MENGAJAR ITIK BERENANG, BERI SAYAP KEPADA HELANG


MSO


 Malam Malam.

MENGAJAR ITIK BERENANG, BERI SAYAP KEPADA HELANG


Saja nak tanya macam mana kalau Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah tunggu sehingga Spekaer Parlimen menentukan kedudukan enam orang ahli Parlimen Bersatu yang dinotiskan sebagai kerusinya kosong, baru beliau buat keputusan kerusi Nenggeri yang juga berhadapan masalah sama.


Apakah kalau Mohd Amar tunggu Johari buat keputusan, bahawa enam kerusi MP itu tidak kosong, maka keputusan yang diputuskan  juga mirip, yakitu tidak berlaku kekosongan kerusi Nenggeri? Seperti mana berlaku bagi Dun Selat kelang di Selangor, ia diistyharkan tidak kosong oleh speaker Lau Weng San sama seperti kedudukan enam kerusi parlimen yang tidak kosong itu. Lau Weng San buat keputusan menuruti apa diputuskan Johari.


Mungkinkah kalau Mohd Amar sabar dan tunggu apa yang berlaku di parlimen itu, maka kerusi Nenggeri juga tidak diistyharkan kosong. Apabila Mohd Amr gaduh lorat mengumumkan kerusi Nenggeri kosong 11 Julai, lalu nampak sangat dia tergesa-gesa dan seperti ada permainan di situ, berpihak kepada Bersatu?


Khabarnya, keputusan Mohd Amar itu tidak pun dirujuk kepada Dewan Harian Pas terlebih dahulu menyebabkan keputusan dibuat Mohd Amar itu tidak direstui? Walaupun kuasa Speaker adalah hak mutlaknya, namun sebagai individu berkedudukan dan dilantik parti beliau seharusnya merujuk Dewan Harian parti? Perkara penting seperti itu menjadi amalan Pas sebelum ini. 


Ada juga berpendapat keputusan mengosongkan Dun Nenggeri itu dibuat sebagai mendahului apa yang patut dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul kononnya sepeaker Dun Kelantan hendak mengajar Speaker Dewan Rakyat. Kalau benar keadaan itu, sikap diambil Mohd Amar itu seperti mahu mengajar itik pandai berenang atau memberi sayap kepada helang. Hahahihihoho.


Atas kemungkinan itu sekiranya kerusi DUN Nenggeri nanti terlepas kepada pembangkang maka Mohd Amar kena bertanggungjawab atas kehilangan itu. Perlu direkodkan dia juga adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Trims.



No comments: