ILHAM ..WALAU TANPA PENGLIHATAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PHd

 



Steven Sim


Awal pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat di Kementerian Kewangan, saya teringat hari ini, Ilham dan isterinya, Ifa akan bertolak ke Amerika Syarikat 🇺🇸. 


Hati macam tak tenang terfikir Ilham yang buta penglihatan akan berjalan jauh ke luar negara buat kali pertama😟. Jadi saya buat keputusan untuk melencong ke KLIA untuk menjenguk mereka. 


Ketika berjalan ke pintu pelepasan, kami terserempak dengan 2 orang yang tidak dijangka, Dato' Chan Wah Kiang dan Dr. Aki Chong. 


Mereka telah baca posting Fb saya tentang kisah Ilham dan berasa amat terharu dengan usaha gigih Ilham selama ini. Mereka juga tersentuh dengan sumbangan saya kepada Ilham untuk menghabiskan pengajian PhD. 


Oleh itu Dato' Chan dan Dr. Aki kata mereka akan menghulurkan "sedikit" hadiah buat Ilham. Kami semua terkejut apabila yang dimaksudkan "sedikit" itu ialah sekeping cek tercatat RM15,000! Syukur. 🤲🏼


Inilah Malaysia Madani. Orang Malaysia, tak kira kaum dan agama saling menyayangi, saling membantu, saling berbangga sebab kejayaanmu ialah kejayaanku😊. 


Ilham bagitau, selepas posting Fb saya, dia telah menerima derma sebanyak ✅️RM25,000 daripada orang awam. Campur sumbangan saya ✅️RM27,000 dan sumbangan Dato' Chan/Dr. Aki ✅️RM15,000, cendikia muda kita akan dapat menghabiskan kajian PhD dalam suasana yang lebih kondusif. 


Ilham ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantunya🙇🏻. Dia bagitau, dia akan berusaha dengan lebih gigih untuk tidak menghampakan semua yang sayang dan menyokongnya.


We believe in you Ilham! You can do it! ✊🏻