PMX Anwar Ibrahim pakai stokin by CheFiza yang berharga RM14.90 di Sopi.


Najib Bakar 


PMX Anwar Ibrahim pakai stokin by CheFiza yang berharga RM14.90 di Sopi.


Vs




Tan Sri Annuar Musa, pujaan walaun Honda Cub isi diesel yang pakai sandal Louis Vuitton berharga ribu-riban. 


Hasil carian di eBay, sandal tu yang second hand dijual dengan harga CAD590, atau lebih kurang RM2,000.


Tu yang bekas kaki orang pakai, kalau yang baru tak salah RM4k lebih.


Tapi, sebab dia berdegar-degar sembang dengan retorik politik kaum, dia dilihat sebagai hero, tapi PMX sebagai antagonis.


Sebab tu scammer pun simpan janggut panjang, pakai jubah, serban, dan menuturkan ayat-ayat suci dan hadis untuk mengaburi mata masyarakat.


Begitulah kebanyakan orang Melayu yang mudah terpengaruh dengan imej luaran, mudah tertipu dengan scammer sampai hilang duit, tanah, harta, dan harga diri.



HUNTUNG LA..


 

KEH. KEH.. KEH..

 

Shamomar Ramli


Ngam ngam bungalow siap..

Sprm Pon sampai beri salam..

Asalamualaikum Ecah! Salamulaikom Menteega !3x😎






KENA KE DIA SEMUA OK... WALAUN PUN SOKONG...

 


PENULARAN TIKTOK KECAM PM DIKESALI





Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Wilayah (Jakim) buat laporan kepada SKMM berhubung penularan satu Tiktok yang memperdengar qunut nazilah meminta Perdana Menteri binasa.


Menurut Mohd Na’im biarlah pihak berkuasa bertindak ke atas bahan yang tidak berakhlak. Dalam pada itu beliau menyatakan tidak jadi masalah untuk kritik dan menegur tetapi biarlah beradab dan cara yang betul.


"Mengadakan doa supaya pemimpin-pemimpin dilaknat itu bukan ajaran agama kita, Nabi Muhammad SAW mengajar berkasih sayang dan sekiranya (ada) beza pandangan apatah lagi dengan pemimpin yang seagama dengan kita, sepatutnya kita zahirkan biarlah dengan adab dan cara yang betul," katanya sambil menasihati semua.


Apabila ditanya lanjut semasa terjumpa beliau secara kebetulan digerai jualan durian tadi Menteri Agama itu mengatakan perbuatan itu tidak berakhlak dan bertentangan dengan nilai kita bangsa timur.


Katanya sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia kita perlu lebih bertimbang rasa dan mementingkan akhlak serta tahu menghormati pemimpin.


Penularan Tiktok berkenan sangat menyesalkan Mohd Na’im dan berharap semoga kes seperti tidak berulang lagi.


Tiktok berkenaan bagaimana pun telah dipadamkan oleh pihak berkenaan, di mana pemadaman itu jelas menunjukkan sesuatu yang tidak wajar. Trims.



KAH. KAH. KAH.. SEMBANG BILLION BILLION.... NAK BAWA PASUKAN NEGWEI PUN KO TAK MAMPU.

 


Mula-mula aku jumpa berita ni di 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗫, aku ingat gambar edit. Jadi aku tak ulas. Sebab bagi aku 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗸 untuk seorang MB berkata begini.



Tapi lepas tu aku terjumpa pula posting BH Online (tak silap aku) yang laporkan 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗼𝘀 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗮𝗶𝗻 untuk sertai Sukma.


Maknanya betul la tu. Tepuk dahi aku. Malam tadi pula anak aku tanya benda ni. 𝘉𝘦𝘵𝘶𝘭 𝘬𝘦? tanya anak aku. Bila aku kata betul, 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗸𝗲𝗸 anak aku gelak.


Anak aku yang baru berumur 19 tahun pun rasa benda ni lawak gila. Macamana benda ni boleh melintas di kepala otak dia? Memang 𝙡𝙤𝙬 𝙘𝙡𝙖𝙨𝙨.


Pelik juga. Cerita pelabur masuk berpuluh bilion. Siap dakwa Kedah 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻. Tapi nak sertai Sukma boleh 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗺𝗶𝘀 pulak.


Terkadang aku terfikir, Sanusi ni 𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗹𝘂 𝗱𝗷𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀 ke apa?


Inilah yang Mahathir panggil satu masa dulu sebagai 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗦𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶. Cari sendiri duit malas. Harap orang tanggung semua benda. Sama macam walaun.


Tapi peliknya boleh pulak beli kereta mahal. Bila bab 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝗷𝗲𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗶𝗯𝗮-𝘁𝗶𝗯𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸. Mana perginya pelaburan yang banyak tu? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Underweight, Neutral, Overweight ni bukan pasal berat badan manusia 🤗


Nik Hasyudeen



Apabila JP Morgan menukar pandangan mereka ke atas pasaran ekuiti Malaysia dari underweight kepada neutral, saya mendapati ramai juga netizen yang bertanya dan mengulasnya. Malah, ada yang ingat inilah masa untuk menjual saham-saham kerana dia kata “buy low, sell high”.


Jadi saya terpanggil untuk menerangkan apa benda neutral, undedweight dan overweight dari perspektif seni balairong pelaburan global.


Seperti rumah-rumah pelaburan global lain, JP Morgan melabur di seluruh dunia. Ini bermakna ia kena menetapkan banyak mana pelaburan yang mereka nak buat di setiap pasaran, biasanya dinyatakan sebagai nisbah (%) dari keseluruhan saiz potfolio mereka.


Tentunya di antara perkara yang mereka nilai ialah prospek membuat keuntungan di dalam setiap pasaran. Di manakah Alpha? Alpha ialah sasaran pulangan yang melebihi pulangan pasaran, bukan beruk jantan yang dikatakan Alpha tu.


Selepas melabur, mereka akan terus membaca arah aliran pasaran. Jika mereka rasa tidak perlu berbuat apa-apa, mereka akan kata kedudukan mereka “neutral”.


Jika di dalam jangkaan mereka pasaran akan menjana keuntungan yang lebih tinggi, mereka mungkin mahu menambah nisbah pelaburan di dalam pasaran berkenaan. Inilah yang dikatakan “overweight”. Peratusannya lebih tinggi dari nisbah asal.


Sebaliknya “underweight” pula ialah apabila mereka nak kurangkan nisbah pelaburan mereka di dalam mana-mana pasaran kerana prospeknya mungkin tidak memerangsangkan.


Rumusannya, underweight, neutral dan overweight ini ialah perubahan nisbah pelaburan di mana-mana pasaran relatif kepada nisbah pelaburan di ketika itu.


Sebenarnya nisbah pelaburan rumah-rumah pelaburan global ke dalam pasaran seperti Malaysia tidaklah besar mana pun berbanding dengan keseluruhan pasaran global. Di antara sebabnya ialah kita masih di dalam kategori “emerging market” dan jumlah “free float” (saham yang boleh dijual beli tanpa halangan) kita rendah sebab pelabur seperti KWSP dan PNB memegang banyak kaunter besar sebagai pelaburan strategik yang jarang dijual beli.


Indeks pasaran saham global yang biasanya menjadi rujukan ialah MSCI. Malaysia dimasukkan ke dalam ketegori Emerging Market. Pada 31 Mei 2024, hanya ada 32 kaunter di Bursa Malaysia di dalam indeks ini dan merupakan hanya 1.39% dari indeks berkenaan.


Jadi, jika pelabur global nak tambah pelaburan di negara kita pun, hanya kaunter-kaunter ini yang akan mendapat manfaat dan jumlahnya juga terhad. Walau bagaimana pun sentimen pasaran akan bertambah baik dengan pertambahan pelaburan luar.


Apa yang penting di dalam dunia pelaburan potfolio ialah prospek dan sentimen. Dengan pengumuman JP Morgan ini, tentunya banyak lagi pelabur lain yang akan menilai semula bacaan mereka ke atas prospek negara. Inilah sebabnya nak tarik perhatian mereka kena ada formula dan formula itu dilaksanakan.



PUSINGAN U RINGGIT?


Nazri Hamdan



Pada tahun 2024, Ringgit telah buat kejutan dengan pusing 360 darjah, daripada antara yang paling corot kemudian menjadi the best performed Asian currency


Pada tahun 2023 Ringgit dianggap sebagai 'the worst Asian currency after Yen'


Kenapa pulak daripada corot terus boleh dapat nombor 1?


Kalau korang tengok, sebenarnya kenaikan nilai Ringgit hanya berlaku dalam masa beberapa hari ni


Pada 9 Julai Ringgit berada pada paras 4.71 tapi dalam masa seminggu dia nak pegi kepada 4.67


Tapi kalau kita ambil untuk 2H 2024 pun, kenaikannya pun taklah tinggi mana


January 2024 dia sekitar 4.7 tapi skarang dia dekat 4.67


Sebab tu ada orang cakap ‘alaaaa.. bukan naik tinggi sangat pun”


Tapi, dengan keadaan yang naik tak tinggi sangat ni pun, kenapa Ringgit boleh dianggap sebagai best performing Asian currency?

Jawabnya pada masa yang sama, matawang asia yang lain telah jatuh dengan lebih teruk lagi secara komapatif especially berbanding USD


Saya ambil contoh Rupiah Indonesia. Pada Jan 2024 kadar tukaran ialah sekitar Rupiah 15.5k/usd tapi skarang ni rupiah 16.1/usd

Korang ingat tak pasal Bank pusat Indonesia yang diorang naikkan kadar faedah diorang tu pada April 2024 kepada 6.25 peratus?


Antara sebab penting kenapa diorang naikkan kadar faedah ialah sebab nak elakkan Rupiah mengalami kejatuhan yang lebih teruk

Bukan tu je, sebelum diorang naikkan kadar faedah, Bank Indonesia pun melaksanakan campurtangan forex untuk pertahankan Rupiah daripada jatuh lebih teruk


Contoh lain ialah Baht – dalam masa enam bulan Baht susut hampir 3 peratus berbanding USD


Jadi, kenapa Ringgit boleh perform?


Sebenarnya, sepatutnya kadar tukaran asing ni dia mesti ditentukan oleh faktor fundamental seperti eksport import dan aliran modal. Cuma, sejak Fed naikkan kadar faedah mereka, pasaran forex ni berhadapan dengan spekulasi yang tinggi. Perbezaab kadar faedah fed dan negara lain membuatkan pergerakan kadar tukaran dipengaruhi lebih oleh faktor spekulasi


Contohnya sekarang ni, selagi pelabur percaya yang Fed akan kekalkan kadar faedah tinggi, mereka tetap akan mempunyai minat tinggi untuk membeli USD meskipun negara lain menunjukkan recovery dari segi fundementals seperti aktiviti perdagangan

Untuk Malaysia pula, aktiviti perdagang kita dah menujukkan tanda-tanda yang ia akan recover.


1. Selaras dengan pemulihan perdagangan global, eksport pada April 2024 meningkat semula sebanyak 9.1% tahun ke tahun kepada RM114. 72 bilion selepas penguncupan dua bulan berturut-turut.


2. Tindakan berani dan kurang populis dari kerajaan seperti rasionalisasi subsidi telah mulai menunjukkan hasil dan menaikkan sentiment positif pelaburan ia membuatkan penaraf kredit seperti JP Morgan naikkan taraf kita dari underweight kepada neutral


3. Pengalaisis juga percaya dah tak lama sebelum Fed turunkan kadar faedah. Bila ini berlaku pelabur akan beralih kepada pasaran ekuiti memandangkan bond yield akan jatuh. Jadi ada mereka yang sudah kembali ke pasaran ekuiti Malaysia sebab mereka percaya mereka membeli ekuiti dengan discounted price / undervalued



PEREBUTAN JAWATAN DALAM BERSATU KRITIKAL


MSO




Pergolakan kerana merebut jawatan dalam Bersatu nampak serius dan kritikal sampai presiden kena bahagi bahagikan jawatan pula macam bahagi kek kueh lampis. Mahiaddin umumkan yang Faiza Azumu diturunkan pangkat dari timbalan presiden diganti dengan Mejah. Manakala Pija dilantik sebagai salah seorang naib presiden.


Tempat Mejah diganti dengan Azmin sebagai setiausaha agung. Mahiaddin terpaksa memfaraidkan jawatan seperti membahagi pesaka untuk mengelakkan perebutan.


Sebelum ini kumpulan Azmin dikhabarkan bertembung dengan kumpulan Hamzah Zainuddin untuk kuasai parti. Lantaran hebatnya perebutan menyebabkan Mahiaddin yang ura-ura hendak bersara tidak jadi terpaksa terus pikul tugas sebaggai presiden dengan gunakan alasan bini tak bagi bersara.


Mahiaddin bercakap soal demokrasi, pertikai demokratik Anwar tetapi cara dia bahagikan pesaka (jawatan) menunjukkan dia seorang autokrasi dan tidak mahu perebutan jawatan dibuat secara demokrasi. 


Munggkin Hamzah boleh berdamai tetapi macaam mana dengan mereka yang lain. Tentu ada juga yang ingin bahagian kepala mayat masing². Trims.



MENANTU PEMIMPIN PAS DIREMAN! PEMIMPIN PAS BAGI AMARAN KEPADA GELEKAN!


Heboh di media sosial apabila tersebar beberapa gambar yang memaparkan sekumpulan peserta dalam sebuah kejohanan bina badan di Kedah. Mereka terbabit kelihatan bercawat termasuk warna hijau sekaligus mengingatkan warganet tentang negeri itu yang dikuasai Pas. Rata-rata menyindir kelulusan program Mr Kedah 2024 itu dengan menyifatkan semua halal di negeri Pas sebaliknya berstatus haram jika berlaku di negeri lain. Tidak kurang yang memberitahu bahawa mereka tidak sabar menanti ‘dalil’ daripada pihak kerajaan negeri berhubung penganjuran program yang membuka aurat itu. “Pas dah jadi liberal? “Punyalah nak tunjuk Pas sampai seluar dalam pun warna hijau. “Membangun Bersama Isley,” demikian antara sindiran warganet.







MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN! REMAN 4 HARI LAGI DITERUSKAN! APA CERITA?


Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial yang terpalit isu dakwaan menyeleweng kutipan derma kekal ditahan reman empat hari selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya semalam. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan yang difailkan Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau dikenali sebagai Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, selepas mendapati Majistret mematuhi peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dalam membenarkan permohonan reman oleh SPRM. "Pihak SPRM seharusnya dibenar melengkapkan siasatan mereka terhadap pemohon dan perintah reman oleh Majistret ke atas mereka adalah sah. Oleh itu, permohonan untuk semakan ditolak," katanya. Terdahulu, peguam Abd Rahim Ali berhujah anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana badan awam seperti termaktub dalam Seksyen 3 Akta SPRM yang membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama. "Pemegang saham dalam syarikat Hijanah Haul Holdings Sdn Bhd hanyalah Orang Yang Disyaki (OYDS) pertama dan kedua. Ahli-Ahli dalam syarikat itu juga bukanlah pegawai badan awam dan pihak kami berhujah tiada kaitan antara kedua-dua suspek dan kesalahan yang disyaki.







RENTASAN 1617 | PERIKATAN NASIONAL KINI SENTAP DENGAN KEPUTUSAN SPEAKER?




MENARIK DALAM RENTASAN 1617
1. KERAJAAN MADANI TINGKAT MARTABAT WARGANEGARA 2. SIAPA SEBENARNYA YANG MUNAFIK? 3. KEPUTUSAN SPEAKER TIADA KAITAN DENGAN MAKAN UBI KAYU








AKMEL NI KEKURANGAN KASIH SAYANG! APA KATA LOKMAN TERHADAP BUDAK HINGUSAN!

MENYANTUNI PENDAKWAH TERSOHOR US.

 


Saya, Azizah dan keluarga berkesempatan menyantuni Dr Omar Suleiman, sosok pendakwah tersohor Amerika Syarikat semalam.



Selain bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia Barat, kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy. 


Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam.


========


Had the opportunity to meet Dr. Omar Suleiman, a renowned preacher from the United States.


Besides exchanging views on the development of Islam in the United States and the Western world, we also discussed efforts to strategically enhance Malaysia's role in delivering a comprehensive and moderate Islamic message.


#MalaysiaMADANI



APA YANG KENA IKUT NYA...



 Apa? Yang Di Pertua Dewan Rakyat 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan???


Siapa Yang Di Pertua DUN Kelantan? 𝗠𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗿.


Mat Amar ni siapa? 𝗠𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗕 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻.


Takkan dah lupa, apa Mat Amar pernah cakap masa dia jadi TMB Kelantan dulu? Antaranya:


1. Penebangan balak 𝗯𝗮𝗴𝘂𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗶𝗺𝗮𝘂. Pokok yang baru tumbuh undang haiwan kecil seperti kancil. Jadi harimau boleh makan kancil.


2. Rakyat Kelantan tak perlukan bekalan air bersih. Mereka boleh 𝗴𝗮𝗹𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


3. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 supaya rakyat tidak tertekan dengan kenaikan harga barangan.


4. Dia mandi dan buang air di telaga tak ada masalah pun. Malah boleh jadi exco negeri.


5. Rakyat Kelantan boleh mandi di sungai belakang 𝗧𝗲𝘀𝗰𝗼 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗕𝗵𝗮𝗿𝘂 kalau nak sangat air bersih.


Dan macam-macam lagi 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗹 yang pernah dikeluarkan oleh Mat Amar ketika berada dalam pentadbiran negeri.


Dan ia boleh memberikan bayangan Mat Amar ni jenis orang yang macamana. Masa jadi TMB pun selalu dia 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿, macamana nak percaya dia faham undang-undang anti lompat parti?


Nak suruh TS Johari Abdul 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗿? 𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘰𝘯 la. Tak ada orang yang waras akan percaya cakap Mat Amar. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



GETAH NAIK TAPI NILAI RINGGIT TURUT MENAIK

 


Getah Mutu Malaysia (SMR 20) mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat dengan lebih tinggi seiring dengan kenaikan harga minyak mentah penanda aras global, kata peniaga.


Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain kelemahan sentimen pasaran niaga hadapan getah ketika peniaga mula menerima impak peningkatan getah asli tempatan serta data ekonomi China yang bercampur-campur.



Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



NAK DENGAR PAPAGOMO..SPM JA KOT..KERJA KENA BUANG PUN PERCAYA ?


 

HAH...MENANTU HANTU KATA RAKYAT


 

MASA INI DIN CIRIT KATA TAK APA.


 


MASA MEREKA BOLEH PULAK


 

PEMBAHRUAN AKTA LOMPAT PARTI AKAN DILAKSANAKAN


 

APA MACIAM DERIS ....CAKAP PANDAI..


 

BAGI 5 HARI KITA TANGKAP MEREKA.


 

MOHON YB MAT SABU PERHATIKAN.

 


Azhar Kasim


Kartel Tidak Turunkan Harga Dedak Ayam Mengikut Trend Penurunan Harga Global Jagung dan Soya !!!




1. Harga jagung dan soya dunia dah hampir sama dgn harga pada 10 tahun lepas.


2. Dah pasti berbilion-bilion RM pengumuman keuntungan  sykt gergasi pada tahun depan. 


3. Yg masih sempot adalah penternak kecil dan sederhana yg beli dedak dgn harga yg masih tinggi. 


4. Dah tak perlu bagi subsidi pada sykt ayam penelur sebab hampir semua ldg ayam penelur adalah kategori gergasi dan ada kilang buat dedak sendiri. Kalau ldg penelur ini gentleman dan jujur, sepatutnya ambil langkah utk tidak ambil subsidi.



SANUSI TAK MALU KAH? KATA PELABURAN MASUK BILLION BILLION..


Desa HM


 Pelaburan masuk bilion... bilion... bilion... 






Last sekali, nak bawak atlet pi sukma pun mintak orang tanggung....


Nusi ni orang ka plastik?... 


🤭🤭🤭🤭



KATA PADA WALAUN JIKA DITANYA.



 Kalau ada walaun persoalkan sikap 6 MP Bersatu tu, yang duduk dalam Bersatu, menang PRU atas tiket PN tapi sokong PMX, boleh jawab macam ni;


Apa salahnya? Ia lebih baik jika dibandingkan dengan perbuatan 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 dulu. Duduk dalam PR, lawan UMNO/BN tapi masa dekat PRU, 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗞𝘂 𝗟𝗶 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 kalau PR menang. Sedangkan Ku Li pada masa tu adalah MP UMNO.


6 orang MP setakat sokong PMX yang dah memang PM dan dah 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Tak lebih dari tu. Manakala Hadi pula 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝘀𝗮𝘁𝘂 kepada ahli parti lawan. Yang mana lagi buruk? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PERGI SUKMA NAIK TONGKANG


Desa HM


 Setelah rayuan utk mendapatkan sedikit sumbangan tambang utk atlet ke Sukma ditolak oleh kerajaan Sarawak,..




Sebuah negeri kaya (pelaburan masuk bilion2) di utara, akhirnya mengambil keputusan utk menghantar atlet2 mereka menggunakan tongkang...


Sukma yg akan diadakan pada bulan 8,.. bulan 7 depa kena pi dah....


Semoga selamat sampai dan selamat bertanding...


Majulah sukan utk negara.


🤣🤣🤣🤣🤣🤣




ZAMAN KAMI BOLEH. ZAMAN KAMU TAK BOLEH.

 


Zuwairi Md Yusof


Jangan layan pembodohan percaya sama palatao PN kaki sakau.


JOHARI dulu PENJAWAT AWAM di JPA boleh tengok wiki dia bukan kecil anak punya SPEAKER.Bagai langit dengan bumi dia dengan speaker zaman PN tebuk atap 3 tahun lamanya.






𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝟲 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗠𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡? 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠



 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝟲 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗠𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡? 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠


✍️  Ahmad Mursi 


1.  Isunya samada 6 MP tu (1) dipecat atau (2) terhenti menjadi ahli BERSATU.


2.  Jika dipecat, tidak boleh dikosongkan. Ini yang BERSATU dan Muhyidin pertahankan dulu semasa gubal Akta Lompat Parti. Semua parti lain sebaliknya setuju kerusi dikosongkan jika dipecat.


3.  Sebab itu pindaan Perlembagaan (perkara 49A) HANYA kosongkan kerusi bila wakil rakyat itu terhenti menjadi ahli atau lompat parti atau jadi bebas. BUKAN DIPECAT.


4.  Terhenti menjadi ahli contohnya jika lepaskan keahlian parti atau isi borang parti lain atau buat tindakan yang sebabkan keahliannya gugur dll.


5.  Sebelum PRU15, hampir semua parti selain BERSATU pinda perlembagaan parti masing2 dan masukkan peruntukkan bahawa keahlian terbatal secara automatik jika langgar arahan parti. Jadi tidak perlulah MP itu dipecat.


6.  Ada juga parti yang ikat dengan perjanjian. Jika lompat, keahlian terhenti dan kerusi dikosongkan serta dibayar pampasan.


7.  Oleh kerana dulu BERSATU degil kerana nak memancing MP UMNO, maka kini senjata makan tuan. Barulah terhegeh-hegeh nak pinda perlembagaan parti. Cuma secara teknikal, mereka terlepas peluang kosongkan 6 kerusi itu.


8.  Undang2 baru tidak boleh diguna untuk hukum kesalahan lampau. Orang belajar undang2 tahulah benda ni.


9.  Apa BERSATU buat? Dibuat pemecatan terancang untuk 6 MP itu (constructive expulsion). Kan senang kalau dulu Muhyiddin dan BERSATU setuju pemecatan boleh kosongkan kerusi. Pecat sekarang tak boleh buat apa.


10.  Keputusan Speaker itu betul, muktamad dan tidak boleh dicabar di Mahkamah (Peraturan 99).


11.  Adakah selepas ini MP2 boleh sokong sesiapa sahaja berlawanan dengan parti sendiri dan Akta Lompat Parti tidak lagi efektif? TIDAK. Keahlian parti wakil rakyat akan tergugur secara automatik mengikut perlembagaan parti (yang dah dipinda) atau perjanjian dan kerusi mereka dikira kosong mengikut perkara 49A Perlembagaan.


12.  Dengan sebab Akta ni, Kerajaan semakin stabil. Pelabur semakin yakin dan mencurah-curah masuk. Rating kita pun dah naik. Alhamdulillah.



DIA BERSUNGGUH. MUSUH SAJA SUKA KONDEM.

 

Ana Tahu


Tiada siapa dapat nafikan kesungguhan Anwar semenjak dilantik PM... Seolah tiada waktu rehat baginya.... Mudah-mudahan hasil-hasil positif terus mewarnai negara kita....



MASA PAS SEDANG PUJUK DAN MENGHALALKAN CARA.


Jamzuri Ardani



 Masa ni PAS cuba nak pujuk MP Umno khianati parti. 


Halaluna wa haramukum.





KISAH TERKAIT SADIQ

 

Najib Bakar


Berkait dengan kisah Syed Saddiq kantoi triathlon, Telekom Malaysia pun ada buat pertandingan untuk staf depa.





Pertandingan siapa paling banyak steps, untuk gaya hidup sihat lah kiranya.


Siapa yang ada smartwatch, boleh masuk pertandingan tu dan connect dengan app Bookdoc.


Ada followers pm aku mintak aku dedahkan kerana mungkin ada penipuan.


Baru berlangsung 11 hari, ada yang dah cecah 533k steps. Peh hebat betoi.


Sehari dalam 50k steps.


Kalau lari 7km sehari, dalam jangka masa sejam, purata dalam 10k steps.


Maksudnya kalau nak cecah 50k steps sehari, seorang tu kena lari 35km, 5 jam setiap hari, selama 11 hari berturut-turut.


Setiap hari lari marathon, walaupun waktu kerja.


Lagi power dari Sigaraga nih. 🤣


Macam mana depa tipu?


Penipuan mungkin berlaku dengan cara depa goyang-goyangkan jam, walaupun tengah memerut atau mengadap laptop.


Ceh, hampeh. 


Disarankan Telekom Malaysia semak betul-betul sebelum pemenang tu naik podium. Nanti hampa disaddiqkan baru tau. 😆




KERANA PILIH PEMIMPIN BODOH, ITULAH AKIBATNYA





Isunya mudah saja.  Mengapa 6 MP tersebut tidak keluar dari parti tetapi hanya menyokong PMX?  Jawapannya mudah, mereka perlukan peruntukan MP untuk kawasan mereka kerana pemimpin parti mereka ego dan sombong tidak mahu berbincang dengan PMX.


Maksudnya, mereka masih sayangkan parti mereka sebab itu mereka tidak keluar parti.  Mereka juga perlukan peruntukan untuk rakyat di kawasan mereka.  Jika sewaktu kerajaan tebuk atap 33 bulan perintah, Ketua Pembangkang ketika itu DS Anwar Ibrahim buangkan sikap ego dan sombong boleh berunding dengan PM Ismail Sabri, mengapa mereka tidak boleh?


Berunding bukan bererti wajib sokong PM.  PH waktu itu tidak sesekali istihar sokong Ismail Sabri, bahkan dalam parlimen tetap PH lawan jika ada yang perlu dilawan.  Jadi, takut apanya PN mahu berunding? Ego ? Sombong ?


Oleh kerana itulah 6 MP ini buat keputusan untuk kekal dalam parti tetapi menyokong PMX.  Parti mereka pun buat "aniaya" kepada mereka dengan tiba2 pinda perlembagaan parti kononnya untuk singkir mereka dan gantikan dengan orang lain melalui PRK.  


Nasib baik Speaker parlimen tidak sebodoh Muhyidin.  Zahid, Presiden Umno lebih cerdik apabila buat perjanjian dengan semua calon mereka sebelum PRU bagi mengelakkan MP-MP mereka dibeli oleh Muhyidin nanti.  Muhyidin yang telah biasa "beli" MP melalui "Scheme of Things' kali ini terbodoh dengan sendirinya.  Nasib hang la Bersatu !!


Andainya Muhyidin cerdik, PN akan berunding dengan PMX, semuanya berjalan dengan baik.  Peruntukan semua MP dapat dan tiada MP yang hilang dari kamu.  Elok2 ada kerusi MP, kini dan hilang 6 kerusi parlimen dan satu kerusi Dun di Selangor.  Kalau tidak bodoh, mahu kata apa? 


WFAUZDIN NS



RAGHAD DAKWA DIHALANG MASUK KEDIAMAN.




PETALING JAYA: Raghad Kurdi, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Abdul Taib Mahmud membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang daripada memasuki kediamannya di Kuching oleh pengawal pada minggu lalu.



Dalam satu hantaran di Instagram, Raghad memberitahu beliau ke Kuching bagi melawat pusara Taib serta menyampaikan sedekah jariah bagi pihak suaminya yang meninggal dunia pada 21 Feb lalu.


Bagaimanapun, setibanya di kediaman tersebut, pengawal bertugas memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan beliau masuk.

“Kami dihalang ketika sampai di pintu pagar dan pengawal memberitahu saya mereka tidak mempunyai kebenaran untuk membenarkan saya masuk.


“Tetapi Alhamdulillah, pengawal yang baik hati membenarkan saya masuk. Allah akan sentiasa melindungi dan membela mereka yang dizalimi,” katanya.


Bagaimanapun, Raghad mendakwa, pengawal itu terpaksa membayar harga yang mahal kerana membenarkan beliau masuk ke rumah apabila dia dibuang kerja.

Dalam hantaran itu, Raghad turut berkongsi beberapa gambar beliau berada di pintu pagar kediamannya bersama pengawal keselamatan dan ketika melawat pusara Taib.


Susulan kejadian itu, Raghad berkata beliau membuat laporan polis termasuk permohonan yang perlu di mahkamah.


“Saya lakukan semua ini dengan berat hati, saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Beliau (Taib) suami saya, tapi saya perlu merekodkan perbuatan memalukan dilakukan terhadap saya dan menuntut keadilan.


“Saya tahu saya tidak pernah berkongsi cerita saya sebelum ini, tetapi sudah tiba masanya untuk berbuat demikian,” katanya.

Taib meninggal dunia pada jam 4.40 pagi 21 Feb lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun.


Beliau diterbangkan ke Kuala Lumpur pada 10 Feb lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut, selepas keluar dari unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya.



WOIII PN. JANGAN MEROYAN LA. MASA KAMU JELAS BOLEH. KEH.. KEH.. KEH..



 Apa lagi la mamat ni nak meroyan ni? Ada je yang dia tak puas hati dengan kerajaan. Tapi sebelum cerita pasal mamat ni, kita cerita dulu tentang 6 MP Bersatu tu. Kenapa tindakan Tri Sri Speaker sebenarnya tepat.





𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 hanya terpakai pada MP yang 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮, sama ada menjadi bebas atau sertai parti lain. Ia juga terpakai pada MP Bebas yang menyertai mana-mana parti 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴.


Dalam isu 6 MP Bersatu ini, apa yang mereka lakukan hanyalah 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗠 hingga habis penggal. Mereka secara jelas menyatakan yang mereka 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂.


Adakah itu menyalahi perlembagaan? Tentu sekali tak. Setiap ahli parlimen 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴-𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴. Tapi adakah ia menyalahi perlembagaan parti? Kemungkinan besar, ya.


Jika ianya melanggar peraturan parti, maka ia adalah masalah disiplin parti. Parti berhak menentukan apa bentuk hukuman yang sesuai 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗵𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 atau dalam bahasa biasa, 𝗽𝗲𝗰𝗮𝘁.


Malangnya, MP yang dipecat dari parti 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶, menurut Akta Anti Lompat Parti. Lainlah kalau  MP-MP itu isytihar menyertai mana-mana parti dalam kerajaan. Malangnya bukan itu yang berlaku.


Ketika Akta Anti Lompat Parti dirangka, ada cadangan agar MP yang dipecat digugurkan dari jawatan MP. Tapi cadangan itu 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂𝗶. Oleh siapa? 𝗣𝗡 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶! Apa rasional mereka tak setuju, tak diketahui.


Mungkin mereka dah rancang nak gunakan 𝘭𝘰𝘰𝘱𝘩𝘰𝘭𝘦 itu selepas PRU15. Mereka boleh suruh agen mereka dalam UMNO/BN untuk 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 sehingga dipecat dari UMNO.


Lepas dipecat, mereka boleh sertai mana-mana parti PN sama ada Bersatu, PAS ataupun Gerakan. Tetapi nampaknya 𝘀𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗮𝗻. Akhirnya 𝘭𝘰𝘰𝘱𝘩𝘰𝘭𝘦 itu yang letakkan Bersatu pada situasi sekarang.


Memang tindakan Bersatu pecat 6 MP mereka ni tak cerdik langsung. Cuba tengok UMNO. Hishamuddin tak dipecat sebaliknya hanya digantung. Dengan cara ini, jumlah kerusi UMNO kekal tapi pembawa virus katak dapat dikuarantinkan. Nampaknya 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻.


Kalau pecat, Bersatu sendiri hilang kerusi. Kalau hanya digantung, 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹. Apa benda la Mahiaddin ni. Uruskan parti pun tak reti. Patutlah jahanam negara masa dia jadi PM.


Jadi bila Akmal meroyan, ia hanya menunjukkan yang dirinya tak berapa cerdik. Rasanya dia pun tak faham undang-undang. Dan yang peliknya, dia dah jadi 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗡 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶. Dulu bertanding pakai logo PN ke?


Soal yang dia tanya kalau orang lain nak sokong orang lain tu, yang rasanya dia maksudkan 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗠𝗣 𝗕𝗡 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗡 boleh atau tak tu, jawapannya tentu saja boleh. Tak salah dari segi undang-undang pun


Cumanya, dalam UMNO, dalam BN dan Keadilan juga, ada perjanjian yang ditandatangani oleh semua calon bahawa sekiranya mereka meninggalkan parti, mereka terpaksa bayar RM10 juta (Keadilan) dan RM100 juta (UMNO/BN).


Selain itu, ada perjanjian yang ditandatangani semua MP ketika 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸. Sekiranya mana-mana MP yang menyokong atau tak menyokong apa-apa usul yang 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗯𝘀𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, maka mereka akan dikira 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶.


Mereka bukan dipecat tetapi dikira 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻. Dan dengan itu, kerusi mereka dikosongkan. Perjanjian ini 𝘁𝗮𝗸 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗡. Sekali lagi, ia menunjukkan yang PN 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘂𝗵.


Jadi di mana salahnya keputusan Speaker? Salahnya cuma keputusan itu 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗡 (dan Akmal) 𝗺𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗻. Mereka harap TS Speaker pun kayu seperti mereka. Malangnya TS Speaker seorang yang bijak.


Soal Bersatu sudah meminda perlembagaan parti tu tak terpakai. Sebab pindaan dibuat 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 6 𝗠𝗣 𝗶𝘁𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫. Kalau Bersatu rasakan pindaan itu 𝘷𝘢𝘭𝘪𝘥, bawak la ke mahkamah.


Apa yang susah sangat?


Yang aku paling suka dalam post Akmal ni bila dia sebut katak politik. Dia lupa 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗼𝗹𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸-𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Berapa ramai katak dari UMNO dan Keadilan yang telah melompat ke sana selepas PRU14 dulu? Akmal dah hilang ingatan?


Rasanya Akmal dah jadi liabiliti buat UMNO. Bukan sebab dia selalu kritik Perpaduan. Tapi sebab nampak sangat 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸. UMNO sepatutnya malu orang tak cerdik macam Akmal ni jadi Ketua Pemuda.


Mungkin Zahid boleh ajar Akmal untuk fahamkan Akta Anti Lompat Parti ni. Cuba pecat Akmal dari parti. Lepas tu mungkin dia baru faham kalau dipecat tak hilang kerusi. Sebab dia ni nampaknya ada 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶𝗸 ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PERKAHWINAN TERMAHAL DUNIA

 


Selepas berbulan perayaan mewah tersebar di seluruh dunia, majlis perkahwinan anak lelaki terkaya Asia akan berlangsung hari ini.



Anant Ambani, anak kepada Pengerusi Reliance Industries, Mukesh Ambani akan disatukan dengan Radhika Merchant, anak kepada taikun farmasi, Viren dan Shaila Merchant.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



AALP - DLNA BERKATA BENAR WALAU PUN PAHIT : KP UMNO BERHENTILAH JADI JURUCAKAP PNYAKAU NASIONAL



1) TABIK HORMAT buat Dato' Lokman Noor Adam (DLNA) Pengarah Komunikasi UMNO yg menyekolahkan KP UMNO si budak Akmal Salleh yg sudah melampau.


2) Dulu lagi saya dah kata KP UMNO tu PNgkhianat dan minta mereka berhati2 tapi ada org2 UMNO marahkan saya lalu saya ambil langkah mengelak konfrantasi sesama rakan Kerajaan Perpaduan MADANI. 


3) Kini jelas terbukti KP UMNO tak pernah serang PNyakau Nasional, puak PNjahat tu pun tak pernah serang dia. Elok KP UMNO letak jawatan shj jika dia berprinsip. Tak setuju dan tidak sehaluan dgn Kerajaan MADANI dan UMNO BN, sila berundur. Be a gentleman. Jangan jadi duri dlm daging atau gunting dlm lipatan. PATHETIC dan memalukan UMNO.


4) Apa yg disebut oleh DLNA itu benar dan saya boleh faham sebab sejak setahun lalu ketika kecoh bab Tebuk Atap, saya membuat kajian tentang penggubalan Akta A1663 Perlembagaan Persekutuan (AALP) itu dan banyak kali menulis dari pelbagai sudut bhw TIADA lagi peluang utk lompat parti dan Tebuk Atap melainkan hanya alih sokongan tanpa lompat parti.


5) Alih sokongan TANPA lompat parti. Itulah shj "loop hole" yg ada kerana ia disengajakan oleh Din Tompok & the gang sewaktu DS Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kini Tun - TYT Sarawak) membentangkan penggubalan AALP. Selain itu ayat "dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu" pd Seksyen 49A (1) (a) (ii) perlu DIGUBAL, diberikan definisi tepat dan tuntas agar tidak boleh dimanipulasi bagi menafikan istilah "DIPECAT". 


6) Keputusan TS Speaker Dewan Rakyat (DR) itu tepat menurut Seksyen 49A (2) (c) kerana 6 MP itu dalam apa bentuk istilah yg Parti BUNGA belit, sebenarnya tetap DIPECAT dari parti dan TIDAK PERNAH LOMPAT ke mana2 parti. Maka tidak gugur status mereka sebagai Ahli Parlimen.


7) Malangnya puak PNyakau Nasional seperti Din Tompok, Mejah Jack dan balaci-balaci mereka yg berada dlm Kerajaan Perpaduan MADANI atau individu2 yg pernah menyokong PH begitu KELUPOQ, MEROYAN SAKAN menyalahkan keputusan LEGISLATIVE diwakili Speaker DR. 


8.) Sungguh JIJIK saya tengok org seperti KP UMNO dan individu2 yg dulunya menyebelahi PH tetiba PURA-PURA tidak faham akan AALP kerana hujah mereka saya lihat hanya berdasarkan EMOSI BENCI dan membina persepsi bukan fakta. Sungguh hairan bin ajaib bin ajaib bin ajaib. Mandrem jenis apa yg puak PNyakau Nasional ni guna ke atas individu2 terlibat sehingga MEMPERBODOHKAN diri begitu sekali??


9) Pada saya, mereka ini sungguh BIADAP. Hanya berani berkokok utk bina persepsi tapi nak nasihat Din Tompok, Mejah Jack seret hal ini di mahkamah biar JUDICIARY buat keputusan nampaknya tidak berani sbb mereka tahu mereka salah dan keputusan LEGISLATIVE yg mengikut Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati. 


10) Apapun, TABIK HORMAT buat DLNA yg mempertahankan keputusan Speaker Dewan Rakyat sambil memperjelaskan apa itu FUNGSI AALP dan "loop hole" atau kelonggaran yg wujud.


11) Kalau harap MenKom, JKom mahupun Stratcom memang cukup LEMBAB, TAK mampu melakukan apa yg dibuat oleh Pengarah Komunikasi UMNO itu.


Wallahualam.


-Zus Din 

13072024

*********

Tiktok Video credit : RojieSemail

Link : https://vt.tiktok.com/ZSYgMxrqb/



BACA PUN TAHU.


Hisham Fauzi


 Ada permintaan dari rakan saya supaya saya mengulas mengenai isu undang-undang lompat parti sebagaimana yg hangat dibincang sekarang.



Saya kata, tak perlulah kita bahas panjang kerana teks perundangan yang terpakai sudah agak "plain" dan "direct" yang boleh difahami secara literal tanpa perlu seseorang itu mempunyai asas perundangan untuk memahaminya.


Kita boleh baca keseluruhannya dan kita boleh terus "relate" dgn isu yg timbul.



MENGAJAR ITIK BERENANG, BERI SAYAP KEPADA HELANG


MSO


 Malam Malam.

MENGAJAR ITIK BERENANG, BERI SAYAP KEPADA HELANG


Saja nak tanya macam mana kalau Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah tunggu sehingga Spekaer Parlimen menentukan kedudukan enam orang ahli Parlimen Bersatu yang dinotiskan sebagai kerusinya kosong, baru beliau buat keputusan kerusi Nenggeri yang juga berhadapan masalah sama.


Apakah kalau Mohd Amar tunggu Johari buat keputusan, bahawa enam kerusi MP itu tidak kosong, maka keputusan yang diputuskan  juga mirip, yakitu tidak berlaku kekosongan kerusi Nenggeri? Seperti mana berlaku bagi Dun Selat kelang di Selangor, ia diistyharkan tidak kosong oleh speaker Lau Weng San sama seperti kedudukan enam kerusi parlimen yang tidak kosong itu. Lau Weng San buat keputusan menuruti apa diputuskan Johari.


Mungkinkah kalau Mohd Amar sabar dan tunggu apa yang berlaku di parlimen itu, maka kerusi Nenggeri juga tidak diistyharkan kosong. Apabila Mohd Amr gaduh lorat mengumumkan kerusi Nenggeri kosong 11 Julai, lalu nampak sangat dia tergesa-gesa dan seperti ada permainan di situ, berpihak kepada Bersatu?


Khabarnya, keputusan Mohd Amar itu tidak pun dirujuk kepada Dewan Harian Pas terlebih dahulu menyebabkan keputusan dibuat Mohd Amar itu tidak direstui? Walaupun kuasa Speaker adalah hak mutlaknya, namun sebagai individu berkedudukan dan dilantik parti beliau seharusnya merujuk Dewan Harian parti? Perkara penting seperti itu menjadi amalan Pas sebelum ini. 


Ada juga berpendapat keputusan mengosongkan Dun Nenggeri itu dibuat sebagai mendahului apa yang patut dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul kononnya sepeaker Dun Kelantan hendak mengajar Speaker Dewan Rakyat. Kalau benar keadaan itu, sikap diambil Mohd Amar itu seperti mahu mengajar itik pandai berenang atau memberi sayap kepada helang. Hahahihihoho.


Atas kemungkinan itu sekiranya kerusi DUN Nenggeri nanti terlepas kepada pembangkang maka Mohd Amar kena bertanggungjawab atas kehilangan itu. Perlu direkodkan dia juga adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Trims.