B0NGKAR! PAS MEMANG KÜRÁŅG ÁJÁR! BAIK LEBÁl MAHUPUN LEBÁlNlTA!


“Cukup-cukuplah menuding jari kepada kerajaan seolah-olah kerajan gagal tetapi pada masa yang sama merekalah sebenarnya yang gagal untuk membantu kerajaan,” kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Najihatus Salehah Ahmad.

KERAJAAN "SIAL" | Rakyat kecewa dengan kerajaan

Gagal menasihati Agong: Peguam Negara perlu dipecat - PH

 

Tindakan Peguam Negara yang tidak secocok dengan tanggungjawab beliau sebagai penasihat undang-undang negara kepada Yang di-Pertuan Agong mewajarkan beliau melepaskan jawatannya.



Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyokong cadangan dan laporan media yang mensyorkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima nasihat guaman sendiri melalui badan seperti Majlis Privi (Privy Council) kerana pendirian Peguam Negara yang diragui.



"Isu ini timbul susulan siri kenyataan umum Peguam Negara, termasuk yang terkini berkaitan isu penzahiran sokongan terhadap Perdana Menteri serta kenyataan 25 Jun lalu, berhubung kuasa-kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nasihat Jemaah Menteri yang telah melampaui batas adab, kerana memperkecil dan memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.



"Walaupun Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara perkara undang-undang…”, namun timbul tanda tanya apakah Peguam Negara kini boleh menjalankan fungsi tersebut secara tidak berat sebelah (‘impartial’).



"Apatah lagi apabila kita diingatkan bahawa terdapat kes-kes berprofil tinggi tertentu seperti Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Mei lalu namun sehingga hari ini tiada arahan pendakwaan dari Peguam Negara.



"Ini memang luar biasa apabila seseorang itu ditahan lebih sebulan yang lalu namun masih belum didakwa, dan semestinya menimbulkan tanda tanya sama ada wujud motivasi lain dengan melengahkan pendakwaan di mahkamah," kata mereka dalam kenyataan hari ini.



Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya Peguam Negara enggan melepaskan jawatannya, dan terus menyalah guna fungsi beliau maka seharusnya Peguam Negara dipecat.



"Majlis Presiden mengulangi pendirian Peguam Negara perlu dipecat, atau beliau sendiri meletakkan jawatan secara terhormat kerana beliau dilihat tidak lagi mampu menjalankan tugas rasminya secara profesional dan berkecuali dalam menegakkan undang-undang, termasuk dalam isu memberi nasihat kepada Seri Paduka Baginda," kata mereka lagi.



Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Malaysia diramal cecah 24,000 kes Covid-19 sehari pada September ini

 

Terkini! Malaysia diramal cecah 24,000 kes Covid-19 sehari pada September ini


Malaysia diramal akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid-19 pada pertengahan September dengan 24,000 kes positif sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan unjuran, kadar kebolehjangkitan (RT) pada ketika itu adalah 1.2.

“Keberkesanan vaksin pula berada pada 75 peratus sekiranya kapasiti pemberian dos kedua adalah 100,000 sehari dan 80 peratus penduduk telah divaksinasi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes harian positif Covid-19 dijangka menurun di bawah 1,000 kes setiap hari pada Oktober.

Katanya, berdasarkan unjuran yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes akan terus meningkat sehingga 17,000 sehari pada pertengahan Ogos.

“Jika kita boleh laksanakan 150,000 dos sehari untuk dos kedua dengan 80 peratus keberkesanan vaksinasi, pada Oktober kes harian positif Covid-19 akan turun di bawah 1,000,” katanya.

Peningkatan kes positif Covid-19 direkodkan selama tiga hari berturut-turut sejak Selasa dengan kes tertinggi 13,215 dilaporkan pada Khamis.

Daripada jumlah itu sebanyak 12,684 kes yang dikesan adalah pesakit Covid-19 kategori satu dan dua manakala 531 pula adalah kategori tiga hingga lima.

Terkini! Mata wang ringgit terus susut

 

Terkini! Mata wang ringgit terus susut

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari keempat berturut-turut kerana sentimen dipengaruhi oleh pengukuhan mata wang AS dalam persekitaran kekurangan pemangkin domestik untuk menaikkan unit tempatan, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.2020/2030 berbanding dolar AS daripada 4.2000/2030 sewaktu ditutup semalam.

Peniaga berkata, sentimen tempatan juga dipengaruhi oleh laporan Kementerian Kesihatan bahawa kes harian COVID-19 di Malaysia berjumlah 13,215 kes hari ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 880,782.

“Jumlah kes COVID-19 tempatan kerap menjadi kebimbangan kerana ia akan membataskan banyak prospek pertumbuhan dan memperlahankan pemulihan ekonomi. Kemerosotan ringgit juga seiring dengan harga minyak yang lebih rendah yang terus menyaksikan pengurangan permintaan ketika kes COVID-19 melonjak di peringkat global,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent turun 0.92 peratus kepada AS$74.07 setong.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1052/1062 daripada 3.0973/0998 ketika ditutup pada Rabu dan merosot berbanding euro kepada 4.9764/9776 daripada 4.9539/9574.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.8256/8265 daripada 3.8012/8043 dan berkurangan berbanding pound kepada 5.8252/8266 daripada 5.8157/8199 sebelumnya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2021/07/839828/mata-wang-tempatan-terus-susut

Bina hospital lapangan, guna strategi perang lawan Covid 19 - Dr Lee Boon Chye

 


Jangkitan Covid 19 yang semakin memburuk di negara ini menunjukkan ketidakseriusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membendung pandemik.



Bagi mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye, perang melawan Covid harus berada dalam skala pertempuran sepenuhnya.



Katanya, negara tidak lagi boleh bergantung kepada kemudahan hospital sedia ada dan memerlukan hospital lapangan yang boleh menampung sejumlah besar pesakit baharu yang bertambah setiap hari.



"Kita boleh lihat dalam isu kedudukan hospital kerajaan di Lembah Klang, ia memang genting dan kegunaan katil melebihi seratus peratus akibat Covid-19.



"Sepatutnya perancangan lebih awal harus diusahakan untuk menambah doktor, jururawat dan tenaga kerja yang lain di samping membina hospital sementara besar-besaran seperti ‘field hospital’ semasa perang.



"Di samping itu kawalan pandemik Covid perlu dipertingkatkan. Jelas sehingga hari ini perisytiharan Darurat tidak membantu, bahkan pandemik makin teruk," katanya kepada Suara Keadilan.



Dalam pada itu, Boon Chye yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN menempelak pemimpin kerajaan PN yang saban hari berkata keadaan terkawal.



Hakikatnya, menurut beliau, keadaan sudah tidak terkawal dan darurat tidak sebagaimana digambarkan pada waktu diumumkan Januari lalu, boleh menggunakan lebih banyak kemudahan awam dan swasta untuk mengadapi Covid.



"Kegagalan kawalan pandemik jelas walaupun setelah enam bulan darurat dan enam minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Jumlah kes semakin meningkat dan sudah melepasi 10,000 ribu kes sehari, sepertimana jangkaan saya pada bulan Mei 2021," katanya lagi.



Tegas Boon Chye, kerajaan perlu mengubah strategi dengan memperbanyakkan ujian saringan ketika proses vaksinasi masih lambat untuk mencapai imuniti kelompok atau pun menyuntik 80% daripada 32 juta penduduk Malaysia.



Hanya dengan pengesanan awal kontak, katanya, boleh menyelamatkan nyawa, terutama menghadapi varian dari Afrika dan India yang tidak menunjukkan simptom awal.


Tupai dan kera: Ridzwan tempelak Hadi, umpama “meludah ke langit jatuh ke muka sendiri”

 


Tupai dan kera: Ridzwan tempelak Hadi, umpama “meludah ke langit jatuh ke muka sendiri”

Tahun 2003 ;
Projek ‘Islam Hadhari’ secara umumnya adalah elok, tetapi Tok Guru Hj Hadi pi cari ‘yang buruk’ darinya, maka beliau pun menyebut ‘Hadharah Islamiah, Bukan Islam Hadhari’, dan dilabelkan Islam Hadhari sebagai projek Islam Amerika.

Tahun 2021 ;
Hj Hadi kata “Tupai dan kera pun hanya mencari buah yang baik, mereka yang mencari keburukan kerajaan, lebih teruk dari tupai dan kera” (lebih kurang).

Soalnya ; BUKANKAH HJ HADI DAH JADI LEBIH TERUK DARI TUPAI DAN KERA SEJAK TAHUN 2003 lagi ? Kerana dia cari ‘keburukan’ dari dasar Islam Hadhari yang secara umumnya BAIK ! 😂😆😁.

Siapa dulu jadi KERA dan TUPAI mengikut logik Hj Hadi ?


'Covid 19 meningkat tinggi, jangan cari alasan tangguh sidang Parlimen' - Ismail Yusof

 


Jangkitan harian Covid 19 yang tinggi melebihi 10,000 kes dan mungkin berlanjutan sehingga akhir bulan boleh sahaja digunakan sebagai alasan oleh kerajaan untuk menangguhkan sidang Parlimen pada 26 Julai ini.



Hal itu dibangkitkan oleh Senator Ismail Yusof dalam siaran langsung Facebook, malam tadi.



Katanya, jangkitan yang telah melewati angka keseluruhan 800,000 kes menjadi dalih ampun bagi menangguhkan sebarang majlis rasmi.



"Kerajaan Mahiaddin Yassin mungkin punya alasan kukuh untuk menaggguhkan sidang Parlimen yang akan diadakan dalam beberapa hari ini.



"Apatah lagi sampai hari ini Ahli-ahli Parlimen kita di Dewan Rakyat juga Dewan Negara semuanya belum dapat kenyataan (jemputan) secara rasmi untuk menghadiri sidang Parlimen yang dikatakan akan dibuka pada masa yang terdekat," katanya.



Menurut beliau lagi, jika keputusan menangguhkan sidang itu dibuat maka akan ada pula ahli akademik serta pakar undang-undang yang mewajarkan tindakan sedemikian, biar pun bertentangan dengan amalan negara demokrasi dan titah Yang di-Pertuan Agong.



"Percayalah apabila kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan sidang walaupun titah Yang di-Pertuan Agong sudah tiga kali dikeluarkan agar Parlimen segera bersidang untuk membincangkan hal Covid 19, masalah ekonomi negara dan rakyat.



"Maka akan ada pula profesor maha dewa dan kayangan yang akan memberikan hujah mereka untuk mewajarkan tindakan kerajaan gagal ini," katanya sinis.



Sidang Parlimen dijadual bermula pada 26 Julai ini dengan dimulai mesyuarat khas Dewan Rakyat sehingga 2 Ogos. Selepas itu sidang Dewan Negara akan dimulakan selama 3 hari.


SIAPA CALON PERDANA MENTERI MASA HADAPAN?


“Sekarang bagi PAKATAN HARAPAN, calon Perdana Menteri kita buat masa ini ialah Anwar. Keputusan kita adalah Anwar dan kita tidak akan mengundang calon lain kecuali kita buat mesyuarat baharu, maka itu cerita lain pula,” katanya dipetik Utusan Malaysia, 6 Julai. Persoalan siapa calon Perdana Menteri timbul seiring dengan spekulasi bahawa akan diwujudkan jajaran politik baharu yang mengandungi kerjasama antara PAKATAN HARAPAN dan UMNO.



Ceramah bantahan Pas & Gamis terhadap UEC.- PAS MUNAFIK

Gempar! Walaun tegar keluar PAS selepas isu UEC

RAKYAT GAGAL BUKAN KERAJAAN GAGAL! | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

SIAPA KATA PERIKATAN NASIONAL TAK BERPOLITIK?


"Ini adalah sesuatu yang saya tahu sukar dilakukan kerana sama ada kita ketiadaan sumber atau mungkin kekangan tertentu yang kita faham Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain hadapi dan sedang berusaha keras, tetapi inilah hakikatnya. “Dari waktu kita contain, diagnosis and isolation, ia memakan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penularan di kawasan-kawasan kesnya terlalu tinggi,” ujar Mohd Arshil.

Panas! Farhash khuatir kesihatan mental Yusoff Rawther terjejas akibat PKP

 

Panas! Farhash khuatir kesihatan mental Yusoff Rawther terjejas akibat PKP


Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak meminta bekas pembantu penyelidikan, Yusoff Rawther untuk bermuhasabah diri dan berusaha mencari rezeki secara halal selagi masih ada keupayaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Yusoff memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan serangan dan salah laku seksual Presiden PKR itu terhadap dirinya pada Oktober 2018.

“Saya khuatir kesihatan mental Yusoff Rawther terjejas sepanjang tempoh PKP akibat kesan ekonomi dan halangan kehidupan sosial.

“Dia (Yusoff) masih belum serik membuat tuduhan melulu malah kes sivil difailkan saya sebelum ini juga belum diselesaikan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, naratif yang disajikan juga tidak lari daripada mensensasikan fitnah yang bermotifkan politik dan khuatir kredibiliti kewartawanan akan terjejas sekiranya media memberi layanan terhadap Yusoff Rawther yang didakwa tidak serik mengada-adakan cerita.

Yusoff dalam tuntutan saman sivil memperincikan serangan seksual yang didakwa berlaku di sebuah kediaman di Bukit Segambut sewaktu bertugas sebagai pembantu penyelidikan kepada Presiden PKR itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Yusoff memohon deklarasi bahawa defendan (Anwar) melakukan serangan seksual dan/atau beberapa perbuatan pencerobohan terhadapnya sehingga dia mengalami trauma dan perlu mendapatkan khidmat terapi psikologi.

Zainol tempelak Idris Ahmad, buat kenyataan terbuka ‘serang’ pimpinan Bersatu

 


Panas! Zainol tempelak Idris Ahmad, buat kenyataan terbuka ‘serang’ pimpinan Bersatu

Pembahagian kerusi pilihan raya dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) di Perak masih belum dibincangkan.

Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, setakat ini ketua-ketua perhubungan kawasan di setiap Parlimen di Perak sudah dilantik membabitkan 11 daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas (11) dan dua lagi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Menurut beliau, bagaimanapun lantikan ketua perhubungan itu bukan bermaksud kawasan tersebut akan menjadi milik parti diwakili ketua tersebut.

“Contohnya Bersatu jadi pengerusi PN Tambun, bukan semestinya Bersatu akan bertanding di Tambun. Urusan calon dan parti mana bertanding ini diputuskan di peringkat pimpinan tertinggi di pusat bukan di peringkat negeri.

“Negeri boleh berbincang, buat syor, cadangan dan diangkat kepada pusat untuk buat keputusan apabila sampai masa untuk menentukan siapa calon.

“Buat masa ini, arahan yang kami terima menerusi PN kita hanya buat kerja-kerja asas pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Street Kitchen anjuran Restoran D’Legasi dan Warisan bersama NGO Padu Perak dan Sahabat Perak di Masjid Al-Ittihariah, Kampung Tengku Hussein, Manjoi di sini pada Khamis.

Hadir sama pada program tersebut, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang tidak bersetuju jika Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebagai calon PN di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Zainol Fadzi berkata, ketika ini tumpuan lebih terarah untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 berbanding berpolitik, tetapi struktur parti tetap dibentuk untuk memudahkan urusan berkaitan gerak kerja PN Perak.

Mengenai kenyataan Idris sebelum ini, beliau menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi selaku naib presiden.

“Saya rasa masing-masing boleh mengeluarkan pandangan dan kita serah kepada kepimpinan tertinggi dalam membuat keputusan. Pada masa ini, tidak pernah dibincangkan lagi soal calon-calon di setiap kerusi sama ada di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PN Perak.

“Apa yang dibincangkan adalah bagaimana hendak membantu rakyat menghadapi pandemik covid-19,” katanya yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak.

Dalam laporan media sebelum ini, Idris secara terbuka menolak pencalonan Syed Abu Hussein untuk kembali bertanding merebut kerusi Parlimen Bukit Gantang pada PRU akan datang.

Jelasnya, Pas bersedia membawa perkara itu ke peringkat pimpinan tertinggi parti dalam PN jika penyandang kerusi itu dicalonkan semula.



OWH BEBAS RUPANYA..

 


MOHD MUKHLIS

MahaSuci Allah yang menunjukkan kebenaran pada hamba-hambaNya yang bersabar. kali ini satu lagi sangka buruk Mutfi Serba Tahu berbalik pada dirinya sendiri.

Perdana Menteri yang dia sertu pula yang bebaskan perasuah demi kelangsungan berkuasa.

MahaSuci Allah yang menunjukkan kebenaran pada hamba-hambaNya yang bersabar. kali ini satu lagi sangka buruk Mutfi Serba Tahu berbalik pada dirinya sendiri.

Perdana Menteri yang dia sertu pula yang bebaskan perasuah demi kelangsungan berkuasa.

 May be an image of 1 person and text

MOHON DERMA BANYAK BANYAK SEMOGA BEBAS

 

MOHD MUKHLIS


Mohon lantik JabbaNan jadi TPM ke 2, kan mutfi serba tahu bagi jaminan kabinet baru mesti bebas rasuah?

Lepas ini siapa sangkut kes rasuah boleh guna duluan derma politik. Silap-silap Najib pun guna alasan yang sama sebab sudah ada precedent.

Demikianlah Mopti

 

May be a meme of 2 people, beard and text that says "RASUAH 2 JUTA imgtlp com DERMA POLITIK 2 JUTA"

APAKAH KESUSAHAN RAKYAT HANYA BAHAN JENAKA BUAT MAHIADDIN?

 

Saya telah melihat satu rakaman yang tular mengaitkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang mempersenda inisiatif #BenderaPutih rakyat pada majlis Pelancaran Bakul Makanan Prihatin Negara.

Dalam rakaman tersebut jelas beliau berkata “Tak payah naik bendera putih ke, bendera hitam ke. Nak naik bendera biru takpe.” diiringi gelak ketawa.

Bendera putih yang dimaksudkan beliau adalah kempen rakyat dalam membantu sesama rakyat yang terdesak memerlukan bantuan selepas kerajaan gagal membela kebajikan rakyat. Bendera putih merupakan simbolik gerakan berkenaan.

Dalam kempen ini bukan sahaja bakul makanan, malah ada yang memerlukan susu kanak-kanak, lampin pakai buang dan sebagainya. Inisiatif ini digerakkan berikutan peningkatan kes bunuh diri akibat tekanan kerana kehilangan punca pendapatan.

Mereka yang memerlukan bantuan diminta untuk mrngibarkan bendera putih agar jiran tetangga dapat bantu.

Bendera hitam yang dimaksudkan beliau juga adalah gerakan rakyat sebagai simbol protes rakyat terhadap kegagalan kerajaan menangani wabak Covid-19 dan kegagalan menjaga kebajikan rakyat. Manakala bendera biru yang beliau maksudkan adalah bendera Perikatan Nasional.

Adakah kesusahan rakyat hari ini hanya bahan jenaka buat Perdana Menteri? Adakah inisiatif rakyat yang prihatin terhadap rakyat ini hanya bahan jenaka buat beliau?

Di peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK) sehingga hari ini kami masih menerima banyak permohonan bantuan dalam #KempenBenderaPutih AMK. Bantuan yang dimohon tidak hanya bakul makanan malah keperluan lain.

Jika rakyat tidak mengibarkan bendera putih kerana terdesak memerlukan bantuan, adakah kerajaan akan bantu?

AMK juga turut bersolidariti dengan kempen ini dan menggerakkan jentera di seluruh negara membantu mereka yang memerlukan.

Kerajaan hari ini dilihat tidak peka terhadap bebanan yang rakyat hadapi sehingga ada yang mengambil jalan pintas dengan ‘membunuh diri’.

Pemimpin negara bukan hanya tidak menyokong inisiatif rakyat ini malah mempersenda gerakan ini sedangkan punca gerakan ini tercetus adapah kegagalan kerajaan itu sendiri.

Adakah ini kerajaan yang rakyat ingin beri amanah menjaga rakyat untuk 10 atau 20 tahun akan datang?

AKMAL NASIR

Ketua AMK/Ahli Parlimen Johor Bahru.



BENDERA PUTIH, BIRU: ORANG SUSAH JADI BAHAN GURAUAN PM?


TITAH AGONG DIDERHAKAI LAGI, SIDANG KHAS PARLIMEN BERUPA TAKLIMAT MENTERI 26 JULAI INI WAJAR DIBOIKOT

 

Sidang Parlimen yang sebenar akhirnya ditetapkan selama 15 hari bermula 2 September 2021.

Meskipun titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah sangat jelas tentang keperluan Sidang Parlimen diadakan dengan segera dan secepat mungkin, Mahiaddin Md Yasin selaku Ketua Majlis Parlimen nampaknya tetap dengan kedegilan kepada rancangan asalnya sebelum ini bahawa Parlimen hanya boleh dibuka pada September atau Oktober.

Maksud pihak Istana agar Sidang Parlimen perlu diadakan segera dan secepat mungkin untuk membincangkan tentang Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara terlihat langsung tidak dipedulikan dan cuba difahami oleh kerajaan tanpa majoriti ini.

Dengan Sidang Parlimen ditetapkan pada 6 September iaitu setelah tempoh darurat berakhir, untuk apa lagi perlunya dibincangkan tentang darurat sebagaimana kehendak Agong dan Raja-Raja?

Bermakna dalam hal ini, titah Agong Majlis Raja-Raja seolah-olah telah dipermain-mainkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan.

Sebaliknya, Sidang Parlimen selama 5 hari bermula 26 Julai yang diwar-warkan lebih awal sebelum ini telah ditukar menjadi Mesyuarat Khas yang tidak lebih berupa majlis taklimat daripada menteri-menteri mewakili kerajaan kepada Ahli Parlimen semata-mata.

Perlukah Ahli-Ahli Parlimen hadir ke Parlimen semata-mata untuk sekadar mendengar taklimat sehala daripada pihak kerajaan?

Seperti kata Najib Razak, jika semata-mata majlis taklimat menteri-menteri saja, lebih baik dibuat rakaman dalam bentuk video, kemudian dimuat-naik dalam youtube dan Ahli-Ahli Parlimen menontonnya di situ saja.

Benar kata Najib itu kan!!

Melihat tindakan Mahiaddin yang sekali lagi menderhakai titah Agong dan Raja-Raja berkaitan pembukaan Parlimen ini, sebenarnya tidak keperluan untuk Ahli-Ahli Parlimen membazirkan masa hadir Sidang Parlimen khas pada 26 Julai ini.

Lebih baik mereka memboikotnya sebagai tanda tidak setuju dengan penderhakaan Mahiaddin dan kerajaan yang berterusan terhadap Agong dan Raja-Raja.

Adalah membuang masa saja menghadirkan diri dalam sidang khas itu jika untuk mendengar taklimat tanpa ada ruang untuk berbahas dan bertanya soalan.

Tambahan lagi, untuk apa terus diberi ruang kepada kerajaan tanpa majoriti ini bermaharajalela lagi?

Mahiaddin sekarang ini hanya cuba melengah-lengahkan masa menahan kuasa yang sedang dinikmatinya daripada dijatuhkan.

Selepas ini nanti, entah apa-apa lagi helah yang cuba dilakukannya.

Sesuai dengan UMNO ketika ini yang sudah membuat keputusan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, apa yang sepatutnya parti itu dan blok pembangkang lakukan ialah mengambil ketetapan memboikot sidang Parlimen pada 26 Julai ini.

Sekiranya dapat ditunjukkan kepada rakyat dan dunia bahawa lebih separuh daripada Ahli-Ahli Parlimen memboikotnya, bermakna dengan sendirinya terbukti Mahiaddin tiada lagi sokongan majoriti.

Kalau bukti tiada majoriti sudah dapat ditunjukkan dengan lebih nyata kepada rakyat dan dunia dengan lebih separuh Ahli Parlimen memboikot Sidang khas Parlimen, apakah Mahiaddin masih mampu hidup dengan tiada perasaan malu lagi?

Dalam waktu yang sama, dengan memboikot itu juga dapat memudahkan UMNO mengenal pasti siapa di kalangan Ahli-Ahli Parlimennya yang mengutamakan perjuangan atau lebih sayangkan jawatan. 


(ShahbudinHusin 16/07/2021)