KISAH TERKAIT SADIQ

 

Najib Bakar


Berkait dengan kisah Syed Saddiq kantoi triathlon, Telekom Malaysia pun ada buat pertandingan untuk staf depa.





Pertandingan siapa paling banyak steps, untuk gaya hidup sihat lah kiranya.


Siapa yang ada smartwatch, boleh masuk pertandingan tu dan connect dengan app Bookdoc.


Ada followers pm aku mintak aku dedahkan kerana mungkin ada penipuan.


Baru berlangsung 11 hari, ada yang dah cecah 533k steps. Peh hebat betoi.


Sehari dalam 50k steps.


Kalau lari 7km sehari, dalam jangka masa sejam, purata dalam 10k steps.


Maksudnya kalau nak cecah 50k steps sehari, seorang tu kena lari 35km, 5 jam setiap hari, selama 11 hari berturut-turut.


Setiap hari lari marathon, walaupun waktu kerja.


Lagi power dari Sigaraga nih. 🤣


Macam mana depa tipu?


Penipuan mungkin berlaku dengan cara depa goyang-goyangkan jam, walaupun tengah memerut atau mengadap laptop.


Ceh, hampeh. 


Disarankan Telekom Malaysia semak betul-betul sebelum pemenang tu naik podium. Nanti hampa disaddiqkan baru tau. 😆