JANGAN SOMBONG


 Saya kongsi pandangan menarik mengenai budaya melabel selepas tidak boleh berhujah. Berlambak ada sekarang. 


Dulu mereka yang tidak boleh berlawan hujah dengan Nabi SAW, terus gelar nabi “ahli sihir dan orang gila”. Ini yang dibuat Abu Jahal. 


Sekarang ada kalangan kita, kalau berhujah tak reti nak jawab, mereka terus label lawan mereka KAFIR dan LIBERAL. Tetiba dapat title “Kak Long Kawasan” pun ada. Hehe… 


Baru saya tahu, ini perangai Abu Jahal. Memang jahat. 


Semoga manfaat.


~LM~



Nik hasyudeen.

Jangan kita bermudah-mudah dengan kesombongan


Satu perangai yang akan menyebabkan kita terjauh dari syurga ialah kesombongan. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah SAW menjelaskan kesombongan ialah menolak kebenaran dan menghina manusia.


Tentunya di antara kesombongan yang terbesar ialah penolakan kebenaran oleh Abu Jahal ke atas ajaran Rasulullah SAW. Dia bukannya duduk mendengar dan bertanya apa yang Rasulullah ajarkan tetapi terus menentang Rasulullah.


Di samping itu, apabila Abu Jahal gagal untuk mematahkan hujah-hujah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, Abu Jahal dan geng-gengnya melabel baginda dengan pelbagai gelaran seperti tukang sihir, gila dan lain-lain lagi. Jadi ingatlah, melabelkan orang apabila gagal berhujah ni adalah sunnah Abu Jahal, bukannya sunnah Nabi.


Di dalam konteks kita hari ini yang mana ada pelbagai perkara yang sampai kepada kita dari pelbagai sumber, kita ada risiko untuk terjerumus ke dalam kesombongan. Ini berlaku apabila kita bukan sahaja menafikan sesuatu perkara tanpa usul periksa malah mengutuk pula pihak yang kita tidak suka. Bukankah itu sifat-sifat orang-orang yang sombong?


Oleh itu, sebelum kita nak menolak apa yang sampai kepada kita, semaklah dahulu dengan mencari sumber yang boleh dipercayai, bukannya sumber yang senada dengan jantunghati kita. Jika terbukti apa yang sampai itu benar dan bercanggah pula dengan apa yang mahu kita percaya, jangan mudah-mudah menolaknya. Mungkin terjerumus ke dalam kesombongan.


Ingatlah amaran Rasulullah SAW ini:


لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ


Maksudnya: Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.


Sahih Muslim (51)


Status kita sebagai pejuang sebarang “kebenaran” tidak boleh menyelamatkan kita jika berlaku kesombongan.





No comments: