti PEROMPAK dan PAS Pula Parti
Yang Kononnya Memperjuangkan Islam, Tapi MENYOKONG PEROMPAK; Islam Apa
Ini ?"
3.
"SAYA TIDAK AKAN KEMBALI ATAU BERSAMA
UMNO LAGI - SATU PEROMPAK DAN SATU LAGI PENYOKONG
PEROMPAK - NO WAY"
4. Apakah tindakan
beliau membuat U-Turn atau Pusingan U kini terhadap UMNO dan
PAS yang pernah beliau caci itu HANYA SANDIWARA SEMATA -
MATA bagi MENDAPATKAN SOKONGAN mereka atau beliau benar
- benar SUDAH INSAF dan MENYESAL kerana segala apa tuduhannya
itu adalahu PEMBOHONGAN DAN FITNAH yang sengaja dibuat
bagi MENDAPATKAN SOKONGAN rakyat?
5.
Muhyiddin KENA JELASKAN kepada UMNO,
PAS dan umum di atas PENIPUAN dan FITNAH
itu dan tampil mengakui bahawa UMNO dan PAS
adalah Parti yang BERSIH dari AMALAN RASUAH
DAN SALAHGUNA kuasa - jika dengan Allah SWT kita
sentiasa memohon ampun, apatah lagi sesama manusia, tambah pula sebangsa dan
seagama.
6. Jika
enggan atau gagal berbuat demikian maka ia bermakna Muhyiddin
sanggup berpelukan dengan PEROMPAK dan PENYOKONG
PEROMPAK semata - mata kerana gilakan kuasa.
7.
Dalam erti kata lain beliau sanggup berbuat apa sahaja termasuk
MENJILAT LUDAH DAN KAHAKNYA SENDIRI bagi
memenuhi nafsunya.
8.
UMNO dan PAS pula sah TIDAK kisah atau
peduli atas serangan dan tuduhan Muhyiddin terhadap
mereka kerana apa yang dituduh itu mungkin benar ASALKAN mereka dapat kekalkan
jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC.
9.
Justeru tidaklah keterlaluan jika Pemimpin dan
Ahli-Ahli Bersatu, UMNO dan PAS seperti:
‘MUKA TEMBOK’
Tidak
bermaruah dan tidak ada perasaan malu langsung.
10. Muhyiddin,
Zahid dan Hadi JANGAN FIKIR rakyat tidak
tahu dan tidak nampak PERMAINAN KOTOR mereka yang
HANYA PENTINGKAN DIRI dan JAWATAN
dari memikirkan hal rakyat di bawah ini.
11.
PEMBELOT dan PENGKHIANAT Azmin dan Hamzah pula
senantiasa berfikir langkah - langkah seterusnya
yang perlu dihidangkan kepada Muhyiddin yang bak
kata Khairuddin Abu Hassan mempunyai 'OTAK UDANG'.
12.
Muhyiddin ibarat pengantin yang dihias, dipakaikan
pakaian pengantin, dipimpin ke pelamin, dibawa memotong kek, ke meja
makan dan akhirnya diusung ke pintu keluar untuk bersalaman dengan
tetamu dan diucapkan - SELAMAT PENGANTIN BARU!;
tak perlu berfikir kerana semuanya dibereskan oleh tukang
andam - Azmin dan Hamzah Zainuddin.
13.
Muhyiddin PASTI jatuh seperti durian
yang menunggu masa saja untuk gugur, jika tidak jatuh secara baik ke
dalam jaring ia pasti jatuh ke atas tanah dan mungkin bergolek ke dalam
longkang.
14. Apabila sampai
musimnya SEMUA durian yang di dahan akan turut gugur sama.
15.
APABILA NYAWA SUDAH SAMPAI KE
HALKUM, MASA ITU ALLAH TIDAK LAGI TERIMA
TAUBAT.
16. Tambah
pula Pembentangan Belanjawan atau Budget 2021 merupakan
'BELANJAWAN HAPRAK' yang kononnya bagi membantu mengatasi
kesusahan rakyat tetapi ianya setakat:
'Melepas Batuk
Di Tangga'
17. Lidah
Propanganda Kerajaan, JASA dihidupkan semula dengan
peruntukan sebanyak RM81 juta; sekiranya benar Ketua Pengarah JASA
yang bakal dilantik adalah penyokong kuat Azmin maka tak salahlah jika
dikatakan JASA yang diwujudkan semula itu akan digunakan untuk menguatkan
Muhyiddin dan Azmin.
18. Lihatlah
sendiri Peruntukan Keperluan Hospital / pesakit
yang di potong begitu sahaja tanpa peduli penderitaan rakyat:
19.
'SEPANDAI -
PANDAI
TUPAI
MELOMPAT
PASTI JATUH
KE TANAH JUA’
Wassalam
Terima Kasih.
JADI PEMIMPIN POLITIK DAN TOK IMAM JAUH BEZANYA
Jadi pemimpin politik dan Tok Imam jauh bezanya
Via WhatsApp
- Memilih pemimpin negara atau negeri tidak sama dengan memilih imam solat. Walaupun kedua-dua kedudukan itu untuk diikuti oleh makmun ataupun rakyat di belakang mereka, tapi siyasah ataupun urustadbir negara tidak seperti solat.
- Imam solat diukur kelayakan di sudut bacaan dan pengetahuan mengenai solat. Hukum-hakam solat pula kebanyakannya sudah tetap dan tidak memerlukan kesungguhan untuk berfikir menangani kerumitan. Ia satu ilmu yang sangat terbatas. Sementara pemimpin dalam urustadbir negara memerlukan kemampuan di sudut siyasah dan ketangkasan dalam menguruskan situasi rakyat. Memerlukan keupayaan berinteraksi dengan suasana semasa dalam dan luar negara.
- Dalam Islam, bab politik hanya diberikan garis panduan umum sahaja, di mana kebanyakan urusan politik diserahkan kepada ijtihad manusia berdasarkan situasi yang mereka hadapi. Nas-nas agama tidak begitu mengikat manusia dalam politik sedangkan nas-nas itu begitu mengikat muslim dalam hukum-hakam solat.
4.Justeru itu kita lihat, sahabat Nabi s.a.w yang sangat bagus bacaan al-Quran ialah Ubai bin Ka’ab tidak dilantik dalam urustadbir politik. Kelebihan beliau di sudut bacaan al-Quran diakui dan dipuji oleh Nabi s.a.w sendiri. Namun, beliau tidak dicadangkan menjadi khalifah ataupun pemerintah ataupun gabenor. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab beliau dilantik menjadi imam untuk mengepalai solat tarawikh. Umar sangat menghormati keilmuan dan pegangan agamanya. Dalam Tabaqat Ibn Saad, ada riwayat yang Ubai bin Ka’ab pernah bertanya Umar:
مالك لا تستعملني؟»، قال: أكره أن يدنس دين
“Mengapa engkau tidak melantikku (sebagai anggota pentadbiran). Jawab Umar: Aku tidak suka dicemari agamamu”.
Ini kerana, pengurusan politik mempunyai seni dan bidangnya yang tersendiri, bukan semua orang mampu mengharunginya.
- Inilah juga yang Nabi s.a.w jawab kepada sahabat yang dikasihi baginda Abu Zar, apabila beliau meminta jawatan politik daripada Nabi s.a.w. Jawapan baginda kepadanya: “Wahai Abu Zar! Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).
Abu Zar bukan lemah iman, tapi lemah dalam kemampuan politik. Justeru itu Nabi s.a.w menyatakan ia nanti satu kerugian di akhirat disebabkan kegagalan memikul tanggungjawab politik sekalipun baik di sudut amalan peribadi.
- Dalam bahasa tempatan kita, bukan semua yang bergelar ustaz tahu berpolitik. Bahkan dalam Sirah, Rasulullah s.a.w melantik muka-muka baru yang mungkin ‘tidak terkenal dengan warak’ tetapi tangkas dan memenuhi sasaran kepimpinan. Ini seperti melantik ‘Amr bin al-As menjadi gabenor ‘Oman walaupun beliau masih baru menganut Islam dibandingkan sahabat-sahabat yang lain.
- Bahkan Nabi s.a.w mengiktiraf mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tertonjol semasa zaman jahiliah. Apabila mereka menganut Islam dan dapat memahami Islam dengan baik, maka mereka yang terpilih semasa zaman jahiliah akan terpilih juga semasa Islam. Seniority dalam menganut agama bukan penentu kepada kepimpinan. Ini disebut dalam hadis Nabi s.a.w: “Manusia bagaikan bahan galian, seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami Islam” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Oleh itu, pandangan sesetengah pihak supaya pilih calon pilihanraya orang yang kelihatan kuat atau ada pengetahuan agama TANPA menilai kemampuan individu itu dalam urustadbir politik merupakan satu kesilapan yang menyanggahi petunjuk Nabi s.a.w dan para sahabah baginda.
- Namun, jika ada tokoh yang kuat beragama dan tangkas dalam urustadbir politik maka pasti itulah yang terbaik. Inilah sebabnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dipilih. Bukan kerana sekadar kuat beribadah, tetapi kukuh pengetahuan agama dan tangkas dalam bidang politik.
- Namun, jika sekadar imam dan ustaz semata terus kita lantik tanpa menilaikan kemampuan urustadbir yang baik (good governance) maka itu merupakan satu kesilapan di sudut agama dan juga kebijaksanaan hidup. Maka kenyataan sesetengah pihak yang menyamakan pilihan imam solat dengan pilihan calon pilihanraya merupakan satu kesilapan.
AHLI PARLIMEN YANG PALING BANGSAT- OLEH TAMRIN TUN GHAFFAR
Tamrin Tun
Ghafar
1. 'Orang
Berbudi
Kita Berbahasa
Orang Memberi
Kita Merasa'
2.
Jika Kita Tidak
Boleh Membalas
Budi
Sekurang
Kurangnya
Kita
Tahu Mengenang
Budi
3. Tiong
King Sing, Ahli Parlimen Bintulu , Sarawak AKAN DIKENANG
sebagai seorang Ahli Parlimen yang terlalu BANGSAT oleh
generasi kini dan akan datang.
4. Tindakan
beliau melemparkan tuduhan liar terhadap Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah,
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan yang BEKERJA KERAS
menangani Wabak Covid 19 telah mengundang kritikan rakyat
kerana rakyat faham Tan Sri Noor Hisham adalah kepala atau
ketua ribuan doktor dan Kakitangan Hospital dan Kementerian; mereka
TERPAKSA berpisah dengan keluarga, bertarung nyawa bagi menyelamatkan kita
semua.
5.
Yang peliknya dari 72 orang Menteri, yang Bertaraf Menteri dan
Timbalan hanya salah seorang Timbalan Menteri Kesihatan sahaja yang
bersuara, itu pun SETELAH Tun Dr. Mahathir ( Ahli Parlimen Langkawi
) dan beberapa Ahli Parlimen DAP membuat kritikan tegas.
6.
Sepatutnya Ahli Parlimen itu mempersoalkan di mana 'hilangnya' Adham Baba
, Menteri Kesihatan dan 2 orang Timbalannya yang TIDAK MUNCUL.
7. Mungkin
oleh kerana yang melakukan perbuatan keji dan hina terhadap KP itu adalah
PENGAMPU Muhyiddin Yassin, yang kebetulan pula telah melantik beliau sebagai
Duta Khas Malaysia ke China bertaraf Menteri, maka parti - parti lain dalam
Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional SENYAP SERIBU
BAHASA.
8. Beliau,
jika faham, sepatutnya merasa lega kerana saya memilih untuk
tidak menggunakan tajuk yang LEBIH KESAT seperti
Ahli Parlimen Haramjadah, Barua, Bangkai, Binatang, Yang Tak Tahu
Mengenang Budi dan beberapa perkataan lain.
9. Di satu
ketika dahulu Lim Guan Eng dipenjarakan kerana
MEMPERTAHANKAN MARUAH seorang gadis Melayu bawah umur yang telah
diperkosa oleh seorang pemimpin UMNO.
10.
Dalam kes terbaru ini 2 orang Ahli Parlimen DAP
yang BUKAN Melayu, YB RSN Rayer (Jelutong) dan YB Lim Lip Eng
(Kepong) dihalau keluar dari Dewan Parlimen kerana mahu MEMBELA
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, seorang Pegawai Tinggi
Kerajaan yang kebetulan seorang Melayu / Islam yang dicemuh oleh BANGSAT
ini.
11. Di
mana Ahli - Ahli Parlimen dari UMNO, PAS dan BERSATU dan juga Parti
- Parti lain yang kononnya berjuang untuk Melayu / Islam; mereka
TIDAK BERSUARA seolah - olah PEKAK dan BISU -
apakah berkemungkinan mereka ini semua TELAH TERMAKAN
BUDI dari Ahli Parlimen BANGSAT ini?
12. Cuba
bayangkan apa akan jadi jika sekiranya Ahli Parlimen DAP yang
membuat serangan seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bintulu itu;
SUDAH PASTI mereka akan diserang bertubi - tubi oleh UMNO ,
PAS dan BERSATU dan NGO - NGO dan Parti - Parti Melayu lain
atas dasar PERKAUMAN.
13. Saya
tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bintulu ini adalah Tiong yang
PERNAH DIKAITKAN dengan skandal tanah PKFZ di Kawasan
Pelabuhan Kelang di satu ketika dahulu.
14.
Jika tekaan itu benar, ini bererti jika ada Ahli - Ahli
Parlimen Melayu / Islam yang mungkin disogok dengan wang ringgit , mereka dan
keluarga sebenarnya telah TERMAKAN DUIT HARAM.
15.
Muhyiddin pula TIDAK akan bertindak terhadap beliau seperti
MELUCUTKAN jawatan Duta Khas ke China Bertaraf Menteri kerana
PERLUKAN SOKONGAN beliau.
16. Oleh kerana
TAKUT terus diserang dan boleh menjejaskan Muhyiddin sendiri maka
akhirnya atas nasihat, beliau TERPAKSA meminta maaf - sama ada
ikhlas atau sebaliknya itu pada beliau tidak penting.
17.
JIKA 'BUDGET' pun TIDAK dibentangkan di Kabinet dan
Menteri pula TAK TAHU apa yang dilakukan oleh Timbalannya
dalam kes JASA, maka jawabnya Kerajaan Perikatan Nasional atau PN
pimpinan Muhyiddin SEMEMANGNYA TERLALU LEMAH dan Ahli - Ahli
Parlimen pula boleh ambil kesempatan buat dan kata apa sahaja
seperti Ahli Parlimen BANGSAT ini.
18.
BUDGET YANG DI BENTANGKAN BUKAN UNTUK
MENANGANI WABAK COVID 19 DAN UNTUK RAKYAT,
TAPI IA LEBIH KEPADA MENENTU DAN MENGUATKAN
KEDUDUKAN MEREKA YANG GILA KUASA TERUS KEKAL.
19.
Itulah sebabnya 'Budget' yang dibentangkan baru - baru ini
TIDAK BOLEH DISOKONG oleh mana - mana Ahli Parlimen
jika mereka punyai fikiran WARAS!!
20.
'Terlajak Perahu
Boleh DiUndur
Terlajak Kata
Buruk
Padahnya'
21.
Sebenarnya yang takut mati ialah ialah Ahli Parlimen Bintulu itu
sendiri dan Menteri Air Suam yang dimaklumkan memang berhasrat
menggantikan Tan Sri Noor Hisham kerana beliau lebih diyakini dan
dipercayai oleh rakyat dari Menteri bodoh yang dilantik oleh seorang yang
LEBIH MEMENTINGKAN DIRI dari segala yang lain.
Wassalam
Terima Kasih.
KERAJAAN PN TIDAK JUJUR, SENTIASA TERGUGAT
Kerajaan PN tidak jujur, sentiasa tergugat
Oleh: Redzuan RF8 Media
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terpaksa membayar “harga yang mahal” untuk mempertahankan kerajaannya termasuk cubaan mendapatkan perisytiharan darurat yang gagal.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi, berkata harga yang mahal itu terpaksa dibayar Muhyiddin kerana tiada kejujuran politik.
Jelasnya, kerajaan Muhyiddin yang lemah boleh distabilkan jika tiada “permainan” untuk menikam dari belakang.
“Macam macam boleh berlaku minggu ini. Bajet (belanjawan) lulus, bajet ditolak, undi tidak percaya, parlimen bubar, Muhyiddin PM (perdana menteri) paling singkat dan mungkin akan ada PM baru,” katanya dipetik.
Menurut bekas ahli parlimen Batu Pahat itu lagi, masalah dihadapi Muhyiddin itu berpunca daripada wujudnya kerajaan lemah – yang digelarnya sebagai ‘kerajaan 113’ merujuk kepada jumlah sokongan yang didakwa diterima perdana menteri.
Sebenarnya kata Puad kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang boleh menjadi stabil. Untuk mendapatkan keadaan itu, katanya, apa yang diperlukan ialah “kejujuran politik” berbanding gerakan menikam dari belakang.
“Sebenarnya kerajaan ini boleh stabil jika ada kejujuran politik. Terlalu banyak game plan untuk menikam dari belakang.
“Maka inilah harga mahal yang terpaksa dibayar oleh Muhyiddin,” katanya.
Sejak akhir-akhir ini sekumpulan pemimpin dan veteran Umno membangkitkan – secara berkias – isu kejujuran politik dalam kerjasama parti itu dengan PN khususnya Bersatu dan PAS.
Selain Puad, turut lantang menyatakan isu itu ialah presiden Umno sendiri, Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kata Puad Muhyiddin juga memerlukan keajaiban untuk menyelamatkan kerajaan PN selepas usahanya mendapatkan pengisytiharan darurat ditolak Yang di-Pertuan Agong.
Muhyiddin dan PN kini berdepan cabaran kelangsungan pada Khamis ini apabila Belanjawan 2021 dibuka untuk undian, sama ada diterima atau ditolak.
Jika gagal mendapatkan sokongan majoriti, ia adalah simbolik kepada penolakan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri dan lazimnya pemimpin terbabit akan berundur.
Umno sebelum ini meletakkan beberapa syarat untuk memberikan sokongan kepada belanjawan berkenaan namun disindir oleh PAS pula dengan mengumpamakannya seperti kisah Puteri Gunung Ledang.
Sementara itu Puad yang juga bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata rakyat sudah bosan dengan kemelut politik hari ini.
Justeru katanya Muhyiddin perlu mengetepikan ego dan kembali kepada kejujuran politik.
“Hentikan ego dan balas dendam. Balik kepada kejujuran politik,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)