PMX merasmikan TRX
Abu Miskat
Jika kita baca komen warganet di portal Awani ini, kita dapat melihat kroniknya pemikiran rakyat yang tercandu dengan politaik.
Mereka menyindir dan memperli PMX yang pergi merasmikan mercu tanda baru negara itu, sambil bernostalgia hebatnya DS Najib Razak.
Bagi saya, benda yang sudah dibuat dan dan sudah disiapkan dengan berbilion duit negara (bukan duit DS Najib yer..), takkan seorang PM itu mesti runtuhkan apa yg sudah dibuat PM sebelumnya?
Sebelum PMX, ada lagi tiga PM memerintah Malaysia selepas DS Najib. Mereka semua membenarkan projek itu berjalan hingga disiapkan sepenuhnya di zaman PMX.
Memang dikatakan ada salah laku berkaitan projek itu, antaranya urusniaga berkaitan pengambilan tanah. Niat DS Najib baik tidak mewajarkan salah laku. Biarlah pihak berkuasa terus menyiasat dan membuat tindakan.
Apa pun, setelah berbilion duit negara dibelanjakan untuk sesuatu projek, langkah pembetulan mesti diambil sehingga siap, bukan langkah meruntuhkan kerana dendam.
Jadi memang patutlah PMX merasmikan kejayaan projek daripada duit negara itu. Kerana beliau seorang negarawan, bukan pendendam.