PEREBUTAN JAWATAN DALAM BERSATU KRITIKAL


MSO




Pergolakan kerana merebut jawatan dalam Bersatu nampak serius dan kritikal sampai presiden kena bahagi bahagikan jawatan pula macam bahagi kek kueh lampis. Mahiaddin umumkan yang Faiza Azumu diturunkan pangkat dari timbalan presiden diganti dengan Mejah. Manakala Pija dilantik sebagai salah seorang naib presiden.


Tempat Mejah diganti dengan Azmin sebagai setiausaha agung. Mahiaddin terpaksa memfaraidkan jawatan seperti membahagi pesaka untuk mengelakkan perebutan.


Sebelum ini kumpulan Azmin dikhabarkan bertembung dengan kumpulan Hamzah Zainuddin untuk kuasai parti. Lantaran hebatnya perebutan menyebabkan Mahiaddin yang ura-ura hendak bersara tidak jadi terpaksa terus pikul tugas sebaggai presiden dengan gunakan alasan bini tak bagi bersara.


Mahiaddin bercakap soal demokrasi, pertikai demokratik Anwar tetapi cara dia bahagikan pesaka (jawatan) menunjukkan dia seorang autokrasi dan tidak mahu perebutan jawatan dibuat secara demokrasi. 


Munggkin Hamzah boleh berdamai tetapi macaam mana dengan mereka yang lain. Tentu ada juga yang ingin bahagian kepala mayat masing². Trims.



No comments: