BERBANDING AZAM BAKI, ANWAR LEBIH PATUT DIKALUNGKAN UCAPAN TAHNIAH


Sebagaimana dilaporkan media, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki disambung khidmatnya setahun lagi untuk mengetuai agensi pencegahan rasuah itu.

Beliau yang sepatutnya bersara wajib pada 12 Mei ini kerana mencapai usia 60 tahun, disambung setahun lagi khidmatnya bermula tarikh yang sama.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, Yang Di Pertuan Agong telah memperkenankan pelanjutan tempoh perkhidmatan Azam itu.

Ini bererti, perkenan Agong itu diberikan setelah lanjutan khidmatnya dicadangkan oleh kerajaan atau secara spesifeknya oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selaku ketua kerajaan.

Sementara para penyokong PH rata-ratanya terdiam dan ada sebahagian pula geleng kepala dengan perlanjutan khidmat Azam itu kerana beliau merupakan antara subjek kecaman gabungan itu sebelum PRU15 lalu, PN dan Pas pula antara yang paling awal memberikan ucapan tahniah.

Yalah…mana PN tidak gembira dan mengucapkan tahniah kerana selepas Peguam Negara, Idrus Harun yang merupakan lantikan PM8, Mahiaddin Md Yasin sebelum ini juga disambung khidmatnya selama enam bulan lagi, kini giliran Azam pula menerima diberikan khabar gembira.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, dengan perlanjutan khidmat itu bererti isu saham dan dakwaan mengumpul kekayaan yang dikaitkan dengan Azam sebelum ini ternyata tidak berasas.

“Malah kami sentiasa yakin dengan penafian Azam berhubung pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengannya,”tambah Takiyuddin lagi.

Sebuah NGO pro UMNO, tetapi kini juga pro kerajaan iaitu Majlis Perundingan Melayu melalui jurucakapnya Shahbudin Embun, turut mengucapkan tahniah kepada Azam.

Kata beliau, perlanjutan itu membuktikan SPRM di bawah kepimpinan Azam telah memberi keyakinan kepada kerajaan dan rakyat terhadap usahanya selama ini dalam memerangi rasuah tanpa rasa takut.

Adalah dijangka selepas ini lebih banyak ucapan tahniah diterima Azam berikutan perlanjutan khidmatnya itu.

Yang nyata di sini, walaupun menjadi subjek kecaman PH sejak sekian lama, beliau nampaknya bijak menyesuaikan diri apabila terbentuk kerajaan baru.

Selain Anwar sendiri ada mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai pemilikan saham Azam sebelum ini, antaranya mahu sebuah badan bebas menyiasat perkara itu, manakala Rafizi Ramli berjanji untuk mencari KP SPRM jika PH berjaya menjadi kerajaan dan ada juga desakan beliau ditangkap, semua itu kini nampaknya seperti tiada apa-apa pernah yang berbekas di hati bersama kuasa yang sudah diperolehi.

Anwar dan PH seolah-olah sudah boleh menerima Azam, malah diberi lanjutan khidmat selama setahun lagi, walaupun sudah patut bersara secara wajib.

Dalam hal ini, tanpa menafikan Azam memang wajar diberikan ucapan tahniah, yang lebih patut dikalungkan ucapan tahniah yang sebenar-benarnya ialah Anwar sendiri.

Tanpa cadangan Anwar kepada Agong, tentulah tidak mungkin Azam dapat disambung khidmatnya.

Kenapa Anwar masih mahu Azam terus berkhidmat mengetuai SPRM?

Apakah beliau tiada calon lain?

Di sinilah hebatnya Anwar, bukan saja Peguam Negara dan KP SPRM tidak ditukar atau ditamatkan khidmat serta-merta apabila kuasa ada dalam tangannya, pemegang-pemegang jawatan penting lain dalam kerajaan yang sepatutnya perlu ditukar untuk mempercepatkan proses reformasi sebagaimana kerap dilaungkan sebelum ini sepertinya tidak perlu bimbang apa-apa dengan kedudukan mereka.

Agaknya reformasi akan lebih cepat terlaksana dengan mengekalkan semua mereka itu.

Atas kehebatan luar biasa itu, maka janganlah kita lupa atau malu-malu untuk memberi sebesar-besar kalungan tahniah kepada Anwar.

Dulu ketika Peguam Negara disambung pun tiada ucapan tahniah kepada Anwar, janganlah ketika Azam ini pun senyap juga begitu saja.

Apa kata sebagai pendokong dan penyokong PH, mereka tampil beramai-ramai mulai sekarang memberi kalungan tahniah kepada Anwar? – ShahbudinHusin 11/05/2023.

https://shahbudindotcom.net/

 

INI BARU LAH PENCAPAIAN KPI- BUKAN SEMBANG SANA SINI KATA ORANG NAK BUAT ITU INI, SATU HABUK UN TARAK.




RMS

Ni baru dipanggil KPI atau dalam Bahasa Melayu..Petunjuk Prestasi Utama..BUKAN berapa banyak pergi rumah kenduri, majlis perkahwinan, pergi surau..mcm KPI puak PAS.. Bukan.. bukan.. tapi pencapaian sebagai seorang Ahli parlimen atau wakil rakyat sepanjang tempoh yang ditetapkan..

PENCAPAIAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DIBAWA YAB MB AMINUDDIN HARUN.


Ramai ahli parti pembangkang akan terpalit atas kes ini.


ZAINUDDIN OMAR




Ramai ahli parti pembangkang akan terpalit atas kes ini.

*************

Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, atas empat pertuduhan rasuah yang menyebut nama bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin.

Sim Choo Thiam mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Mengikut empat pertuduhan rasuah, lelaki berusia 63 tahun itu dituduh melakukan kesalahan itu antara Jun (tarikh tertentu tidak disebut) dan 30 Julai 2021, sebagai dorongan untuk Hamzah Zazinuddin, yang ketika itu menteri dalam negeri semasa pentadbiran Perikatan Nasional, untuk membantu Asia Coding Centre Sdn Bhd untuk mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian berkenaan.

Sim dituduh meminta dan menerima rasuah daripada pengarah urusan Asia Coding Centre Hep Kim Hong, melalui seorang Syed Abu Zhafran Syed Ahmad.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, dengan Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tidak melebihi 20 tahun, serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah yang terlibat atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika tertuduh didapati bersalah.

Selepas Sim mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan dibacakan, Hakim Rozina Ayob menetapkan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya serta melaporkan diri di ibu pejabat SPRM terdekat di Kuala Lumpur sebulan sekali.

Hakim juga menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, manakala Sim diwakili peguam Low Wei Loke, Hannah Kam dan Kee Wei Lon.

 

CONTOHILAH ULAMAK SEBENAR.BUKAN CAKAP MELALUT ITU INI.




Ismail Muhamad

  · 

Beginilah contoh ulamak yg benar.

------------------------

Haji Nawawi Janggut Merah Yang Lulus!

Terdapat suatu kisah, di mana Sultan Iskandar Shah, iaitu Sultan Perak yang ke tiga puluh telah menjemput seluruh ulama terkemuka di negeri Perak untuk berbuka puasa di istananya di Bukit Chandan, ketika bulan Ramadhan.

Maka ramailah para alim ulama yang hadir demi memenuhi jemputan daripada baginda Sultan.

Diceritakan, ketika di saat hampir waktu berbuka, baginda Sultan Iskandar Shah telah menitahkan semua para tetamu yang hadir supaya berbuka dan menjamah makanan, sedangkan pada waktu itu belum lagi masuk waktu maghrib.

Semua para tetamu yang hadir kehairanan dan mendiamkan diri kerana tidak berani membantah titah tersebut. Di dalam suasana kehairanan itu tiba-tiba seorang ilmuan berdiri lalu bersuara, “Kalau tuanku hendak masuk neraka, masuklah seorang!”.

Semua para tetamu yang terdiri dari kalangan ulama tergamam dengan tindakan ilmuan itu, kerana yg ditegurnya adalah baginda sultan, selaku Raja bagi negeri Perak.

Akhirnya baginda Sultan Iskandar Shah memuji tindakan ilmuan tersebut kerana berani menegur titahnya. Ilmuan tersebut merupakan guru agama kepada baginda sultan Perak, iaitu Haji Nawawi bin Haji Tahir atau lebih dikenali sebagai Hj Nawawi Janggut Merah.

Sebaliknya baginda sultan menegur dan memarahi alim ulama yg mendiamkan diri, lalu baginda mengeluh dengan berkata, “Nasib baiklah di Perak ini masih ada lagi orang yang berani menegur beta.”

 

APA LAGI YANG TIDAK KENA DENGAN ANWAR?




BORMAN RADZUAN


Melayu, Cina, India, Dusun, Iban…musuh kita yg sama

APA LAGI YANG TIDAK KENA DENGAN ANWAR?

Tuan Guru Nik Aziz pernah bertanya kenapa membenci Anwar. Begitulah juga saya tertanya tanya apa salah Anwar mentadbir negara ketika ini?

1.Anwar tidak mencuri duit rakyat? Dari zaman Mahathir, Pak Lah, Najib, Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak ada satu sen duit rakyat atau sekaki tanah rakyat dicuri hingga beliau boleh didakwa ke mahkamah.

2. Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri menolak kontrak melibatkan abangnya. Membatalkan pemberian beribu ribu ekar tanah di Sabah yg diberikan kpd bapanya dgn alasan rakyat lebih memerlukannya.

3. Anwar lawan utk bela rakyat miskin. Anwar suruh Tan Sri Syed Mothar berikan wang ratusan juta ringgit kepada petani2 miskin. Anwar tidak melindungi tauke2 besar tetapi konsisten membela nasib org2 miskin.

4. Anwar tunaikan perjanjian MA63 yg sudah lebih 50 tahun tidak ditunaikan. Katanya, “Kita dalam dunia politik berpegang kepada prinsip Al Quran bahawa perjanjian itu harus dipegang dan ditunai, jadi saya pegang prinsip itu.”

Kenapa Pas waktu menjadi sebahagian kerajaan tidak menggesa kerajaan menunaikan janji tersebut?Tawaran politik 'janji mahu buat Islam' atau menuduh mana2 pihak sebagai musuh Islam retorik memancing undi.

5. Anwar menegaskan meskipun difitnah zalim membabitkan isu peruntukan namun beliau tetap menambah peruntukan menerusi Belajawan 2023 bagi Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.

“Peruntukan bagi Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah pun saya tambah kerana kita bawa konsep Madani iaitu semangat kemanusiaan berteraskan beberapa nilai termasuk menegakkan keadilan,” ujar Anwar. Adakah menambah peruntukkan itu dikatakan zalim dlm kamus Melayu.

6. Anwar dipenjarakan kerana membela nasib penduduk Baling. Anwar juga difitnah hingga sanggup terkorban hilang jawatan dan dipenjarakan sekali lagi kerana membela nasib org termiskin dan tidak memperdulikan arahan ketuanya utk membantu anak2 dan kroni. Apakah pengorbanannya ini tidak dipandang sebagai sifat yg mulia?

7. Anwar menonjolkan ciri2 pemimpin Islam walaupun tidak boleh menandingi para sahabat. Pemimpin Islam yg hebat dia tidak akan berasa selesa bila melihat rakyatnya susah. Anwar sanggup tidak mengambil gaji kerana hatinya sgt terkesan melihat begitu ramai rakyatnya hidup dlm kesusahan.

Sedangkan pemimpin2 yg berteriak atas nama Islam dan Melayu sebelum ini tidak berbuat demikian. Malah bermegah dgn kereta Mercedes di kala rakyatnya dlm kemiskinan dgn infrastruktur air dan jalan yg teruk.

8. Anwar bukan pendendam. Jika dia berdendam sudah lama dia tukarkan Ketua Polis Negara, Peguan Negara, Ketua Pengarah SPRM yg bukan lantikan darinya. Anwar hanya memberi kebebasan kpd institusi ini menjalankan amanah dan tugasa secara bebas tanpa gangguan politik.

Di Twitter begitu banyak komen dari Pegawai, keluarga2 Pegawai LHDN memberitahu bapa,ibu, kawan mereka yg bekerja di agensi tersebut kini sangat gembira. Kakitangan LHDN dikhabarkan sgt gembira kerana kini mereka bebas mengambil tindakan kpd tauke2 besar yg dilindungi utk membayar cukai sejak sekian lama.

KATA ANWAR…

“Saya selalu ingatkan kawan2 apabila ada kuasa, kita guna untuk rakyat. Negeri ini kaya, hasilnya banyak, tapi kenapa yang kaya makin kaya, yang miskin ramai.

“Sebabnya wang yang ada, kontrak dan projek dicuri. Saya guna kuasa untuk selamatkan negara. Jangan ada yang mencuri sebaliknya bagi bantuan balik kepada rakyat.”

Jadi apa salah Anwar? Mencuri harta rakyat??? …Sdgkan Anwar sgt konsisten memerangi rasuah. Dgn memerangi rasuah wang berbillion itu beliau mahu pulangkan kepada rakyat.

Anwar menjadi PM baru 6 bulan tak sampai 36 bulan. Jgn membenci kerana berlainan ideologi/fitrah parti. Ingat kemiskinan hanya dapat diatasi apabila rakyat faham punca sebenarnya dan bersatu untuk perjuangkan perubahan.

Ingatlah org Malaysia… musuh kita bukan komunis lagi. Ia tidak wujud dan jika masih diceritakan ia kisah dongeng atau mitos politik.

Ingat org Melayu, org Cina, org India, org Dusun, org Iban, org Bugis, org Bajau…. musuh kita adalah musuh yg sama merentasi kaum. Musuh kita adalah perasuah2 yg merompak kekayaan yg menjadi kita papa kedana !

 

TAKKAN LA DIAM SAJA KOT. TU GERAKAN DAH SUARA.GERAKAN KAN KAWAN KITE....




ANDRIAN LIM


Fuh! Abang Long sudah bersuara! Dahsyat!

Jumlah kerusi PN: 74

Jumlah kerusi Gerakan: 0/74

Jumlah kerusi Bersatu PAS: 74/74

Apa lagi? Takkanlah 100% Ahli-ahli Parlimen Melayu Islam Bumiputera dalam PN tidak berani pecat Gerakan??

 

SELALUNYA TAK SETUJU.

 

Biasa nya puak walla'un tak setuju apa yang Kerajaan Madani buat. Aku rasa pasti mereka semua pakat boikot tak pakai minyak ni sebab kerajaan sekarang dah turun kan harga. Bukan boleh buat kira dengan PUAK-PUAK #BODO ni.



ILHAM ..WALAU TANPA PENGLIHATAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PHd

 



Steven Sim


Awal pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat di Kementerian Kewangan, saya teringat hari ini, Ilham dan isterinya, Ifa akan bertolak ke Amerika Syarikat 🇺🇸. 


Hati macam tak tenang terfikir Ilham yang buta penglihatan akan berjalan jauh ke luar negara buat kali pertama😟. Jadi saya buat keputusan untuk melencong ke KLIA untuk menjenguk mereka. 


Ketika berjalan ke pintu pelepasan, kami terserempak dengan 2 orang yang tidak dijangka, Dato' Chan Wah Kiang dan Dr. Aki Chong. 


Mereka telah baca posting Fb saya tentang kisah Ilham dan berasa amat terharu dengan usaha gigih Ilham selama ini. Mereka juga tersentuh dengan sumbangan saya kepada Ilham untuk menghabiskan pengajian PhD. 


Oleh itu Dato' Chan dan Dr. Aki kata mereka akan menghulurkan "sedikit" hadiah buat Ilham. Kami semua terkejut apabila yang dimaksudkan "sedikit" itu ialah sekeping cek tercatat RM15,000! Syukur. 🤲🏼


Inilah Malaysia Madani. Orang Malaysia, tak kira kaum dan agama saling menyayangi, saling membantu, saling berbangga sebab kejayaanmu ialah kejayaanku😊. 


Ilham bagitau, selepas posting Fb saya, dia telah menerima derma sebanyak ✅️RM25,000 daripada orang awam. Campur sumbangan saya ✅️RM27,000 dan sumbangan Dato' Chan/Dr. Aki ✅️RM15,000, cendikia muda kita akan dapat menghabiskan kajian PhD dalam suasana yang lebih kondusif. 


Ilham ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantunya🙇🏻. Dia bagitau, dia akan berusaha dengan lebih gigih untuk tidak menghampakan semua yang sayang dan menyokongnya.


We believe in you Ilham! You can do it! ✊🏻



COLD PLAY DAN USAHA MEREKA.

 


Tahukah anda? Cold Play telah menaja mesin pembersih Interceptor Sg Klang sejak 2021


Berita berkenaan:

Twitter Media Selangor



ADA DALIL PULAK YA BILA DAH TERKANTOI.

 


ZAINUDDIN OMAR.


Bolehlah sekarang ambil air dari paip bomba tanpa rasa bersalah kerana percuma. 


Halal bagi kamu haram bagi kami.


PESAN DSAI BUAT IHSAN KETIKA BELIAU TERPENJARA




 Pesanan DS Anwar kepada anaknya ketika beliau meringkuk dalam penjara dahulu. Bacalah Quran berserta terjemahannya minimum 10 minit setiap hari.


Walaun yang seronok fitnah dan cerca DS Anwar ada nasihat anak begini? Jangankan walaun, lebai pun belum tentu nasihat begini. Suruh tipu rakyat ada agaknya.


Apa lagi kalau nak bandingkan Mahathir. Bukan aku nak hina peribadi seseorang tapi ada kala kena juga buat perbandingan. Untuk dinilai bersama. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


TAK BOHONG MEMANG CURI LA KAN.



 Hujah walaun, boleh penggunaan air pili bomba. Tapi isunya, Bomba dan AKSB nafikan ada minta kebenaran. Di situ timbul soal curi.


Macam tuan rumah cakap, nak makan rambutan tu boleh tapi mintak la dulu. Tiba-tiba walaun panjat tak mintak kebenaran pun. Kan mencuri tu.


Soalnya di sini bukannya boleh atau tidak. Soalnya, kebenaran tidak dipohon. Tak payahlah putar belit fakta. Guane boh?


 

Raja Gelap 

...

FILEM " ANWAR - UNTOLD STORY" - SEJUJURNYA..








Setelah berpuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang, kali ini saya terpanggil untuk datang jauh dari Kuantan ke KL hanya untuk memenuhi jemputan dari Sdr Zunar (Pengarah Eksekutif) filem "Anwar - Untold Story" bagi menyaksikan tayangan perdana filem tersebut di Pavillion, KL semalam.  


Saya bersama rakan2 lain turut teruja dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim dan Kak Wan serta ramai lagi pimpinan yang hadir bersama beberapa pelakun dan artis.  Dikhabarkan sebanyak 17 hall dibuka untuk tayangan serentak filem ini dipanggung "Daddy Cinema".  Ini bukan filem seram, percintaan, komedi mahupun filem.fiksyen, tetapi ianya sebuah filem benar berkisarkan soal prinsip, perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.  Filem tentang onak dan duri seorang insan yang bernama Anwar Ibrahim yang kini menjawat jawatan PM ke 10.


Jika anda seorang yang mengikuti perjalanan hidup Anwar Ibrahim di era reformasi atau lebih awal, anda tidak perlu tunggu masa yang lama untuk mengesat kelopak mata anda.  Buat anak2 muda khususnya yang belum lahir di tahun 1998 atau waktu itu tidak mengerti apa2 tentang politik negara, filem ini akan memperkenalkan kepada anda siapa Anwar Ibrahim.  


Watak DS Anwar Ibrahim yang dipegang oleb pelakun Farid Kamil tidak menghampakan.  Lakonan cemerlang pelakun Indonesia terkenal, Acha Septriasa benar2 berkesan seolah-olah kita melihat sendiri watak Dr Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim.  Menyirap darah kita apabila melihat watak maha firaun Dr Mahathir yang dipegang oleh pelakun Hasnul.  Watak Daim, benar2 buat kita mulanya merasa lucu tetapi berubah menjadi geram dan marah.  


Sejujurnya, saya beri jaminan bahawa filem ini akan menjadikan saya akan ke panggung lagi untuk menonton filem yang sama.  Besarlah harapan saya agar filem ini akan disambung lagi kerana kisah perjuangan dan penderitaan Anwar Ibrahim itu tidak singkat.  Filem pertama ini hanya berkisar tahun di mana Anwar Ibrahim memulakan langkahnya di dalam politik dan kerajaan sehingga beliau dipecat, diaibkan dan dipenjarakan.  Filem ini tamat apabila Anwar Ibrahim ditumbuk dan dibelasah sehingga lebam sebelah matanya.  


Sudah tentu kita semua tertunggu2 filem seterusnya bagi melengkapkan penceritaan kisah perjuangan reformasi ini.  Tahniah dan syabas kepada Pengarah filem.ini terutamanya kepada Sdr Zunar yang berusaha menjayakan filem sebaik ini.  Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada kami untuk menonton filem yang hebat ini.  Marilah kita bersama membantu mempromosikan filem bersejarah ini.  Tunggu tarikh tayangannya di pawagam berhampiran anda mulai 18 Mei ini.


WFAUZDIN NS



PN PUN BANYAK DERHAKA PADA TUHAN

 



Puak ni lain takde. Ceritanya duit, duit, duit je. Tapi yang aku nak sentuh, dia cakap soal arahan Tuanku. Dia nak suruh orang patuh arahan Sultan tapi masa jadi kerajaan pusat dulu, PN paling banyak derhaka kepada arahan YDP Agong. Takkan dah lupa kot? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



CURI TETAP CURI.

 


Seorang bapa yang tak mahu bekerja, mencuri duit atas alasan nak beri makan keluarganya. Salah atau tidak perbuatan bapa tersebut?


Kalau salah, begitulah juga YB yang curi air dari pili bomba. Walaupun alasannya nak beri bekalan air bersih kepada rakyat, hakikatnya dia tak buat kerja yang sepatutnya.


Mencuri atas apa alasan sekalipun adalah salah. Apa lagi kalau sampai menjejaskan keselamatan awam. Lain kali pilihlah pemimpin yang tahu buat kerja. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.