USAHA NAJIB KEMBALI KE PERSADA POLITIK TERBANTUT



Kata Budiman, Zeti telah ditawarkan kepada pemohon (Najib) semasa akhir kes pendakwaan untuk dipanggil sebagai saksi pembelaan. Namun pemohon memilih tidak memanggilnya untuk memberi keterangan atau untuk ditemu duga bagi tujuan dipanggil sebagai saksi untuk membuktikan kes pembelaan. "Pemohon telah mengambil masa lebih kurang 11 bulan dan beberapa hari sebelum tarikh Mahkamah Rayuan dijadualkan untuk memberi keputusan,” bidasnya.