Esok pastikan tuntutan BN lulus, Puad beritahu menteri

 

Puad Zarkashi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mahu para menteri dan timbalan menteri Barisan Nasional pastikan dua tuntutan gabungan itu untuk Belanjawan 2021 diluluskan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, susulan ikrar mereka semalam.

Semalam, 20 menteri dan timbalan berikrar mahu mengukuhkan kedudukan BN dalam kerajaan dan memastikan BN jadi suara terkuat.

“Kalau begitu pastikan esok moratorium automatik dan pengeluaran ‘one-off’ RM10,000 dari Akaun 1 KWSP diluluskan,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan sokongan Ahli Parlimen gabungan itu pada Belanjawan 2021 tertakluk kepada pindaan dibuat.

Syaratnya ialah kerajaan membolehkan pencarum mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP secara “one-off”, dan meluluskan moratorium automatik untuk bayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan.

“Kalau seiring dengan BNBBC dan MKT maka kuatlah suara BN dalam kerajaan,” kata Puad.

“Bukan pula suara orang lain yang kuat dalam BN. Semoga esok, ‘win-win’ untuk semua.”

Kenyataan menteri dan timbalan menteri berkenaan dikeluarkan berikutan pelbagai tanda tanya mengenai sokongan BN pada Belanjawan 2021, berlatarkan tuntutan dan ketidakpuasan hati parti komponen dan pemimpin gabungan itu terhadap bajet dan PPBM pimpinan Muhyiddin.

Kenyataan itu ambil maklum cadangan serta pandangan yang dikemukakan Ahli Parlimen BN, “untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa”.

Kenyataan sama juga berikrar mendukung pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, namun mahukan pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.

“Itu petanda kerajaan hari ini tidak stabil maka ia perlu dimuktamadkan dengan majoriti kukuh,” kata Puad.

BN mempunyai 43 Ahli Parlimen dan sokongan mereka amat diperlukan perdana menteri untuk Belanjawan 2021 diluluskan memandangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai majoriti 2 kerusi di Dewan Rakyat.



SPEAKER DAH ROSAK

 GINO MARVELA

Image may contain: 1 person, text that says ""MY SPEAKERS DON'T WORK""


Speaker dah rosak. Ada 3 kaedah bagaimana nak kenalpasti speaker tu rosak!

1. Penyanyi nyanyi lagu, speaker bunyi pas...pis...pus...pus. Tandanya wayar dh berkarat tak sempurna & tercabut.

2. Lagu Kenny-G tu merdu di dengar, tapi speaker buat hal pula seksefon yg di tiup bagai kluaq suara gajah mengawan.

3. Speaker kurang berkualiti, lani barang made in china kualitinya semakin baik. Malangnya pemain industri di Malaysia ni import speaker dari Zimbabwe.

Jadi apa nak buat ? Buang semua ke sungai, lantik pemain industri baru yg lebih baik. Kelak Malaysia bakal mengeluarkan produk baru yg lebih baik, teknologi dan kapasiti yg lebih sihat.

Selamat minum petang & beristirehat... Description: 😉

 

26 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR.


 LAGI BERITA MENYUSUL LEWAT MALAM.


SILA TEKAN > UNTUK  MEMBACA BERITA AWAL


No photo description available.


'YDP selalu sebut faham, tapi sebenarnya tak faham!' - Anwar




Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mempersoalkan had masa 20 minit bagi sesi soal jawab menteri dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021). Kata Anwar (PH-Port Dickson) ia menyebabkan beberapa soalan ahli parlimen tidak dapat dijawab oleh menteri di dalam Dewan Rakyat. Sebelum ini Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memaklumkan setiap menteri hanya mempunyai masa 20 minit untuk menjawab soalan yang diajukan kepada kementerian masing-masing. Beberapa anggota parlimen pembangkang menyatakan sokongan terhadap Anwar dan menggesa Azhar mempertimbangkan kembali peraturan tersebut.


PUTAR BELIT MAHATHIR UNTUK LINDUNGI PENGKHIANATANNYA TERHADAP PH

 



" Tetapi cerita dekat orang, kunun saya yang halang dia. Saya tak ada halangan. Sekarang ini kalau saya nak jadi Perdana Menteri, saya boleh jadi Perdana Menteri. Tetapi saya pegang kepada prinsip.

“Kalau sudah sampai masa saya undur, saya undur. Saya bukan nak pegang jawatan ini sampai bila-bila. Orang lain kalau nak pilih Anwar, pilih Anwarlah,” katanya lagi.(Tun Mahathir)

Bila masa Anwar jaja kat orang bahawa kamu menghalang dia jadi PM? Anwar tidak perlu jaja pun, semua orang tahu kamu memang tidak suka Anwar dan akan cari jalan untuk menghalang Anwar jadi PM, bahkan sanggup jatuhkan kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat. Segala tindak tanduk kamu selama ini amat jelas untuk tidak memberikan laluan kepada Anwar walaupun itu satu perjanjian yang kamu tandatangani di dalam PH.

Kamu kata kamu berprinsip? Apa prinsip kamu? Prinsip diktator? Jika kamu berprinsip mengapa letak jawatan tanpa merujuk kepada Majlis Presiden PH? Bukankah kamu diangkat oleh Majlis Presiden?

Kalau kamu berprinsip, mengapa ada niat untuk menghancurkan PH dengan idea mewujudkan kerajaan perpaduan setelah kamu letak jawatan? Prinsip untuk kepentingan diri sendiri?

Orang berprinsipkah bila kerap keluar masuk parti? Berapa kali kamu keluar masuk parti Umno? Berprinsipkah kamu bila kamu sanggup haramkan parti Umno, parti kamu sendiri hanya kerana takut kepada pengaruh Ku Li yang hampir menewaskan kamu di dalam pemilihan parti?

Bila kamu jadi PM bawah kerajaan PH, kamu kutip beberapa MP dari Umno untuk lompat masuk parti kamu termasuk yang ada kes terima duit 1MDB? Masuk parti kamu, maka selesai kes. Itu berprinsipkah?

Hebat

sangat prinsip kamu sehingga kini kamu hanya ada 4 orang MP dari parti baru kamu?

Mahathir tiada prinsip langsung bahkan seorang perosak, pemecah belah dan diktator. Ini fakta dan sejarah telah membuktikannya.

WFAUZDIN NS

 

SURAT TERBUKA KEPADA 220 AHLI PARLIMEN

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

1. Negara telah memilih Demokrasi sebagai acuan dan panduan bernegara. Amalan pengasingan kuasa melalui 3 cabang pemerintahan (Parlimen, Kabinet dan Kehakiman) adalah doktrin demokrasi terpenting dalam urusan pemerintahan negara kita.

2. Konsep Bernegara kita merujuk kepada kuasa dalam perlembagaan melalui Institusi Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Pilihanraya Bebas, Hak Kebebasan Individu dan Kehakiman yang bebas.

3. MP yang dilantik oleh rakyat berikrar dan bersumpah untuk mempertahankan asas-asas demokrasi ini sejurus masuk ke dewan yang mulia. Lafaz berbunyi:

Saya, ……………………………………………………………………………., setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”

4. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab MP untuk melakukan sepenuhnya seperti yang dilafazkan ‘…menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya”

5 Krisis politik negara memerlukan 220 MP membetulinya secara demokrasi sebagaimana yang dijangkakan ketika MP menawarkan diri sebagai calon dalam pilihanraya. MP perlu selesai isu bukti majoriti Perdana Menteri hari ini sebagai pra-syarat keabsahan tugasannya untuk mengeluarkan nilai RM322b dalam bajet 2021 sebagimana termaktub dalam perlembagaan. Hal ini telah ditegaskan secara tepat oleh MP Gua Musang dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat yang diedarkan di atas meja kita.

6. Hanya Parlimen mampu membetuli dan memulihkan keadaan dalam krisis mandat yang telah dibeloti oleh Langkah Sheraton. Luka negara terlalu mendalam diparahkan lagi dengan krisis hilang kepercayaan terhadap institusi pemerintahan oleh rakyat, termasuklah hilang hormat terhadap institusi parlimen kita.

7. Janji menumpahkan taat setia kita kepada Malaysia menuntut kita membuat keputusan kritikal secara bersama untuk proses penyembuhan negara bagi kita membuang ‘badi-badi pembelotan’. Kepercayaan kepada institusi pemerintahan dan politik negara perlu kita pulihkan dan sekaligus institusi parlimen dikembalikan kewibawaannya. Kita punya masa 3 tahun sebelum pembubaran wajib dan setiap 220 anggota di kalangan kita seharusnya bersetuju membentuk Suruhanjaya Di Raja untuk tujuan penyembuhan ini.

8. Demokrasi kita diuji melalui fasa pendemik global ini di mana kepercayaan terhadap kerajaan semakin penting menentukan keberkesanan kerajaan menangani krisis. Begitu juga keberkesanan penyampaian yang menjadi kayu pengukur kejayaan. Kerajaan Perikatan Nasional membuktikan dirinya lemah dalam mengemudi saat krisis ini dan mana-mana kerajaan sekalipun akan terdedah kepada berbagai kelemahan dalam masa pendemik ini.

9. Oleh kerana itu, 220 MP perlu tangani perkara pokok masalah iaitu dengan memelihara dan melindungi demokrasi berperlembagaan supaya mana-mana kerajaan sekalipun akan dipandu atas landasan penting ini dan tidak akan melanggar asas perlembagaan.

10. Jangan kita hilang fokus untuk tergesa-gesa luluskan bajet atau tidak luluskan sedangkan kita gagal memelihara dan melindungi perlembagaan negara. Bajet tidak guna diluluskan jika PM hari ini gagal membuktikan dia ada majoriti dan kita 220 MP gagal mempertahankan hak asas dalam perlembagaan negara!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

25 Nov 2020.



EZAM AKAN TENTANG MAHATHIR DALAM PRU 15

 

1.Gerak98 hargai saranan agar Ketua Gerak98 Ezam Nor melawan Azmin Ali dalam PRU15 nanti.


2.Gerak98 Kedah dalam Deklarasi Langkawi Ogos lalu telah membuat keputusan agar Ezam selaku Ketua Gerak98 melawan Mahathir dalam PRU15 nanti.


3.Gerak98 melihat Mahathir sebagai musuh paling utama perjuangan reformasi sejak 1998 dan menjadi tanggungjawab Gerak98 melawan beliau habis2an dan Ketua Gerak98 mesti menggalang tugas ini.


4.Ezam telah menerima Deklarasi Langkawi ini dan bersedia bertarung dimana sahaja Mahathir bertanding demi maruah perjuangan reformasi.Malah Gerak98 telahpun memulakan persiapan kearah itu.


5.Makanya Gerak98 tetap dengan pendirian mendokong kesediaan YB Saari Sungib melawan Azmin Ali kerana kami percaya beliau seorang pejuang reformasi ulung dan mampu menewaskan Azmin Ali dalam PRU15 nanti.Insha Allah.


SAZALI SHAMSUDIN

Ketua Sekretariat GERAK98.

25 Nov 2020./ 10 RabiulAkhir 1442H.



Bajet 2021 indikator senario Piraum ke-15?


PERSEPSI

MATA pemerhati dan pemain politik kini tersorot kepada isu Bajet 2021 yang akan menemui titik akhir esok, 26 November. Esok Bajet 2021 akan diletakkan atas mirzan demokrasi. Persoalan yang tersebal dalam kepala hari ini apakah Bajet itu akan lepas ataupun tersekat. 

Bajet sulong kerajaan Curitokrasi ini benar-benar kontroversi menjadi Muhyiddin Yassin berdebar-debar dan tidak nyenyak tidur.

Debaran terhadap Bajet ini lebih tinggi denyutan debar semasa kali pertama Parlimen dibawah kerajaan PN bersidang untuk lantik Speaker dulu. 

Perihal Bajet ini ia juga menganggu tumpuan umum kerana telah terbit berbagai spekulasi ada yang indah dan buruk disebaliknya. Yang buruk memberi bayangan akan jatuhnya kerajaan PN berusia sembilan bulan itu dan akan naik semula kerajaan PH yang tumbang. Para penyokong bekas menteri kerajaan PH sedang rancak menjual cerita mereka akan kembali semula ke Putrajaya dan dapat guna semula kemudahan seperti kereta. 

Bayangan demikian diseronoki oleh mereka yang menyimpan dendam kepada pengkhianat terhadap kerajaan PH tanpa menyelidik apakah kemungkinan itu logik atau hanya ilusi tidak bertepi dan hanya satu psywar semata-mata. 

Untuk memastikan Bajet 2021 diterima diuar-uarkan kononnya Bajet untuk membantu rakyat, berbagai penganalisa baik amator ataupun professional dipanggil membuat ulasan. Naik muak saya mendengar analisa mereka yang obius senget sebelah. 

Mereka membuat ulasan bukan atas realiti tetapi mengikut kecenderongan dan bias, bergantung kepada kedudukan dan kepentingan mereka. Mereka bukan mewakili rakyat seperti orang politik tetapi mewakili kemahuan mereka. 

Kalau mereka kebetulan penjawat awam seperti pensyarah di IPTA, penganalisa itu akan memberi ulasan terhadap Bajet itu secantik-cantiknya dan sesempurna-sempurnanya. Jumlah besar Bajet itu yang pertama kali berlaku dalam sejarah diangkat-angkatkan seperti mengangkat badak jatuh ke longkang.

Mereka bercakap macam profesor Abu Nawas. 

Sebaliknya kalau mereka bebas tidak terikat dengan apa-apa etika, mereka akan mengulas berdasarkan realiti dan mendedahkan kecacatan dan keganjilan dalam proses menyiap dan meluluskan Bajet berkenaan berbanding dengan Bajet-bajet sebelum ini. Mereka akan menyebut beberapa butiran peruntukan melampau yang tidak perlu pun dimasukkan dalam Bajet.

Dikatakan dan digelarkan Bajet itu sebagai Bajet rasuah, menggula-gulakan rakyat dan membina kubu untuk mempertahankan diri. Hakikatnya selaku Bajet dalam perang maka sudah tentu ia tidak akan rasional sebaliknya abnormal. 

Mengenai kegelisahan kepada Bajet ini maka awal-awal lagi sudah ada semacam endorsement daripada kuasa tertinggi yang cuba membentuk pemikiran umum agar tidak membantah Bajet berkenaan. Ini belum pernah terjadi dan menampakkan bahawa Bajet kali ini dalam situasi desperate. Tidak terjadi Yang diPertuan Agong terpaksa mengeluarkan titah merayu agar Bajet diluluskan sebelum perbahasan diperingkat dasar.  

Pandemik Coronavirus dijadikan alasan untuk menerima Bajet itu seperti mana yang dirangka. Namun ada hal yang mengejutkan sekaligus menjawab persoalan sebelum ini yang mana semasa kerajaan PH lalu dilakukan penjimatan kewangan kerajaan yang ketat tetapi tiba-tiba kerajaan PN boleh berbelanja besar. Keadaan ini sangat kontradik.

Di sini saya tidak mahu membuat ulasan dan spekulasi apakah Bajet itu akan diluluskan ataupun tidak esok. Jika bertanya, hati kecil saya akan menjawab ia lepas. Ada petunjuk Bajet itu lepas. Mungkin kerana doa Muhyiddin? 

Apa yang saya hendak cuba memberi tafsiran dan gambaran daripada Bajet berkenaan ia adalah  permainan perebutan kuasa kalangan tertentu. Bajet 2021 menjdi kontroversi bukan kerana kecacatannya tetapi kerana manipulasi perebutan kuasa dan mahu menunjukkan kuasa. Bajet itu dijadikan satu perjudian antara ahli politik dan kumpulan tertentu.  

Pihak yang memanipulasikan Bajet ini untuk kepentingan diri, bukan sahaja antara pembangkang (PH) dengan kerajaan PN. Tetapi ia juga terbawa kepada perebutan kuasa peribadi antara OT95 dengan Anwar Ibrahim. Pertarungan klasik antara dua sosok ini masih berlaku dan belum ada tanda-tanda akan berakhir. Ia bukan berlaku secara sedar tetapi secara tidak sedar. Dan Bajet ini seperti pusingan separuh akhir buat kedua individu itu. 

Lantaran itu Anwar selaku Ketua Pembangkang bersama ahli Parlimen pembangkang cuba menolak Bajet berkenaan dengan pelbagai alasan dan fakta kerana hasilnya memberi implikasi kepada politik Muhyiddin. Penolakan Bajet itu menjadi indikator kepada kejatuhan Muhyiddin dan kerajaan PN. 

Maka kalau Bajet ditolak Muhyiddin perlu mengambil risiko dan tanggungjawab turun dari kerusi PM. Sebaik-baiknya kejatuhan kerajaan itu terus diganti dengan kerajaan baru dengan Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Dari senario Bajet ini juga OT95 ada signifikan tersendiri. Beliau juga menangguk di air keruh dan mahu melihat sejauh mana kekuatan Anwar. Bagi OT95 dia akan merasakan kalau Bajet itu ditolak ia memberi patanda kepada kemenangan kepada Anwar dan pembangkang yang beliau tidak bersama.;

Kerana itu tidak mahu Bajet itu memberi indikator kemenangan kepada Anwar. Beliau akan berusaha memastikan Bajet itu lulus bagi memberi simbolik Anwar kalah. Kemunculan OT95 dalam satu siaran wawancara  khas di sebuah stesen televisyen juga dilihat ada sangkut paut dengan usaha untuk menggagalkan lagi impian Anwar.

Selain Bajet itu memberi indikator siapa lebih berpengaruh antara Anwar dengan OT95, ia juga turut menjadi indikator kepada parti-parti politik, khasnya Umno dan Bersatu. Ketika ini Umno sedang berlumba dengan Bersatu untuk mengatasi antara satu sama lain. Keduanya sedang bersaing. 

Bagi Umno parti itu seperti menghadapi sedikit dilema kerana daripada 39 orang ahlinya berbelah bahagi. Ada yang tanpa segan silu memberi gambaran akan menolak Bajet berkenaan sementara sebahagian yang lain menegaskan akan menyokong khasnya mereka yang berjawatan. Suasana ini menjelaskan yang Umno dalam dilema.  

Sekiranya Bajet itu tewas kerana ada bantahan dari sebahagian MP Umno ia menjelaskan apa yang berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kemungkinan besar Umno berpecah dua, satu yang berpihak kepada PN dibawah pimpinan Muhyiddin dan sebahagian lain akan memejam mata untuk bersama PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Bajet 2021 ini bukan sahaja penting kepada rakyat tetapi ia menjadi indikator senario Piraum ke-15 kelak. [wm.kl.11:18 am 25/11/22] 



TANGANI ISU PENDERAAN WANITA SEPANJANG PKPB


COVID 19 MENINGKAT KERANA KEGAGALAN KERAJAAN

 

Malaysia telah mengatasi Singapura dengan mencatatkan lebih banyak kes terkumpul Covid-19, dua hari lebih awal daripada jangkaan saya.

Dengan trajektori semasa, kini dijangka akan mengatasi kedudukan China sebelum persidangan parlimen berakhir pada pertengahan bulan Disember. 

Negara kita kini berada di tempat ke-83 di seluruh dunia dengan 58,847 kes terkumpul Covid-19, manakala Singapura berada di tempat ke-84 dengan 58,183 kes terkumpul.

China, yang merekodkan jumlah kes dan kematian akibat Covid-19 terkumpul tertinggi pada awal tahun ini, kini berada di tempat ke-68 dengan 86,464 kes dan 4,634 kematian. 

Saya telah menjangkakan yang Malaysia bakal mengatasi kedudukan China menjelang akhir tahun ini. Bagaimanapun, saya mengubah jangkaan itu kepada seminggu lebih awal, kira-kira semasa musim Krismas. 

Tetapi saya tidak menjangkakan peningkatan harian kes Covid-19 akan terus memuncak untuk melepasi angka 2,000. 

Semalam, Malaysia mencatatkan satu lagi rekod suram apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 2,188 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi baharu untuk dua hari berturut-turut.

Rekod tertinggi sebelum ini adalah sebanyak 1,884 kes pada hari sebelumnya. 

Perkara ini adalah hasil kegagalan kerajaan. 

Kita mengabaikan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggesa kerajaan di seluruh dunia melaksanakan tindak balas dan pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”.

April lalu, Pengarah WHO Asia Tenggara, Dr Poonam Khetrapal Singh berkata: 

“Pendekatan lebih komprehensif diperlukan, yang komuniti menjadi fokus utama respons kita. 

“Lebih penting lagi, komuniti perlu dilibatkan dan diperkasakan untuk melaksanakan respons dan tindakan yang sewajarnya. 

“Semua orang perlu bertanggungjawab. Dalam keadaan semasa ini, semua orang perlu menyumbang untuk mengurangkan impak wabak ini terhadap kesihatan dan aspek sosioekonomi.”

Tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia walaupun selepas sebelas bulan berhadapan dengan Covid-19. 

Bukan sahaja kita mempunyai seorang menteri kesihatan yang halimunan, tetapi sehinggakan 7,000 orang doktor am merasakan mereka disisihkan daripada usaha membantu melawan wabak Covid-19 ini. 

Adham boleh berkongsi beban perkhidmatan seperti imunisasi, perkhidmatan x-ray, penjagaan luka, pengurusan ubat jangka panjang, pemeriksaan kesihatan, ujian darah, kes-kes penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, kolestrol tinggi, obesiti, rawatan methadone kepada penagih dadah, dan perkhidmatan ujian ante-natal dan ultrasound untuk mengurangkan beban hospital dan klinik KKM.

Ujian Covid-19 adalah satu lagi perkara yang boleh dibantu oleh rakyat Malaysia.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)DAP Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menawarkan ujian rapid testing kit-antigen (RTK-AG) Covid-19 swasta kepada pihak awam dengan kos yang disubsidi.

Ia ditawarkan pada harga RM70 untuk satu ujian, jauh lebih rendah berbanding antara RM150 ke RM180 yang dikenakan di pusat kesihatan swasta.

Kerajaan boleh menyediakan ujian RTK-AG ini pada kos yang jauh lebih murah jika kerajaan melibatkan doktor-doktor am dalam proses ini. 

Dalam penggulungannya di parlimen, Adham perlu menjelaskan persoalan-persoalan berikut bagi menunjukkan sejauh mana kerajaan memanfaatkan doktor am dalam usaha memerangi Covid-19:

  • Jumlah klinik am yang ditutup di seluruh negara kerana Covid-19;
  • Berapa ramai doktor am dan kakitangan mereka yang dijangkiti Covid-19 — berapa ramai dijangkiti secara langsung di klinik;
  • Berapa ramai doktor yang diperintahkan menjalani kuarantin kerana “terdedah” kepada Covid-19; dan
  • Apa tindakan KKM untuk mengurangkan jangkitan di kalangan pekerja kesihatan sektor swasta, jika ada.

Kejadian Jeffrey Kitingan memasuki Dewan Rakyat semalam, sebelum menamatkan tempoh kuarantin 14 hari adalah satu sebab mengapa wujud apa yang dikatakan oleh menteri komunikasi dan multimedia, sebagai “defisit kepercayaan”, apabila sesetengah orang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan. 

(Kuarantin itu sebelum ini dikenakan kepada pengembara daripada Sabah sebagai sebahagian daripada SOP Covid-19. Ia kemudiannya disusuli dengan pengumuman KKM mengenai penamatan keperluan kuarantin 14 hari untuk semua orang yang tiba daripada Sabah.)

Di seluruh dunia, kita masih belum dapat mengawal wabak ini. 

Satu lagi rekod suram baru sahaja dicatatkan, dengan kes terkumpul di seluruh dunia memecah angka 60 juta, manakala kematian meningkat melepasi paras 1.4 juta. 

Negara kita memerlukan pelan jangka panjang untuk mengatasi masalah kesihatan awam, ekonomi, sosial, dan usaha pembinaan negara susulan Covid-19. 

Apa yang mengejutkan, selepas sebelas bulan berhadapan dengan wabak yang mungkin berlarutan sehingga 2022, kita hanya mempunyai rancangan jangka pendek.

Kita tidak mempunyai rancangan jangka sederhana dan jangka panjang.

Bilakah kerajaan boleh membentangkan rancangan jangka pertengahan dan jangka panjang untuk menguruskan Covid-19 kepada parlimen?

LIM KIT SIANG, AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI, JOHOR.



PM-8 TERBUKTI TIADA MAJORITI SOKONGAN, TERDESAK MAHU 'MENDARURATKAN' PRU...

NAMPAKNYA PUTRAJAYA NAK DELAY LAGI KOT UNDIAN BELANJAWAN....


 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/11/24/report-putrajaya-likely-to-delay-vote-on-budget-2021/1925800?fbclid=IwAR1XUAPUjqIe-p7LehAj_opvAXjvjGBHb5D-KXxuE4HLCoQEH4CgPTFwT80

Report: Putrajaya likely to 

delay vote on Budget 2021

Esok adalah sesi pengundian bajet. Samada kalian ke toilet, pintu di tutup, atau pimpinan di halau keluar dr dewan dek kerana bertekak atau sesi sidang esok di tunda pada sebelah pagi atas alasan covid ka...panggilan bom ka... kabel elektrik terbakar ka... mikrofon utk sidang rosak & tidak berfungsi ka... harap kalian bersedia.

Jika sesi di lanjutkan lewat sepertimana jam 3@4pagi sebagaimana suatu ketika dahulu, "short notice" akan di jadikan buah dadu. Bila kalian bertekak, mereka kan kata "bukankah dah beritahu notis singkat...mengapa tak baca!" Description: 😊

Hal umno kunun kata nak halang bajet ini hanya gimik ja. Tak buleh nak percaya sangat pun. Cuma setiap dari PH perlu senada sepakat.

Sdra Muhyiddin Yassin tahu akan beban besar dan masalah ramai org tidak menyukainya. Maka pilihan yg ada di fikirannya ialah utk serahkan kuasa kepada sdra Azmin Ali. Cuba fikir siapa yg akan sokong "hidden hand" dalam diam ? Description: ☺

Kalian dh tahu siapa gerangannya, asalkan bukan kpd seterunya iaitu sdra Anwar. Warisan pula di heret dgn agenda peribadi dgn meyakinkan Shafie Afdal utk miliki jawatan utama negara. Sekali lg...asalkan bukan sdra Anwar. Jadi penolakan dari dirinya itu hanya bersifat gimik sahaja.

Mengapa Azmin di lihat tenang ? Kerna beberapa syarat utama membeli MP utk melepaskan kes besar yg melanda. Contohnya dah pun di usahakan beberapa kali sprt kes Musa Aman di sabah yg di lepaskan tanpa bebas. Apakah umno baru & bn itu bakal di tipu hidup2 oleh pihak Bersatu ?

Kita saksikan saja situasi hari ini & esok... setidaknya kalian telah di beritahu beberapa teknik yg di bocorkan. Tambahan lg siaran media hari ini hanya utk melarikan tiang gol dr tendangan bola oleh ketua pembangkang.

Manalah tahu, mungkin akan ada siaran media dr sang kuning saat detik2 cemas ini. Description: 😁

Yang berkarya:

Gino Marvela

 

 

PKR PERLU BERUBAH, SINGKIR KARTEL


PINJAM WANG DARI BANK NEGARA, TIDAK PERLU CETAK WANG


UiTM nafi khidmat 600 pensyarah sambilan dihentikan


Naib Canselor UiTM, Mohd Azraai Kassim berkata, pengambilan pensyarah sambilan bagi setiap semester berdasarkan keperluan program serta subjek setiap fakulti.

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan perkhidmatan 600 pensyarah sambilan ditamatkan seperti dilaporkan sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam.

Naib Canselornya, Prof Mohd Azraai Kassim menyifatkan laporan bertajuk “UiTM re-assesses 600 part-time lecturers after funding cut” sebagai salah tafsir dan mengelirukan pelbagai pihak.

“Dalam kenyataan bertulis UiTM kepada portal berita itu, (kami) sama sekali tidak menyentuh isu berkaitan pemotongan bajet universiti. Oleh itu, isu pemberhentian pensyarah sambilan tidak timbul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azraai berkata, pengambilan pensyarah sambilan UiTM bagi setiap semester berdasarkan keperluan program serta subjek setiap fakulti.

“Justeru, jumlahnya berbeza-beza pada setiap semester. Oleh itu, laporan yang mengatakan UiTM memberhentikan pensyarah sambilan tidak tepat dan amat dikesali.”

Katanya, UiTM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang prihatin dengan pembangunan serta operasi universiti, malah ia proses berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.