HABIS RAMADHAN, FITNAH BERSAMBUNG LAGI TERHADAP PMX


W. FAUDZIN






Baru masuk satu syawal, tidak sabar2 walaun bangsat ini meneruskan fitnah jijik dan jahat mereka terhadap PMX.  Entah apa yg PMX lakukan kepada mereka dan keluarga sehingga begitu sekali fitnahnya? 


PMX memang ada sakit, kesan dari sakit belakang beliau masa dlm tahanan dulu. Beliau sentiasa berbengkung. Boleh nampak terutamanya bila PMX pakai baju Melayu.  Dalam sakit begitu pun, PMX kerja kuat dan laju.  Baru-baru ni PMX sakit mata, tapi beliau tak ambil cuti sakit pun, sebaliknya mampu hadiri 12 program dalam masa 4 hari beliau sakit mata (lihat keratan foto yang dilampirkan).  Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat PMX Anwar Ibrahim.   Ameen. (Kredit: Cikgu Fakhrul Anwar )


Wallahi, aku takkan izinkan puak2 zalim dan khianati ini yang sejak dulu tidak pernah henti2 menfitnah PMX.  Puak2 bangsat ini akan terus menjadi sasaran aku.  Wajib bagi aku menyelamatkan pemikiran rakyar Msia terutamanya umat2 Islam dari kemunafikan, ketaksuban, kejahilan, kezaliman puak lebai yg bersifat khawarij ini sekadar kemampuan aku.


Wahai pak-pak menteri dan pimpinan parti.  Jika kamu tidak mampu mempertahankan PMX, paling tidak, bantu kami buat kerja ini.  Jangan izinkan pengkhianatan menjatuhkan mandat rakyat dan Agong ini berlaku sekali lagi.


WFAUZDIN NS



MALAYSIA IMPORT UBI KAYU RUPANYA....

 


Iswardy Morni


Menarik rupanya Malaysia no 4 pengimport Ubi Kayu tertinggi di dunia dengan jumlah import USD 8.91 Juta (RM42.3 Juta).


Pelik jugak, orang Malaysia ni rupanya banyak guna ubi kayu. Cuma mereka fikir ubi kayu zaman penjajah. Bukan cara modern yg boleh buat duit. Patutla tak maju maju pemikiran 🤭🤭. Bila susah, salahkan bangsa lain.



DOAKAN SEMOGA PMX DIBERI KESIHATAN YANG BAIK

 





Mohd Fairul Al Qasas


Anak perempuan saya cakap, walid, walid perasan tak doa khatib tadi?


Apa dia? Tanya saya semula


Ada doa untuk Agong, tapi tak ada pun untuk PM Anwar. 


Saya senyum je, saya kata korang tak pernah pergi solat Jumaat, memang lah doa hanya untuk Raja pemerintah.


PM adalah ahli politik. Raja Pemerintah pula ada ketua agama Islam.


Tapi kita boleh doa sendiri, supaya PM sihat, selamat dari fitnah dan hasad dengki jin dan manusia. Doa juga agar PMX sentiasa dapat petunjuk sepanjang pemerintahannya. Agar Malaysia diberkati dan dirahmati. 


PMX memang ada sakit, kesan dari sakit belakang beliau. Beliau sentiasa berbengkung. Boleh nampak terutamanya bila PMX pakai baju Melayu.


Dalam sakit begitu pun, PMX kerja kuat laju. 

Baru-baru ni PMX sakit mata, tapi beliau tak ambil cuti sakit pun, sebaliknya mampu hadiri 12 program dalam masa 4 hari beliau sakit mata.


Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat PMX Anwar Ibrahim. 


Ameen.



PUNYA BODO... TAK BOLEH BUAT APA PUN KETIKA BERKUASA.


Sham Ghaz


 KRONI AIR: Semua Institusi berkaitan air dikuasai oleh YB-YB PAS



TAPI KENAPA: Air Kelantan masih belum dapat diselesaikan sejak 32 tahun lepas?


1. Menteri Alam Sekitar dan Air - YB Ustaz Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, MP Kubang Kerian, Kelantan


2. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara - YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, MP Dungun


3. Exco Infrastruktur dan Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd - YB Dato Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, Ketereh.


Bila amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya, berginilah nasib Negeriku.


Elok Ustaz jaga Masjid, Surau, Menteri Agama sudahlah. 


Bidang AIR ini bagi kepada pakar pakar yang professional bidang mereka.


Syam Ghaz

#SaveKelantan



KISAH AYAM DAN WALAUN YANG TAK TAHU.



 Raya 2021 tak silap aku. Masa tu nak balik kampung, hari raya kedua. Lepas hantar mak aku ke rumah kakak aku 𝘱𝘭𝘢𝘯 nak makan di kedai.


Tapi kedai semua tutup. Ye la. Raya kan? Jadi aku pun menuju ke restoran makan segera. Mula-mula ke 𝗞𝗙𝗖. Bukak tapi tak ada ayam. Pulak.


Seterusnya ke 𝗠𝗮𝗿𝘆𝗯𝗿𝗼𝘄𝗻. Pun sama. Bukak tapi tak jual ayam. Lepas tu punya panjang beratur. Bayangkan restoran ayam goreng tak ada ayam!


Akhirnya aku ke kedai mamak. Aku order mee goreng mamak tapi kata mamak tu, 𝗮𝘆𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. Anak aku pulak order roti tampal. Tapi makan dengan kari ikan.


Tahun tu memang 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Hari raya tak ada ayam. Rekod. Untuk masak lauk raya pun kena berebut ayam. Dapat tapi harga na'uzubillah mahal.


Jika sebelum-sebelum tu, memang biasa ayam naik harga. Bukan setakat ayam, gula, minyak masak, habis semua kena sorok dan naik harga bila raya.


Dari zaman Mahathir sampai zaman Najib. Siapa yang tak tahu, bermakna dia 𝗕𝗕𝗡𝗨. Sama ada masih dalam buaian isap puting kopek atau masih di alam roh.


Pertama kali harga ayam, gula, minyak masak stabil tahun 2018. Dan bertambah stabil tahun 2019. Masa Allahyarham 𝗗𝗦 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝘆𝘂𝗯 jadi Menteri.


Lepas tu 𝗵𝗮𝘂𝗸. Bukan setakat mahal, ayam pun takde. Jem terus. Tapi Alhamdulillah, tahun ni tak berlaku lagi situasi begitu. Bekalan dan harga stabil.


Tapi biasalah, walaun yang kufur nikmat akan sentiasa mainkan naratif jahat. Walajib pun sama. Hakikatnya,  bekalan makanan tahun ni paling baik sepanjang yang aku boleh ingat. 𝗕𝗕𝗡𝗨 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗽𝗮.


Oh ya. Walau aktif cakap beras tempatan. Walaupun selama ni makan beras import. Beberapa hari sebelum raya lambakan beras tempatan 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻.


Walaun mana tahu. Sebab dia bukan pernah pergi ke kedai pun. Masuk ke dapur pun tak pernah. Pergi je pasaraya, melambak beras tempatan  dijual.


Alhamdulillah. Semoga tahun-tahun akan datang akan jadi semakin sempurna. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KERAP JUMPA ATAS HIGHWAY... MENYUSAHKAN PENGGUNA


 

GANTUNG SAMPAI MATI


 

PUNYA TAK ADA IMAN.


 

LANGKAH KERAJAAN DAPAT PUJIAN WARGA INDON


 

JOM DENGAQ KISAH GANGSTER GAK MAKAN PEDAS.


 

UN BELAH KEDAH NUN PI CARI BERAS MURAH ...


 

HAAA TUDIAAAA..PALA BAPAK HANG.. BUKA MULUT JA MUHONG...


 

DOSA PALING BESAR IALAH AMBIL GAJI TAK BUAT KERJA. TU DOSA MAKAN GAJI BUTA



 Minum arak, berdosa. Berzina pun berdosa. Tak puasa pun berdosa. Begitu juga tak solat, tak tutup aurat dan banyak lagi. Semua itu 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗼𝘀𝗮.


Tapi ia 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶. Ianya antara si pelaku dengan Allah ﷻ. Manakala kita tak layak untuk menilai dosa dan pahala orang lain yang berkaitan dosa peribadi.


Tapi ada jenis dosa lain, yang melibatkan 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗺. Dan dosa yang ini kita tak boleh nak diamkan. Sebab dosa ini memberi 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁.


Dosa seperti mencuri, rasuah, menipu (𝘴𝘤𝘢𝘮), salah guna kuasa dan banyak lagi. Itu semua jenis dosa yang 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 rakyat dan negara.


Termasuk juga dosa adalah perbuatan ambil gaji tapi 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁. Itu juga satu dosa. Sebab gaji dibayar menggunakan dana awam, dengan duit rakyat.


Tapi hebat orang Melayu. Pelaku dosa peribadi selalu 𝗱𝗶𝗰𝗲𝗿𝗰𝗮. Manakala yang dosa melibatkan kepentingan awam pula 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗺𝗽𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮. Mana belajar tu?


Sebab Islam di fikiran Melayu terletak 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻. Kalau pakaian Islamik, buat dosa banyak mana pun, tetap 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴. Tapi kalau tak pakai tudung, walau nasihatnya benar, pasti akan dicerca. Itu 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TABIAT PERANGAI TAK BOLEH NAK BERSIH..


 

TAK APA. LAGI PULA ORANG GILA TAK WAJIB PUASA.





 Memang Nabi sallallah alaih wasallam suruh tengok hilal (anak bulan). Untuk apa tengok? Untuk tahu bulan Syawal dah tiba atau belum.


Adakah salah pakai teleskop? Tidak salah kerana ia alat bantuan untuk tahu hilal Syawal sudah muncul atau belum. 


Nabi sallallah alaih wasallam juga suruh tengok matahari sebelum berbuka untuk tengok ia dah terbenam ke belum. Berapa ramai orang kita tengok matahari sebelum berbuka bulan Ramadan lepas? Ke tengok ayam golek? 


Ramai manusia berbuka puasa ikut takwim ahli falak syar'ie termasuk waktu solat kita seharian.


Yang penting jangan buat palatao. Geram juga pagi raya ada isu begini. Nak makan ketupat pun terganggu.


Dah jom sambung raya.


Dr Rozaimi Ramle)



RAMADHAN BELUM MAMPU SEMAI KASIH SAYANG SESAMA MUSLIM



 Ini bukan lagi soal definisi istilah agama. Bukan soal maksud bahasa Arab dan bukan juga soal asbabunnuzul. Ini adalah soal MOTIF. Apa motif video tersebut disebar, diberikan kapsyen yang meruntun emosi dan dipetik lari dari konteks? Tidak lain dan tidak bukan untuk mengukuhkan tuduhan dan tanggapan 'pre-existing' bahawa kumpulan yang menjadi kerajaan hari ini terdiri daripada mereka yang "kurang Islam" dan menganut fahaman liberal-plural. Ia adalah kelangsungan daripada naratif "holier than thou" yang disemai selama ini. 


Melihat dan mendengar video ucapan YBM Fadhlina memberikan gambaran jelas berserta konteksnya. Apa konteksnya? Beliau menyatakan kekesalan terhadap penularan istilah 'kafir' yang digunakan sewenang-wenangnya sampai ke sekolah, sehingga seseorang yang bekerja dengan majikan orang bukan Islam pun dipandang serong. Yang menyebutnya pula adalah anak-anaknya sendiri, itulah yang menjadi punca kemarahan YBM Fadhlina. Yang diharamkan itu menurut konteks dan sebutannya sendiri dalam video tersebut adalah atas maslahah kenegaraan, Fiqh Muwatanah, seperti yang dilontarkan oleh Syeikh Yusuf Qaradawi dan disambung bicaranya oleh bapa YBM sendiri, Dr. Siddiq Fadzil. Tidak sesekali dalam ucapannya ada menyebut, "saya larang anak-anak baca surah al-Kafirun di rumah saya!" 


Menteri ini dilahirkan oleh seorang pemikir Islam yang tersohor di Malaysia, dan Menteri ini kemudian melahirkan  pula seorang 'Hafizah' dalam keluarganya. Saya yakin dengan pegangan, iman dan aqidah beliau, hatta sebelum bertabayyun dengan mendengar videonya itu. 


Sangat menyedihkan untuk menyaksikan bahawa kumpulan yang menyebar fitnah kebencian, pada bulan Ramadan ini, terdiri daripada mereka yang kononnya menjadi pejuang dan pembela Islam. Mereka bukan pembela Islam, malah pembelit Islam. Membelit persepsi demi keuntungan politik dan memuaskan nafsu kebencian. Kalaulah ada sekelumit kasih sayang antara Muslim seaqidah, tidakkah kalian akan bertenang sebentar, mencari video dan memahaminya dengan jujur? Sesungguhnya tidak. Kalian tidak diajar dengan rahmah agama ini tetapi sudah diindoktrinasi dengan tohmah oleh pertubuhan yang disertai sehingga ia menjadi suatu anutan kepercayaan. Kalian bukan tidak baik, kalian cuma tidak memerintah. 


Ramadan 2024 belum mampu menyemai kasih sayang dan kemaafan sesama Muslim dan manusia di Malaysia. Bukan kerana agama tetapi kerana segelintir "agamawan."


#shmkritiksosial


-Sahul HM-



KERAJAAN LEKA DAN SERONOK LAGI YA... RELAX JA..



Mohd Fairul Al Qasas. 






 Agenda ghuluw dan khawarij pihak tertentu semakin berjaya. Pakej pertikaikan YDPA sekali.


Mudahnya bertanya siapa tuhan kamu?


Orang tu jelaskan panjang lebar, sebab tali tu halus bila dicetak nampak terputus, walhal tidak. 


Design pun dah lebih setahun, tapi selama ini tak perasan pun, sekarang perasan kenapa?


Sebab sensitiviti telah diasah. Kebencian pada kaum lain ditingkatkan, kecurigaan telah ditanam.


Akibatnya, mudah untuk melihat sesuatu dari sudut lain dan mudah untuk mempertikaikan akidah orang lain.


Jika JAKIM, KDN, Mufti semua biarkan, mereka akan membiak banyak.


Segala keputusan dan nasihat badan berautoriti tidak lagi didengari dan dihormati. 


Contohnya kes KK Mart. Walaupun ada CCTV yang sahkan stokin tu disusun sendiri oleh pengilang kerana ia produk consignment, tetap juga nak salahkan,boikot dan terus menerus ditanam Kebencian.


Dah macam dosa pulak yang kerja dan membeli di KK Mart.


Bila YDPA cuba tenteram kan, YDPA pula dituduh aibkan Melayu dan berlaku tidak adil, pelbagai fitnah dilemparkan.


Kerajaan masih nak tunggu dan lihat?


Sedialah sebarang kemungkinan.



INGATAN IKLAS UNTUK YANG LARI KELUAR NEGARA SAMPAI TAK MAU BALIK BALIK





 Seorang lelaki bernama Gioacchino Gammino, merupakan bekas bos mafia yang dikehendaki pihak berkuasa.


Dia dikehendaki diatas rekod kesalahan melarikan diri daripada penjara pada tahun 2002 lalu berhijrah ke Sepanyol.


Di sana ,dia menggunakan nama samaran sebagai Manuel.


Sekian lama bersembunyi , dia berjaya menjalankan perniagaa restoran dan kedai runcit di Sepanyol.


Malang tidak berbau atas "kecuaian diri" ,pada satu hari pihak berkuasa kembali menjejakinya semula berdasarkan gambar terpampang dalam aplikasi "Google Street View".


Akhirnya dia diberkas semula oleh pihak berkuasa setelah bersembunyi selama 20 tahun.


P/s:

Aduhai ,naya pak karim hang bang!😅


Kredit rujukan ::

Earthly Mission.



KILANG TYRE TUTUP ZAMAN PN LAGI. ZAMAN HAPA PUN TAK BOLEH..


 

BERAS MAHAL ATAU SEWA MAHAL. DENGAR KATA SAMOAI 14-18K SEWA TAPAK. MASAK TAK SESAP SALAH KE REGA BERAS.


 

REGA MINYAK DI TIBET


 

PERAK BERJAYA JADI PENGELUAR PERTAMA BAWANG NEGARA


 

SENGETNYA PEMIKIRAN. TAKKAN DAH SIAP NAK RUNTUH. IANYA DIPUTUSKAN OLEH KERAJAAN MADANI.

 PMX merasmikan TRX



Abu Miskat


Jika kita baca komen warganet di portal Awani ini, kita dapat melihat kroniknya pemikiran rakyat yang tercandu dengan politaik. 


Mereka menyindir dan memperli PMX yang pergi merasmikan mercu tanda baru negara itu, sambil bernostalgia hebatnya DS Najib Razak. 


Bagi saya, benda yang sudah dibuat dan dan sudah disiapkan dengan berbilion duit negara (bukan duit DS Najib yer..), takkan seorang PM itu mesti runtuhkan apa yg sudah dibuat PM sebelumnya? 


Sebelum PMX, ada lagi tiga PM memerintah Malaysia selepas DS Najib. Mereka semua membenarkan projek itu berjalan hingga disiapkan sepenuhnya di zaman PMX. 


Memang dikatakan ada salah laku berkaitan projek itu, antaranya urusniaga berkaitan pengambilan tanah. Niat DS Najib baik tidak mewajarkan salah laku. Biarlah pihak berkuasa terus menyiasat dan membuat tindakan. 


Apa pun, setelah berbilion duit negara dibelanjakan untuk sesuatu projek, langkah pembetulan mesti diambil sehingga siap, bukan langkah meruntuhkan kerana dendam. 


Jadi memang patutlah PMX merasmikan kejayaan projek daripada duit negara itu. Kerana beliau seorang negarawan, bukan pendendam.



PEMBANGKANG PADAMKAN KELEBIHAN NEGARA DI BAWAH PMX MASA KINI BERBANDING ZAMAN PNPAS.



 Lima 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘁𝗮 dibawa menghampiri seekor gajah. Mereka diminta untuk jelaskan keadaan gajah yang mereka tahu.


𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 pegang belalai. Gajah ni macam ular, katanya. Yang 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮 pegang telinga. Dia kata gajah boleh terbang sebab 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗽.


Yang 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 pegang kaki gajah. Macam pokok balak, katanya. 𝗞𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 pegang perut gajah. Dia rasa gajah macam tembok. Dan yang 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮 kata gajah macam tali sebab dia pegang ekor.


Apa yang aku nak ceritakan?


Begitulah keadaannya bila kita tengok sesuatu perkara itu tak secara keseluruhan tapi 𝘀𝗲𝘁𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝘀𝗲𝘁𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸. Akhirnya kita tak nampak keadaan sebenar.


Dan itulah yang dilakukan oleh pembangkang. Mereka tak mahu kita melihat 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘦𝘴𝘴 negara kita ini secara 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻. Mereka tekankan beberapa isu sahaja.


Contohnya macam dalam gambar ini. Jumlah rakyat bekerja direkod 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Bererti kadar pengangguran pun yang terendah.


Selain itu, 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹 pada kadar di bawah 2% serta 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴. Mereka cuma tekankan kadar tukaran wang asing.


Kenapa? Sebab mereka sengaja nak cipta keraguan di kalangan rakyat. Maka sebab itu mereka sembunyikan fakta ekonomi yang lain. Mereka mahu kita jadi seperti 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵.


Begitu juga dalam bab harga makanan. Fakta bahawa harga ayam, minyak masak, telur, bawang dan banyak barangan lain lebih murah dari zaman PN memerintah cuba 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻.


Yang dihebohkan ketiadaan beras tempatan padahal pengeluaran beras tempatan memang selama-lama ini rendah 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁.


Lagi satu, dihebohkan harga makanan siap yang naik sedangkan itu soal peniaga, bukan soal kerajaan. Itu semua untuk 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗮 rakyat.


Satu lagi, bila keluar berita kedai di Jalan TAR 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗺, mereka kecohkan jadi isu kononnya ekonomi teruk.


Tapi bila disuakan fakta yang jualan atas talian 𝗯𝗼𝗼𝗺, mereka kata jumlah jualan tak boleh dikaitkan dengan ekonomi. Begitulah 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 mereka.


Susah nak kawal kejahatan hati mereka. Kita doakan saja agar mereka 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵. Tapi yang kita boleh buat, adalah dengan tidak melayani mereka.


Lagipun sebahagian daripada walaun sudah pun rasmi menjadi 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 kerana 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳. Bila orang fasiq bawa berita, maka wajib kita berhati-hati.


Usaha walaun hanya untuk timbulkan rasa tak puas hati rakyat terhadap kerajaan. Kita cuma tanya diri kita sendiri. Bandingkan dengan tahun tahun 2020-2022. Pasti kita nampak negara ini telah menjadi 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


UCAPAN HARI RAYA DARI MARHAEN MENJELANG AIDIL FITRI.


W. FAUDZIN


 Menjelang Aidil Fitri, ayam mencukupi dan masih tak jejak RM 10.  Rata2 masih sekitar RM 7 ke RM 8 sekilo, tidak seperti di era PN perintah hingga RM13 sekilo. Bekalan telor pun mencukupi dan harga masih stabil, tidak seperti di era PN sampai telor pun hilang.  


Minyak masak pula masih cukup dan harga jauh lebih rendah berbanding di era PN, bahkan minyak masak pun mereka sorok dan sakau.  Penoreh getah seronok kerana menjelang raya harga getah meningkat.


  Penjawat awam pula, selain dari dapat bonus RM 2 ribu, mereka dapat lagi duit raya RM 500.  Pesara dan veteren berpencen atau tidak, tetap dapat RM 1 ribu dan RM 250.  Alhamdulillah, itulah keberkatan pemimpin yang diangkat melalui proses demokrasi bukannya melalui khianat atau tebuk atap.




MUSIM RAYA INI BUKAN MUSIM RAYA MASA PNPAS.

 

Sham Ghaz




Menjelang Aidil Fitri, ayam mencukupi dan masih tak jejak RM 10.  Rata2 masih sekitar RM 7 ke RM 8 sekilo, tidak seperti di era PN perintah hingga RM13 sekilo. Bekalan telor pun mencukupi dan harga masih stabil, tidak seperti di era PN sampai telor pun hilang.  


Minyak masak pula masih cukup dan harga jauh lebih rendah berbanding di era PN, bahkan minyak masak pun mereka sorok dan sakau.  Penoreh getah seronok kerana menjelang raya harga getah meningkat.  Penjawat awam pula, selain dari dapat bonus RM 2 ribu, mereka dapat lagi duit raya RM 500.  Pesara dan veteren berpencen atau tidak, tetap dapat RM 1 ribu dan RM 250.  Alhamdulillah, itulah keberkatan pemimpin yang diangkat melalui proses demokrasi bukannya melalui khianat atau tebuk atap.



KENAPA SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN BANYAK BERLAKU KEMALANGAN?


Setiap kali musim perayaan tiba, terutama perayaan besar seperti Hari Raya Aidil Fitri, pasti banyak berlaku kemalangan jalan raya.


Sejak beberapa hari lalu lagi, sudah banyak dilaporkan kemalangan jalan raya yang berlaku di sana sini, termasuk juga yang melibatkan kematian.


Di media sosial, oleh kerana banyak kenderaan sekarang sudah ada kamera di depan dan belakang, turut dipaparkan beberapa video insiden kemalangan yang kadang-kadang membuatkan kita geleng kepala.


Kenapakah ini berlaku?


Apakah ia disebabkan jumlah kenderaan yang banyak berada di atas jalan raya?


Atau sikap pemandu yang gopoh dan gemar memandu laju sebagai puncanya?


Meskipun berlakunya kemalangan itu berpunca daripada sebab yang berangkali atau saling kait-mengait antara jumlah kenderaan yang meningkat, pemandu gopoh, memandu laju dan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik, tetapi boleh dikatakan sebab utamanya ialah sikap pemandu itu sendiri.


Semua orang tentu pernah menyaksikan sendiri bagaimana sikap sesetengah pemandu bila memandu ketika musim perayaan.


Kalau di hari-hari biasa atau hujung minggu ketika kita balik kampung misalnya, biasanya kita akan dapati hampir semua pemandu memandu kenderaan masing-masing dengan teratur dan tidak berlumba-lumba.


Tetapi, amat pelik sekali bila tiba saja musim perayaan, didapati ramai pemandu yang suka memandu laju dan dengan cara yang merbahaya berbanding biasa seolah-oleh sedang dikejar hantu.


Apa yang mahu dikejar?


Nak cepat sangat sampai ke kampung buat apa, bukannya kampung halaman boleh hilang pun kalau lambat tiba?


Sehingga sekarang, saya masih tidak faham dengan sikap pemandu yang suka memandu laju dan tergopoh-gapah itu.


Sepatutnya bila tiba musim perayaan dengan jumlah kenderaan turut meningkat, semua orang lebih berhemah dan berhati-hati dalam pemanduan mereka.


Lagi pelik kerana kebanyakan yang memandu laju itu biasanya membawa sama keluarga dan anak kecil dalam kenderaan mereka.


Apakah mereka tidak sayangkan keluarga sendiri?


Walaupun sukar mengubah sikap semula, namun marilah kita mulakannya dengan diri kita sendiri.


Hari Raya ini ketika pulang, kita memandulah dengan berhemah, tidak laju, tidak gopoh untuk cepat sampai, selain memastikan kenderaan diselenggara terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan jarak jauh.


Kampung halaman dan keluarga yang ada di kampung tidak ke mana-mana kalau pun kalau kita lambat tiba empat lima jam berbanding biasa.


Keluarga yang menanti kita di kampung untuk memeriahkan sambutan Hari Raya juga tentunya mahukan kita yang masih bernyawa apabila kita tiba di kampung untuk bersama-sama memeriahkan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, bukan jasad kaku yang sudah berbalut kain putih.


Jika itu yang berlaku, kemeriahan Hari Raya akan bertukar menjadi hari duka dengan dipenuhi tangisan air mata sepanjang masa.


Akhirnya, tidak bermakna lagi Hari Raya yang ingin diraikan itu.


Kepada semua – berhati-hatilah sepanjang masa di jalan raya dan Selamat Hari Raya. – ShahbudinHusin 09/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/09/kenapa-setiap-kali-musim-perayaan-banyak-berlaku-kemalangan.html