BAYAN LEPAS TERLEPAS, INI SEMUA SALAH MAHIADDIN YANG TIDAK BENAR-BENAR MENGUTAMAKAN PAS


Meskipun Pas melalui Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan sudah meminta maaf dan menyatakan parti itu tidak merestui tindakan menghalau Presiden Gerakan, Dominic Lau dalam satu program kempen PN di Tasik Gelugor dua hari lalu, perbuatan mereka itu secara umumnya adalah sesuatu yang boleh difahami dan munasabah sifatnya.


Segala-galanya berpunca kerana ada ahli-ahli Pas tidak puas hati apabila Lau diletakkan bertanding di Dun Bayan Lepas, satu kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang pada PRN ini.


Lau sendiri dikatakan memang mengidam kawasan tersebut kerana merasakan ia kawasan yang selamat dan mudah menang baginya.


Gerakan adalah sebuah parti pelbagai kaum yang didominasi kaum Cina yang kedudukannya mirip seperti DAP.


Maka, kenapa Gerakan sibuk nak bertanding di kawasan Melayu?


Bukankah peranannya ialah untuk berlawan dengan DAP dan bertanding di kawasan Cina?


Dengan komposisi pengundi Melayu di Bayan Lepas adalah kira-kira 65 peratus, malah sejak kawasan berkenaan wujud pada 1959 lagi, majoriti Adunnya adalah Melayu, kecuali pada PRU7, PRU8 dan PRU9 diwakili oleh wakil rakyat kaum Cina daripada Gerakan dan pada PRU10 diwakili MCA, memang logiknya kawasan itu wajar ditandingi wakil Melayu pada PRN kali ini.


Dalam hal ini, disebabkan Pas agak berpengaruh dan buat kerja di situ, maka Paslah yang sepatutnya bertanding.


Tambahan lagi sejak PRU11, PRU12, PRU13 dan PRU14, wakil rakyat yang terpilih adalah Melayu belaka.


Kenapa sekarang PN mahu memberikan kerusi itu kepada Lau daripada Gerakan?


Kenapa tidak diletakkan calon Melayu di Bayan Lepas dan biarkan Gerakan sebagai parti pelbagai kaum yang didominasi kaum Cina, berlawan dengam DAP di kerusi-kerusi majoriti Cina?


Apatah lagi, PH pun meletakkan calon Melayu dengan mempertaruhkan semula Adun sedia ada, Azrul Mahathir Aziz mempertahankan kerusinya di Bayan Lepas.


Jadi, di mana logiknya PN memilih Lau diletakkan di Bayan Lepas?


Tidak lain, yang bersalah di sini ialah Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi PN yang gagal mempertahankan kepentingan Melayu dalam membuat keputusan, sebaliknya lebih memberi muka kepada Gerakan berbanding Pas.


Kalau Mahiaddin benar-benar mengutamakan Pas dan sedar kebangkitan gelombang hijau adalah penyumbang kekuatan PN, perkara ini pasti boleh dielakkan.


Kepada penyokong Pas di Bayan Lepas yang kecewa kerana kerusi itu diserahkan kepada Gerakan, tak perlu rasanya ditunjuk ajar apa yang perlu dilakukan pada 12 Ogos nanti.


Pokoknya, jika Lau menang, bakal selama-lamanyalah, selagi Gerakan bersama PN, kerusi itu akan menjadi warisan turun temurun buat mereka.


Selama-lamanyalah juga Pas akan melopong dan melepas.


Hanya jika Lau kalah sajalah yang boleh membuka peluang kepada Pas memperolehi semula kerusi Bayan Lepas dalam PRU seterusnya pada lima tahun akan datang nanti. – ShahbudinHusiin 04/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



No comments: