KEMALUAN NEGARA

 


FAHMI REZA

Image

Sumpah laknat berkali-kali.Solat hajat pun sudah.Apa maknanya tuan-tuan..??



Inilah taktik Najib cuba raih simpati dan kaburi kesalahannya terutama pada orang melayu walaupun sudah didapati bersalah di 2 mahkamah berlainan.

DS Anwar perlu penjenamaan semula

 DS Anwar perlu penjenamaan semula

Pemimpin politik DAP kena belajar dgn artis
PH PERLU JADI HERO MELAYU
Seperti selalu saya katakan utk menang pilihanraya di Malaysia ini siapa menang persepsi parti itu akn menang. Tidak perlu manifesto yg baik sb org Melayu kebanyakkan tak baca pun.
Utk menang persepsi itu bagaimana? Itulah kuasa media. Media adalah platform utk semua pemimpin politik dunia menguasai kerajaan dgn pelbagai cara.
Sebab itu saya tersenyum sahaja bila ada org berkata PH tewas di PRN Melaka kerana logo. Jika dia beritahu saya... saya tanya dia balik kenapa org kampung tak tahu logo PH? Pastinya kerana media penerangan PH (PKR,DAP,Amanah) tidak berfungsi dgn baik.
Ramai yg hairan kenapa Najib yg didapati bersalah oleh mahkamah dia dkt di hati pengundi org Melayu. Semuanya kerana peranan media. Najib bijak mengambil peluang sensitiviti org Melayu dlm isu2 bola tanggung.
Antaranya isu tanah Kg. Baru dan isu KWSP. Najib juga bijak dgn memberikan BRIM walaupun isu KWSP dan BRIM itu dari segi ekonomi utk rakyat dan kerajaan tidak baik. Tapi org Melayu tak peduli masalah teknikal tersebut?
Tahukah anda ada satu kementerian baru2 ini mewujudkan team Medianya sendiri (bukan sebagai Setiausaha Akhbar). Saya tahu sb bekas rakan sekerja saya dilantik bertugas di situ dan ia sgt mengejutkan saya. Malah dua lagi mantan rakan sekerja saya kini menjadi Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan Menteri Besar.
Pemimpin BN tahu kleptokrasi yg dimainkan oleh pembangkang boleh diimbangkan dgn peranan media atau org media mampu menjernihkan mereka. Itu hebatnya pemikiran pemimpin BN. Mereka betul2 org politik.
Malah saya memuji cara pemimpin BN atau PN bermain dgn media. Saya merasakan mereka (BN) mungkin berperanan menasihati pemimpin2 PAS utk tidak memberi sebarang komen isu bola tanggung (isu sensitif) kpd pihak media.
Ada anda melihat media berjaya menyerang Menteri Agama atas pelbagai isu seperti RUU355, lesen judi, minuman arak Timah dan terbaru lesen minuman keras di kedai kopi. Akhirnya PAS terselamat walaupun mereka disindir sebagai 'bisu'.
Sebab itu saya katakan mereka bijak. Pemimpin DAP kena belajar cara berkomunikasi atau melayani media dari artis dan pemimpin PAS. Artis utk mengelakkan kontroversi mereka akn menjawab 'No comment'. Jadi isu panas atau bola tanggung mati begitu sahaja.
DAP kena faham punca 70% org Melayu tidak mengundi PH adalah kerana percaya pemimpin DAP racist seperti dimainkan oleh parti lawan. Ia lebih diyakini apabila pemimpin DAP berani berhujah isu2 sensitiviti org Melayu.
Sewajarnya pemimpin DAP hanya menjawab 'no comment' atau lebih baik diam. Bila bersuara statement pemimpin DAP itu dimainkan di kaca TV dan akhbar berulang kali utk melahirkan persepsi kebencian di kalangan org Melayu.
Isu seterusnya adakah DS Anwar masih relevan? Bagi saya DS Anwar Ibrahim sgt relevan malah hingga ke PRU16 sebagai PRU terakhir buatnya. Faktornya adalah ketajamaan pemikiran politiknya, pengaruh peringkat antarabangsa, berani, masih sihat dan berintegriti.
Beliau dimomokkan oleh musuh2 politik melalui propaganda hingga pemimpin2 PH sendiri termakan hasutan tersebut. Org yg
hebat
selalu dimomokkan dgn pelbagai cara... sudah tua dan sebagainya. Sdgkan Tun itu dkt 100 tahun dan Muhyiddin itu sama umur sahaja dgn Anwar tiada pernah diungkit faktor usia.
Cuma Anwar Ibrahim perlu rebranding semula. Jika PH tak mahu lakukan, PKR sendiri mesti lakukan utk memulihkan imej tersebut. Coca Cola menjadi Coke, Mc Donald's menjadi Mc D, Kentucky Fried Chicken menjadi KFC, Muhyiddin menjadi Abah dan Najib menjadi Bosku.... Tun Mahathir sendiri saya lihat dia sudah ada team medianya sendiri.
Anwar Ibrahim perlu penjenamaan semula. Dulu yg saya cadangkan media PH tu adalah dgn menggunakan media sebagai medium
terbaik
utk mengangkat kembali nama Anwar. Anwar Ibrahim mesti dilihat sebagai hero Melayu dan seterusnya hero rakyat Malaysia pelbagai kaum.
Sepatutnya saya tidak perlu menulis di sini. Tapi ramai yg salah faham idea tersebut, saya tulislah antara sebab mengapa media perlu ada utk PH atau PKR sendiri. Ia sekadar idea dan bukan saya ingin mengetuainya atau nak cari makan dgn idea tersebut.
Trump akui kemenangannya dahulu kerana kuasa media sosial. Putin, Presiden Russia mempunyai team media atau propaganda
terbaik
. Putin yg merupakan bekas intelligence officer menggunakan media utk membina karektor positif di minda rakyat Russia.
Putin dilihat seorang yg penyanyang dgn kanak2, seorang yg menghormati bekas Panglima Angkatan Tentera, seorang yg sanggup berhujan memberi tabik hormat kpd tentera dan yg paling ketara seorang yg dilihat sgt menghormati wanita.
Semua itu dirakamkan secara visual oleh team media Putin. Saya puji cara team media Putin dan Ebit Liew kerana ia memberi impak yg sgt positif kpd kedua individu ini. Putin dan EL sudah menjadi seperti selebriti.
DS Anwar perlu dijadikan hero Melayu. Kena kembalikan sejarah membela nasib org Melayu. Itu peranan media.Kena kumpulkan apa yg dilakukan Anwar utk dibaca atau dilihat oleh org Melayu.
Anwar juga kena lebihkan program bersama masyarakat Melayu kampung. Kita faham beliau seorang akademik dan disebabkan itu dilihat ketua pembangkang itu selalu hadir ke majlis2 akademik atau ramai org akademik bertemu dgnnya.
Tapi tokoh akademik tak berperanan sb pengundi PH memang rata2 golongan profesional (berpendidikan). Yg berperanan seperti 'akak' di depan mahkamah seperti kes Najib baru2 ini.
Kena ada 'Tagline' utk DS Anwar yg sesuai dgn kewibawaannya. Daripada media cover aktiviti jogging beliau adalah lebih baik video saban minggu DS Anwar bersama penduduk2 kampung. Politik Malaysia begitu dan disitulah seorang koruptor boleh dkt di hati org Melayu hingga dipanggil Bos.
PH, PKR atau DS Anwar sendiri mesti dilihat sebagai hero Melayu. Utk menjadi hero Melayu isu2 isu2 bola tanggung sensitiviti org Melayu, PH mesti ke depan. PH tidak perlu menjadi defensive atas nama kepelbagaian kaum.
Cuma yg sedihnya semuanya bergantung kpd Anwar. Patut pemimpin PH yg lain turut berperanan dgn lebih lagi. Malah jika Anwar diserang jika bukan dari parti komponen, PKR sendiri kena pertahankan bukannya Anwar sendiri terpaksa pertahankan dirinya sendiri. Bukan biarkan Presiden bersendirian dlm semua hal... dialah menyerang dialah juga kena pertahankan dirinya sendiri bila diserang.
Jgn bimbang jika PH atau PKR dan Amanah lebih membela nasib org Melayu. Ini kerana bangsa2 lain terutama bangsa Cina mereka faham game politik. Jika tidak takkan MCA boleh menang kerusi DUN selepas PRU14 walaupun org Cina tahu UMNO dilihat lebih perjuangkan kaum Melayu.
Byk lagi ingin saya sampaikan tetapi tektikal politik tak boleh la kita tulis semuanya di public. Ia lebih secara umum utk PH atau PKR bangkit semula. Insyallah selepas ini saya akn mengulas mengenai PKR bertanding sendirian. Tentang politik Sarawak 'no comment'... nanti mudah sgt post morterm dilakukan.
Apa yg saya tulis anda boleh bersetuju dan tidak bersetuju... peace.



KHAS UNTUK MAKCIK BODO DARI PEKAN..FAKTA BUKAN AUTA

 

Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, 42, berkata, kedua-dua cek itu dikeluarkan oleh Najib pada 5 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Berdasarkan penyata akaun Najib, saya mengesahkan terdapat transaksi pengeluaran RM4.3 juta dari akaun Ambank yang bernombor akhir 906 melalui cek kepada Muhammad Shafee.
Saya mengesahkan bahawa sebelum transaksi pengeluaran berjumlah RM4.3 juta, baki di dalam akaun ini (Najib) adalah berjumlah RM73,400,019.90 manakala baki selepas transaksi pengeluaran sebanyak RM4.3 juta adalah berjumlah RM69,100,019.90, kata saksi pendakwaan pertama itu.

Persoalan bagi kebanyakan rakyat yang saban hari dibebankan dengan pelbagai kenaikan harya barang ialah berapa banyakkah wang yang dimiliki oleh anak tiri Najib itu? RM100 juta? RM150 juta? RM200 juta? Atau lebih daripada itu?
Saman II: Deepak saman Najib, Rosmah RM20 juta - Malaysiakini
17 Okt 2018 — Syarikat itu dan dua lagi (Deepak dan Rajesh) didakwa terpaksa mengambil pinjaman hampir RM200 juta dari Bank Rakyat (RM198 juta) ....

Kan sudah selalu kata, Pas tetap betul dalam semua perkara…Masa bersama PR gitulah perangai ...

 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Berita Seksyen ilיור Umno langgar piagam Muafakat Nasional, kata Hadi Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Dec 2021 3:44PM 0 Komen THE Seth Akmal NSIGHT Abdul Hadi Awang berkata persetujuan semasa pembentukan Muafakat Nasional ialah Umno dan PAS akan menerima parti lain termasuk Bersatu serta badan masyarakat. Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2021.‎"‎‎


BILA NAJB KENA MENIKUS DENGAN FATWA AGAMA

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apabila seseorang yang tidak bersalah telah dibuktikan bersalah, maka itulah keputusannya. Namun katanya, untuk menjatuhkan hukuman bersalah, perlulah menunggu sehingga proses itu berakhir melalui Mahkamah Persekutuan dan mahkamah tuhan. “Kita tunggulah proses itu berakhir dengan dua lagi mahkamah. Satu Mahkamah Persekutuan di dunia dan satu …
Tunggulah mahkamah tuhan, mahkamah paling adil dan tepat, kata Pas Read More »


Bukan Najib saja didakwa, tetapi sistem negara dan ‘diri kita’ juga dibicara, kata Zaid Ibrahim

 

Zaid Ibrahim berkata, kes Najib tidak membuahkan keadilan sepenuhnya yang diharapkan oleh rakyat kerana pelbagai pihak lain tidak dibawa ke muka pengadilan.

PETALING JAYA: Pendakwaan terhadap Najib Razak yang disabit atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah, dan terbabit pengubahan wang bukan sahaja melibatkan bekas perdana menteri itu, tetapi juga sistem negara dan rakyat seluruhnya, menurut seorang bekas menteri.

Zaid Ibrahim mengingatkan bahawa arahan berunsur jenayah daripada pemimpin tidak akan terlaksana jika orang bawahan mempunyai integriti dan berani menegur kesalahan itu.Berkenaan pemindahan RM42 juta ke akaun yang dikaitkan dengan Najib, Zaid berkata “arahan berkenaan tidak akan dilaksanakan jika penjawat awam kanan di Kementerian Kewangan dan GLC seperti SRC mempunyai integriti.

“Mereka akan mengingatkan perdana menteri ketika itu bahawa tindakan itu salah dan satu jenayah, namun mereka tidak berbuat demikian,” katanya.

Zahid berkata arahan seumpama itu juga tidak akan terlaksana sekiranya penjawat “yang mempunyai nilai moral yang keji tidak memegang jawatan tinggi,” tambah beliau.

Beliau berkata kes Najib tidak membuahkan keadilan sepenuhnya yang diharapkan oleh rakyat kerana pelbagai pihak lain tidak dibawa ke muka pengadilan walaupun terpalit dengan tuduhan rasuah melibatkan 1MDB.

Antara lain, beliau merujuk kepada laporan ahli keluarga bekas Gabenor Negara Zeti Akhtar Aziz menerima ratusan juta ringgit dalam dana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low.

“Apabila seseorang (Najib) yang (didakwa) menerima RM42 juta dipenjarakan selama 12 tahun tetapi mereka yang terima ratusan juta tak pun disentuh, itu bukan keadilan namanya,” kata Zaid.

Zaid menyifatkan tindakan yang membawa kepada pemenjaraan orang tertentu, setelah mereka tidak lagi berguna atau membantu mengisi cita-cita politik pihak tertentu, ibarat melaksanakan hukuman terpilih.

“Nampaknya, apa yang kita mahu ialah penjarakan orang tertentu dan bukannya semua orang yang langgar undang-undang,” katanya.

“Ini yang memualkan saya…sekiranya Umno dan Barisan Nasional kesal akan apa yang berlaku pada Najib, maka mereka haruslah berjanji akan mengubah institusi kita sepenuhnya.

“Mereka mesti faham akan nilai kejujuran dan integriti dalam penjawat awam dan sekutu politik, kerana hanya insan yang baik boleh tegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua,” kata beliau.

Justeru Zaid menggesa Umno menilai semula kerjasama dengan pihak yang tiada integriti mahupun kesetiaan dan tidak sekadar berniat memperolehi kuasa semata-mata.

“Mereka (Umno) tak habis-habis bercakap tentang perpaduan umat untuk menarik sokongan PAS, walaupun ‘umat’ itulah nanti yang akan menyebabkan mereka masuk penjara suatu hari nanti,” katanya

Katanya, sekiranya Umno mahu menjadi parti yang benar-benar cintai negara, maka ia harus mengubah cara ia berpolitik, dengan mengutamakan nilai-nilai yang betul dan mengangkat orang-orang yang amanah sebagai pemimpin.

Hanya apabila Umno berubah, katanya, “pendakwaan terhadap Najib akan membawa erti, dan menjadi pengajaran berguna untuk masa depan”

Apa kelebihan anak Shahrizat Jalil dilantik sebagai pengarah di MDEC

 



Pelantikan Izzana Salleh sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menimbulkan kontrovesi kerana kaitan anak kepada bekas Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil, itu dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) sebelum ini.

Ahli Parlimen Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH - Wangsa Maju) berkata, isu tersebut perlu dijelaskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menghindari kegelisahan rakyat.

"Tetapi sehingga kini saya tidak melihat sebarang maklum balas daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia tentang isu ini.

"Saya digesa pengundi saya di Wangsa Maju membangkitkan soalan ini di Parlimen kerana ini bukan sahaja melibatkan integriti MDEC dan Kementerian, tetapi pembangunan masa depan GLC yang telah diamanahkan memimpin ekonomi digital Malaysia ke hadapan.

"Soalan berkaitan yang ditanya semua pihak tetapi yang masih enggan dijawab Menteri ialah mengapakah MDEC melantik seseorang yang disaman oleh kerajaan dalam kes NFC yang melibatkan penyalahgunaan dana RM 250 juta, dan bukan itu sahaja, dia juga telah disaman oleh Maybank Singapura pada Julai tahun ini setelah didakwa gagal membayar dua pinjaman perumahan," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat.

Menurut Dr Tan, isu utama bukanlah mengenai sah atau tidak pelantikan Izzana di sisi undang undang tetapi lebih kepada prinsip urustadbir yang baik telah tidak dilaksanakan oleh kerajaan BN.

"Pelantikan ini akan menghantar mesej yang salah kepada pelabur dalam dan luar negara dan juga kepada golongan muda

"Banyak pihak turut mempersoalkan kelayakannya dalam memberikan pendapat profesional dalam sektor digital

"GLC memerlukan kepakaran dan idea daripada sektor swasta untuk lebih berkembang dan berdaya saing dalam industri. Oleh itu, pemimpin sektor swasta bagi industri tertentu yang mempunyai pengetahuan mendalam dan pengalaman luas amat dialu-alukan menyertai GLC sebagai ahli lembaga pengarah.

"Namun pelantikan Izzana jelas tersasar dari objektif ini. Izzana dalam usia 30-an tidak memiliki rekod menjalankan perniagaan dengan mana-mana syarikat yang berjaya. Syarikatnya, Rise Human Capital telah diperbadankan hanya pada Januari tahun ini dengan modal berbayar hanya RM 1000. Beliau merupakan pemilik tunggal dan juga Pengarah syarikat.

"Bolehkah YB Menteri memberitahu dewan, bagaimanakah dia dapat menyumbangkan kepakarannya kepada MDEC?" tanya Dr Tan.

Tambahnya, Izzana bukan sahaja dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah MEDC, beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah TalentCorp dan menganggotai panel pelaburan PERKESO.

Berjuta-juta dana kerajaan dikendalikan oleh GLC-GLC tersebut. Dan dalam kes PERKESO, kata Dr Tan, yang mempunyai aset bernilai 31.4 bilion, ditubuhkan bagi menyediakan perlindungan kepada jutaan pekerja di negara ini.

"Oleh itu, pihak yang mempunyai kuasa melantik ahli lembaga agensi kerajaan dan badan berkanun perlulah sangat berhati-hati kerana pelantikan ini merupakan tanggungjawab kepada rakyat dan di bawah pengawasan rakyat.

"Rakyat sedang marah. Saya membangkitkan persoalan pelantikan Izzana di sini untuk memberi peluang kepada Menteri memberi justifikasi.

"Saya juga menggesa kerajaan untuk melihat kepincangan dan kelemahan dalam pelantikan Ahli Lembaga Pengarah semua GLC untuk memastikan hanya individu yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang betul, dan yang boleh menyumbang kepada pembangunan GLC sahaja yang dilantik. Janganlah pelantikan GLC itu dijadikan sebagai “Political favour”," kata beliau lagi.

 

Jadikan Kg Baru khazanah warisan bertaraf dunia, bukan usir penduduk - AMK

 



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan BN mahu memajukan Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan cara pengusiran penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Ketua Penerangan AMK Malaysia, Aizuddin Ariffin berkata, kerajaan memerintah sepatutnya lebih berfikiran kreatif dengan menjadikan Kampung Baru sebagai warisan bertaraf dunia dan lebih banyak bahagian di kawasan itu dikekalkan kepada penduduk asal untuk tarikan pelancongan.

"Saya sampai sekarang tidak faham kenapa mana-mana jua yang pegang kerajaan sibuk membangunkan Kampung Baru dengan projek- projek berskala besar yang sebenarnya menghakis ekuiti penduduk untuk terus berada di kawasan 'prime area', terutamanya di tengah- tengah kotaraya Kuala Lumpur.

"Saya ingin membawa satu pandangan berbeza. Sepatutnya, Kampung Baru dijadikan tapak warisan yang harus dipertahan dan dipelihara, bukannya mengikut kehendak para pemaju yang rakus dan tamak.

"Saya cadangkan status hak pemilikan tanah penduduk Kampung Baru dikekalkan dan perlu diberi nafas baru, bukannya ditekan dan usir. Tindakan zalim tidak adil kepada penduduk harus dihentikan serta- merta. Satu pelan komprehensif boleh dirangka dengan pelbagai program yang lebih merakyat dengan menjamin hak- hak penduduk Kampung baru.

"Saya percaya, dengan kerangka program yang terurus dengan melibatkan para 'stakeholder', Kampung Baru mampu diangkat sebagai Khazanah Warisan bertaraf dunia untuk negara," katanya.

Tambah Aizuddin, dengan perancangan teliti Kampung Baru boleh menjadi penampan kepada kesesakan pembangunan di Kuala Lumpur dan kawasan kebudayaan yang merehatkan warga kota.

Katanya, tidak semua perlu dibangunkan dengan bangunan pencakar langit dan membiarlan lalu lintas sesak serta dicemari pemandangan hiruk pikuk warga kota.

"Dalam kepesatan yang berlaku di tengah Kuala Lumpur dengan bangunan pencakar langit, PNB ,TRX dan sebagainya , konsep ' Urban Resiliance' boleh diadaptasi bagi mengimbangi kepesatan dan kemodenan kotaraya itu.

"Kerajaan dan pihak pentadbir harus melihat isu Kampung Baru dengan perspektif yang lebih luas juga jauh lebih kreatif," katanya lagi.

 

Pengundi tolak GPS tetapi ragu pilih KEADILAN atau PSB

 


Hari keempat kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak, pengundi mula menunjukkan mood menolak Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah memerintah selama 58 tahun tetapi tidak membawa kemajuan bermakna kepada rakyat.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, mood penolakan itu jelas kelihatan di kawasan sub bandar malah di kawasan luar bandar yang berdekatan bandar bandar besar.

Cuma, kata beliau, menjadi masalah apabila para pengundi masih kebingunan untuk memilih sama ada KEADILAN atau Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi menggantikan GPS di DUN mereka.

Kebuntuan itu, kata Abun boleh menghalang perubahan berlaku apabila undi pembangkang terpecah dua.

"Bagi kita KEADILAN menawar pilihan terbaik. Di mana respons yang kita dapat dari pengundi, majoriti menolak GPS dan perubahan itu sangat ketara, tetapi keputusan yang mereka bakal buat ada sedikit kebuntuan. Sama ada pilih Pakatan Harapan atau PSB.

"Kita harus ingat faktor penolakan di pedalaman bangsa asal seperti Dayak, Kadayan adalah berkaitan Tanah Adat. Penolakan kerana Tanah Adat itu telah dirampas secara undang undang,

"Oleh itu, KEADILAN tawarkan pilihan terbaik (dalam membela Tanah Adat). Jika kita lihat latar belakang PSB, mereka punyai rekod dengan (pengusaha) ladang sawit yang juga bertindih dengan Tanah Adat rakyat. PSB juga ditaja oleh tokey balak," katanya dalam sidang media secara maya, pagi tadi.

Abun mengingatkan pengundi bahawa GPS dan PSB adalah dari latar belakang yang sama dan tidak mungkin akan bersungguh sungguh memperjuangkan isu Tanah Adat.

Katanya, beberapa pemimpin PSB pernah berada dalam kerajaan Sarawak dan mungkin mempunyai hubungan dengan pemilik ladang dan sebagainya.

"Sebab itu hanya PH sahaja yang tidak ada kaitan dengan perampasan Tanah Adat ini.

"Oleh itu rakyat Sarawak perlu berfikir betul betul. Undi bukan satu perkara yang main main. Ini untuk kehidupan kita.

"Apa yang kita takut nanti jadi macam 'keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya'.

"Penduduk pedalaman janganlah terpadaya ada parti baru akan jaga mereka. Hanya KEADILAN yang benar benar tidak curi seinci tanah, tidak curi sebatang balak dari rakyat," katanya lagi.

 


FUHHHH DASYAT PENANG..NEGERI KO ADO MAK CIK PEKAN ?

 


Pulau Pinang peruntuk RM10 juta galak rakyat guna pengangkutan awam percuma


Bagi menggalakkan rakyat Pulau Pinang menggunakan pengangkutan awam secara percuma, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta melalui belanjawan 2022 negeri itu.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam kenyataan beliau berkata, usaha tersebut adalah bagi membantu mengurangkan kos pengguna yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19.

“Melalui peruntukkan yang disediakan tersebut, sebanyak RM4. 5 juta adalah bagi pembiayaan pas perjalanan tanpa had yang dikenali sebagai Pas Mutiara.

“Manakala itu, kerajaan negeri juga akan menanggung kos perjalanan bagi 7,500 pelanggan terawal setiap bulan yang melibatkan kos sejumlah RM375, 000 sebulan.

“Selain itu, mulai 1 Januari 2022 yang akan datang sebanyak 10 buah bas akan beroperasi selama setahun dimana jadual perjalanan kekal antara 15 hingga 30 minit seperti sebelum ini,” jelas beliau.

Tambahnya, usaha yang diambil oleh kerajaan negeri mampu menjadi daya tarikan supaya rakyat Pulau Pinang membanyakkan penggunaan pengangkutan awam.


Yang tak sokong Najib orang bodoh!, kata 'Orang Pekan'. Pekan tu maju macam Penang dan kolompo ko ?



w.faudzin

Sebaik saja mahkamah putuskan Najib bersalah dan rayuannya ditolak, macam biasa dia pun bersumpah, kononnya dia tak tahu duit masuk dalam akaunnya, dan dia tak suruh sesiapa masukkan duit 42 juta itu ke dalam akaunnya.

Cuma, mungkin dia lupa nak bersumpah bahawa dia tak pernah berbelanja dan shopping dengan duit-duit tersebut. Dan, lagi satu, dia pernah kata duit tu adalah derma dari tok arab. Bagaimana dia tahu duit derma tu masuk ke dalam akaunnya sedangkan dia bersumpah dia kata tak tahu duit ada masuk?
Pusing la selagi boleh......kesihan makcik-makcik Pekan yang datang buat rombongan ke mahkamah tadi....tak pi motong dan kait sawit ka ? minyak peket dah tak ada....

USAHA NAJIB KEMBALI KE PERSADA POLITIK TERBANTUT



Kata Budiman, Zeti telah ditawarkan kepada pemohon (Najib) semasa akhir kes pendakwaan untuk dipanggil sebagai saksi pembelaan. Namun pemohon memilih tidak memanggilnya untuk memberi keterangan atau untuk ditemu duga bagi tujuan dipanggil sebagai saksi untuk membuktikan kes pembelaan. "Pemohon telah mengambil masa lebih kurang 11 bulan dan beberapa hari sebelum tarikh Mahkamah Rayuan dijadualkan untuk memberi keputusan,” bidasnya.




MASA SENANG JADI KAWAN..MASA NAKMASUK LOKAP HILANG TERKANGKANG....

 

Kat mahkamah semalam ada nampak tak lebai-lebai keliling boskurr tu? Takde kan? Aku dah cakap, waktu senang je lebai akan dakap hang....diam bisu dah bosskurrrrr..dasar ....apa yang KULI cakap...lupa...


W.FAUDZIN


May be an image of 5 people and people standing



TUDUNG KEPALA PUN JADI ISU

 

May be an image of 1 person


HAMZAH RIE NA


Mother Theresa dia seorang penganut agama Christian, memakai tudung. Dan agama2 lain didalam dunia ini ramai penganut2 wanita mereka yg mengunakan pelitup kepala, head scarf atau tudung.

Apa masalahnya Yb Hanna Yeoh menghormati ruang masjid dan memakai penutup kepala atau tudung.
Tudung kepala ni bukan hak milik orang Islam shj. Wanita Jewish memakai pelitup kepala.
Beza Kita islam dgn ajaran agama2 lain, WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT.
Bukan tutup kepala, tengkuk nampak. Tutup kepala telinga nampak tayang subang besar cawan Ikea. Tutup kepala dada pula nampak.
So no issue la Hanna Yeoh nak pakai head scarf untuk hormati masjid rumah ibadat orang2 Islam. Walaunta sepatutnya mendokong kemulian hati Hannah Yeoh tersebut. Tahu dia menghormati rumah ibadat Kita..... Masjid!


KARMA

 






KARMA.
Semasa dia di tampuk kuasa, kami di aniaya, di malukan dan mereka fitnah DSSA kononnya menyeleweng dana KKLW lebih 1 billion. Logik akal jika Kerajaan memperuntukkan 1 billion kepada kementerian takkan lah 1 billion semua di selewengkan? Tapi untuk di jadikan cerita, tajuk pun di jadikan lebih sensasi kononnya Shafie seleweng dana untuk orang miskin sebanyak 1 billion? Itulah namanya "character assassination"
Mereka masukkan kami dlm lokap dan pakaikan kami dengan baju oren atas kelantangan DSSA mengkritik kes 1MDB walaupun kami dipanggil hanya untuk membantu siasatan dan belum pun di dakwa di Mahkamah.
Look what happen now? Dia mungkin tidak pakai baju oren sepanjang siasatan kes 1MDB malah berpakaian segak dan rapi malah tidak tidur dalam lokap selama 15 hari tanpa bantal dan tilam. Dia tidak mandi sambil di perhati oleh CCTV di dalam lokap seumpama kami TAPI lihat di mana pengakhiranya? Satu dunia memerhatikan kes 1MDB. Apa pun dia masih ada 1 ruang lagi untuk membersihkan namanya, Mahkamah Persekutuan. Let us see apa berlaku nanti...serahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah swt. Jika dia tidak salah, pasti Allah swt akan lindungi dia.
Peringatan kepada pemerintah hari ini, jangan aniaya orang dan fitnah seteru politik anda demi kekal berkuasa kerana sebesar-besar kuasa anda, besar lagi kuasa Allah swt. Dunia ini bulat, hari ini anda di tampuk kuasa, esok belum tahu.
Gambar-gambar mengimbau sejarah. Bertitik-tolak daripada kejadian inilah salah satu daripada banyak lagi punca kejatuhan sang pemerintah yang zalim.
Gambar ini akan berada di internet for as long as it takes untuk tatapan bukan saja generasi hari ini tapi juga akan datang di sebabkan oleh kezaliman pemerintah yang mungkin leka kerana kuasa dunia.
DSSA pernah berkata, "Jangan pernah takut bila kita berjuang demi rakyat".
Sudah sampai masanya untuk kita membersihkan nama Sabah dari terus di label sebagai wilayah yg pemimpinnya terlalu mudah untuk di beli dan penakut bila di geretak dgn agensi penguatkuasa. Bila bersuara dan menuntut hak kita, jangan pernah takut kerana kita tuntut hak kita bukan hak orang lain.
Bukan hanya pemimpin perlu memainkan peranan tetapi peranan itu perlu di mainkan oleh RAKYAT. Pastikan hukum pemimpin yang mudah untuk di beli bila tiba masanya nanti agar generasi mendatang sedar bahawa jika pemimpin di pilih oleh rakyat, menjadi tanggungjawab pemimpin tersebut utk memegang amanah dan kepercayaan rakyat, bukan menjual kepercayaan tersebut.
Lets fight for Sabah and lets do it together.