KERJA TAK SEBERAPA..MELANCONG KAU UTAMAKAN ..

 

Akhirnya terbukti perangai menteri-.enteri kita ini tak ubah macam budak-budak nakal di sekolah rendah.


Sepatutnya mereka tahu sendiri bahawa ketika banjir ini tak perlu ke luar negara dan lupakan dulu nak bercuti ke mana-mana.


Kerja tak seberapa, bab bercuti bukan main lagi….




SEDIH!! - ANWAR JUA TEMPAT MEREKA MENGADU | Taman Sri Muda


Anwar Ibrahim, bersama skuad prihatin pkr, telah turun ke padang, bagi membantu mereka yang terkesan, dengan musibah yang menimpa, disamping memahami kesusahan, yang mereka lalui. Sikap kebersamaan, kasih sayang dan keprihatinan mesti ditonjolkan oleh kita semua. #anwaribrahim #dsai #anwaribrahimbanjir #anwaribrahimsrimuda #ltl #lawantetaplawan #nadirakyat #ismailsabriyaakob #menteriUMNO #kerajaanbngagal #menteribngagal #bntumban

RAKYAT BERITAHU APPLE: JANGAN HANTAR SUMBANGAN KEPADA KERAJAAN


Membalas ciapan Nabila, pengguna Twitter, Barry Rogers mengingatkan bahawa kerajaan tidak cekap dan tidak diberi mandat oleh rakyat. Saya sangat bersetuju di sini. Tolong jangan sesekali mempertimbangkan untuk menderma kepada Kerajaan Malaysia semyang tidak cekap semasa yang tidak diundi oleh majoriti rakyat dalam pilihan raya lalu. Kerajaan sekarang terdiri daripada sekumpulan Ahli Parlimen yang pengkhianat dan Kleptokrat.





MANGSA BANJIR DALAM KESUSAHAN, KERAJAAN HARUS BERI RM10 RIBU BANTUAN KEWANGAN

 

Banjir luar jangka yang berlaku di beberapa kawasan di Selangor serta negeri-negeri lain boleh dikata sudah surut sepenuhnya sekarang ini.

Hanya tinggal beberapa kawasan di Pahang yang masih belum surut, tetapi di negeri tersebut, banjir yang berlaku ketika ini tidaklah begitu memeranjatkan kerana ia merupakan bencana ulangan yang berlaku hampir setiap tahun.

Cuma, banjir yang berlaku ini keadaannya sedikit luar biasa dengan beberapa kawasan penempatan turut ditenggelami air yang agak dalam berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Berbeza dengan Selangor, terutama di Shah Alam dan Hulu Langat, selain banjirnya kali ini begitu luar biasa dengan banyak rumah yang musnah, hanyut, tenggelam dan hanya nampak bumbung, banjir yang menimpa kali ini juga adalah yang terburuk sekali.

Setelah seminggu berlalu, tumpuan ketika ini ialah operasi membersihkan rumah dan kawasan persekitaran kesan daripada bencana tersebut

Tetapi, sebagaimana kita semua sedia maklum, banjir kali ini turut sama memusnahkan banyak kenderaan, malah ada yang hilang dan dihanyutkan entah ke mana.

Bagi rumah yang tenggelam dan dipenuhi air selama hampir seminggu lamanya, pasti akan berdepan dengan dinding yang rosak, perabot, peralatan letrik, pakaian serta pelbagai barangan keperluan lain yang turut musnah juga.

Untuk itu, selain melakukan kerja-kerja membersih lumpur yang tentunya rumit dan meletihkan, persoalan utama di kalangan mangsa banjir kali ini ialah bagaimana untuk memulakan kehidupan dan mengganti segala barangan yang musnah itu.

Ketika ini, bantuan makanan dan keperluan ringan lain rasanya sudah begitu banyak disumbangkan oleh pelbagai pihak.

Malah di pusat-pusat penempatan sementara juga kelihatan pelbagai pihak swasta dan NGO turut menyumbangkan makanan, selimut, keperluan untuk wanita, bayi dan sebagainya.

Pendeknya, bantuan untuk mangsa banjir dari segi makan minum serta keperluan ringan lainnya boleh dikata tidak menjadi masalah lagi.

Tambahan lagi, kerajaan pusat juga memberikan bantuan segera RM1000 kepada setiap mangsa yang terlibat dengan banjir kali ini.

Kerajaan negeri Selangor juga menyumbang bantuan segera sebanyak RM1000 kepada mangsa-mangsa banjir.

Namun, siapa mahu membantu mangsa banjir dari segi membaiki rumah, mengganti perabot dan peralatan kediaman lainnya supaya mereka selepas ini dapat bernafas dengan selesa meneruskan kehidupan?

Dalam hal ini, adalah dicadangkan kerajaan pusat pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang berjenama Keluarga Malaysia dapat memikirkan untuk memberi bantuan kewangan sekurang-kurangnya RM10 ribu kepada setiap rumah yang terlibat dengan banjir.

Walaupun jumlah RM10 ribu tidaklah mencukupi, ia sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk membaiki segala kerosakan, membeli perabot dan mengganti barangan yang telah musnah akibat banjir.

Bagi mereka yang rumahnya musnah atau hanyut, kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk membinanya semula.

Mungkin kalau dikira dengan banyaknya rumah yang tenggelam, bantuan RM10 ribu itu akan menjadikan jumlah keseluruhannya terlalu besar dan membebankan kewangan kerajaan.

Tetapi, Ismail Sabri tidak harus terlalu berkira dalam hal ini dan sedarlah apa yang sangat-sangat diperlukan oleh mangsa banjir selepas air surut ialah “kepala harimau” bagi memulihkan semula kehidupan mereka sekeluarga.

Dibandingkan dengan membayar gaji RM60 hingga RM80 ribu setiap bulan kepada menteri-menteri bersama kemudahan sebuah kereta mewah Vellfire, sedangkan sebahagian besarnya tidak berguna dan tidak berfungsi, malah ramai yang hilang ketika banjir ini, bantuan RM10 ribu kepada mangsa banjir itu terlalu kecil sebenarnya.

Juga kalau dibandingkan dengan beberapa duta bertaraf menteri dan penasihat khas Perdana Menteri yang hakikatnya tiada kerja dan hanya makan gaji buta, tetapi mengaut puluhan ribu setiap bulan masuk ke poket sendiri, amatlah zalim dan bakhil kerajaan ini jika masih berkira untuk membantu RM10 ribu kepada mangsa banjir yang sedang kesusahan itu.

Kerja dan fungsi kerajaan ialah menolong rakyat dan mangsa banjir ini adalah kelompok rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan serta pertolongan.

Baiklah berhenti jadi kerajaan kalau bantuan sekecil RM10 ribu untuk rakyat membina semula keluarga pun tak mampu dilakukan, tapi bermewah dalam hal lain senang-senang pula dilakukan. – ShahbudinHusin 24/12/2021.


KALAU NAK PEMBOHONG PUN PATUT PATUT LA PAK LONG MAIL

 

OOOO...rakyat Malaysia ni kan bodo bodo semua sebab pilih kerajaan yang ada kan....bodo sangat...










ORANG KECAM KAU LA TU. NAMPAKNYA KAU ORANG NO 2 YANG DIBENCI RAKYAT SELEPAS MEMAKI HAMUN AZMIN


Aku biasa tukar kasut ganti dengan sandal tapi baju dan seluar tak tukar. Sebab masa tukar kasut tu, aku tak perlu buka seluar baju.

Tapi agak jarang aku dengar ada orang yang tak buka kasut masa tukar seluar dan baju. Mungkin ada cuma aku tak biasa dengar.

Nota: Sejujurnya aku tak ada masalah dengan kasut Rina. Cuma cara dia jawab tu buat aku rasa cerita ni kelakar. Itu je.

Raja Gelap

Netizen rayu Apple jangan salur sumbangan banjir melalui kerajaan Malaysia

 Panas! Netizen rayu Apple jangan salur sumbangan banjir melalui kerajaan Malaysia

Di tengah-tengah krisis iklim semasa, banyak negara telah terjejas oleh bencana alam seperti banjir dan juga gempa bumi .

Walau bagaimanapun, ramai yang baik hati dan pemurah memberikan bantuan untuk membantu mereka yang terjejas yang sememangnya sangat diperlukan dalam masa sukar seperti ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook menulis tweet pengumuman mengatakan mereka akan menghantar bantuan ke 2 negara yang terjejas oleh Taufan Rai , termasuk Malaysia dan juga Filipina.


Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH
31K
Reply
Copy link to Tweet


Rakyat Malaysia membanjiri bahagian balasan

Pengumuman besar itu sampai kepada penonton Malaysia, dan rakyat merayu Tim Cook untuk tidak menghantar sumbangan dan bantuan melalui kerajaan .

“Jangan sesekali mempercayai kerajaan Malaysia sekarang dengan sebarang bantuan. Sila hubungi NGO yang berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa.”

“Kami hanya mempunyai rakyat dan NGO yang telah bekerja keras sejak hari pertama dilanda bencana itu.”

Sumbangan banjir Malaysia, netizen rayu Apple jangan salur melalui kerajaan

Filipina juga berfikiran sama

Rakan-rakan Filipina juga merasakan perkara yang sama , “Jangan percaya kerajaan”.

“Rasuah ada di mana-mana”

Kerajaan Filipina Rasuah E1640142900746

Kedua-dua negara bersetuju antara satu sama lain

Beberapa balasan menyebut bagaimana kedua-dua negara tidak mempercayai kerajaan mereka sendiri .

“Malaysia 🤝 Filipina. Sangat tidak suka kepada kerajaan”

Kedua-dua Negara E1640142785420

Setiap derma adalah penting, jadi jangan ragu untuk memberi apa sahaja asalkan ia dalam kemampuan kewangan anda.

KAU LETAK LAH JAWATAN DAHULU..BARU LAH TAHU APA SOLUSINYA

 

Menteri Tugas-Tugas Khas, Dr. Latif Ahmad yang bertanggungjawab kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA dilaporkan berkata, beliau tidak ada masalah untuk meletakkan jawatan susulan kritikan terhadap kegagalannya dalam menguruskan hal ehwal banjir.

Bagaimanapun, tambahnya, apakah dengan tindakan itu akan menyelesaikan masalah yang ada?

“Bubar NADMA boleh, saya setuju. Saya letak jawatan (pun) boleh.

“Saya sudah enam penggal (jadi wakil rakyat). Tiada masalah.

“Tapi apakah solusinya?” soal beliau.



Beliau seterusnya meminta pengkritik mengemukakan cadangan untuk menguruskan banjir dengan lebih berkesan di negara ini.

“Kalau kata hendak suruh letak jawatan (semata-mata), negara kita akan bertukar Perdana Menteri setiap tiga bulan,” tambahnya lagi.

Kepada Dr. Latif, kalau betul sedia nak letak jawatan, terus sajalah letak jawatan tanpa bertangguh-tangguh atau membeli sebarang alasan lagi.

Tidak perlu pun sebenarnya memberi dalih seperti bertanyakan apa solusi untuk menangani banjir dan bagi memperbaiki operasi NADMA.

Letak jawatan dulu, maka barulah akan nampak jalan solusi yang ada di hadapan.

Selagi beliau tidak letak jawatan, macam mana nak nampak solusinya?

Tetapi, untuk pengetahuan Dr. Latif, solusi paling mudah ternampak jika beliau segera atau sedia meletak jawatan ialah akan ada menteri baru yang mengambil alih tugas menjaga NADMA selepas ini.

Sudah tentu Perdana Menteri akan memilih pemimpin yang benar-benar diyakininya serta yang mempunyai jiwa kepimpinan yang tulen untuk menggantikan tempatnya menjaga NADMA.

Kalau benar Dr. Latif mahu cepat solusi itu menjadi kenyataan, cepat-cepatlah beliau meletakkan jawatan.

Jangan sembang saja kencang, tapi dalam hati masih sayang nak lepaskan jawatan!! – ShahbudinHusin 23/12/2021.



PADAN MUKA KAU AZMIN - RAKYAT BANTU RAKYAT- BALIK...BALIK....TU PERKATAAN SAMBUT AZMIN...


 

BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT



Ketua Srikandi BERSATU itu yang merupakan Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) mengadakan majlis pelancaran tabung tersebut dengan suasana gilang-gemilang, di sebuah hotel berdasarkan satu poster yang tular. Poster tersebut memaklumkan majlis anjuran bersama Shapadu yang dihadiri Rina itu berlangsung di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur pada 21 Disember 2021.


Agensi kerajaan berbalah, Anwar minta suruhanjaya siasatan tentukan peranan

 



Perbalahan antara agensi Kerajaan Persekutuan, khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang menolak untuk dipertanggungjawabkan kerana kelemahan menguruskan banjir di Selangor memerlukan satu suruhanjaya sisatan bagi memastikan peranan semua agensi yang terlibat dalam bencana alam.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perincian itu penting agar memudahkan koordinasi dan keputusan yang dibuat sekiranya negara menghadapi sekali lagi bencana alam seburuk banjir besar 17 - 21 Disember lalu.

Katanya, pengurusan bantuan yang tidak teratur dan proses evakuasi yang lambat hanya menimbulkan rasa kecewa mangsa dan kritikan berleluasa terhadap kerajaan.

"Sebab itu, saya katakan harus ada suruhanjaya teliti semula seluruh dasar peranan dan tindakan (yang) diambil supaya kita tidak berulang (kegagalan) dalam hal ini.

"Banjir ini bukan perkara baharu di Malaysia, saya masih ingat saya (menjadi) Pengerusi (urus bencana) semasa saya Timbalan Perdana Menteri menangani masalah ini pada tahun 1995 ketika banjir, dan malam itu juga Mesyuarat Khas, malam itu buat keputusan, malam itu kerah tentera, turun malam itu jugak, dalam berapa jam tentera boleh lakukan

“(Namun kerajaan Persekutuan sekarang) ini tidak, sehari, dua hari dan kemudian tidak ada pengarahan yang jelas,” katanya dipetik ketika ucapan perasmian Majlis Pemantapan Pilihanraya KEADILAN Kedah, semalam.

Pada masa sama Anwar yang telah melawat banyak tempat dan menemui mangsa mangsa banjir di Selangor serta Negeri Sembilan berkata, kesalahan tidak boleh diletakkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia kerana lewat bertindak

Sebaliknya, kata beliau, kelewatan tersebut akibat tiada arahan yang jelas dalam tempoh 48 jam pertama kejadian banjir yang menyebabkan respons kepada kejadian tidak sepantas diharapkan rakyat.

Selepas lawatan ke Kedah, Anwar juga meluangkan masa melawat penduduk di Permatang Pauh, Parlimen (gambar atas) kampung kelahiran beliau.

Di sana beliau sempat beramah mesra dan meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman lama sebelum pulang ke ibu negara.

 

Rakyat nak tahu apa Rina buat, bukan ulas kasut tumit tinggi

 


Rakyat tidak mahu tahu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun
pakai kasut apa atau tidak berkasut sekalipun, rakyat mahu tahu apa yang menteri terbabit serta kabinet mereka buat ketika musibah sedang melanda negara ketika ini.

Ketua AWAN Nasional Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, rakyat yang sedang berhadapan musibah mahu melihat ikhtiar Menteri Wanita dan agensi dibawahnya mempermudahkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Apa pula Rina nak ulas isu kasut tumit tinggi ni? Rakyat tak kisah pun Rina Harun pakai kasut apa atau tak berkasut, rakyat nak tahu apa Rina dan anggota kabinet korang buat.

“Lepas lancar bulan kesiapsiagaan bencana pada awal Oktober hari tu, apa yang siap dan siaga untuk membantu rakyat bila bencana datang?” soal Athirah.

Beliau turut mempersoalkan apa kabinet Keluarga Malaysia buat selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) memberi amaran berlaku perubahan cuaca dan lekukan tropika menghampiri Pahang pada 16 Disember lepas yang menjadi punca banjir besar.

“Siap siaga peralatan bantuan cemas satu hal, siaga bantuan kebajikan rakyat semasa masih bencana dan pasca banjir besar sekarang ini hal seterusnya.

“Bagaimana agensi-agensi bertanggungjawab di bawah Rina digerakkan?

“Bagaimana ikhtiar Rina untuk mempermudahkan bantuan diberikan kepada yg terjejas tanpa perlu disulitkan dengan segala mcm syarat dan prosedur?

“Sibuk Rina ulas kasut tinggi tu pula?” soalnya yang mengingatkan Rina supaya tidak melayan isu remeh temeh dan belajar ikut perkara yang perlu diberi keutamaan.

Beberapa hari lalu tular gambar Rina memakai kasut tumit tinggi ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengundang kritikan dalam kalangan netizen.

Semalam, Rina menjawab kritikan awam bahawa beliau tergesa-gesa melawat mangsa banjir dan tidak sempat menukar kasut selepas Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau meminta rakyat tidak salah faham berhubung isu dirinya yang berkasut tinggi ketika melawat mangsa banjir di PPS pada Sabtu lalu.

 


Seminggu banjir, video kutuk kelemahan kerajaan semakin tular



 

Genap seminggu berlakunya banjir luar biasa di Selangor, klip video netizen menghentam kerajaan semakin banyak dikongsikan di media sosial.


Menunjukkan rasa tidak puas hati berterusan rakyat ke atas pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang lewat bertindak menyelamatkan mangsa banjir dalam 48 jam terawal.

Video paling kerap tular adalah persiapan menghadapi banjir Kerajaan Persekutuan apabila PM melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional pada 1 Oktober lalu.


Klip video tersebut memaparkan aset lengkap negara dari Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia yang membariskan lori, bot, kenderaan pacuan empat roda termasuk skil menuruni bangunan menggunakan tali oleh anggota penyelamat.


Namun di penghujung klip netizen menulis persoalan, di manakah aset yang telah dipersiapkan itu pada bencana 17 Disember lalu?




Satu lagi klip 1 minit 55 saat memaparkan luahan hati sukarelawan yang terlibat memberi bantuan bencana di Selangor. Mempersoalkan mengapakah pihak kerajaan tidak mengkoordinasi semua jentera yang ada sesegera mungkin sedangkan telah masuk hari keempat banjir.


"Saya sejujurnya beberapa hari ini penat tahan sabar, saya asyik pujuk hati jangan marah marah sangat kerajaan on your twitter, Instagram, tetapi dah empat hari kami menjalankan misi banjir dan saya banyak sangat soalan nak tanya kerajaan. Bila nak mulakan koordinasi nasional?


"Bomba, askar sampai langgar arahan untuk turun selamatkan rakyat. Ini tak sepatutnya berlaku. Kedua majlis pelancaran (misi bantuan banjir) dibuat besar besaran dengan banner, sewa dewan hotel, tetapi mana sukarelawan dari kerajaan? Mana bantuan yang sepatutnya kerajaan beri kepada rakyat?" soalnya.


Netizen itu juga menggesa agar kerajaan tolak ke tepi isu isu politik dan utamakan rakyat terlebih dahulu ketika bencana berlaku.


Manakala klip yang paling kontroversi berlegar di twitter menunjukan gambar PM melawat ke sebuah kampung yang dilanda banjir, menurunkan cermin tingkap kenderaan dan beberapa mangsa banjir mengadu mereka menumpang rumah jiran, banyak lagi mangsa di kawasan berhampiran.


"Kami tumpang di sini, banyak lagi di sana...... dalam situ. Dalam situ yang banyak," kata wanita separuh baya berkenaan. namun kenderaan yang membawa PM berlalu pergi.


PM dipersoalkan kerana tidak segera memberi arahan kepada NADMA, ATM, Bomba dan sebagainya untuk turun menyelamat pada 18 Disember apabila sesetengah kawasan di Shah Alam, air banjir telah melepasi paras pinggang dan di Klang separas dada, dan tidak mungkin mangsa boleh dikeluarkan oleh agensi Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah sebagaimana yang sering disebut oleh beliau apabila menyalahkan kelembapan Kerajaan Negeri.


Netizen juga mempersoalkan sekiranya permintaan Menteri Besar Selangor pada malam 18 Disember untuk menurunkan tentera segera ditanggapi oleh PM maka korban jiwa tidak akan sebesar sekarang.

 

Kerajaan Keluarga Malaysia gagal, zalim tangani tragedi banjir besar



Saya mulakan tulisan ini dengan merujuk pada sekeping gambar yang tular dalam media sosial yang menunjukkan mangsa banjir terpaksa membuka beberapa keping genting bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

Si pemuat naik gambar tersebut menulis keterangan gambar yang menyengat: ‘YB tebuk atap dapat jadi menteri, rakyat tebuk atap untuk selamatkan diri’.

Satu demi satu muncul beberapa perkara yang mungkin boleh disebutkan sebagai dalil kegagalan berterusan Kerajaan Keluarga Malaysia (KM) yang sebelum ini Perikatan Nasional (PN).

Ketika wabak pandemik maut Covid-19 masih mengancam, dan pemberian vaksin penggalak yang mengelirukan, datang pula bencana banjir terburuk selepas kejadian ‘bah kuning’ penghujung 2014.

Bukan mahu menyebut soal mistik yang turut dianggap sebagai mengarut atau ‘cuba membuat hukuman/andaian sendiri’, tetapi mengapa kedua-dua malapetaka itu berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN), dan KM yang mewarisi BN?

Apa lagi agaknya selepas ini yang akan menunjukkan Kerajaan KM gagal dan terus gagal?

Selepas hujan lebat berterusan pada 17 dan 18 Disember lalu, sembilan negeri dilanda banjir yang teruk. Selangor antara negeri yang paling teruk menerima musibah!

Justeru, Selangor parah, adakah pula yang akan membuat kesimpulan inilah balasan kerana menempelak negeri di bawah pentadbiran PN sentiasa banjir, tetapi akhirnya berlaku juga di negeri pemerintahan Pakatan Harapan (PH)? ‘Rancak berdosa’ jugakah?

Kerajaan KM bukan sahaja gagal, malah zalim sebenarnya dalam menangani tragedi banjir besar ini.

Sekumpulan remaja berlumpur di Hulu Langat pada 20 Disember lalu.

Pada 20 Disember lalu yang juga hari terakhir atau penangguhan sidang Parlimen kali ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menolak usul banjir yang dikemuka oleh blok pembangkang/pemimpin PH, malah penyokong Kerajaan KM sendiri.

Usul tersebut dimulakan oleh Lim Guan Eng (Bagan) apabila beliau berdiri memohon keizinan Tan Sri Azhar Azizan Harun (bagaimana boleh mendapat gelaran Tan Sri pun tidak diketahui) untuk membincangkan isu banjir.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berhujah walaupun ia isu tergempar dan baru diusulkan, tetapi tetap ada kepentingan yang tersendiri. Beliau mahu tahu apakah langkah kerajaan untuk membantu mangsa banjir, dan mengapa bantuan lambat sampai.

Kemudian Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian/BN) pula bangun, dan bertanya kerajaan mengenai langkah yang telah diumumkannya dalam soal bantuan.

Kata Setiausaha Agung Umno itu, bantuan telah diumumkan semasa sidang media Perdana Menteri (PM), tetapi tidak diketahui berapa ramai penduduk atau rakyat yang akan menerimanya. Yang paling mustahak, katanya, bilakah bantuan itu akan diberikan.

Mohamad Sabu (Kota Raja/PH) pula bangun berhujah mengenai bantuan yang lambat tiba dengan bertanya di manakah bot, serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Semua penjawat awam dan unit beruniform negara kita, tegas Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), cekap dan penuh pengalaman. Masalahnya, tugas/peranan mereka menjadi sukar dan lambat bekerja kerana lambat menerima arahan pihak atasan.

Salahuddin meninjau kawasan banjir di Temerloh.

Seperti Mohamad atau Mat Sabu, kita semua juga mahu tahu apakah masalah yang dihadapi menteri sehingga begitu lambat memberikan arahan, lantas dimaki hamun oleh unit beruniform berkenaan, yang menyebabkan mangsa terperangkap lama dalam banjir.

Walau bagaimanapun, Azizan tetap menolak perbincangan mengenai banjir tersebut atas alasan teknikal, iaitu ia bukan dalam aturan mesyuarat.

Akhirnya, semua persoalan tersebut dan banyak lagi yang lain tinggal menjadi persoalan tanpa jawapan.

Sungguh aneh dan memalukan. Banjir yang meragut nyawa rakyat sudah tentulah isu rakyat. Wakil yang dilantik melalui pilihan raya pula dinamakan wakil rakyat. Yang Dipertua atau Speaker dilantik oleh kerajaan atau blok majoriti di Dewan Rakyat.

Jika tidak boleh dibincangkan di Dewan Rakyat, di mana yang boleh? Banjir adalah isu rentas warna politik. Ia bukan soal Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir Mohamad, ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika perbincangan isu nyawa dan harta rakyat ditolak, apakah faedahnya melantik wakil rakyat yang bersidang di Dewan Rakyat tentang masalah rakyat?!

Akibatnya, selepas sidang tersebut ditangguhkan, kelihatan Anwar, Mat Sabu dan Lim bergegas untuk bersemuka dengan Ismail.

Bukan sekali. Sudah berkali-kali sebenarnya Azizan menolak perbahasan usul penting sehingga tidak diketahui apa yang ditakuti, atau dilindunginya.

Saya fikir Azizan boleh bertindak waras. Adakah beliau bukan manusia waras sehingga bertegas sedemikian rupa?

Ismail sebagai PM juga boleh meminta Speaker mengizinkan perbincangan usul banjir itu kerana ia penting dan wajar diutamakan.

Adakah aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat itu seperti ayat al-Quran yang tidak boleh diubah, atau dipinda? Jika dibenarkan, tidaklah Anwar, Mat Sabu dan Lim menyerbu Ismail yang mungkin terkasima ketika itu.

Mungkin ada yang bertanya/mempersoal mengapa usul banjir dibawa juga sedangkan sidang sudah masuk hari terakhir. Biar berapa jam sahaja yang tinggal untuk berbincang pun tidak mengapa kerana yang penting ialah ehwal rakyat!

Sementelah bencana banjir berlaku pada hari Dewan Rakyat tidak bersidang – Sabtu dan Ahad. Justeru, pada awal waktu persidangan lagi pemimpin PH telah membawa usul banjir.

Perlakuan Tan Sri Noh Omar memang mewajarkan beliau dimaki. Ia berkaitan dengan peristiwa yang memalukan di Taman Sri Nanding pada 22 Disember lalu.

Seorang penduduk taman tersebut memberitahu Noh, ketika dia dan yang lain-lain menghadapi detik cemas, dan tiada mana-mana pihak tampil membantu, yang datang menolong ialah warga asing.

Warga terbabit, seorang wanita, semasa menceritakan suasana dialaminya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia itu, memberitahu ada tiga warga Indonesia mendayung sampan untuk menyelamatkan anak salah seorang penduduk taman berkenaan pada awal pagi tersebut.

Ketika itu, katanya, mangsa terpaksa menyelamatkan diri dengan berada di bumbung rumah sejak tengah malam sehingga jam 5.30 pagi.

Begitu pun, wanita tersebut tidak memaki hamun, sebaliknya hanya bertanya kepada Noh di mana agensi-agensi kerajaan ketika itu.

Dalam kejadian yang dirakamkan di salah sebuah pusat pemindahan banjir di Hulu Langat, Selangor itu, wanita tersebut memberitahu dia menghubungi pelbagai agensi kerajaan untuk membantu menyelamatkan penduduk di kawasan berkenaan, tetapi tiada siapa yang datang.

Antara pihak yang dihubungi, dakwa wanita itu, ialah JBPM, serta JPAM, malah kem ATM di Sungai Besi.

Malangnya, tiada satu pun agensi kerajaan yang muncul sehinggalah apabila air surut, dan itu dipersoal oleh wanita tersebut. Semasa air sudah mencecah bumbung rumah, tiada agensi kerajaan datang menolong, kecuali JPAM yang difahamkan menghantar tiga bot.

Bukan wanita itu sahaja, malah kita juga akan mengandaikan tiga bot tidak mencukupi untuk menyelamatkan semua warga Hulu Langat. Noh yang ditanya oleh wanita itu hanya menjawab ya sahaja.

Noh hadir di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Abul Jalil itu untuk menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir. Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Dato’ Suriani Ahmad.

Hulu Langat adalah antara kawasan paling teruk terjejas oleh banjir pada 18 Disember lalu itu, malah sesetengah pihak berpendapat kerosakan yang dialami di kawasan tersebut jauh lebih serius berbanding di Shah Alam, dan Klang.

Pada hari itu, 27 orang disahkan meninggal dunia di pelbagai lokasi akibat bencana tersebut, dengan 20 daripadanya di Selangor. Tujuh lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia di Pahang.

Selain korban di Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam, mayat juga ditemui di Kajang, Sungai Buloh dan Klang.

Hakikat bahawa Noh juga adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor memang tambah menaikkan kemarahan (sudah tentu turut mengecewakan).

Mulai 22 Disember lalu, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dilantik semula menggantikan Noh yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Sebagai perbandingan, tidak sampai 24 jam mengambil alih tugas, Amirudin mengumumkan bahawa pintu air di Rumah Pam Taman Sri Muda telah beroperasi semula.

Pintu air telah beroperasi semula pada pagi 23 Disember dengan bekalan tenaga, dan penjana kuasa dari Tenaga Nasional Berhad.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan ATM telah bekerja keras sehingga jam tiga pagi untuk mengalihkan kenderaan yang tersadai yang menghalang penjana kuasa dibawa ke pintu air. Pintu air yang beroperasi semula mempercepat proses penyurutan air, dan set penjana kuasa boleh berfungsi.

Oleh kerana bekalan elektrik terputus, jelas Amirudin, pihak berwajib terpaksa mengaktifkan pintu air secara manual. Batang corong yang rosak, katanya, tambah melambatkan kerja-kerja secara manual.

Jika difikirkan dengan waras, dalam hal ini semua agensi kerajaan tidak wajar disalahkan seratus peratus. Sebagaimana kata Mat Sabu, semua penjawat awam dan unit beruniform negara kita cekap dan penuh pengalaman, tetapi sukar dan lambat bekerja kerana lambat menerima arahan pihak atasan.

Persoalannya, mengapa pihak atasan dan menteri lambat memberikan arahan? Apakah yang mereka fikir, dan lakukan? Apakah masalah rakyat hanya penting ketika mereka cuba meraih undi?

Saya fikir mungkin keadaan berbeza jika banjir besar ini berlaku semasa kempen pilihan raya negeri atau kecil! Dapat dibayangkan bagaimanakah aksi calon-calon terbabit dari pihak Kerajaan KM.

Tidak dapat dipastikan, tetapi tukar juga gambar di media sosial bahawa pemimpin BN berdiri di hadapan kotak-kotak bantuan mangsa banjir.

Keterangan gambar si pemuat naiknya ialah ‘Ok siap sedia untuk diedarkan. Sorry lambat sikit, stiker baru print dan tampal. #KerajaanLembab #KerajaanGagalLagi’.

Sudahlah lambat bertindak, Noh juga enggan menerima hakikat. Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, mendakwa dirinya masih lagi Pengerusi MKN Selangor.

Bercakap dalam satu sidang media, Noh menafikan dakwaan Amirudin bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan.

Noh turut mendakwa apa yang dilakukan oleh Amirudin adalah cubaan untuk lepas tangan dari tanggungjawab sebenarnya. Kelakarnya, beliau memberitahu terpaksa ‘sekolahkan’ Amirudin kerana berdasarkan yang tular pada 22 Disember, Menteri Besar Selangor itu tidak faham sebenarnya.

Sambil mendakwa dirinya masih berjawatan tersebut, Noh berharap Amirudin dapat memahami.

Mungkin ini kerana dendam dan amarah Noh/Umno Selangor terhadap Kerajaan PH Selangor sejak 2008 (ketika itu Pakatan Rakyat). Kegagalan menawan semula negeri terkaya Malaysia itu pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei 2018 terus mencangkam hati dan jiwa mereka!

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, telah berusaha sedaya upaya membantu penduduk ketika banyak kawasan di Lembah Klang dilaporkan dinaiki air sehingga menyebabkan ramai orang memohon bantuan dan mencari perlindungan.

Respons pemimpin kanan Amanah itu menepis dakwaan dan kebimbangan orang ramai di media sosial, sehingga warganet tertanya-tanya di mana wakil rakyat kawasan masing-masing.

Menurut Khalid, pihaknya membantu menggerakkan bantuan dan memindahkan orang ramai ke pusat perlindungan. Beiau juga memaklumkan MBSA juga berhempas pulas membantu penduduk.

Khalid turut mengkritik Kerajaan KM dan negeri di bawahnya yang tidak melakukan persediaan rapi, sedangkan amaran cuaca buruk telah diberikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Setelah berlaku banjir pula, tegas beliau, tindak balas pula terlalu lambat. Justeru, tidak hairanlah dalam sehari dua ini juga, tular di media sosial nama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA akhirnya bermesyuarat selepas empat hari banjir melanda dan 14 nyawa diragut.
Ada sumber mendedahkan, agensi itu yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Kelang, pada mulanya teragak-agak untuk bertindak.

Namun begitu, akhirnya NADMA diarahkan untuk menjadi sekretariat utama pada sebelah petang 20 Disember lalu, susulan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusi oleh PM.

Menurut sebuah posting yang dimuat naik oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada 21 Disember lalu, NADMA juga akhirnya bertindak selepas dikritik hebat.

Mengenai hal berkenaan, bolehkah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad diterima?

Jelas Dr Latiff, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir pada peringkat negeri.

NADMA juga, tambah Latiff, tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya pada peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.

Latiff yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia meminta wakil rakyat jangan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada NADMA pusat kerana ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.

Ketika menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Parlimen pada 20 Disember lalu, Latiff mengatakan kerajaan negeri melalui wakil rakyat dan ketua jajahan ada peranan masing-masing dalam hal ini.

NADMA, tambahnya, hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat, dan senarai dari negeri.

Untuk rekod, menurut perisytiharan harta yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latiff menerima sekitar RM89,900 dalam bentuk bentuk gaji, dan imbuhan setiap bulan.

Berikutan bencana banjir itu, Amanah telah menangguhkan Konvensyen Amanah Nasional 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember lalu.

Menurut Setiausaha Agung Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli, tarikh baharu konvensyen tahunan yang sepatutnya berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam itu akan ditetapkan kelak.

Keputusan itu, kata Hatta, dibuat setelah meneliti keadaan banjir yang melanda Selangor dan beberapa negeri di seluruh negara, serta kesannya kepada ramai penduduk terlibat, dan atas rasa solidariti, serta kepedulian terhadap semua mangsa, dan rakyat.

Sementara itu, Mohamad Sabu turut mengarahkan semua jentera Amanah di semua peringkat untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, khususnya di Selangor.

Sebagai Presiden AMANAH, beliau mengarahkan semua peringkat sayap parti, terutama Pemuda, Wanita (Awan), ARif, Warda, kawasan dan negeri untuk turun segera membantu mangsa banjir di seluruh negara khususnya di Selangor.

Konvensyen AMANAH Nasional 2021 dijadualkan mulai pagi 18 Disember lalu sehingga malamnya, sementara Konvensyen Pemuda dan Wanita AMANAH Nasional secara hibrid berakhir pada 17 Disember.

Banjir buruk telah berlaku, dan mahu atau tidak seperti kata pemimpin Pas, harus diterima oleh kita semua. Cuma, saya mahu mengenang kembali ‘keyakinan tinggi’ dan ‘kebijaksanaan’ menteri kerajaan tebuk atap sebelum bencana tersebut terjadi.

Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Malaysia tidak termasuk dalam kategori negara yang terdedah pada impak perubahan iklim yang ketara.

Justeru, katanya, Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April lalu.

Walau bagaimanapun, tidak termasuk atau sebaliknya, lihatlah apa yang telah terjadi.

*RAYUSA seorang penulis bebas yang turut menulis isu sastera dan budaya tanah air.