Tempat paling best bersara di Malaysia.






Seorang rakan saya membeli sebuah kondo di Cameron Highlands sebelum bersara. 


“Saya nak bersara dan tinggal di tempat sejuk. Kajian kata tinggal tempat sejuk umur panjang” kata beliau, seorang jutawan. 

Selepas tiga bulan saya terserempak dengan beliau di KL dan bertanya beliau bagaimana persaraannya. 


“Saya dah pindah di Kondo Mont Kiara selepas tiga bulan di Cameron Highlands. Tempat itu boring-lah tak boleh pergi mana-mana” jawab beliau sambil tergelak. 


Akhirnya beliau bermastautin di KL tempat happening dan tak boring. 


Semasa di sebuah hotel Batu Ferringhi saya terserempak dengan seorang makchik mat salleh dari UK. 


Semasa bersembang beliau memberitahu saya, selama 4 bulan setiap tahun beliau akan sewa ‘long lease’ dengan hotel tersebut. 


“It is too cold during winter in UK and i really love Penang” kata beliau. 


Sudah 10 tahun beliau berulang alik ke Penang setiap kali musim winter kerana mengambil skim M2H. 


Saya pernah tinggal selama 6 tahun semasa zaman bertugas tahun 90’an di Penang dan pada saya ianya tempat paling sesuai untuk bersara. 


Setiap kali bercuti saya akan ambil peluang membawa keluarga ke Penang. 


Kalau boring dengan laut boleh naik Bukit Bendera merasai sedikit kedinginan. 


Kalau rasa berlengas di pantai, 30 minit sahaja sudah sampai Penang Hill tempat sejuk. 


Banyak kawasan hutan untuk anda trekking di Penang dan Balik Pulau masih terdapat banyak kampung tradisi. 


Bandar George Town ialah Unesco Heritage site dan sangat seronok untuk anda selidik sejarah bandar ini. 


Harga makanan masih murah dan yang penting, sedap. 


Pernah semasa saya bertugas di Penang dulu, seorang staf tak pernah keluar dari pulau seumur hidup. 


“Tuan, semua ada dalam pulau” kata beliau setelah saya tanya kenapa tak pernah keluar Penang. 


Orang Penang semua baik-baik dan mempunyai budaya tersendiri yang unik. 


Dulu pernah dikatakan Penang sebagai ‘Garbage of the Orient’ tetapi sekarang Penang sangat bersih dan sebersih bandar Muar. 


Downside, harga rumah di Penang mahal tetapi jika anda berkemampuan, bersaralah di Penang ‘The Pearl of the Orient’. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

FB: zainuddin omar



No comments: