Tinggal 2 hari ja lagi pengundian bajet, apakah ianya lulus atau
tidak. Kami tidak mahu layan situasi sdra Ku Li dalam surat edaranya yang kalian
telah maklum. Hanya bermuka sana sini untuk memperlihatkan seperti sedikit
bertanggungjawab tapi akhirnya ketawa riang bersama tebuk atap.
Siri seterusnya di dewan, akan buat apa jua memendekkan masa dan
sekatan para MP. Samada ahli parlimen berkejaran ke toilet ramai-ramai, di kunci
pintu dari dalam, atau tiba-tiba ada hiruk pikuk depan dewan bagi mengizinkan kunci
pintu... mudah jika kami kata, inilah tebuk atap.
Tapi ada beberapa perkara yang pimpinan PH terutama Sdra Anwar
Ibrahim perlu ambil kira. Pertamanya sekiranya proses pengundian bajet itu
berjaya di tolak, apakah proses dan tindakan seterusnya yang perlu kalian lakukan.
Laluan pemilihan PM baru @ terus ke PRU15 @ PH berjaya mengambil langkah
pentadbiran semula. Likunya masih ada...di tatkala sang kuning itu sengaja
memperlewatkan segalanya.
Kenapa & mengapa Malaysia ini begitu rosaknya dari pucuk
ataih hingga ke akarnya begitu dasyat sama sekali.
Jawapannya: Duit, projek & kekayaan. Dari sebesar atas nun
di sana hingga ahli politik bawahan mengejar punca yang sama.
Ya, PH juga dah buat kesilapan semasa memerintah. Dari seorang yang
cuba di beri peluang, tapi agenda dendam lumatnya tidak membatasi batu nesan yang
semakin menghampiri.
Hanya dua hari ja lagi... saban kita berusaha, dia dan barisan
tebuk atapnya juga berpencak silat untuk menggagalkan. Masakan tidak, esoknya
bajet... malam sebelumnya di wawancara oleh Awani. Berpuluh tahun dahulu, jika
ada hal besar yang akan berlaku...dia akan keluar sehari @ dua hari sebelumnya.
Dan langkah sheraton pun begitu juga yang telah terbukti pada rakaman audio.
Umno baru itu setiap hari meeting. Jawapan nadanya sokong
PN...sokong Muhyiddin. Esok gaduh lagi, meeting dan ulang balik hal sama. Isu
surat Ku Li ini pun hanya gimik murahan semata. Kami sendiri malas nk percaya
permainan sebegini. Jika dirinya benar-benar serius, buleh saja hadir diri dalam
sesi undian bajet menyatakan secara keras TOLAK... sebaliknya ia hanya
propaganda gimik.
Jadi apa yang penting sekarang buat PH ialah senada & kukuh
bersama menolak! Pada masa sama, usah leka dan perhalusi apa yang pertama sekali
perlu di buat sekiranya bajet itu berjaya di tolak. Kemudian apa rancangan seterusnya...
Serangan @ perang mulut bawahan antara Amanah, Keadilan &
DAP ini dah mula surut. Kalian telah pun ada majlis presiden... agenda perlu
mula di sana. Pimpinan sila ambil berat penekanan ini.
Dan kami rasa perlu untuk memperingatkan kepada Amanah, di dalamnya
kini sudah mempunyai kartel. Keadilan itu juga pernah berada dalam posisi yang
sama ketika beberapa tahun dahulu. Sebagaimana masalah yang Keadilan itu pernah
tempuhi... parti Amanah juga tidak perlu ambil mudah warga kartel yang telah
berada di dalamnya.
Dan juga kepada DAP... dalam sehari dua ini "SILA JAGA
PERANGAI & MULUT". Usah terlalu galak sangat nak bercakap, PH perlukan
setiap seorang dari kalian pada Khamis ini.
Hal ekonomi, cipta projek untuk kantung menteri melalui projek
cctv...selenggara talian optik internet dasar laut, juga beberapa wajah Bersatu
yang berada dalam parti umno baru itu kita perhalusi pada nukilan yang lain.
Nukilan ini lebih kepada memperingatkan pimpinan agar bersedia dengan
pelbagai rancangan rapi sekiranya isu tolak bajet ini berjaya. Usah memandang
enteng pihak lawan. Nada denyut umno itu walaupun nampak agak mempersonakan,
sebenarnya semua tindakan mereka hanyalah cuba dapatkan PRU15 melalui sesi
tolak bajet juga melalui VoNC.
Sekian untuk kali ini.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.