BERBANDING AZAM BAKI, ANWAR LEBIH PATUT DIKALUNGKAN UCAPAN TAHNIAH
Sebagaimana dilaporkan media, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki
disambung khidmatnya setahun lagi untuk mengetuai agensi pencegahan rasuah itu.
Beliau yang sepatutnya bersara wajib pada 12 Mei ini kerana
mencapai usia 60 tahun, disambung setahun lagi khidmatnya bermula tarikh yang
sama.
Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan
berkata, Yang Di Pertuan Agong telah memperkenankan pelanjutan tempoh
perkhidmatan Azam itu.
Ini bererti, perkenan Agong itu diberikan setelah lanjutan
khidmatnya dicadangkan oleh kerajaan atau secara spesifeknya oleh Perdana
Menteri, Anwar Ibrahim selaku ketua kerajaan.
Sementara para penyokong PH rata-ratanya terdiam dan ada
sebahagian pula geleng kepala dengan perlanjutan khidmat Azam itu kerana beliau
merupakan antara subjek kecaman gabungan itu sebelum PRU15 lalu, PN dan Pas
pula antara yang paling awal memberikan ucapan tahniah.
Yalah…mana PN tidak gembira dan mengucapkan tahniah kerana
selepas Peguam Negara, Idrus Harun yang merupakan lantikan PM8, Mahiaddin Md
Yasin sebelum ini juga disambung khidmatnya selama enam bulan lagi, kini
giliran Azam pula menerima diberikan khabar gembira.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, dengan
perlanjutan khidmat itu bererti isu saham dan dakwaan mengumpul kekayaan yang
dikaitkan dengan Azam sebelum ini ternyata tidak berasas.
“Malah kami sentiasa yakin dengan penafian Azam berhubung
pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengannya,”tambah Takiyuddin lagi.
Sebuah NGO pro UMNO, tetapi kini juga pro kerajaan iaitu Majlis
Perundingan Melayu melalui jurucakapnya Shahbudin Embun, turut mengucapkan
tahniah kepada Azam.
Kata beliau, perlanjutan itu membuktikan SPRM di bawah
kepimpinan Azam telah memberi keyakinan kepada kerajaan dan rakyat terhadap
usahanya selama ini dalam memerangi rasuah tanpa rasa takut.
Adalah dijangka selepas ini lebih banyak ucapan tahniah diterima
Azam berikutan perlanjutan khidmatnya itu.
Yang nyata di sini, walaupun menjadi subjek kecaman PH sejak
sekian lama, beliau nampaknya bijak menyesuaikan diri apabila terbentuk
kerajaan baru.
Selain Anwar sendiri ada mengeluarkan beberapa kenyataan
mengenai pemilikan saham Azam sebelum ini, antaranya mahu sebuah badan bebas
menyiasat perkara itu, manakala Rafizi Ramli berjanji untuk mencari KP SPRM
jika PH berjaya menjadi kerajaan dan ada juga desakan beliau ditangkap, semua
itu kini nampaknya seperti tiada apa-apa pernah yang berbekas di hati bersama
kuasa yang sudah diperolehi.
Anwar dan PH seolah-olah sudah boleh menerima Azam, malah diberi
lanjutan khidmat selama setahun lagi, walaupun sudah patut bersara secara
wajib.
Dalam hal ini, tanpa menafikan Azam memang wajar diberikan
ucapan tahniah, yang lebih patut dikalungkan ucapan tahniah yang
sebenar-benarnya ialah Anwar sendiri.
Tanpa cadangan Anwar kepada Agong, tentulah tidak mungkin Azam
dapat disambung khidmatnya.
Kenapa Anwar masih mahu Azam terus berkhidmat mengetuai SPRM?
Apakah beliau tiada calon lain?
Di sinilah hebatnya Anwar, bukan saja Peguam Negara dan KP SPRM
tidak ditukar atau ditamatkan khidmat serta-merta apabila kuasa ada dalam
tangannya, pemegang-pemegang jawatan penting lain dalam kerajaan yang
sepatutnya perlu ditukar untuk mempercepatkan proses reformasi sebagaimana
kerap dilaungkan sebelum ini sepertinya tidak perlu bimbang apa-apa dengan
kedudukan mereka.
Agaknya reformasi akan lebih cepat terlaksana dengan mengekalkan
semua mereka itu.
Atas kehebatan luar biasa itu, maka janganlah kita lupa atau
malu-malu untuk memberi sebesar-besar kalungan tahniah kepada Anwar.
Dulu ketika Peguam Negara disambung pun tiada ucapan tahniah
kepada Anwar, janganlah ketika Azam ini pun senyap juga begitu saja.
Apa kata sebagai pendokong dan penyokong PH, mereka tampil
beramai-ramai mulai sekarang memberi kalungan tahniah kepada Anwar? –
ShahbudinHusin 11/05/2023.
INI BARU LAH PENCAPAIAN KPI- BUKAN SEMBANG SANA SINI KATA ORANG NAK BUAT ITU INI, SATU HABUK UN TARAK.
Ni baru dipanggil KPI atau dalam Bahasa Melayu..Petunjuk
Prestasi Utama..BUKAN berapa banyak pergi rumah kenduri, majlis perkahwinan,
pergi surau..mcm KPI puak PAS.. Bukan.. bukan.. tapi pencapaian sebagai seorang
Ahli parlimen atau wakil rakyat sepanjang tempoh yang ditetapkan..
PENCAPAIAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DIBAWA YAB MB AMINUDDIN
HARUN.
Ramai ahli parti pembangkang akan terpalit atas kes ini.
ZAINUDDIN OMAR
Ramai ahli parti pembangkang akan terpalit atas kes ini.
*************
Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ meminta
dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, atas empat pertuduhan
rasuah yang menyebut nama bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin.
Sim Choo Thiam mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan
meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya
berlaku dua tahun lalu.
Mengikut empat pertuduhan rasuah, lelaki berusia 63 tahun itu
dituduh melakukan kesalahan itu antara Jun (tarikh tertentu tidak disebut) dan
30 Julai 2021, sebagai dorongan untuk Hamzah Zazinuddin, yang ketika itu
menteri dalam negeri semasa pentadbiran Perikatan Nasional, untuk membantu Asia
Coding Centre Sdn Bhd untuk mendapatkan sebarang projek daripada agensi di
bawah kementerian berkenaan.
Sim dituduh meminta dan menerima rasuah daripada pengarah urusan
Asia Coding Centre Hep Kim Hong, melalui seorang Syed Abu Zhafran Syed Ahmad.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Solaris Dutamas,
Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,
dengan Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tidak
melebihi 20 tahun, serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah yang
terlibat atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika tertuduh didapati
bersalah.
Selepas Sim mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat
pertuduhan dibacakan, Hakim Rozina Ayob menetapkan ikat jamin RM1 juta dengan
seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya serta
melaporkan diri di ibu pejabat SPRM terdekat di Kuala Lumpur sebulan sekali.
Hakim juga menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram
Gharib, manakala Sim diwakili peguam Low Wei Loke, Hannah Kam dan Kee Wei Lon.
CONTOHILAH ULAMAK SEBENAR.BUKAN CAKAP MELALUT ITU INI.
·
Beginilah contoh ulamak yg benar.
------------------------
Haji Nawawi Janggut Merah Yang Lulus!
Terdapat suatu kisah, di mana Sultan Iskandar Shah, iaitu Sultan
Perak yang ke tiga puluh telah menjemput seluruh ulama terkemuka di negeri
Perak untuk berbuka puasa di istananya di Bukit Chandan, ketika bulan Ramadhan.
Maka ramailah para alim ulama yang hadir demi memenuhi jemputan
daripada baginda Sultan.
Diceritakan, ketika di saat hampir waktu berbuka, baginda Sultan
Iskandar Shah telah menitahkan semua para tetamu yang hadir supaya berbuka dan
menjamah makanan, sedangkan pada waktu itu belum lagi masuk waktu maghrib.
Semua para tetamu yang hadir kehairanan dan mendiamkan diri
kerana tidak berani membantah titah tersebut. Di dalam suasana kehairanan itu
tiba-tiba seorang ilmuan berdiri lalu bersuara, “Kalau tuanku hendak masuk
neraka, masuklah seorang!”.
Semua para tetamu yang terdiri dari kalangan ulama tergamam
dengan tindakan ilmuan itu, kerana yg ditegurnya adalah baginda sultan, selaku
Raja bagi negeri Perak.
Akhirnya baginda Sultan Iskandar Shah memuji tindakan ilmuan
tersebut kerana berani menegur titahnya. Ilmuan tersebut merupakan guru agama
kepada baginda sultan Perak, iaitu Haji Nawawi bin Haji Tahir atau lebih
dikenali sebagai Hj Nawawi Janggut Merah.
Sebaliknya
baginda sultan menegur dan memarahi alim ulama yg mendiamkan diri, lalu baginda
mengeluh dengan berkata, “Nasib baiklah di Perak ini masih ada lagi orang yang
berani menegur beta.”
APA LAGI YANG TIDAK KENA DENGAN ANWAR?
BORMAN RADZUAN
Melayu, Cina, India, Dusun, Iban…musuh kita yg sama
APA LAGI YANG TIDAK KENA DENGAN ANWAR?
Tuan Guru Nik Aziz pernah bertanya kenapa membenci Anwar.
Begitulah juga saya tertanya tanya apa salah Anwar mentadbir negara ketika ini?
1.Anwar tidak mencuri duit rakyat? Dari zaman Mahathir, Pak Lah,
Najib, Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak ada satu sen duit rakyat atau sekaki
tanah rakyat dicuri hingga beliau boleh didakwa ke mahkamah.
2. Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri menolak kontrak
melibatkan abangnya. Membatalkan pemberian beribu ribu ekar tanah di Sabah yg
diberikan kpd bapanya dgn alasan rakyat lebih memerlukannya.
3. Anwar lawan utk bela rakyat miskin. Anwar suruh Tan Sri Syed
Mothar berikan wang ratusan juta ringgit kepada petani2 miskin. Anwar tidak
melindungi tauke2 besar tetapi konsisten membela nasib org2 miskin.
4. Anwar tunaikan perjanjian MA63 yg sudah lebih 50 tahun tidak
ditunaikan. Katanya, “Kita dalam dunia politik berpegang kepada prinsip Al
Quran bahawa perjanjian itu harus dipegang dan ditunai, jadi saya pegang
prinsip itu.”
Kenapa Pas waktu menjadi sebahagian kerajaan tidak menggesa
kerajaan menunaikan janji tersebut?Tawaran politik 'janji mahu buat Islam' atau
menuduh mana2 pihak sebagai musuh Islam retorik memancing undi.
5. Anwar menegaskan meskipun difitnah zalim membabitkan isu
peruntukan namun beliau tetap menambah peruntukan menerusi Belajawan 2023 bagi
Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.
“Peruntukan bagi Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah pun saya
tambah kerana kita bawa konsep Madani iaitu semangat kemanusiaan berteraskan
beberapa nilai termasuk menegakkan keadilan,” ujar Anwar. Adakah menambah
peruntukkan itu dikatakan zalim dlm kamus Melayu.
6. Anwar dipenjarakan kerana membela nasib penduduk Baling.
Anwar juga difitnah hingga sanggup terkorban hilang jawatan dan dipenjarakan
sekali lagi kerana membela nasib org termiskin dan tidak memperdulikan arahan
ketuanya utk membantu anak2 dan kroni. Apakah pengorbanannya ini tidak
dipandang sebagai sifat yg mulia?
7. Anwar menonjolkan ciri2 pemimpin Islam walaupun tidak boleh
menandingi para sahabat. Pemimpin Islam yg hebat dia tidak akan berasa selesa
bila melihat rakyatnya susah. Anwar sanggup tidak mengambil gaji kerana hatinya
sgt terkesan melihat begitu ramai rakyatnya hidup dlm kesusahan.
Sedangkan pemimpin2 yg berteriak atas nama Islam dan Melayu
sebelum ini tidak berbuat demikian. Malah bermegah dgn kereta Mercedes di kala
rakyatnya dlm kemiskinan dgn infrastruktur air dan jalan yg teruk.
8. Anwar bukan pendendam. Jika dia berdendam sudah lama dia
tukarkan Ketua Polis Negara, Peguan Negara, Ketua Pengarah SPRM yg bukan
lantikan darinya. Anwar hanya memberi kebebasan kpd institusi ini menjalankan
amanah dan tugasa secara bebas tanpa gangguan politik.
Di Twitter begitu banyak komen dari Pegawai, keluarga2 Pegawai
LHDN memberitahu bapa,ibu, kawan mereka yg bekerja di agensi tersebut kini
sangat gembira. Kakitangan LHDN dikhabarkan sgt gembira kerana kini mereka
bebas mengambil tindakan kpd tauke2 besar yg dilindungi utk membayar cukai
sejak sekian lama.
KATA ANWAR…
“Saya selalu ingatkan kawan2 apabila ada kuasa, kita guna untuk
rakyat. Negeri ini kaya, hasilnya banyak, tapi kenapa yang kaya makin kaya,
yang miskin ramai.
“Sebabnya wang yang ada, kontrak dan projek dicuri. Saya guna
kuasa untuk selamatkan negara. Jangan ada yang mencuri sebaliknya bagi bantuan
balik kepada rakyat.”
Jadi apa salah Anwar? Mencuri harta rakyat??? …Sdgkan Anwar sgt
konsisten memerangi rasuah. Dgn memerangi rasuah wang berbillion itu beliau
mahu pulangkan kepada rakyat.
Anwar menjadi PM baru 6 bulan tak sampai 36 bulan. Jgn membenci
kerana berlainan ideologi/fitrah parti. Ingat kemiskinan hanya dapat diatasi
apabila rakyat faham punca sebenarnya dan bersatu untuk perjuangkan perubahan.
Ingatlah org Malaysia… musuh kita bukan komunis lagi. Ia tidak
wujud dan jika masih diceritakan ia kisah dongeng atau mitos politik.
Ingat org Melayu, org Cina, org India, org Dusun, org Iban, org
Bugis, org Bajau…. musuh kita adalah musuh yg sama merentasi kaum. Musuh kita
adalah perasuah2 yg merompak kekayaan yg menjadi kita papa kedana !
TAKKAN LA DIAM SAJA KOT. TU GERAKAN DAH SUARA.GERAKAN KAN KAWAN KITE....
ANDRIAN LIM
Fuh! Abang Long sudah bersuara! Dahsyat!
Jumlah kerusi PN: 74
Jumlah kerusi Gerakan: 0/74
Jumlah kerusi Bersatu PAS: 74/74
Apa lagi? Takkanlah 100% Ahli-ahli Parlimen Melayu Islam
Bumiputera dalam PN tidak berani pecat Gerakan??
SELALUNYA TAK SETUJU.
Biasa nya puak walla'un tak setuju apa yang Kerajaan Madani buat. Aku rasa pasti mereka semua pakat boikot tak pakai minyak ni sebab kerajaan sekarang dah turun kan harga. Bukan boleh buat kira dengan PUAK-PUAK #BODO ni.
KISAH LAMA KINI DIUNGKIT . JOM TONTON PENDEDAHAN TAMBRIN GHAFFAR
ILHAM ..WALAU TANPA PENGLIHATAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PHd
Steven Sim
Awal pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat di Kementerian Kewangan, saya teringat hari ini, Ilham dan isterinya, Ifa akan bertolak ke Amerika Syarikat 🇺🇸.
Hati macam tak tenang terfikir Ilham yang buta penglihatan akan berjalan jauh ke luar negara buat kali pertama😟. Jadi saya buat keputusan untuk melencong ke KLIA untuk menjenguk mereka.
Ketika berjalan ke pintu pelepasan, kami terserempak dengan 2 orang yang tidak dijangka, Dato' Chan Wah Kiang dan Dr. Aki Chong.
Mereka telah baca posting Fb saya tentang kisah Ilham dan berasa amat terharu dengan usaha gigih Ilham selama ini. Mereka juga tersentuh dengan sumbangan saya kepada Ilham untuk menghabiskan pengajian PhD.
Oleh itu Dato' Chan dan Dr. Aki kata mereka akan menghulurkan "sedikit" hadiah buat Ilham. Kami semua terkejut apabila yang dimaksudkan "sedikit" itu ialah sekeping cek tercatat RM15,000! Syukur. 🤲🏼
Inilah Malaysia Madani. Orang Malaysia, tak kira kaum dan agama saling menyayangi, saling membantu, saling berbangga sebab kejayaanmu ialah kejayaanku😊.
Ilham bagitau, selepas posting Fb saya, dia telah menerima derma sebanyak ✅️RM25,000 daripada orang awam. Campur sumbangan saya ✅️RM27,000 dan sumbangan Dato' Chan/Dr. Aki ✅️RM15,000, cendikia muda kita akan dapat menghabiskan kajian PhD dalam suasana yang lebih kondusif.
Ilham ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantunya🙇🏻. Dia bagitau, dia akan berusaha dengan lebih gigih untuk tidak menghampakan semua yang sayang dan menyokongnya.
We believe in you Ilham! You can do it! ✊🏻
COLD PLAY DAN USAHA MEREKA.
Tahukah anda? Cold Play telah menaja mesin pembersih Interceptor Sg Klang sejak 2021
Berita berkenaan:
Twitter Media Selangor
ADA DALIL PULAK YA BILA DAH TERKANTOI.
ZAINUDDIN OMAR.
Bolehlah sekarang ambil air dari paip bomba tanpa rasa bersalah kerana percuma.
Halal bagi kamu haram bagi kami.
PESAN DSAI BUAT IHSAN KETIKA BELIAU TERPENJARA
Pesanan DS Anwar kepada anaknya ketika beliau meringkuk dalam penjara dahulu. Bacalah Quran berserta terjemahannya minimum 10 minit setiap hari.
Walaun yang seronok fitnah dan cerca DS Anwar ada nasihat anak begini? Jangankan walaun, lebai pun belum tentu nasihat begini. Suruh tipu rakyat ada agaknya.
Apa lagi kalau nak bandingkan Mahathir. Bukan aku nak hina peribadi seseorang tapi ada kala kena juga buat perbandingan. Untuk dinilai bersama. Guane boh?
Raja Gelap
.
TAK BOHONG MEMANG CURI LA KAN.
Hujah walaun, boleh penggunaan air pili bomba. Tapi isunya, Bomba dan AKSB nafikan ada minta kebenaran. Di situ timbul soal curi.
Macam tuan rumah cakap, nak makan rambutan tu boleh tapi mintak la dulu. Tiba-tiba walaun panjat tak mintak kebenaran pun. Kan mencuri tu.
Soalnya di sini bukannya boleh atau tidak. Soalnya, kebenaran tidak dipohon. Tak payahlah putar belit fakta. Guane boh?
Raja Gelap
...
FILEM " ANWAR - UNTOLD STORY" - SEJUJURNYA..
Setelah berpuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang, kali ini saya terpanggil untuk datang jauh dari Kuantan ke KL hanya untuk memenuhi jemputan dari Sdr Zunar (Pengarah Eksekutif) filem "Anwar - Untold Story" bagi menyaksikan tayangan perdana filem tersebut di Pavillion, KL semalam.
Saya bersama rakan2 lain turut teruja dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim dan Kak Wan serta ramai lagi pimpinan yang hadir bersama beberapa pelakun dan artis. Dikhabarkan sebanyak 17 hall dibuka untuk tayangan serentak filem ini dipanggung "Daddy Cinema". Ini bukan filem seram, percintaan, komedi mahupun filem.fiksyen, tetapi ianya sebuah filem benar berkisarkan soal prinsip, perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Filem tentang onak dan duri seorang insan yang bernama Anwar Ibrahim yang kini menjawat jawatan PM ke 10.
Jika anda seorang yang mengikuti perjalanan hidup Anwar Ibrahim di era reformasi atau lebih awal, anda tidak perlu tunggu masa yang lama untuk mengesat kelopak mata anda. Buat anak2 muda khususnya yang belum lahir di tahun 1998 atau waktu itu tidak mengerti apa2 tentang politik negara, filem ini akan memperkenalkan kepada anda siapa Anwar Ibrahim.
Watak DS Anwar Ibrahim yang dipegang oleb pelakun Farid Kamil tidak menghampakan. Lakonan cemerlang pelakun Indonesia terkenal, Acha Septriasa benar2 berkesan seolah-olah kita melihat sendiri watak Dr Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim. Menyirap darah kita apabila melihat watak maha firaun Dr Mahathir yang dipegang oleh pelakun Hasnul. Watak Daim, benar2 buat kita mulanya merasa lucu tetapi berubah menjadi geram dan marah.
Sejujurnya, saya beri jaminan bahawa filem ini akan menjadikan saya akan ke panggung lagi untuk menonton filem yang sama. Besarlah harapan saya agar filem ini akan disambung lagi kerana kisah perjuangan dan penderitaan Anwar Ibrahim itu tidak singkat. Filem pertama ini hanya berkisar tahun di mana Anwar Ibrahim memulakan langkahnya di dalam politik dan kerajaan sehingga beliau dipecat, diaibkan dan dipenjarakan. Filem ini tamat apabila Anwar Ibrahim ditumbuk dan dibelasah sehingga lebam sebelah matanya.
Sudah tentu kita semua tertunggu2 filem seterusnya bagi melengkapkan penceritaan kisah perjuangan reformasi ini. Tahniah dan syabas kepada Pengarah filem.ini terutamanya kepada Sdr Zunar yang berusaha menjayakan filem sebaik ini. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada kami untuk menonton filem yang hebat ini. Marilah kita bersama membantu mempromosikan filem bersejarah ini. Tunggu tarikh tayangannya di pawagam berhampiran anda mulai 18 Mei ini.
WFAUZDIN NS
PN PUN BANYAK DERHAKA PADA TUHAN
Puak ni lain takde. Ceritanya duit, duit, duit je. Tapi yang aku nak sentuh, dia cakap soal arahan Tuanku. Dia nak suruh orang patuh arahan Sultan tapi masa jadi kerajaan pusat dulu, PN paling banyak derhaka kepada arahan YDP Agong. Takkan dah lupa kot? Guane boh?
Raja Gelap
.
CURI TETAP CURI.
Seorang bapa yang tak mahu bekerja, mencuri duit atas alasan nak beri makan keluarganya. Salah atau tidak perbuatan bapa tersebut?
Kalau salah, begitulah juga YB yang curi air dari pili bomba. Walaupun alasannya nak beri bekalan air bersih kepada rakyat, hakikatnya dia tak buat kerja yang sepatutnya.
Mencuri atas apa alasan sekalipun adalah salah. Apa lagi kalau sampai menjejaskan keselamatan awam. Lain kali pilihlah pemimpin yang tahu buat kerja. Guane boh?
Raja Gelap
.