ESOK PMX LAWAT KAMPUNG MELAYU DI GEORGETOWN


 

JANGAN PILIH MB PENIPU


 

SANUSI NI KAKI GELEMBONG SAJA. HAPA PUN DIA TAK TAU


 

Foto angkat tangan Anwar suntingan: Pas jangan terus sebar berita palsu









 Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dinasihatkan agar jangan meneruskan kerja kotor menyebar berita palsu kononnya gambar pada 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sebelah tangan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah hasil suntingan.


Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berita palsu yang disebar oleh lidah rasmi Pas, Harakahdaily itu tidak sewajarnya berlaku pada era teknologi maklumat yang mana maklumat sahih boleh disahkan dengan mudah.


"Saya kasihan melihat terdesaknya Pas yang terus menerus membina naratif palsu demi menyerang ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Walaupun Pas begitu bangga mendabik dada dengan ‘Gelombang Hijau’, parti ini masih begitu laparkan publisiti murahan berasaskan fitnah dan kepalsuan, seolah-olah ia tidak akan kenyang dengan politik fitnah dan adu-domba yang diamalkan.


"Hanya kerana mahu menang dalam perdebatan atas talian, seolah-olah tidak ada kerja lain yang boleh dilakukan, lidah rasmi parti Pas tiba-tiba mencetuskan fitnah kononnya gambar Anwar Ibrahim mengangkat tangan kepada penyokong dengan mata yang lebam pada tahun 1998 adalah kerja suntingan.


"Ini tidak lain untuk mengangkat profil Datuk Seri Sanusi Md Nor, yang mengajuk gaya terbabit ketika didakwa di mahkamah tempoh hari. Tindakan Harakahdaily ini sangat kebudak-budakan dan memalukan profesyen kewartawanan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Tegas Nie Ching, gemuruh reformasi 1998 bukan sahaja dirakam oleh media tempatan atau jurugambar dalam negara tetapi juga agensi berita luar negara.


Malah gambar Anwar mengangkat tangan tersebut diambil oleh juruganbar agensi berita The Associated Press (AP), tetapi diputar belit dalam laporan berita Harakahdaily.


"Langkah Harakahdaliy dan Pas untuk menjadikan hal ini sebagai modal politik bagi menyerang legasi gerakan reformasi yang mereka sendiri sertai ketika itu adalah sangat memalukan, dan menghina memori Almarhum Ustaz Fadzil Noor, presiden Pas ketika itu yang berada di baris hadapan pergerakan terbabit.


"Sebegitu mudahkah Pas mahu cuba mengubah sejarah demi manfaat politik populis media sosial, sehingga sanggup menimbulkan fitnah dan menggelarnya pendedahan eksklusif?


"Tiadakah akal budi yang waras untuk menyedari bahawa pengamal media boleh melakukan semakan fakta secepat kilat, dan mengesahkan bahawa gambar ikonik tersebut diambil oleh jurugambar Ed Wray dari agensi berita Associated Press, dan disahkan lagi oleh demikian ramai wartawan dan jurugambar yang turut membuat liputan ketika itu," katanya.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kulai itu menggesa agar Harakahdaily memohon maaf kepada para pengamal media veteran yang menjadi saksi kejadian, selain memohon maaf kepada jurugambar terbabit kerana telah memfitnah hasil kerja beliau.


"Harakahdaliy wajar membuat permohonan maaf terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia atas usaha dangkal untuk cuba memperbodohkan khalayak umum.


"Harakahdaily, sidang pengarang dan pucuk pimpinan Pas perlu segera bertaubat dan insaf daripada kerja-kerja menjaja fitnah di zaman teknologi tinggi ini. Pada akhirnya nanti, Pas dan juak-juaknya juga akan dilondehkan sebagai pemfitnah terbesar akhir zaman," katanya.




AMBOII SANUSI- BANYAK HANG TAPAW KENA SAMAN-HANG MESTI KENA PUNYA LAH-Fitnah skandal projek RM10 bilion: MB Amirudin saman Sanusi


 

Menteri Besar Selangor (MB) Datuk Seri Amirudin Shari hari ini menegaskan akan menyaman MB Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang memfitnah kononnya beliau memberikan seluas 600 ekar tanah kepada pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek Sungai Klang bernilai RM10 bilion.


Menurut Amirudin, tuduhan yang dilontarkan oleh Sanusi dalam ceramah di Jitra itu jelas satu fitnah dan merosakkan nama baik beliau.


"Saya telah meneliti ucapan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra.


"Ucapan beliau tersebut jelas adalah fitnah, dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal REE yang terpalit ke atas beliau, yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga

kini.


"Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut," katanya dalam kenyataan petang ini.


Menurut Naib Presiden KEADILAN itu, tuduhan tersebut tidak wajar dibuat kerana telah dijelaskan dalam sidang Dewan Negeri yang lepas.


Katanya, Sanusi tidak sepatutnya menggunakan apa sahaja hujah untuk menang dalam pilihanraya tanpa mempedulikan kesahihannya.


"Perkara ini (isu projek) telah saya perincikan secara panjang lebar di sidang Dewan Negeri tahun lalu dan awal tahun ini serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac 2023.


"Justeru saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan segera atas fitnah yang dilontarkan ini," katanya lagi.