PATUT TAK DIPILIH DAH.,PEMIMPIN TAK CERDIK


RMS


 Rujuk manifesto PH sebelum keluar kenyataan.

Kerajaan hari ini BUKAN Kjaan PH tapi gabungan 19 buah parti politik termasuk diSabah dan Sarawak dan MCA juga.



WALAUN KENA MOHONG SAJA.

 

Nak bagi bonus pada kakitangan kjaan negeri, kena minta kelulusan MOF kata MB Tganu..



Tapi bila beli kereta, ada minta kelulusan MOF.??

😆😆


PMX SANTAI SIHAT

 


Usai urusan bersama rakyat Malaysia di Brazil, saya sempat jalan santai di Barra da Tijuca, Rio de Janeiro yakni pantai berhadapan tempat penginapan.








#MalaysiaMADANI



CERITA SANTAI MALAM.


 Kekadang saya tergelak sendiri bila baca catatan lama (2022) seperti ini. 



**********


Ini kereta kawan. 


Saya hanya test drive untuk merasai kehebatan Nissan GTR R35, kereta sports paling femes dari Jepun. 


Ianya direkabentuk untuk menandingi Porsche 911 Carerra, Porsche Panamera dan Mercedes AMG GTR. 


Jikalau Porsche ditakrif sebagai 'a lady', Nissan GTR 'is a beast'. 


Apabila tekan accelerator terasa kepala saya tersentak ke belakang dan jantung terpelesuk 2 inci ke dalam. 


Dengan engin twin turbo 3.8 liter V6 ianya boleh pergi 0-100 km/hr hanya 2.7 saat. Perodua Bezza ambil masa 12 saat. 


Hanya mereka mempunyai 'unlimited money' boleh pakai kereta ini kerana maintenance sangat tinggi. Untuk tukar satu tube sahaja harga RM3000. 


Kenapa rakan saya pakai kereta ini? 


Sebenarnya dia terpaksa pakai kerana rakan beliau meminjam RM100,000 tetapi tidak dapat bayar balik jadi dia tukar ganti dengan kereta milik beliau ini. Ahaks. 


Berapa dapat minyak mpg? 


Jangan buat malu tanya soalan ini kepada pemandu Nissan GTR, Porsche, Aston Martin, Buggati, Ferrari dan Jaguar. 


Pernah nampak pemandu kereta sports isi minyak Ron 95 macam Axia kompang? Ahaks. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar



SAPU JANGAN TAK SAPU. MEMBALAK BERSAMA ULAMAK


 

PATUT SEMBANG DERAIH DALAM DEWAN, RUPANYA TAK BERGUNA MASA JADI KERAJAAN.


 

JELAJAH LIBAT URUS NEGERI 9 ESOK.


 Rafizi Ramli. 


Jelajah Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) akan diteruskan di Negeri Sembilan pada 19 November 2024, Selasa yang akan bermula jam 4.30 petang di Lexis Hibiscus, Port Dickson. Pada sesi yang lebih awal, saya akan terlebih dahulu berdialog bersama-sama pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.



Semua warga Negeri Sembilan yang berkelapangan dijemput untuk hadir beramai-ramai ke sesi ini bagi menyampaikan input-input yang relevan dan sesuai dalam merangka dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).


Mohon disebarkan kepada semua.



LAPORAN POLIS TERHADAP PEMFITNAH


 

LAPORAN POLIS KEPADA PEMFITNAH

 

Tindakan fitnah PMX sokong penubuhan ISRAHELL satu tindakan SABOTAJ NEGARA MALAYSIA



Laporan polis terhadap berberapa pemimpin dan YB pembangkang telah kami buat harini. 


Syam Ghaz


https://vt.tiktok.com/ZSjaVaYDF/



𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗝𝗣 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟰𝟬𝟬𝗸, 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗔𝗣𝗔 𝗧𝗨?



✍️ Ahmad Mursi


1. Seorang AJP boleh dapat elaun sehingga RM200k ke RM400k setahun.


2. AJP tubuh 19 Jawatankuasa, berturut-turut la mesyuaratnya dan banyaklah elaunnya. 


3. Dari hal kecil, sampai hal perjawatan & perolehan yang paling strategik untuk kartel.


4. Antara reform pasukan kerja Menteri cuba buat, kecilkan jawatankuasa dari 19 jadi 4 untuk jimatkan duit NAFAS. Tentulah ada AJP tak senang sebab itu sumber pendapatan mereka.


5. Kalau di sebuah syarikat, ada 'corporate governance' pisahkan kuasa lembaga pengarah dan eksekutif, tapi tidak di NAFAS.


6. AJP tu sendiri sibuk dengan kerja eksekutif dan operasi harian, bukan lagi penggubal dasar. Tak ada check and balance.


7. Pengurus Besar ni dah jadi macam 'budak suruhan' AJP. Perkara kecil pun kena AJP luluskan.


8. Pekerja-pekerja NAFAS disusun oleh kartel. Tak pandai buat kerja tak apa, asalkan boleh jaga kepentingan kartel.


9. Sebab tu, antara syarat yang diarahkan oleh LPP ialah baiki tatakelola berkait mesyuarat dan elaun ni.


10. Dalam sejarah NAFAS, hanya 3 je Menteri Pertanian yang pernah gantung perlembagaan NAFAS untuk pulihkan tatakelola. DS Anwar (1984), Arwah Salahuddin Ayub (2018) dan Mat Sabu (2024). PN-PAS tido.


KAH.. KAH.. KAH.. WOIIII... TAK MAMPU BAYAR KE? GUANE MUNG?

 

Cinta Jannah Ahmad


Aikk...nak bagi bonus kat penjawat awam pun kena tunggu kerajaan pusat yang payung duit ke?

 Dahlah gambar PMX pun pakcik tak gantung dalam pejabat pakcik lepas tu nak harap PMX pulak ya...macam ni ke kononnya bakal PM pilihan geng² pembangkang 🤔



BERTEMU DIASPORA MALAYSIA DI BRAZIL

 


Menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia dan rakan-rakan Malaysia di Rio de Janeiro.







Dalam majlis ini saya terangkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk membawa perubahan yang besar kepada negara.


Saya maklumkan kerajaan kini punyai pasukan yang mantap dan akan bekerja keras melaksanakan dasar serta polisi yang menguntungkan rakyat keseluruhannya. 


Kerajaan MADANI juga tidak akan berkompromi dengan isu rasuah dan mana-mana pihak yang merobek kekayaan rakyat.


Saya turut singgung siri lawatan ke beberapa negara memberi impak positif, bukan hanya mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga limpahan positif kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia.


Justeru, saya memohon agar rakyat baik di Malaysia atau di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik yang dibuat kerajaan.


#MalaysiaMADANI



TERKINI! Sanusi bakal disaman Rm1 bilion- DSAT | Johari dan Khaled poten...


1. Fahmi Fadzil nafi arah SKMM untuk minta MalaysiaKini turunkan hantaran video skandal rasuah Sabah. 2. Hajiji Noor gesa GRS tingkatkan usaha lawan fitnah untuk jatuhkan Kerajaan Sabah. 3. Malaysia dan UAE adakan perbincangan, terus perkukuh hubungan dua hala. 4. PM Anwar ulangi komitmen Kerajaan madani, tidak kompromi dalam isu rasuah. 5. Zaid Ibrahim dakwa Johari Abdul dan Khaled Nordin berpotensi jadi PM seterusnya. 6. DSAT ambil Tindakan undang – undang, saman Sanusi sebanyak RM1 bilion. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia .






1. Fahmi Fadzil nafi arah SKMM untuk minta MalaysiaKini turunkan hantaran video skandal rasuah Sabah. 2. Hajiji Noor gesa GRS tingkatkan usaha lawan fitnah untuk jatuhkan Kerajaan Sabah. 3. Malaysia dan UAE adakan perbincangan, terus perkukuh hubungan dua hala. 4. PM Anwar ulangi komitmen Kerajaan madani, tidak kompromi dalam isu rasuah. 5. Zaid Ibrahim dakwa Johari Abdul dan Khaled Nordin berpotensi jadi PM seterusnya. 6. DSAT ambil Tindakan undang – undang, saman Sanusi sebanyak RM1 bilion. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia .



GAGAL PATUT DITANYA KEPADA MAHATHIR! KERAJAAN PUSAT LAYAN BAIK, TAPI LEB...

MP PN HIDUP DENGAN FITNAH! DEWAN PANAS & RESPON TERKINI DS SAIFUDDIN FIT...



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memberi amaran keras kepada pihak yang berlebihan memainkan isu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf Israel. Beliau menyatakan rasa kesal kerana individu yang memainkan isu ini adalah mereka yang menggunakan nama parti Islam.
Katanya, tidak masuk akal untuk seorang pemimpin negara Islam seperti Anwar mengambil pendirian menyokong Israel.
“Takkanlah (mereka) tak boleh buat penilaian langsung bab itu. (Mereka buat ini) hanya untuk dapat keuntungan politik, hendak tempek wajah ‘hodoh’ – Anwar Ibrahim equal to Israel… “Maka (mereka hendak mengajak) mai lah orang Melayu Islam jangan sokong (Anwar). (Tujuan mereka) macam itu. (Perbuatan ini) hanya untuk memancing sokongan, itu yang saya kesalkan,” katanya dalam sidang media semalam.
Saifuddin memberi peringatan supaya semua pihak berhenti memainkan isu berkenaan memandangkan pendirian Malaysia amat jelas dalam mengecam dan menolak sama sekali sebarang kekejaman dilakukan Israel terutama terhadap rakyat Palestin.
“Saya percaya bahawa rakyat terbanyak mengikuti perkara ini dan rakyat tahu buat penilaian, sebab itu kita minta hentikan, tetapi kalau berlebihan tentulah pendekatan penguatkuasaan kita ambil “Terang-terang pendirian Malaysia ini diketahui seantero dunia, (diketahui) oleh kawan dan lawan, tiba-tiba ada lagi kenyataan yang nak memperlekehkan kebijaksanaan rakyat (dengan dakwa Perdana Menteri mengiktiraf dan sokong Israel), sebab itu kita suruh dia (dan mana-mana pihak berkaitan untuk) hentikan perbuatan seperti ini,” katanya lagi.



MISI PELABURAN DAN PERDAGANGAN DI BRAZIL.


 Mengetuai misi pelaburan dan perdagangan Malaysia dalam sesi meja bulat bersama 27 syarikat termasuk persatuan perniagaan Brazil.





Kesemua syarikat dan persatuan perniagaan ini terdiri daripada pelbagai sektor antaranya semikonduktor, aeroangkasa, produk petro kimia dan pemprosesan makanan di Brazil.


Walaupun Malaysia dikenali sebagai hab semikonduktor dan tenaga boleh baharu serta diantara negara yang merekodkan kepesatan pembangunan dalam industri Pusat Data dan Kecerdasan Buatan (AI), namun masih terdapat potensi untuk ia terus berkembang.


Kerajaan akan sentiasa bergerak aktif menarik pelaburan berkualiti termasuk memperkasa strategi perdagangan Global South dengan negara seperti Brazil.


Banyak syarikat Brazil juga menyatakan minat untuk terus meneroka peluang pelaburan di Malaysia mengambilkira dasar yang jelas seperti yang digariskan di bawah Ekonomi MADANI. 


Justeru, adalah penting supaya industri dan ekosistem perniagaan dalam negara terus diperkasa supaya fokus utama dari sudut ekonomi dan pembangunan akan dapat dicapai.


#MalaysiaMADANI



BILA DUIT SAMUN DIRAMPAS SEMULA.


 

KEH.. KEH.. KEH... DAPAT ELAUNS SEKULAR

 

Rms 



AMAL kena daftar dengn Jabatan Pertahanan Awam..

Insya Allah lepas ni dapatlah elaun sekular..


BUNG ZEZIE DIARAH BELA DIRI.


Zainuddin Omar


 In the first place, kenapa perlu Felcra buat pelaburan dalam unit trust sebanyak RM150 juta? 


Semua lantikan politik ghanimah sebagai BOD dan Pengerusi dalam GLC perlu dihentikan.  



***********

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad untuk mereka membela diri dalam kes rasuah bernilai RM2.8 juta berkaitan pelaburan amanah saham.


Ketika membacakan keputusan sebulat suara daripada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat kesilapan kerana keputusan prima facie tidak boleh disemak semula.


Bagi pihak Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim yang mempengerusikan panel rayuan dan Hakim Noorin Badaruddin, Zaini menjelaskan keputusan oleh mahkamah perbicaraan bukan penyelesaian akhir terhadap hak tertuduh untuk membela diri.


Zaini menegaskan proses perbicaraan jenayah mesti diteruskan agar tertuduh berpeluang mengemukakan pembelaan mereka.


Hakim turut menekankan hak perbicaraan yang adil terpakai secara sama rata kepada pihak pendakwaan dan pembelaan.


"(Menyemak semula) keputusan prima facie akan mengganggu perbicaraan yang adil apabila mahkamah perbicaraan terpaksa menangguhkan prosiding untuk membolehkan sesuatu pihak membuat rayuan terhadap perintah (prima facie) tersebut.


"Tindakan ini akan mengganggu kelancaran perbicaraan dan membazirkan masa kehakiman dan ia perlu dihentikan," kata Zaini.


Hakim rayuan kemudian mengarahkan perbicaraan peringkat pembelaan terhadap Bung dan Zizie disambung semula di Mahkamah Sesyen tanpa sebarang penangguhan.


Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasangan itu untuk membatalkan keputusan mahkamah rendah yang mengarahkan mereka membela diri atas pertuduhan.


Sebelum itu, pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung dan Zizie.


Pada 18 Sept 2023, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid yang membebaskan pasangan itu daripada pertuduhan.

Mahkamah Tinggi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 46, bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 itu.


Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui isteri tertuduh Zizie Izette.


DIa dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.


Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.


Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.


Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Zizie Izette mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.



NINDIA...


 

NYANYI KARAOKE DENGAN ANAK DARA 2 PAGI PUN TAK HARAM... IKUT DALIL SENDIRI HALAL ATAU TIDAK

 

Jika ikut logik PAS, Malaysia pun negara haram kerana mengekalkan 'perlembagaan penjajah'



NEGARA DI AMERKIKA SELATAN YANG TIADA HUBUNGAN DIPLOMATIK


RMS

 Brazil antara negara di Amerika Selatan yang memutuskan hubungan diplomatik/downgrade dgn Israel, negara lain adalah Chile, Bolivia, Colombia, Honduras, Chile dan Belize.



RASUAH BERAKAR UMBI. SEBAB TU ANWAR DIBENCI.. DITANAM DALAM SANUBARI.. OLEH LEBAI WALAUN MASA KINI.


               Zunar cartoonist fan club



BANGKIT APA...BARANG MAHAL ? ADA SAWIT POTONG BUAH TAK MAU..BAGI INDON POTONG BUAH..BAGI BANGLA JAGA KEBUN....ANAK MELAYU JADI DOKTOR LAM LADANG...JUAL PIL KUDA...PENAGIH PUN MELAYU LA...


 

NOHHHH.... MELAYU...

 


KENAPA ANWAR DISERANG WALAUN ?



Credit :  Zura
 
Kenapa PMX diserang walaun? Mereka dah tak ada isu besar nak main..mereka main isu kecil-kecil  yang mana disukai oleh banyak orang Melayu.MP PN hambar dalam dewan rakyat. Tiada isu yang boleh diketengahkan. Ekonomi orang melayu, PN tak dapat selesaikan dan apa yang kerajaan Madani lakukan nampak membantu orang Melayu. 

Orang Melayu, pakcik makcik suka tengok tiktok.. Mereka suka membawang, dan menyampaikan dari mulut ke mulut. 

 Bagi mereka-mereka  yang rata-ratanya  rakyat dibawah..di kampung-kampung ..mereka tak reti bab ekonomi..Bajet..Pelaburan..jadi mudah cerita- srita begini jadi jarum masuk dalam masyarakat bawahan..yang rata-rata kurang pengetahuan..

Jadi sekarang nie macam-macam berita kejayaan PMX..jadi mereka sedaya supaya cuba untuk tenggelamkan isu kejayaan itu dengan isu-isu remeh seperti ini..



LAWAK SIKIT


 

LEBAI PAS MAKIN HEBAT DALAM JAJAH FITNAH! ADAKAH MEREKA SEMAKIN KEPANASA...



Mengadakan pertemuan dengan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva di luar Sidang Kemuncak G20. Dalam pertemuan ini kami membincangkan langkah-langkah untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, industri halal, keterjaminan makanan dan pertanian, sains, teknologi dan inovasi, semikonduktor serta alam sekitar dan perubahan iklim. Kami juga menekankan komitmen untuk memerangi ketidaksetaraan, kelaparan dan kemiskinan serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat kedua-dua negara. Saya menyatakan penghargaan atas sokongan Brazil kepada Malaysia sebagai negara rakan strategik BRICS, dan pelaburan Petronas dan Yinson. Disamping itu, kami turut membincangkan mengenai pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saya turut mengundang Presiden Lula untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 2025 sebagai Tetamu Pengerusi. Malaysia dan Brazil akan meneroka inisiatif terbaik sewaktu Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN manakala Brazil sebagai Presiden BRICS dan tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP). Saya yakin dan percaya hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terjalin selama 65 tahun ini akan terus berkembang pesat demi manfaat bersama.



Dengar sampai habis betul lah tu apa kata Lokman adam

SIAPALAH AZMIN ALI KETIMBANG DENGAN DENGAN YB RAFIZI RAMLI MENTERI EKONO...

Anwar kukuhkan ‘silaturahim’ Malaysia-Mesir, tegaskan perjuangan demi Gaza




Di atas kertas, hubungan diplomatik Malaysia-Mesir mencapai usia 65 tahun sejak 10 November 1959, tetapi kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu atas jemputan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi melambangkan ‘silaturahim’ kedua-dua negara melangkaui tempoh itu, manakala signifikannya sangat besar, terutama dalam konteks geopolitik.

Hakikatnya, hubungan antara rakyat terjalin sebelum kedua-dua negara berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British, iaitu Mesir pada 1922 dan Tanah Melayu pula merdeka pada 1957. Ini kerana pelajar dari Tanah Melayu sudah melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir akhir abad ke-19 lagi, sekali gus menjadikan hubungan people-to-people antara kedua-dua tamadun terikat atas dasar keilmuan dan persaudaraan kukuh.

Tidak hairanlah selain pertemuan dan mesyuarat dua hala kedua-dua negara masing-masing diwakili Anwar dan El-Sisi, Perdana Menteri turut mengadakan perjumpaan dengan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb. Ia membuahkan hasil signifikan, iaitu penambahan biasiswa kepada pelajar Malaysia cemerlang dalam perubatan, kejuruteraan dan teknologi di universiti berkenaan serta kewujudan program Sains Islam (Ulum Islamiah) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Umumnya, pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke universiti tertua di dunia selepas Universiti az-Zaytuna, Tunisia dan Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi itu dalam bidang agama, tetapi perkembangan terbaru berkenaan bertepatan hasrat Perdana Menteri seperti diluahkan dalam syarahan umum di hadapan lebih 1,500 kakitangan dan pelajar Universiti Al-Azhar. Anwar mahu pelajar memperlengkapkan diri bukan sahaja dengan ilmu keagamaan, bahkan dalam bidang teknologi supaya dapat mengintegrasikan nilai Islam dengan kemajuan digital seperti kecerdasan buatan (AI).

Malah, kunjungan Perdana Menteri juga membawa signifikan sangat besar dalam konteks geopolitik melalui kenyataan bersama Anwar dengan El-Sisi mengutuk serangan Israel dan menyeru gencatan senjata segera di Gaza serta Lubnan untuk mengelakkan krisis kemanusiaan lebih parah. Serangan genosid Israel sudah mengorbankan lebih 43,000 nyawa, merebak ke Lubnan mengembalikan igauan perang 1982 dan Gaza pula dikhuatiri menghadapi krisis kebuluran.

Kenyataan bersama Malaysia-Mesir itu memperkukuh lagi usaha Anwar yang sejak awal bukan sahaja mengecam serangan Israel dan melaungkan solidariti dengan Gaza, bahkan ‘berdebat’ dengan pemimpin Barat termasuk Canselor Jerman, Olaf Scholz di Berlin serta berusaha memastikan bantuan kemanusiaan dari Malaysia dapat disalurkan ke Gaza.

 

Apatah lagi, Anwar membawa misi besar termasuk suara dan mandat rakyat pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam untuk membincangkan serangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin dan Lubnan. Kita berharap sidang berkenaan menghasilkan keputusan konkrit termasuk melaksanakan embargo minyak jika perlu dan memastikan semua negara Islam sepakat memulau Israel hingga negara haram itu menamatkan serangan ganas ke atas Gaza serta Lubnan.

 

 

BILA CAKAP NAK MEMBOHONG DEMI UNDI- AKHIRNYA SATU PUN TAK DAPAT.

 

Gerakan kata orang bukan Isla
m takut dengan Pas punca tak undi PN.


SITI NUR ZAWANINovember 17, 2024

Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata masyarakat bukan Islam bimbang dengan pendirian Pas yang berubah-ubah sehingga menyebabkan Perikatan Nasional (PN) sukar meraih undi kaum lain.

Beliau berkata, orang bukan Islam takut dengan pendirian Pas mengenai minum arak dan isu hudud

“Masyarakat bukan Islam kata dulu dia (Pas) nak negara kebajikan, sekarang dia kata nak negara Islam. Pas dulu tak kata tak boleh minum (arak), tak boleh berjudi, berseluar pendek.

“Tapi sekarang Pas kata tak boleh berjudi, minum arak, pakai seluar pendek, nanti kena hudud. Oleh itu kita (bukan Melayu) takut,” katanya menurut FMT.



Atas sebab itu, Gerakan menggesa agar PN mewujudkan deklarasi untuk bukan Melayu dalam usaha mengurangkan tekanan komuniti itu untuk memilih PN pada PRU16.

“Oleh itu kita buat satu deklarasi yang Bersatu bela hak orang Melayu dan Pas pula muslim, (tetapi) masing-masing jangan mempengaruhi hak kaum lain,” katanya berucap pada persidangan Gerakan ke-52 hari ini.

 

DUA KETUA PENERANGAN - SAIFUDDIN PERNAH MENJADI KETUA PENERANGAN BARISAN ALTERNATIF DAN PKR, MANAKALA SEORANG LAGI PENERANGAN PAS..SEORANG SERING MENGGUNAKAN FAKTA DAN SEORANG LAGI KERAP AUTA.

 

‘Bukan tak boleh duduk sekali’, ramai sejuk hati lihat gambar ini

HarapandailyNovember 18, 2024

Foto yang memaparkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail duduk sekali dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menarik perhatian orang ramai.

Rata-rata sejuk hati melihat pemimpin Kerajaan Madani boleh sahaja sepentas dengan Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat itu.

Terdahulu, Ahmad Fadhli mengucapkan terima kasih kepada Saifuddin ataas perasmian majlis Santuni Madani Satu Pemimpin Satu Kampung – Komisioner Jeneral Penjara di Tal 7 Pasir Mas.

“Semoga kehadiran Menteri KDN bersama seluruh pemimpin agensi kerajaan di bawah KDN dapat dimanfaatkan untuk kebajikan penduduk di Tal 7 Insya Allah.

“Menteri juga mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk projek pembaikan rumah-rumah daif di Tal 7 yang akan diuruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama kariah Masjid Mukim,” tulis Ahmad Fadhli menerusi Facebook rasmi beliau.

Susulan perkongsian itu, kebanyakan warganet meninggalkan komentar positif yang menyambut baik kerjasama pembangkang brsama pemimpin kerajaan demi manfaat rakyat.

 RAKYAT TAK TERANCAM DI BAWAH KERAJAAN

 PERPADUAN

 “Sejuk mata melihat kerjasama walau berlainan politik, manfaatnya dapat dirasai masyarakat setempat.

“Terbaik. Sikap macam inilah yang bagus untuk diamalkan di Malaysia.

“Daripada kutuk mengata lebih baik berkerja.

“Terima kasih Saifuddin Nasution Ismail dan pihak kementerian untuk projek-projek baik pulih kuarters badan beruniform. Nampak hasilnya,” demikian antara komentar warganet.

 

JAWAPAN UNTUK FADLI SAARI- TERKAIT JAWAPAN RAFIZI MENGENAI KEMUDAHAN DAN ASAL SESUATU TEMPAT- Penang in Early 40's ,40年代的槟城

SOALAN FADLI SAARI NI SELALUNYA TAK CERDIK . JOM DENGAR 30 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN APA MEREKA TELAH LAKSANAKAN?

YB RAFIZI JAWAB SOALAN MP PASIR MAS “KENAPA TIDAK LETAKKAN KELANTAN SEBA...