PENYOKONG PH MULA KECAM TIAN CHUA AKTIF CERAMAH PAS



Pihak penganjur menyiapkan kerusi untuk Naib Presiden Pas, Iskandar Samad, namun ia tinggal kosong.Pihak penganjur menyiapkan kerusi untuk Naib Presiden Pas, Iskandar Samad, namun ia tinggal kosong.
Tindakan para pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi disifatkan sebagai menipu dan menghina bukan sahaja kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli partinya tetapi juga pembangkang keseluruhannya.
Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang.Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang."Bagi saya ketidakhadiran mereka selepas janji nak hadir adalah satu penghinaan bukan saja kepada Tun Mahathir yang kata mereka hadir dalam ucapannya, tetapi juga kepada pembangkang keseluruhannya,"kata bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Namun Zaid tidak terkejut apabila seorang pun pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis itu.
"Saya tidak terkejut bila Pas tak hadir semalam kerana jelas mereka sayang benar kepada Najib. Mungkin ramai lagi ahli Pas tak faham bahawa pemimpin mereka terikat dengan Najib," kata Zaid kepada Malaysia Dateline.
Ketika memberikan ucapan perasmian malam tadi, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presidennya, Datuk Iskandar Samad ke majlis.
Namun kedua-duanya terbukti tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu di Stadium Melawati, Shah Alam itu. Kerusi yang ditulis nama Datuk Iskandar Samad tinggal kosong.
Dalam ucapannya, Mahathir mengalu-alukan kedatangan pemimpin Pas tanpa menyedari mereka tidak datang sebenarnya.Dalam ucapannya, Mahathir mengalu-alukan kedatangan pemimpin Pas tanpa menyedari mereka tidak datang sebenarnya.Malaysia Dateline difahamkan, wakil Pas sudah berjanji akan hadir ke majlis pelancaran itu sehingga nama mereka diumumkan oleh Mahathir dalam ucapannya.
Namun, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat tengahari semalam dipercayai membuat keputusan agar kedua-duanya tidak menyertai majlis Bersatu itu.
Bagi Zaid, ini bukan kali pertama Tun Mahathir dihina oleh Pas, bahkan sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari juga menghina Mahathir apabila berkata mereka sedia bekerjasama dengan Bersatu tetapi tidak dengan Mahathir.
Bagi beliau, ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memujuk Pas malam tadi hanya harapan semata-mata.
"Ini hanya 'wishful thinking' sahaja. Terimalah realiti,"kata Zaid mengulas ucapan itu.
Bagi beliau, apapun jumlah pengundi Melayu yang hilang kerana Pas, sudah cukup dan boleh di 'top up' melalui gabungan Bersatu dan Amanah.
"Tetapi kalau tiada keyakinan susahlah," kata Zaid.
"Apa guna kita buat majlis pelancaran besar-besaran jika masih tak yakin. Jika kita yakin, dan Amanah pun yakin, saya pun yakin ia boleh diatasi. Gabungan Bersatu dan Amanah ini boleh.
"Dua atau tiga penjuru, saya yakin kita boleh jatuhkan Najib," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Harapan untuk heret Pas sudah berakhir, kata Sayuti Omar.Harapan untuk heret Pas sudah berakhir, kata Sayuti Omar.Dalam pada itu, penulis Mohd Sayuti Omar membuat kesimpulan, tanpa kehadiran pemimpin Pas ia menunjukkan bahawa harapan untuk mengheret sama parti agama itu dalam pakatan Harapan sudah berakhir.
"Dengan apa yang berlaku malam ini maka semakin jelas dan boleh disahkan yang Pas akan bersendirian untuk menghadapi Piraum akan datang ataupun kalau ia mencari regu, regunya ialah Umno," tulis Sayuti melalui akaun Facebooknya.
"Makanya mulai malam ini semua pihak pembangkang jangan menanti dan mengharapkan Pas lagi. Reda dan lepas Pas dengan cara politiknya sendiri. Hak asasi berpolitik kena dihormati," katanya lagi.
Bagi beliau, parti-parti Pakatan Harapan harus yakin untuk membina kekuatan sesama mereka bagi menghadapi UBN dalam PRU akan datang.
"Melihat kepada kepaduan ditunjukkan malam ini (tadi) pakatan baharu ini dapat merealisasikan harapan rakyat untuk menumbangkan UBN," tegasnya.

LAGI-LAGI CHINA, APA LAGI MAHU DISERAH SELEPAS INI?



Kebergantungan negara di bawah pimpinan Najib Razak kepada China nampaknya seperti tidak berpenghujung.

Jika sebelum ini tanah Bandar Malaysia, keretapi laju, keretapi pantai timur, projek perumahan, kapal peronda, pelabuhan dan macam-macam lagi diserahkan secara mendadak kepada syarikat-syarikat negara China, kini cara mencegah jenayah dan menjaga sempadan pun kita mahu bergantung dengan China juga.
Sempena lawatan Zahid Hamidi ke China, dilaporkan antara yang dipersetuju ialah mahu belajar bagaimana menurunkan kadar jenayah dan memohon diajar cara mengawal sempadan daripada negara tersebut.

Kenapa dengan China dan apakah  benar-benar tiada negara lain yang punya kemampuan dan teknologi seperti itu?

Mengapa juga, hanya setelah 60 tahun memerintah negara,  kita tiba-tiba mahu belajar dan diajar mengenainya?

Selama ini, pemimpin-pemimpin yang diberi kuasa menjaga negara ini, apa kerja mereka?

Selain itu, apa lagi selepas in yang bakal diserahkan atau mahu diletakkan pergantungan kepada?
Adakah segala-galanya di Malaysia ini mahu diChinakan?

Tetapi, kenapa orang Cina di negara sendiri dimusuhi oleh UMNO, BN dan kerajaan sehingga kesetiaan mereka sering dipertikaikan dan mereka dianggap salah dan dilabel melakukan tsunami Cina serta ditanya, "apa lagi Cina mahu?" jika tidak bersama dengan kerajaan? 

Seorang kawan Cina pernah berkata, jadi Cina China lagi untung daripada jadi Cina Malaysia.

Aduhhh....(SH 15/01/2017).





Mahfuz Omar 2Mahfuz Omar 2Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di Stadium Malawati, pada Sabtu lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.
“Tidak wajar Pas tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah Pas mahu memencilkan diri daripada satu kelompok ‘grand coalition’ dalam kalangan parti pembangkang yang ada ini.
“Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidaksediaan Pas untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan atau dengan Bersatu,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Mahfuz satu-satunya pemimpin Pas yang hadir, meskipun Bersatu dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pemimpin Pas.
Mahfuz berkata, kehadirannya kerana mendapat jemputan daripada pihak Bersatu.
"Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan Pas dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi,” katanya.
Menurutnya, tidak menjadi kesalahan untuknya menghadiri apa juga program anjuran Pakatan Harapan kerana berasakan kehadiran itu atas kapasiti rakyat Malaysia.