WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SEMASA BN 'LAPAR', DI BAWAH PH PUN 'LAPAR' JUGA......
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SEMASA BN 'LAPAR', DI BAWAH PH PUN 'LAPAR' JUGA......: CAKAP CAKAP KERAJAAN SEPENGGAL JUGA MAKIN KUAT KEDENGARAN. JADINYA BAIK BERUBAH CEPAT SEBELUM DIHUMBAN RAKYAT. ""...
SEMASA BN 'LAPAR', DI BAWAH PH PUN 'LAPAR' JUGA....
CAKAP CAKAP KERAJAAN SEPENGGAL JUGA MAKIN KUAT KEDENGARAN. JADINYA BAIK BERUBAH CEPAT SEBELUM DIHUMBAN RAKYAT.
""Ada syarikat yang dahulunya semasa pilihanraya ke 14 kerjanya ialah membawa duit untuk diberikan kepada macai dan kepimpinan, masih lagi berdiri teguh malahan masih lagi boleh mendapatkan payung , dan kita memerhatikannnya.. Jika ini terjadi, maka apa yang ditulis oleh Sdr Shahbudin memang benar terjadi, malahan ianya menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana dahulunya ditindas oleh regim Bn, malahan kini juga masih ditindas sama seperti dahulunya...""
Saya menerima banyak rungutan daripada kawan dan kenalan yang meluahkan perasaan tentang kesukaran mereka mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan ketika berurusan dengan pejabat beberapa menteri dan menteri besar di bawah kerajaan Pakatan Harapan sekarang.
Malah, orang yang baru dikenali juga turut tidak malu-malu meluahkan perasaan yang sama.
Mereka ini semuanya adalah penyokong Pakatan Harapan yang nampaknya mula kecewa kerana kesukaran mendapatkan kontrak dan memperbaiki sumber rezeki, meskipun kerajaan sudah bertukar tangan.
Dahulu, ketika kerajaan dikuasai UMNO dan BN, mereka ini langsung tidak pernah mendapatkan apa-apa kontrak kerana ketika itu semuanya dibolot oleh orang-orang UMNO dan kroni para menteri belaka.
Majoriti daripada mereka ini, bahkan tidak pernah cuba pun masuk apa-apa tender atau mengunjungi mana-mana pejabat menteri dan menteri besar sewaktu era BN kerana sedar perbezaan ideologi politik banyak pengaruhnya kepada perolehan dalam perniagaan ketika itu.
Yang menjadi harapan mereka, apabila kerajaan sudah bertukar tangan sekarang ini, bermakna peluang merekalah pula memperolehi sebahagian tender dan kontrak kerajaan itu.
Malangnya, daripada apa yang disungutkan itu, baik ketika BN mengusai kerajaan atau setelah bertukar kepada Pakatan Harapan, nasib mereka nampaknya sama saja.
Dulu susah memperolehi kontrak kerajaan, sekarang pun tidak ada yang senangnya.
Apa yang mereka kesalkan, kesukaran memperolehi peluang-peluang perniagaan itu lebih disebabkan oleh tindakan menteri dan menteri besar Pakatan Harapan sendiri yang tidak sedia untuk menolong mereka.
Beberapa menteri dikatakan lebih ingin menunjukkan sikap berkecuali dan seolah-olah bersih daru segi campurtangan dalam pemberian kontrak-kontrak kerajaan sehingga penyokong yang datang berjumpa awal-awal lagi sudah diberitahu dengan ucapan selamat - “saya tak campur hal perniagaan atau urusan kontrak”.
Ini bukan saja menyebabkan penyokong itu kecewa dan memendam rasa, malah rasa terpinggir dibuatnya.
Hakikatnya, mereka bukanlah mahu diberikan kontrak secara buta-buta begitu saja, tetapi sekurang-kurangnya tunjuklah sikap sedia mendengar terlebih dahulu.
Kami yang nak minta kontrak ini tentulah datang dengan syarikat yang ada kemampuan dan boleh melaksanakan kerja, bukan nak minta macam itu saja, kata salah seorang yang meluahkan perasaan.
Sikap pemimpin yang sedemikian rupa itu, akhirnya tentu saja menyebabkan pegawai kerajaan yang berkuasa sepenuhnya dalam pemberian kontrak kerajaan, malah memperlihatkan menteri dan menteri bagaikan tiada kuasa apa-apa, walhal ketika berkempen menjerit meminta kuasa.
Tidakkah sikap menteri dan menteri besar yang begitu akan merugikan parti dalam jangka masa panjang? Soal mereka lagi.
Yang lebih buruk lagi, dikatakan terdapat juga menteri dan menteri besar yang dengan pantas bukan sekadar menjalin hubungan dengan ahli-ahli perniagaan era BN dahulu, malah meneruskan pemberian kontrak perniagaan kepada mereka itu.
Alasan yang diberi kononnya syarikat mereka itu sudah biasa dengan kerja-kerja di peringkat kementerian dan negeri serta mempunyai rekod yang baik selama ini.
Dikatakan lagi, pemimpin yang baru lima bulan mendapat kuasa itu mengatakan mereka meneruskan pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat sedia ada itu adalah bertujuan agar kerja-kerja tidak tersangkut berbanding jika memberi peluang kepada syarikat baru yang belum terbukti hasil kerjanya.
Tapi, sedarkan mereka syarikat itu dipunyai oleh ahli dan penyokong UMNO yang sudah tentu sebahagian keuntungannya akan digunakan untuk membiayai aktiviti politik UMNO untuk melawan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang? kata seorang pengadu yang menetap di selatan tanahair.
Sudahlah jawatan dalam GLC diberi kepada bukan orang parti, kini pemberian kontrak-kontrak kerajaan pula masih dikuasai oleh ahli dan penyokong UMO - siapakah yang mahu bekerja untuk parti memenangkan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang, kata seorang lagi yang juga tinggal di selatan.
Ada seorang pengadu, malah mengajak saya berkunjung ke sebuah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan bagi menunjukkan bukti bagaimana pentadbiran negeri itu lebih memberi muka kepada mereka yang dikenali sebagai penyokong UMNO berbanding penyokong sendiri.
Kata seorang yang agak veteran dalam Pakatan Harapan pula, pemimpin yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang nampaknya lebih senang melayan ahli perniagaan dari kalangan penyokong UMNO yang ada duit berbanding memahami penyokong sendiri yang baru mencuba-cuba mahu mendapatkan kontrak kerajaan.
Kesian kan...dalam zaman Nabi dulu ada juga harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagi selepas habis berjuang dan mencapai kemenangan, tetapi nasib dan keadaan penyokong Pakatan Harapan nampaknya jauh lebih malang daripada itu.
Semasa era BN berkuasa dulu, mereka sudah lama ‘lapar’ dan tidak berpeluang langsung memperolehi sebarang kontrak kerajaan, sekarang di era Pakatan Harapan berkuasa di mana kawan-kawan sendiri ada jawatan dan kuasa pun mereka tetap ‘lapar’ juga.
Aduhai....(ShahbudinHusin 29/10/2018).
PELABUR ASING MULA KEMBALI – TUN MAHATHIR
on:
Pelabur asing kembali ke Malaysia kerana mereka tidak lagi perlu memberi rasuah untuk membolehkan mereka berniaga, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Banyak pelabur yang enggan melabur di Malaysia kini sudah kembali.
“Mereka gembira dengan layanan kerajaan ini, yang tiada siapa meminta 30% saham atau enggan meluluskan permohonan kerana mereka enggan memberi rasuah kepada pegawai,” kata perdana menteri kepada pemberita di luar acara Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata terdapat sedikit laporan mengenai rasuah sejak kerajaan baharu mengambil alih.
“Tiada laporan mengenainya. Sekiranya ada yang tahu tentang insiden rasuah, beritahu kami. Kami akan melindungi dan mengambil tindakan terhadap pegawai rasuah.”
Sementara itu, Dr Mahathir menafikan pandangan yang mengatakan Bersatu menawarkan wang kepada Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamad untuk menyertainya.
“Kami tidak membuat perjanjian dengan penjenayah.
“Tetapi kami tidak memberikan wang dan kami menetapkan syarat untuk menyertai Bersatu adalah meninggalkan Umno dan menjadi bebas untuk satu tempoh dan kemudian memohon untuk menyertai kami.
“Ia bukannya mudah. Misalnya, Mustapa menjadi Bebas untuk beberapa waktu sebelum permohonannya diluluskan,” katanya.
BR1M VERSI PH DIUMUM JUMAAT INI
BR1M versi PH diumum Jumaat ini
Kerajaan kini berada di peringkat akhir memuktamadkan proses menambah baik skim Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk golongan sasar di negara ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata melalui proses itu kerajaan melakukan beberapa penstrukturan semula skim bantuan tersebut selepas dilakukan kajian teliti.
“Selain itu penambahbaikan BSH ini juga menekankan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Luar Negeri dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk mengurangkan ketirisan bantuan serta menangani isu inclusion and exclusion error (kesilapan kemasukan dan penyisihan),” katanya.
Lim berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar).
Zahidi sebelum itu menanyakan tentang kaedah penstrukturan semula pemberian BSH dan sejauh mana ia membantu penerima yang terdiri daripada kalangan berpendapatan rendah B40.
Kata Lim Bantuan Sara Hidup yang asalnya skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi untuk meringankan beban golongan B40 susulan pelaksanaan pelan rasionalisasi oleh kerajaan pada 2012.
Menurutnya melalui proses menambah baik itu aspek kaedah pembayaran yang baru juga dicadangkan iaitu dimasukkan 100 peratus ke akaun penerima.
“Bagi penerima yang tiada akaun bank, pembukaan akaun pemohon secara berkelompok berdasarkan persetujuan penerima akan dilakukan bank terlibat,” katanya.
Lim juga memberitahu maklumat lanjut berhubung penstrukturan semula skim bantuan tersebut akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 Nov ini
‘KALAU TAK BELI BEG TANGAN, KERAJAAN ADA DUIT BERI PENDIDIKAN PERCUMA’
‘Kalau tak beli beg tangan, kerajaan ada duit beri pendidikan percuma’
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik terus berbalas sindiran mengenai isu pendidikan percuma di negara ini.
Jika semalam, Najib menempelak Maszlee, hari ini giliran pemimpin BERSATU itu pula membalasnya.
“Kalau kita tak guna duit rakyat untuk membeli Bijan, beg tangan Hermes dan segala cincin berlian kepada isteri dan keluarga, pendidikan percuma hari ini boleh kita kecapi,” kata Maszlee dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau juga mendakwa RM42 bilion yang ‘ditelan’ 1MDB yang diilhamkan Najib itu boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga universiti ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar selama empat tahun.
“RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman,” katanya.
Najib semalam menyindir Maszlee yang menyifatkan pendidikan di Malaysia “hampir percuma” dan kerajaan akan mengekalkan yuran universiti.
Kata bekas perdana menteri itu, Maszlee cuba mengambil kredit kerajaan BN terdahulu yang memperkenalkan pendidikan di negara ini hampir percuma.
Najib merujuk kenyataan Maszlee di Parlimen semalam yang menyifatkan pendidikan di Malaysia hampir percuma dan kerajaan akan mengekalkan yuran universiti.
Najib berkata, kerajaan terdahulu telah pun melaksanakan pendidikan percuma untuk peringkat rendah dan menengah. Malah, jelas Najib pengajian tinggi juga hampir percuma apabila pelajar hanya perlu membayar 10 peratus daripada kos operasi. –
Subscribe to:
Posts (Atom)