Kami Viral
Kerajaan paling GAGAL dalam sejarah.
Jangan sekali kita benarkan mereka yg tebuk atap kerana gila kuasa merosakkan masa depan rakyat dan negara.
Jangan.
Kami Viral
Kerajaan paling GAGAL dalam sejarah.
Jangan sekali kita benarkan mereka yg tebuk atap kerana gila kuasa merosakkan masa depan rakyat dan negara.
Jangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika sesi taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri di Padang Tuaran pada 22 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
TUARAN, 22 Mar – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memberi tumpuan kepada projek pembangunan di Sabah, khususnya dalam aspek bekalan elektrik, pembinaan taman perindustrian, perumahan rakyat, dan pembaikan jalan raya.
Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan kemudahan asas dan pembangunan ekonomi terus dipacu seiring demi kesejahteraan penduduk negeri ini.
“Mesyuarat di Pejabat Daerah Tuaran hari ini menumpukan perbincangan kepada prestasi pelaksanaan projek Rancangan Malaysia di Sabah, termasuk status projek sakit, permohonan projek keutamaan negeri bagi tahun 2026 serta status kemiskinan tegar.
“Turut dibincangkan adalah inisiatif program Sabah Maju Jaya (SMJ), status Projek SejaTi MADANI, Projek Kampung Angkat MADANI, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan permohonan tambahan pembaikan jalan raya di negeri Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Taklimat dan Mesyuarat Pembangunan Negeri Sabah di Pejabat Daerah Tuaran yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick serta pegawai-pegawai kerajaan psrsekutuan dan negeri.
Anwar kemudian menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat di sini.
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Hajiji serta seluruh jentera pentadbiran negeri dan kepimpinan masyarakat atas komitmen tinggi serta kerjasama erat dalam memastikan kestabilan politik yang kukuh bagi menjayakan pembangunan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah.
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang hanya mengenakan kurta semasa menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, mengundang sindiran tajam warganet.
Penampilan Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden Pas itu disifatkan tidak mematuhi protokol pakaian rasmi apabila menghadiri majlis rasmi kerajaan.
Malah, Ahmad Samsuri satu-satunya pemimpin tidak mengenakan songkok semasa sesi bergambar dengan Perdana Menteri.
Kegagalan pemimpin Pas itu mengekalkan imej profesional dan menghormati etika rasmi kerajaan dilihat berbeza dengan Anwar merangkap Menteri Kewangan serta barisan kepimpinan negeri yang mengenakan Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok.
Rata-rata mengecam pemimpin Pas berkenaan kerana dilihat tidak menghormati majlis rasmi kerajaan yang melibatkan ketua kerajaan yang memimpin pentadbiran eksekutif negara.
“Rupanya sempat lagi PMX buat kunjungan ke Bangladesh bulan puasa ni,” sindir pengguna Facebook, Zainodin Daros.
“Pandai pula walaun minta duit pada PMX. Kalau tak, bukan main hina, caci, fitnah PMX,” tempelak Saif Iman.
“Dr Sam bagi hint yang dia tak hormat sangat dengan PMX,” ujar Dasuki Hamid.
“Nak tunjuk dia pun ada stail,” kata Wan Fadzil pula.
KUALA LUMPUR, 23 Mar – Kakitangan kerajaan di seluruh negara terus menerima khabar gembira sejak empat bulan berturut-turut, hasil daripada inisiatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).
Pelbagai insentif dan bantuan telah diumumkan sejak Disember tahun lalu, memberi kelegaan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di Malaysia.
Menerusi perkongsian Malaysia Mendidik di Facebook, sejak tahun lalu penjawat awam telah menerima pelarasan gaji sebanyak lapan peratus yang bermula Disember 2024 secara berfasa dengan kadar kenaikan lebih RM200.
Terdahulu, pegawai kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan serta profesional yang memilih skim ini akan menerima 15 peratus pelarasan gaji secara berperingkat, iaitu lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2, yang bermula Januari 2026.
Kemudian, pada Januari 2025, kesemua penjawat awam telah menikmati kenaikan gaji tahunan seperti kebiasaannya sekali gus meningkatkan pendapatan bulanan mereka.
Menurut Malaysia Mendidik, bagi bulan seterusnya, Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 telah disalurkan kepada penjawat awam bermula 25 Februari lalu.
Sebelum ini, Anwar menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lepas mengumumkan mengenai BKK berjumlah RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak serta RM250 untuk pesara, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Terbaharu, pada bulan Mac ini satu lagi berita gembira buat seluruh penjawat awam apabila kelmarin, Anwar mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kakitangan Gred 56 ke bawah yang akan dibayar mulai minggu depan.
Kata Anwar, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
Pengumuman berturut-turut ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh kakitangan kerajaan.
Seorang guru dikenali sebagai Farah berkata, inisiatif yang disalurkan kerajaan sejak Disember lalu sangat membantu dalam meringankan beban perbelanjaan hariannya dan keluarga selain meningkatkan pendapatan bulanannya.
“Saya seorang guru amat berterima kasih kepada PMX kerana memahami kesusahan rakyat. Setiap insentif yang diberikan benar-benar membantu kami menghadapi cabaran ekonomi semasa,” katanya di ruangan komen hantaran Malaysia Mendidik.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Umi Ameeena menyifatkan usaha kerajaan dalam memberi keselesaan kepada penjawat awam sebagai satu penghargaan yang sangat bermakna.
“Memang terbukti (Anwar dan pemimpin Kerajaan Madani) bekerja dengan baik, nak kata apa lagi? Teruskan PMX. Semoga Allah permudahkan.
“Semoga Malaysia makin makmur dan maju jaya. Semoga Allah rahmati kepimpinan negara kita,” katanya.
“Alhamdulillah. Terima kasih PMX. PM harapan Malaysia,” ujar Ab Hamad.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bekalan telur ayam di negara ini kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan domestik.
Menurutnya menerusi kenyataan hari ini, kerjasama erat antara KPKM dan pengeluar telur tempatan memastikan tahap pengeluaran telur harian berada pada paras stabil dan memuaskan.
Penjelasan beliau itu susulan beberapa laporan media mengenai kenaikan mendadak harga telur ayam di Amerika Syarikat (AS) serta dakwaan kemungkinan berlaku penyeludupan telur ayam ke luar negara.
Beliau berkata, kementeriannya sentiasa melaksanakan pemantauan ke atas rantaian pengeluaran dan pengedaran telur ayam dari peringkat ladang hingga ke pengguna akhir bagi menjamin kestabilan bekalan.
“Langkah penguatkuasaan juga terus diperkukuh dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi dan kementerian lain bagi memantau aktiviti pengeksportan bekalan makanan ke luar negara.
“Kerajaan melalui KPKM kekal komited memastikan keterjaminan makanan negara melalui dasar dan pelan tindakan strategik yang menyeluruh, termasuk usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran tempatan dan sokongan kepada industri agromakanan,” katanya.
Terdahulu, AS yang mengalami masalah kekurangan bekalan telur ayam serius dilaporkan sedang berbincang untuk mendapatkan bekalan telur dari negara luar selain mengimport telur dari Korea Selatan dan Türkiye.
Mengulas lanjut Mohamad memberitahu, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia mengambil tindakan segera jika diperlukan demi memastikan kestabilan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin.
Dalam masa sama, beliau menasihati rakyat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas serta sentiasa merujuk maklumat sahih melalui saluran rasmi KPKM.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika sesi taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri di Padang Tuaran pada 22 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
TUARAN, 22 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai ketenangan dan kesederhanaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam menghadapi hiruk-pikuk politik di negeri ini.
Perdana Menteri berkata pendekatan itu penting bagi menjaga kestabilan negeri dan ia juga membantu kerajaan memberi tumpuan kepada perkara lebih penting untuk rakyat dan negeri.
“Sebab apa kita mahu stabil… (kerana) stabil ini bantu kita fokus dalam kerajaan sekarang. Saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan kita dalam semua parti bekerjasama memberi sokongan.
“Apabila kita stabil, kita boleh tumpu mengenai transisi tenaga, bagaimana dengan pelan pembangunan, bagaimana dengan AI (kecerdasan buatan) yang sekarang menjadi teknologi baharu yang hebat (dan) kencang merombak sistem dunia.
“Ini kita boleh fikir dengan tenang sebab politiknya stabil. Kalau tidak mana mungkin Perdana Menteri dapat fikir masalah AI. Kerana AI (itu merujuk) Anwar Ibrahim, itu mahu ditumbangkan… jadi (kita harus) tumpu dalam soal pembangunan, masalah rakyat,” katanya berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat Tuaran, di sini, hari ini.
Perdana Menteri menegaskan pertemuan beliau dengan pemimpin negeri di Sabah tidak berkisar soal peribadi, sebaliknya berkait kepentingan rakyat.
“Saya jumpa Hajiji tadi, bukan cakap adakah tanah beri kepada saya sikit, ada tak balak untuk saya, tiada.
“Sebaliknya kita bincang bagaimana miskin tegar, bagaimana rumah rakyat, bagaimana jalan berlubang, bagaimana bekalan air.
“Itu yang kita cuba lakukan… kita tidak boleh fikir soal peribadi, ini penting kita merubah sikap pimpinan ini.
“Kalau pimpinan di atas itu serius bersatu, tumpu pembangunan dan bukan asyik hentam sana hentam sini, maki hamun sana maki hamun sini, benci sana benci sini, fikir soal warna kulit, fikir bergaduh soal budaya, bergaduh soal bahasa, bergaduh pasal daerah… (masalah) tak akan selesai,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri turut mengikuti taklimat pembangunan negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tuaran.
Naib presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad membidas Perikatan Nasional yang kempunan untuk menjadi kerajaan pusat meskipun pakatan pembangkang tersebut gagal membawa sebarang kemajuan ekonomi mahu pun pembangunan di empat negeri tadbiran mereka – SG4.
“PN gagal menguruskan ekonomi di negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis untuk dijadikan model jika sekali lagi mahu mentadbir Putrajaya.
“SG4 Group Sdn Bhd yang kononnya akan membawa kemajuan ekonomi kepada empat negeri pembangkang terbukti tidak praktikal dan tidak memberi kesan signifikan kepada pembangunan negeri tersebut,” katanya, lapor FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang yakin bahawa gabungan pimpinannya itu mampu menerajui negara dengan lebih baik berbanding kerajaan perpaduan PH-BN.
Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam turut menambah prestasi Muhyiddin sebagai PM kelapan mengecewakan kerana gagal menguruskan ekonomi.
Prestasi buruk ini diteruskan oleh blok pembangkang tersebut di parlimen, katanya.
“Ketika sesi pertanyaan perdana menteri (di Dewan Rakyat), mereka (pembangkang) jarang mengajukan soalan yang substantif dan kritis untuk kebaikan rakyat.
“Kabinet bayangan yang dibentuk PN juga tidak berfungsi sebagai semak dan imbang yang efektif malah gagal menawarkan belanjawan alternatif sebagai blok pembangkang untuk dinilai rakyat,” katanya.
Elly Yusof
Negeri DAP perintah ni weiii...negeri SG4 bagi berapa? Oowwhhh lupa bakal pm tepi... Kata duit kerajaan persekutuang pegang... Natam....
Greater Ganung
Sedih. Dahulu kita sentiasa bersaing dengan Pahang. Untuk menjadi 'Raja Pantai Timur'.
Masih admin ingat, dalam mesyuarat bersama-sama pegawai tinggi negeri Pahang. Mereka tidak dapat menyembunyikan rasa cemburu kepada Terengganu
Kata mereka Terengganu anak emas
Hari ini, kita semakin ketinggalan. Kesannya bukan hari ini. Tapi kesannya akan kita rasai 10 tahun lagi
Kenapa jadi begitu? Sedangkan pemberian Pusat kepada kita adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri Semenanjung
Melepasi angka RM1.2 bilion pada 2023
Tapi kita tetap ketinggalan
Bukan saja kepada Pahang. Malah jauh di belakang Kelantan
Kita bukan lagi tumpuan. Kita bukan lagi kesayangan. Kita bukan lagi idaman
#AllahPeliharakanTerengganu
#MajuTerengganuKu
Aman Mohamad
Suasana berbuka puasa di Aeon Mall KB.
Semua restoran full book, full house.
Apa yang susahnya hidup di zaman Madani?
:)
Aman Mohamad
Aku tanya ChatGPT, apakah dalam ajaran Hindu boleh bina kuil atas tanah milik orang?
Aku lebih percaya kepada jawapan ChatGPT berbanding puak kafir PN yang mempertahankan kuil tu.
;)
Aman Mohamad
Haram bukan sahaja bina atas tanah orang.
Haram juga meliputi tiada lesen, tiada permit, tiada pendaftaran, beroperasi tanpa kebenaran, bangunan tiada CF, tidak selamat untuk diduduki juga adalah Haram.
Apatah lagi premis-premis haram ini menjadi pusat aktiviti cuci duit haram, dapat derma tak isytihar, tiada audit, pekerja pula tidak dilindungi dan tidak dijaga kebajikan, tiada KWSP, tiada PERKESO, tiada gaji minima, tidak bayar cukai dan lebih teruk tak bayar zakat.
Solusinya mudah sahaja.
Jika bina rumah ibadat atas tanah orang, beli tanah tu atau pindah keluar.
Jika buka kilang tanpa permit, pergilah mohon permit dan patuh SOP.
Jika buka tahfiz tanpa kebenaran majlis agama negeri, pergilah dafar, mohon bomba semak bangunan, patuhlah undang-undang syariah negeri.
Oleh itu, menjunjung titah Tuanku, jika masih berdegil samada ada rumah ibadat haram, kilang haram, premis perniagaan haram hatta tahfiz haram wajib ditutup atau diroboh.
:)
Kami Viral
Rupanya walaun buat hal. Dia yg meniaga depan kedai ore dia pula yg mengamuk kata kena tindas hudoh pangaii
Jualan 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝘂𝗹 𝗔𝗺𝗶𝗻𝗴 mencecah RM42 juta. Tapi dia tetap 𝘭𝘢𝘺 𝘭𝘰𝘸.
Itu yang aku selalu jelaskan kepada anak-anak aku. Yang kita nampak 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 Salam media sosial sebenarnya tak sekaya itu.
Mereka berlagak tu sebagai 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻. Nak bagi 𝘶𝘱 nama. Sebab dia tak kaya, jadi dia terpaksa 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 yang dia kaya.
Manakala orang yang betul-betul kaya, dia tak perlu yakinkan sesiapa. Dia tak ada apa yang 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶. Sebab ia hakikat.
Sangat macam dalam politik. Yang berusaha siang malam sebut perjuang 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 ni sebenarnya tak perjuangkan apa-apa pun.
Tapi mereka kena ratib siang malam, cipta persepsi buruk terhadap orang lain, sebab kalau tak dia 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 macam pejuang Islam.
Sedang orang yang betul-betul mengangkat agenda Islam dan Melayu, 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲. Sebab dia tahu lama kelamaan rakyat akan nampak hasilnya.
Sebab tu Mahiaddin, Hadi, Tuan Ibrahim, Azmin dan 𝘀𝗲𝗻𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 menggelupur main isu kaum. Sedangkan DS Anwar 𝘤𝘩𝘪𝘭𝘭 je. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Tak jemu 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 mainkan naratif sebegini. Tak dinafikan 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 ada bazar yang tak laku. Mungkin di 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 dan 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀.
Sebab dengar khabar sewa tapak di 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Beberapa kali ganda lebih mahal daripada di KL. Jadi peniaga mungkin 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮.
Tapi bazar di Johor, seperti di tempat aku, di 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗢𝗻𝗻, 𝗔𝗱𝗱𝗮 𝗛𝗲𝗶𝗴𝗵𝘁, di 𝘴𝘩𝘰𝘱𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘭𝘭 𝙏𝙤𝙥𝙥𝙚𝙣, sampai nak berjalan pun susah. Penuh sesak.
Hari ini aku ke bazar 𝗧𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. MasyaAllah. Sesak sampai nak singgah beli pun tak dapat. Begitu ramai orang. Makanan pun 𝗹𝗮𝗷𝘂 𝗷𝗲 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀.
Di tempat aku, di luar bazar, ada akak yang selalu jual kuih setiap pagi masa bukan bulan puasa, pukul 5 dah habis jualannya. Itu dia kata 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗔𝘀𝗮𝗿.
Jadi naratif apa yang cuba Pemuda PAS ni mainkan? Bersungguh-sungguh usaha nak kata 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴. Dia ingat ini zaman 𝗧𝗼𝗸 𝗞𝗮𝗱𝗼𝗸?
Dulu boleh la reka cerita palsu, rakyat terus percaya. Sebab tu Mahathir dapat memerintah 22 tahun. Tapi sekarang ni 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗿𝗶. Tak susah kalau nak periksa untuk sahkan.
Kita dah masuk 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻. Tapi gerai masih banyak yang buka. Setiap kedai masih lagi letak 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝘂𝗻𝗴 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Bererti mereka masih yakin boleh laku.
Kalau kata jualan suram, masa ni 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽. Kalau buka pun mungkin tak jual banyak sebab takut tak laku. Tapi itu 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂.
Nasihat aku, baik Pemuda PAS berhenti mainkan isu begini. Tak berjaya pun. Rakyat dah celik. Ianya cuma memparahkan lagi reputasi PAS yang memang sudah sedia 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂. Guane boh?
Raja Gelap II
.