GONER






2 benda confirm tak boleh menang dalam socmed ni: 


1. Bila anda politisyen bergaduh pula dengan rakyat biasa. 


2. Bila anda lelaki nak bergaduh pulak dengan perempuan 😅✌🏼


Seriously, don’t attempt. 


Bila seorang pemimpin tidak boleh kawal emosi kerana dikritik, dia tak selayaknya memimpin. Susah kita nak letakkan kepercayaan mengemudi negara kepadanya. 


Pemimpin muda yang sorang ini, paling saya tak berkenan. YB yang opportunistic, tidak matang dalam politik dan paling emosional. A super bad combo. 


Kalau inilah kualiti Pemimpin Muda PPBM, sedikit masa lagi, parti ini akan jadi seperti Semangat 46. Hanya parti picisan. 


PAS mungkin ada sedikit harapan, ada Syahir Sulaiman dan Fadhli Shaari, composed dan hujah boleh pakai. Ada decorum juga. 


Mereka troll sikit2 lawan biasa la. Nama pun politician. Tapi emotionally intact. Tak lembik dikritik rakyat. 


Pada saya, this jargon chap is a goner. Tiada tempat dalam dunia politik negara. 


Let’s move on to a better cause, shall we? 


“The power of people is greater than the people in power”. ✌🏼✌🏼✌🏼


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



No comments: