Pengajian Percuma Kepada Pelajar Keluarga Miskin – KPT*

 January 30, 2023



*Pengajian Percuma Kepada Pelajar Keluarga Miskin – KPT*


 MALAYSIADATELINE / January 30, 2023

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan.



“Ia sebagai langkah menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran,” katanya  ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPT di sini hari ini.


Mohamed Khaled berkata KPT juga akan memberi nafas dan sentuhan baharu terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengkaji kesesuaian untuk menjadikan PTPTN sebagai sebuah tabung amanah nasional.


“Kita mahu mengurangkan beban hutang PTPTN bagi memastikan kelestariannya serta menjadikan ia sebagai institusi pembiayaan pendidikan nasional yang membolehkan semua individu dari dalam dan luar negara untuk menyumbang kepada pendanaan pendidikan tinggi negara,” katanya.


Beliau berkata KPT juga sedang meneroka ruang pendidikan yang anjal melalui penggabungan elemen bersemuka dan maya sebagai memanfaatkan platform digital serta teknologi kerana pendekatan sedemikian berupaya memberi impak pengurangan kos pengajian yang signifikan.



Mohamed Khaled berkata pemilihan kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi di bawah KPT  akan melalui proses saringan ketat, teliti serta objektif bagi memastikan jawatan diisi tokoh atau calon paling layak dan berwibawa.


Beliau berkata saringan ketat itu bakal mencerminkan sikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal KPT dalam menterjemah pelbagai dasar dan program nasional.


pengajian percuma

“Negara ini memerlukan sektor pendidikan tinggi yang berfungsi dengan efisien dan cemerlang. Perkara ini mesti dimulakan dengan kepimpinan berwibawa dan berprestasi,” katanya.


Beliau turut menyeru warga IPT agar mendidik penuntut supaya berada di landasan tepat menepati piawaian akademik dan budaya intelektual.


Katanya, KPT ketika ini tidak lagi tertumpu kepada kemahiran insaniah dan amali semata-mata sebaliknya perlu dilengkapi dengan kepintaran mengurus manusia serta mengurus teknologi.


“Kematangan mengawal emosi, kemahiran pelbagai bahasa, kecekapan berunding, kemampuan memimpin perbincangan dan bekerja secara efektif dalam pasukan. Semuanya adalah smart skills (kemahiran pintar),” katanya.



Bagi memperkasakan sistem dan ekosistem program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), beliau berkata rombakan besar-besaran akan dilakukan terhadap program berkenaan sebagai satu daripada usaha melahirkan pelajar berkemahiran dan cekap teknologi.


“Negara memerlukan ramai individu yang mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi bersifat ‘kalis masa depan’,” katanya.


— BERNAMA



BILA HATI BUSUK DAN HITAM- AKHIRNYA MAHATHIR DILUPAKAN DAN PARTINYA MELINGKUP DAN HILANG SOKONGAN. KESEMUANYA HILANG DEPOSIT


 

UJIKAJI OTAK WALAUN SELEPAS PRU 15.


 

KISAH DONGGENG AJARAN DALAM MASJID....UNDANG UNDANG SUPAYA USTAZ MACAMNI JANGAN DIBENARKAN DALAM MASJID DAN MENIPU


 

[LANGSUNG] Lawatan Perdana Menteri Ke Singapura | 30 Januari 2023



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura. Beliau akan bertemu pemimpin Singapura termasuk Presiden Halimah Yacob dan rakan sejawatnya, Lee

Hsien Loong.


Toast speech at lunch hosted in honour of Malaysian PM Anwar Ibrahim

Highlights of PM Anwar’s one-day official visit in Singapore



Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will be in Singapore on Monday (Jan 30) together with his delegation of ministers and government officials for a day to cement better ties and further improve economic cooperation with the republic.

Tiba² Ds Anwar Ibrahim Bertemu Tengku Razali Dipejabat PM.

OWHHH BEGINI YA....


 

BAB AGAMA KITA TAK PERTIKAI PUN- TAPI YANG TAK ADA DALAM ISLAM MEREKA MENGGUNAKAN ISLAM DAN MELAMPAU DAN MEMBUDAYAKAN TAKFIRI DAN MELEBEL-





                 KEH..KEH..KEH- DENGAR SAMPAI HABIS.
 

PEJA MENGAMUK SINIS- TAPI KITA BUAT PERBANDINGAN SEMASA MAHIADDIN JADI PM


 

INI KISAH BILAMANA ANAK MB YANG DIKATAKAN JUGA BERJAWATAN DAN MENERIMA GAJI ?


 

AIKKK- NI ANAK ANAK SIAPA YA...MEREKA BERGAJIKAH ?





Ini anak mantan TMB Kelantan Dato Hj Abdul Halim Ab Rahman.

 Lama dah kerja dgn PKINK. Dah jadi senior officer pun. Mereka

 dah lama merancang kita je yang lalai.




                           Anak Mat Yakob dan Mat Amar MB & TMB Klate





 

ANWAR DIBERI PENGHARGAAN DENGAN MENAMAKAN ORKID DENDROBIUM ANWAR AZIZAH




Lawatan ke Spore.. diberi penghargaan oleh PM Lee yang menamakan spesies orkid hibrid  'Dendrobium Anwar Azizah' 🌸Lawatan ke Spore.. diberi penghargaan oleh PM Lee yang menamakan spesies orkid hibrid  'Dendrobium Anwar Azizah' 🌸

OLEH KERANA MENIMBULKAN PELBAGAI REAKSI: APA KATA JIKA NURUL IZZAH SECARA SUKARELA MENGUNDURKAN DIRI?

 

Selama lebih dua bulan memegang jawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim secara umumnya telah berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kerajaan yang amat membanggakan seluruh rakyat jelata.

Penampakan ke arah perubahan dan sebagai pemimpin reformis juga terlihat ada sinar di hujung terowong melalui kerja kuat dan satu demi satu pembaharuan yang diumumkannya.

Rakyat rata-ratanya gembira sehingga ke mana saja Anwar pergi, sambutannya amat membanggakan, disusuli pula harga ayam mula stabil, telur tidak lagi sukar diperolehi, nilai ringgit semakin baik, menu rahmah diperkenal untuk golongan susah dan beserta pelbagai kebaikan lainnya melalui lain-lain kementerian, negara ini tambah diyakini sedang berada di landasan yang betul untuk terus memacu kemajuannya.

Di sudut yang lain, penerimaan dunia dan pemimpin antarabangsa terhadap Anwar juga amat baik sekali dan ini memberi harapan lebih banyak pelaburan bakal mencurah tidak lama lagi.

Pendek kata, menjelang 100 hari sebagai Perdana Menteri yang detiknya bakal menjelang tiba, Anwar seperti sedang dipersiapkan untuk diraikan dengan pelbagai kejayaan dan pembaharuan yang menggembirakan semua orang.

Ditambah dengan bagaimana Anwar menunaikan satu demi satu janji terhadap Sabah dan Sarawak, diikuti dengan kepimpinan UMNO sedia ada kekal sepenggal lagi, kerajaan perpaduan ini sangat diyakini mampu bertahan tanpa gangguan sehingga PRU16 akan datang.

Serentak dengan itu, turut diyakini, kiranya kerajaan perpaduan ini mampu bertahan lagi, ia akhirnya bukan masalah besar untuk Anwar mampu bertahan sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya selama tiga penggal.

Begitu pun, lantikan Nurul Izzah secara diam sejak 3 Januari lalu dan hanya terdedah semalam, 29 Januari sebagai penasihat kanan berkaitan ekonomi dan kewangan di PMO, telah merencatkan segala-galanya.

Tindakan Anwar melantik anak sulung perempuannya itu bukan dipertikaikan dari segi kelayakan, tidak menerima gaji atau sebagainya, tetapi apabila seorang bapa melantik anak sendiri berkhidmat di jabatan di bawahnya, ia dengan sendirinya membuka pintu fitnah, memberi peluru kepada lawan, membolehkan persepsi dijaja secara bermaharajalela serta bertentangan dengan moral reformasi.

Ia bukan saja tidak baik kepada Anwar sendiri sebagai seorang reformis yang jika diselak kembali ucapannya sejak puluhan tahun lalu yang didapati begitu banyak penentangan terhadap amalan mengutamakan keluarga dan anak-beranak, malah di waktu yang sama menyebabkan sesama PKR, PH dan penyokongnya sendiri jadi berbalah serta mula berpecah.

Yang terang-terang bercakap sudah tawar hati dan hilang keyakinan kepada Anwar juga mula kedengaran di mana-mana.

Bukankah jika tiada lantikan Nurul Izzah itu, atmosfera PH dan PKR sebenarnya aman-aman saja?

Anwar sendiri tentunya tidak perlu membuang banyak masa mengulas atau menjawab isu berkenaan jika tiada lantikan tersebut.

Dalam hal ini, sementara isu lantikan Nurul Izzah akan terus diperdebatkan entah berapa lama lagi, prestasi dan peranannya diperhatikan, kelibatnya disoroti sama ada ikut sama naik jet atau tidak jika Anwar ke luar negara misalnya, yang pasti kedudukan kerajaan perpaduan yang sebelum ini dibanggakan tidak lagi seutuh yang sepatutnya.

Percayalah, apabila rakyat mula mengomel dan mencemuh, sebagaimana banyak berlaku kepada beberapa kerajaan di seluruh dunia sebelum ini, ia tidak akan mampu bertahan dengan lama.

Sebagai langkah paling harmoni dan menunjukkan dirinya anak yang baik serta mahu melihat bapanya kekal lebih lama memimpin kerajaan perpaduan, apa kata jika Nurul Izzah sendiri menawarkan pengunduran diri secara sukarela daripada jawatan itu?

Lagi pun, sebagai Naib Presiden lantikan dalam PKR, walaupun tanpa jawatan sebagai penasihat kanan di PMO, beliau masih boleh menyumbang idea dan buah fikiran melalui pelbagai saluran kepada Perdana Menteri atas kapasitinya itu.

Jawatan itu pun tanpa gaji, jadi tiada sesiapa yang rugi jika mengundurkan diri.

Sebelum Anwar terus dikecam sambil tertekan dengan lantikan yang dibuatnya itu, Nurul Izzah, melalui pengunduran diri secara sukarela bererti sedia melakukan pengorbanan untuk mengembalikan kedamaian kepada kerajaan yang belum pun berusia tiga bulan.

Ini akan membolehkan dikenang dan terus disanjung, tidak mustahil akan memudahkan lagi laluan menjadi Perdana Wanita pertama suatu hari nanti. – ShahbudinHusin 30/01/2023.



FUHHHH PADU BAQ HANG- PATUT SANUSI KATA HANGPA BODO- WALAUN TENGAH MENGAMUK PASAI NURUL IZZAH DILANTIK JADI PENASIHAT TANPA GAJI- WALAUN SUKA MACAM TAK DAK KERJA TAPI GAJI ADA.


 

BERITA TENGAHARI BERKAITAN ISU BARANGAN- BILA MENTERI TURUN PADANG, PEGAWAI PULA MALAS .


 

KATA ADA WADAH LAIN- SAYANG SEKALI SESAT


 

2 DARJAT PENASIHAT KERAJAAN LEPAS DAN,KINI


,

ADA KERJA GAJI TIADA.


 

KEBODOHAN WAN SAIFUL SEMASA MENJADI PENGERUSI PTPTN - PART 1


 

KEBODOHAN WAN SAIFUL SEMASA MENJADI PENGERUSI PTPTN PART 2- LEBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA


 

KEBODOHAN WAN SAIFUL SEMASA MENJADI PENGERUSI PTPTN- WAN SAIFUL TIDAK DIGEMARI- PART 3


 

KEBODOHAN WAN SAIFUL SEMASA MENJADI PENGERUSI PTPTN- HUTANG PTPTN PALING TINGGI- PART 4


 

KEH..KEH....BEZA YANG KETARA.,.

 


Zunar Cartoonist Fan Club

JADI PENASIHAT TANPA GAJI.

 

Mohd Mukhlis.


Jadi penasihat tanpa gaji, tapi dalam masa yang sama competent. So apa yang rakyat @ pembayar cukai rugi bila ada orang yang nak bagi nasihat percuma untuk kemaslahatan rakyat? Kalau ada benda yang PMX terlepas pandang, rakyat boleh engage Nurul Izzah untuk menyuarakan pendapat, anyway it's a win-win situation pada rakyat.


Yang tak suka ini mesti walaun sebab mereka suka lebai yang pelahap elaun pembayar cukai tapi makan gaji buta kut?


Izzah di lantik atas pengalaman dia "Beliau dalam masa sama berharap agar pengalamannya sebagai ahli Parlimen sebelum ini, menumpukan dalam isu kemiskinan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain perkhidmatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberi manfaat padanya."


Pro-bono ini samalah dengan masa Anwar jadi penasihat di selangor dulu, tak ada bezanya pun. Dalam kes ini Izzah pun ada jawatan naib presiden dalam parti. Dah dia orang politik, mestilah jawatan akan berkait dengan politik takkan nak jadi DJ radio, the way I see it, as to groom for future leadership. Anwar sendiri pun tak ambil elaun PM dan Menteri Kewangan. 


Dan kita dah lihat prestasi Izzah sebelum ini yang mana beliau ada visi dan boleh merancang dengan baik (isu persediaaan banjir).


Kepada yang komplain banyak sangat, anda mesti ada solution, cuba bawa calon untuk ganti Izzah yang sanggup pro-bono, ada professional experience, competent dan terbukti amanah selama 22 tahun. Kalau ada boleh propose nama anda pada PMX. Kalau saya lebih baik ambil izzah dari mana-mana lebai yang acah teknokrat yang berbayar; kita tengok cara mereka maintain stesen bas sudah tahu perbezaan leadership quality.



BUKAN MAIN RIUH GENG PN BELASAH NURUL IZZAH HARI NI BILA DIA JADI PENASIHAT TAK BERGAJI, TIME HJ HADI MAKAN GAJI BUTA PULUHAN RIBU JADI DUTA TIMUR TENGAH SEMUA MEMBISU. HIPOKRIT!



Kepada yang tak faham, tolong faham sedikit jenis Penasihat yang wujud dalam Negara ni.  Ada Penasihat dilantik secara contract off service, ini jawatan sepenuh masa.  Kena punch card setiap hari ikut waktu pejabat, bergaji, dapat elaun bulanan mengikut gred serta kelebihan lain sebagai penjawat awam.  Mereka tidak boleh menjadi pengarah syarikat sama macam penjawat awam lain.  Kalau jadi Penasihat Perdana Menteri, biasanya Gred Turus Tiga, siap kereta dan driver.


Ada Penasihat yang dilantik secara Contract For Service, mereka ini tak perlu punch card tiap hari, boleh berniaga dan jadi pengarah syarikat, tapi masih dibayar gaji, dapat elaun, kereta, driver dan lain-lain kemudahan sebagai penjawat awam contract for service.


Yang ramai bising pasal Nurul Izzah ni kenapa? Beliau bukannya dibayar gaji atau elaun. Kemudahan kereta dan driverpun tiada. Dulu dia Ahli Parlimen, sekarang ada banyak masa, biarlah dia nak tolong bapa dia dengan menjadi Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya. Bukan ada punca kuasa untuk tandatangan apa-apa dokumen.  Bukan boleh panggil mesyuarat kakitangan Kementerian Kewanganpun, langsung tiada kuasa. Apatah lagi hendak pengerusikan apa-apa mesyuarat untuk buat sebarang keputusan.


Walaupun tak bergaji, kurang-kurang Nurul Izzah antara yg pertama bercakap soal ‘indeks kemiskinan multi-dimensi’.  Ada juga usaha beliau dalam mengatasi masalah kemiskinan dengan mengenalpasti golongan miskin yang hakikatnya bukan hanya sekadar ‘B40’.  Atau ikut sesetengah pendapat bahawa berdasarkan ‘Pendapatan Garis Kemiskinan’, namun ianya lebih mendalam dari itu. 


Usaha Izzah ini membolehkan kerajaan merangka dasar basmi kemiskinan yang lebih berkesan dan bersasar. Lagi mulia usaha Nurul Izzah sebagai Penasihat tidak bergaji seperti bapanya yang tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri berbanding Hj Hadi. Kalau nak ambil kira soal kelayakan, mungkin ramai tak tahu bahawa selain bidang kejuruteraan, Izzah juga pemegang Sarjana dalam bidang Dasar Awam dari School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University, Amerika Syarikat. Beliaukan pernah terlibat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pernah kendalikan isu kemiskinan dan Latihan TVET dan macam-macam pengalaman lain.


Kalau nak dibandingkan dengan Hj Hadi yang tidak pernah ke Arab Saudi walaupun makan gaji sebagai Duta Timur Tengah, lagi mulia kerja Probono Nurul Izzah. Saya tidak fikir gaji yang Hj Hadi terima dulu hanya untuk beliau memberikan justifikasi bahawa amalan menyogok pengundi semasa PRU15 itu merupakan SEDEKAH, BUKAN RASUAH.


Dato’ Lokman Adam

Presiden Laskar Siber

Malaysia


KALAU IKUT SUCINYA REFORMASI, JANGANKAN PENASIHAT KANAN, JADI KERANI CABUK PMO PUN TAK DIBENARKAN


Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi sejak dulu lagi.


Dengan beberapa penggal sebagai Ahli Parlimen, walau kalah di Permatang Pauh dalam PRU15 lalu serta sekarang berjawatan Naib Presiden PKR, tidaklah janggal jika beliau dilantik sebagai menteri atau pengerusi GLC setelah PH berjaya menjadi kerajaan dan bapanya, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


Seseorang anak yang memang aktif dalam politik, berjawatan dan ada kelayakan, tidaklah menjadi salah jika memegang apa-apa jawatan yang bersesuaian dalam kerajaan di mana bapanya sendiri mengetuai kerajaan itu.


Ia sama seperti Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah ketika Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Tamrin Ghafar dilantik sebagai Pengerusi MARA di ketika ayahnya, Tun Ghafar Baba memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Begitu juga dengan Nurul Izzah, Anwar tidak akan dilihat salah jika melantiknya sebagai menteri atau pengerusi GLC berikutan kedudukan dan penglibatannya dalam parti dan perjuangan reformasi selama ini.


Tambahan lagi jika dicampur dengan harapan ramai bahawa Nurul Izzah adalah bakal Perdana Menteri wanita pertama .di masa depan, melantiknya dalam jawatan kerajaan sebagai proses latihan serta pendedahan amat-amatlah wajar sekali.


Sebagai salah seorang pejuang yang terlibat aktif dalam perang, memperolehi sebahagian ghanimah atau “harta rampasan perang” tidaklah menjadi kesalahan buat Nurul Izzah.


Tetapi, dengan Anwar sebagai Perdana Menteri dan kemudian melantik anaknya itu sebagai penasihat kanan berkaitan ekonomi dan kewangan di PMO amatlah tidak kena.


Perlantikan itu menjadikan semangat perjuangan reformasi yang menolak nepotisme atau lantikan keluarga yang dikumandangkan selama ini telah tercemar dengan sendirinya.


Dengan Nurul Izzah memegang jawatan penasihat di kanan PMO di mana Anwar adalah Perdana Menteri mendedahkan lantikan itu kepada pelbagai kemungkinan, tanggapan serta persepsi yang tidak baik di mata rakyat.


Ia juga seolah-olah meletakkan Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi dan beberapa penasihat di Kementerian Kewangan yang diketuai Hassan Merican tidak cukup berwibawa dan berkemampuan untuk menasihati Anwar mengurus ekonomi negara.


Malah dengan semua cabang media sosial mempertikai lantikan itu, keadaan kini seperti Anwar sendiri telah membekalkan peluru kepada pihak lawan untuk menembak PH, PKR dan kerajaan perpaduan.


Walaupun Anwar menyebut Nurul Izzah tidak dibayar gaji, tetapi isunya di sini ialah kuasa yang ada di sebalik jawatan tersebut.


Jika kita imbas kembali betapa sucinya perjuangan reformasi yang diangkat oleh Anwar dan PKR sejak 24 tahun lalu, sebenarnya jangankan untuk pegang jawatan penasihat kanan, jadi kerani cabuk di PMO pun tidak boleh dipegang oleh seorang anak jika bapanya menjadi Perdana Menteri.


Dalam hal ini, tindakan Anwar mempertahankan kelayakan Nurul Izzah dalam lantikan itu adalah tersasar kerana isunya di sini bukanlah berkaitan kelayakan, kemampuan atau sijil yang dimiliki.


Dalam politik dan kerajaan, imej dan melaksanakan perjuangan sebagaimana diutarakan ketika sebelum menjadi kerajaan adalah jauh lebih penting.


Kalau Anwar dan PKR bukan mengangkat reformasi sebagai intipati perjuangan tidak sama sekali berhasrat melahirkan sebuah kerajaan yang berwibawa, tetapi semata-mata kerana inginkan kuasa, barangkali lantikan Nurul Izzah itu boleh diwajarkan dengan pelbagai alasan.


Namun, sebagai parti reformasi, lantikan atau berperanan di bawah bapa sendiri adalah tindakan mencemarinya dengan sengaja.


Lebih sayang lagi, tercemarnya perjuangan suci reformasi itu berlaku hanya lebih kurang dua bulan saja setelah Anwar menjadi Perdana Menteri.


Lalu, bagaimanakah kerajaan perpaduan ini mahu dipertahankan lebih lama lagi? – ShahbudinHusin 29/01/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/01/29/kalau-ikut-sucinya-reformasi-jangankan-penasihat-khas-jadi-kerani-cabuk-pun-tak-dibenarkan.html



KERJA TANPA GAJI ANAK BERANAK PATUT DIPERSOALKAN





Norman Radzuan.


 Bukan soal siapa yg patut menjadi isu…

KERJA TANPA GAJI ANAK BERANAK PATUT DIPERSOALKAN


Heboh di media sosial mengenai perlantikkan Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kpd Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Jika semalam saya menulis mengenai bukan perkara luar biasa seorang Presiden memecat atau mematikan karier politik seterunya… hari ini isu nepotisme.


Sekali lagi saya ingin bertanya adalah ia isu yg luar biasa atau yg baru pernah di dengar oleh kita semua? Jika ingin berbicara soal nepotisme ini mari kita lihat sejarahnya….


Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pernah melantik anaknya, Khalil Abdul Hadi mengetuai Sekretariat Aid4Palestine. Akmal Kamaruddin yg juga menantu Hadi dilantik menjadi Exco Perak. 


Anak Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda bagi sesi 2017 dan bertanding di DUN Batu Buruk.


Tidak silap menantu TGNA, Ir Haji Abdul Ariffahmi Abd Rahman pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) pada 20 September 2009. Selain daripada itu beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dan agensi tempatan.


Itu belum Mahathir lantik anak jadi MB, Pak Lah lantik menantu bekerja di PMO dan lain2… Jadi adakah ia sesuatu yg pelik? 


———————————————————————————-


Bagi saya bukan soal anak siapa? Yg penting integriti yg kita mahukan. Integriti maksudnya bersikap jujur ​​dan menunjukkan kepatuhan tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yg kuat.


Di sebalik perlantikan ini isu yg patut kita berasa kagum apabila kedua beranak ini benar2 ikhlas mahu membantu memulihkan ekonomi negara dgn dibuktikan mereka tidak mengambil satu sen pun duit rakyat utk dibayar gaji.


Tiada org bekerja tidak mahu dibayar gaji. Tapi mengapa mereka mahu bekerja tanpa bergaji utk rakyat dgn menyumbangkan tenaga, masa dan idea semata mata utk fokus utk memulihkan ekonomi.


Ia jauh lebih mulia daripasa org yg dilantik dan diberi gaji berpuluh ribu tetapi tidak bekerja. Jika bersoal kpd hukum yg mana makan duit haram? Kerja tak dibayar gaji atau bergaji tetapi tidak bekerja???


Ia boleh dijadikan isu jika berlaku korupsi mencuri wang rakyat utk mengkayakan keluarga. Jika bekerja tanpa gaji dijadikan isu ia pelik berbanding daripada org lain merompak harta rakyat berbillion billion dipandang sebagai hero.


Pandangan saya beri peluang kpd Nurul Izzah dlm tempoh setahun ini membuktikan kemampuannya membantu memulihkan ekonomi negara. Jika dia gagal atau korup barulah kita pertikaikannya. 


Lagipun dia hanya sekadar adviser yg tak bergaji saja bukannya sebagai Menteri Utara atau Selatan negara. Dia hanya penasihat yg tiada apa2 kuasa memutuskan keputusan. So what is the issue?


Jgn terpengaruh dgn cybertrooper lawan. Mereka boleh org lain tak boleh. Anak dia ok anak org lain nepotisme. 


Bila Anwar tolak gaji PM dan sebagai Menteri Kewangan dan Izzah tidak bergaji… kita patut berbangga kerana kedua mereka benar2 walk the talk. Yg penting bagaimana kita mengawal persepsi ini.


Apa itu nepotisme? Definisi nepotisme amalan mengutamakan atau memen­tingkan teman rapat dlm pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb. Maksudnya jika beri jawatan kpd kawan2 yg kita kenal pun nepostisme la juga. Jadi…?


Bagi saya nepotisme itu bermaksud menafikan hak org lain dan hanya mengkayakan keluarga diri dgn kuasa yg ada.


Jika itu berlaku saya akn paling kuat bersuara mengenainya… noktah. Tanya saya tidak berasa bimbang dgn lantikan ini kerana kedua anak beranak ini tiada rekod rompak wang rakyat.



KEH..KEH..MACAM NI JA KA KAU PUNYA PANDANGAN...LEBAI LEBAI..

 

Masa dalam keràjaan formula ni dia simpan... Bila org buat paying Rahmah dia kutuk... Bukan ke tu antara formula yg ada dlm Quran... Berlaku ehsan kpd rakyat...


Memang celaru OTAK walaunss ni...


😁😁😁😁😁




TMJ PUJI MB SELANGOR MEMBINA STADIUM SHAH ALAM YANG SEPATUTNYA 2 BILLION- WALAUN NI MALAS MEMBACA....MANA MANA PUN GITU LAH


 

KES KAMPUNG SG BARU- CAMPURTANGAN PM DS ANWAR MEMBERIKAN PENANGGUHAN SEHINGGA PENYELESAIAN DALAM RUNDINGAN SEMULA.


 

KITA BOLEH PILIH KEDAI MANA YANG PUNYA HARGA YANG MAMPU KITA BAYAR. BUKAN BERGANTUNG PADA PENIAGA YANG MENAWARKAN HARGA YANG TINGGI


 

BENDA BETUL TAPI TAKUT


 

SIDANG MEDIA PM10BERKAITAN DENGAN NURUL IZZAH- UNTUK PEJA- HENTIKANKAN SOAL CURI DUIT,TANAHTANAH BALAK SAHAM DAN KOMISYEN


 

FITNAH MENJADI MAKANAN PN DIPENTAS CERAMAH.


 

KEMUNGKINAN BENDA INI JADI KONTROVERSI- MUDAH NURUL BEKERJASAMA DENGAN RAFIZI.


 

NAK KECOH BUAT APA?- HANYA JADI PENASIHAT BAPAK DIA.- TAK PUNYA PUCA KUASA..


 

HADI DEDAHKAN BAHAWA SEDEKAH ITU BUKAN DARI CALON....TAPI DARI ORANG PERSEORANGAN


 

NI ADA BUKTI DAN BOLEH DIJALANKAN- SELAIN MASUK SYURGA DUIT PUN DAPAT


 

KEH..KEH....TAPI ANWAR TAK BUAT MACAM TU....KALAU ANWAR NAK BUAT MEMANG BOLEH..