GETAH NAIK TAPI NILAI RINGGIT TURUT MENAIK

 


Getah Mutu Malaysia (SMR 20) mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat dengan lebih tinggi seiring dengan kenaikan harga minyak mentah penanda aras global, kata peniaga.


Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain kelemahan sentimen pasaran niaga hadapan getah ketika peniaga mula menerima impak peningkatan getah asli tempatan serta data ekonomi China yang bercampur-campur.



Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews