BUAT AHLI PAS .WAJIB TONTON; JANGAN NAFIKAN UG WUJUD,Subky Latif : UG itu benar adanya, bukan keberangkalian.

 

 

Monday, June 29, 2015


Subky Latif : UG itu benar adanya, bukan keberangkalian.

Saya percaya ramai yang kesihankan Subky bila dia kata:



" Apa yang dikatakan UG atau Kerajaan Perpaduan yang menghantui setengah kerabat Pakatan Rakyat hanya satu keberangkalian jika pernah ia dibincangkan oleh Majlis Syura Ulama.



 "Sehingga kini Majlis Syura tidak mengetahuinya dan tidak pernah membincangkannya." Baca seterusnya di sini.




Walaupun telah kesekian waktu telah terbukti adanya UG dengan pengakuan Hj Hadi sendiri dan juga pendedahan oleh bekas Timbalan Presiden Nasarudin Mat Isa, penulis sehebat Subky Latif ini masih naif dan masih berani untuk mengatakan bahawa kewujudan UG hanyalah suatu keberangkalian? 



Dan dia tanpa segan silu mengatakan, antara sebab DAP mencurigai PAS, khususnya TG Haji Abdul Hadi Awang ialah hantu UG inilah....



Pertamanya, wahai Tuan Hj Subky, bukan DAP sahaja yang mencurigai Hj Hadi dan pimpinan chainya yang kini, tapi ramai pimpinan PAS termasuk ahli di peringkat akar umbi beranggapan begitu.


Mahu dikatakan apa lagi bila Hj Hadi sendiri pernah mengakuinya? Nak dikatakan apa lagi bila Nasarudin Mat Isa sendiri telah mendedahkan:
Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, memutuskan untuk mengadakan perbincangan dan sessi dialog dengan Umno dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita. 


 Agenda perpaduan PAS dan Umno, mesti menjadi agenda yang berterusan tanpa boleh diberhentikan! Itulah pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa.Vdonya ucapannya di sini

MSU sepatutnya memanggil Nasarudin Mat Isa untuk disiasat mengenai pengakuannya tersebut yang telah tersebar luas dan telah sekian lama berada di media sosial. Mustahil jika MSU tidak menyedarinya.....

Bukankah Ust Ahmad Awang pada ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar PAS 55 di Shah Alam, 7 Jun 2009 telah menyatakan: 
Saya nak bagi tahu ketika kami di Perak membuat keputusan dulu tegas sungguh untuk tidak bersama dengan Umno dan putuskan dah bersama Pakatan Rakyat... belum bernama Pakatan Rakyat untuk bersama DAP dan PKR.  Saya dihubungi oleh pimpinan tertinggi.. 


"Tak bolehkah kaji keputusan itu untuk kita bersama parti bersama Umno.." 


 Ada saudara-saudara.. Jadi jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut siapa. Tapi saya nak katakan ada.. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah Pas semua yang ada dalam ini tidak yang berfikir begitu.. Ada..!!
Dengarlah sendiri melalui rakaman videonya  :







Kenapa tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin PAS ketika itu, samada dari Haron Din atau dari Hj Hadi sendiri menyangkal kenyataan UAA tersebut? Sehinggalah ke hari ini, mereka semua bungkam tidak berani menafikan kenyataan UAA tersebut.

Wahai Subky, jangan jadi jumud sangat. Malulah kalau bekas penulis yang besar dan sehebat tuan boleh menggelungsur jatuh ke taraf chai....Ada lagi satu video yang patut Subky tontoni :





OLEH AL HUSSEIN

1MDB: Kementerian Kewangan jamin risiko pelaburan asing

1MDB: Kementerian Kewangan jamin risiko pelaburan asing
PJ Utara MP Tony Pua

1MDB: Kementerian Kewangan jamin risiko pelaburan asing

Tidak menghairankan International Petroleum Investment Company (Ipic) sanggup memperuntukkan AS$1 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana Kementerian Kewangan akan menjamin syarikat pelaburan dari Abu Dhabi itu jika berdepan kegagalan, kata DAP.

Setiausaha publisiti kebangsaannya, Tony Pua berkata kerajaan Malaysia sudah pun menyediakan AS$4.71 bilion (RM17.7 bilion) bagi menjamin Ipic sekiranya 1MDB gagal menunaikan tanggungjawabnya memindahkan aset yang sama nilai sebelum 30 Jun 2016.

“Penemuan ini memeranjatkan kerana ia akan meningkatkan liabiliti kontinjen Malaysia yang secara rasmi di paras RM157.5 bilion pada 31 Disember 2014, sebanyak lebih 11%. Secara rasminya, kerajaan sudah menjamin pinjaman RM5.8 bilion untuk 1MDB.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti segera menjelaskan perkembangan mengejutkan ini, jaminan besar itu dan akhirnya, satu lagi usaha menyelamat 1MDB melibatkan berbilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Pua berkata, Ipic mengumumkan jaminan AS$4.71 di Bursa Saham London pada 10 Jun bersama terma perjanjian dengan 1MDB pada 28 Mei.

“Secara dasarnya, pengumuman itu menyatakan Ipic akan memberi pendahuluan segera AS$1 bilion dan menanggung bayaran faedah untuk bon AS$3.5 bilion itu pada tahun berikutnya.

“Ipic juga akan mengambil alih bon itu jika pada 30 Jun 2016, 1MDB memindahkan aset bernilai semua di atas kepada Ipic,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, perjanjian itu menjelaskan mengapa Ipic sanggup menyediakan pendahuluan sebesar itu untuk 1MDB, termasuk jangkaan setahun atau AS$209.65 juta bayaran faedah, untuk “pemindahan aset” yang belum dijalankan dan nilainya belum dikenal pasti.

Katanya, jaminan AS$4.71 bilion itu merupakan jaminan rasmi kerajaan atas pinjaman RM5.8 bilion 1MDB; dua surat sokongan untuk menambah pinjaman berjumlah AS$3 bilion (RM11.25 bilion) pada Mei 2013 dan AS$150 juta (RM540 juta) pada Mac 2015; dan pinjaman langsung sebanyak RM950 juta kepada 1MDB .

“Bersama dengan jaminan terbaru RM17.7 bilion ini, amaun yang ditanggung kerajaan jika 1MDB gagal membayar pinjamannya akan meningkat kepada RM36.2 bilion.

“Ini mengatasi jaminan kerajaan yang diberikan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM29.2 bilion,” katanya.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bulan lalu berkata, Ipic akan memperuntukkan AS$1 bilion (RM3.66 bilion) kepada 1MDB bagi tujuan melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Katanya, 1MDB memeterai satu perjanjian ikatan dengan Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments di mana Ipic akan membuat bayaran tersebut kepada 1MDB pada atau sebelum 4 Jun 2015.
“Perjanjian itu juga akan merangkumi langkah-langkah lanjut untuk menangani secara menyeluruh pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pelbagai pihak, maklumat lanjut yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Husni berkata perjanjian itu merupakan langkah besar ke arah mengurangkan beban hutang 1MDB, serta bahagian penting daripada usaha rasionalisasi seperti yang dibentangkan kepada Kabinet.