PERCAYA LAGI KAH PADA MEREKA?

 



PN janji akan tangani masalah kenaikan kos sara hidup dan inflasi.


Aku nak tanya korang, kalau korang bela ayam, nak tak korang letak musang untuk jaga reban ayam tu?


Atau kalau orang jual ikan, berani tak letak kucing di kawasan jualan orang tu? Bodoh la kan kalau buat.


Samalah macam janji PN ni. Kenaikan harga barang dan inflasi berlaku ketika PN di Putrajaya. Bukannya harga je mahal, bekalan pun tak cukup.


Dah begitu, minyak masak bersubsidi pun disorok. Yang sorok tu anak menteri pulak tu. Korang nak ke percaya lagi kat PN untuk selesaikan masalah ini?


Jangan mimpi. In fact, harga barang keperluan akan mencanak-canak naiknya kalau PN memerintah semula. Dah terbukti PN gagal sebelum ini!


Lagipun Mahiaddin macam tak ikut perkembangan semasa langsung. Sana sini orang bercerita harga ayam, minyak masak, telur sekarang dah turun.


Malah inflasi pun dah jauh lebih rendah berbanding ketika PN dalam kerajaan dulu. Ringgit pun mula mengukuh sekarang ni. Semua kerosakan yang PN bawa dah dapat PH perbaiki sedikit demi sedikit.


Sepatutnya masa ni manifesto PN bercerita tentang bagaimana nak mengangkat taraf ekonomi rakyat. Bukan cerita harga barangan naik lagi dah.


Tapi demikianlah PN. Bukan setakat tak ambil tahu perkem semasa, mereka juga mandul idea macam mana nak tambah baik kehidupan rakyat.


Bayangkan penghuni gua macam Mahiaddin ni jadi PM. Tak jahanam negara? Apa yang berlaku keliling dia pun dia tak tahu. Apa lagi perkembangan dunia.


Yang dia tahu, saku, sakau, sakau. Yang begini PN letak sebagai calon PM? Matilanak. Kibar bendera putih balik la rakyat kalau macam ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: