AALP - DLNA BERKATA BENAR WALAU PUN PAHIT : KP UMNO BERHENTILAH JADI JURUCAKAP PNYAKAU NASIONAL



1) TABIK HORMAT buat Dato' Lokman Noor Adam (DLNA) Pengarah Komunikasi UMNO yg menyekolahkan KP UMNO si budak Akmal Salleh yg sudah melampau.


2) Dulu lagi saya dah kata KP UMNO tu PNgkhianat dan minta mereka berhati2 tapi ada org2 UMNO marahkan saya lalu saya ambil langkah mengelak konfrantasi sesama rakan Kerajaan Perpaduan MADANI. 


3) Kini jelas terbukti KP UMNO tak pernah serang PNyakau Nasional, puak PNjahat tu pun tak pernah serang dia. Elok KP UMNO letak jawatan shj jika dia berprinsip. Tak setuju dan tidak sehaluan dgn Kerajaan MADANI dan UMNO BN, sila berundur. Be a gentleman. Jangan jadi duri dlm daging atau gunting dlm lipatan. PATHETIC dan memalukan UMNO.


4) Apa yg disebut oleh DLNA itu benar dan saya boleh faham sebab sejak setahun lalu ketika kecoh bab Tebuk Atap, saya membuat kajian tentang penggubalan Akta A1663 Perlembagaan Persekutuan (AALP) itu dan banyak kali menulis dari pelbagai sudut bhw TIADA lagi peluang utk lompat parti dan Tebuk Atap melainkan hanya alih sokongan tanpa lompat parti.


5) Alih sokongan TANPA lompat parti. Itulah shj "loop hole" yg ada kerana ia disengajakan oleh Din Tompok & the gang sewaktu DS Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kini Tun - TYT Sarawak) membentangkan penggubalan AALP. Selain itu ayat "dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu" pd Seksyen 49A (1) (a) (ii) perlu DIGUBAL, diberikan definisi tepat dan tuntas agar tidak boleh dimanipulasi bagi menafikan istilah "DIPECAT". 


6) Keputusan TS Speaker Dewan Rakyat (DR) itu tepat menurut Seksyen 49A (2) (c) kerana 6 MP itu dalam apa bentuk istilah yg Parti BUNGA belit, sebenarnya tetap DIPECAT dari parti dan TIDAK PERNAH LOMPAT ke mana2 parti. Maka tidak gugur status mereka sebagai Ahli Parlimen.


7) Malangnya puak PNyakau Nasional seperti Din Tompok, Mejah Jack dan balaci-balaci mereka yg berada dlm Kerajaan Perpaduan MADANI atau individu2 yg pernah menyokong PH begitu KELUPOQ, MEROYAN SAKAN menyalahkan keputusan LEGISLATIVE diwakili Speaker DR. 


8.) Sungguh JIJIK saya tengok org seperti KP UMNO dan individu2 yg dulunya menyebelahi PH tetiba PURA-PURA tidak faham akan AALP kerana hujah mereka saya lihat hanya berdasarkan EMOSI BENCI dan membina persepsi bukan fakta. Sungguh hairan bin ajaib bin ajaib bin ajaib. Mandrem jenis apa yg puak PNyakau Nasional ni guna ke atas individu2 terlibat sehingga MEMPERBODOHKAN diri begitu sekali??


9) Pada saya, mereka ini sungguh BIADAP. Hanya berani berkokok utk bina persepsi tapi nak nasihat Din Tompok, Mejah Jack seret hal ini di mahkamah biar JUDICIARY buat keputusan nampaknya tidak berani sbb mereka tahu mereka salah dan keputusan LEGISLATIVE yg mengikut Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati. 


10) Apapun, TABIK HORMAT buat DLNA yg mempertahankan keputusan Speaker Dewan Rakyat sambil memperjelaskan apa itu FUNGSI AALP dan "loop hole" atau kelonggaran yg wujud.


11) Kalau harap MenKom, JKom mahupun Stratcom memang cukup LEMBAB, TAK mampu melakukan apa yg dibuat oleh Pengarah Komunikasi UMNO itu.


Wallahualam.


-Zus Din 

13072024

*********

Tiktok Video credit : RojieSemail

Link : https://vt.tiktok.com/ZSYgMxrqb/



No comments: