Sekali lagi, Kelantan sebagai negeri di bawah pemerintahan Pakatan
Rakyat, bakal menjadi tumpuan negara menjelang Pilihan Raya Umum 13.
Bagaimanapun, jikalau dibandingkan dengan negeri PR yang lain, kesukaran
PAS untuk memerintah Kelantan buat penggal keenam selepas tahun 1990,
1995, 1999, 2004 dan 2008 - adalah lebih rendah.
Negeri
Kelantan mempunyai 14 kerusi parlimen dan 45 kerusi DUN. PAS menawan
38 kerusi DUN dan PKR memenangi 1 kerusi semasa PRU 12. BN memenangi 6
kerusi DUN (dengan satu kerusi tambahan DUN Galas dalam PRK
kemudiannya). Untuk kerusi parlimen pula, PAS merampas 9 kerusi, dengan
PKR menawan 3 kerusi dan BN 2 kerusi.
Kelantan adalah kubu PAS
yang kukuh. Ketika PRU 12 pada Mac 2008, PAS meletakkan pimpinan tinggi
partinya di Kelantan untuk memastikan suara mereka dibawa ke parlimen.
Antaranya Timbalan Presiden ketika itu Nasharudin Mat Isa di Bachok,
Bendahari Agung Hatta Ramli di Kuala Krai dan Ketua Dewan Pemuda ketika
itu, Salahuddin Ayub di Kubang Kerian.
Dalam PRU akan datang, PAS
telah mengumumkan bahawa 30% daripada calonnya adalah muka baru.
Sesetengah pimpinan yang menang dalam PRU 12 mungkin tidak lagi
menyarung jersi kali ini lantaran tersungkur dalam pemilihan parti.
Pemimpin seperti Salahuddin Ayub misalnya, bakal bertanding di negeri
asalnya, Johor, malah dikatakan seandainya PR berjaya menawan Johor,
maka beliaulah calon Menteri Besar.
Dalam
30% muka baru yang dikatakan, anak Menteri Besar Kelantan Nik Abdul
Aziz Nik Mat, iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz, antara yang paling menarik
perhatian. Beliau adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS. Beliau
dikhabarkan akan bertanding di Kubang Kerian yang ditinggalkan
Salahuddin Ayub, ataupun Pasir Mas yang dimenangi Ibrahim Ali atas tiket
PAS. Ibrahim Ali dijangka gugur dari senarai PAS, lantaran
kecenderungannya menjadi ahli parlimen pro-BN selepas menang dan
kenyataan berbau rasis yang dikeluarkan sejak beberapa tahun
kebelakangan.
Perang tiga penjuru di Kota bahruUMNO
hanya menang dua kerusi parlimen daripada 14 yang ditandinginya melalui
Tengku Razaleigh di Gua Musang (dengan rekod 10 kemenangan tanpa
kekalahan); dan Mustapa Mohamed (Menteri Pengajian Tinggi ketika itu) di
Jeli. BN menerima tamparan hebat, sehingga hampir dicabut akarnya dari
tanah Kelantan.
Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih dikenali
dengan nama Kuli, berbeza pandangan dengan kerajaan persekutuan dalam
isu royalti minyak di Kelantan. Ketika menyandang jawatan Menteri
Kewangan, Kuli terlibat dengan rundingan Petronas dan negeri yang
mempunyai sumber petroluem, malah merangka Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Justeru itu, persoalan sama ada Kuli bakal bertanding atas tiket UMNO masih sarat dengan pelbagai kemungkinan.
Daripada
14 kerusi parlimen, Kota Bharu akan menjadi tumpuan. Ia dijangka bakal
mempertembungkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu
Mohamad Fatmi Che Salleh dengan Zaid Ibrahim (daripada parti KITA,
gambar kanan) dan calon PAS. PAS dijangka meletakkan EXCO Kelantan,
Takiyuddin Hassan, dan ahli parlimen sekarang, Wan Abdul Rahim, dijangka
bakal digugurkan.
BN mula menjana jentera kempennya di kawasan
ini, malah mengajak Presiden MCA Chua Soi Lek untuk berkempen di situ,
dengan semangat yang berkobar-kobar untuk merampas kembali kerusi yang
ditawan PAS. BN menganggap wujudnya petanda-petanda bahawa undi mula
kembali ke pangkuannya. Lebih-lebih lagi sesetengah wakil rakyat PR
"hilang begitu sahaja" selepas PRU. Rakyat mula merungut kerana tiada
perkhidmatan di tempatan. Kebanyakan ini adalah kawasan yang mana akar
umbi PAS adalah lemah, atau kawasan PKR.
Mustapa MB yang direstui BNDari
segi DUN, BN menggunakan strategi 6+23, iaitu mengekalkan 6 kerusi yang
dimenangi dalam PRU 12, ditambah dengan 12 kerusi yang mana undi
majoriti PAS tidak melebihi 500 undi; dan 11 kerusi yang mana undi
majoriti tidak melebihi 1000 undi. BN melihat kawasan ini sebagai
kawasan "kelabu", yang mungkin berpeluang untuk ditembusi, dan menawan
kerajaan negeri Kelantan seterusnya. BN Kelantan bertunjangkan UMNO
yang bertanding di 44 kerusi, dan satu lagi kerusi Kota Lama ditandingi
calon MCA.
BN
Kelantan kini diketuai Mustapha Mohamad, (gambar kiri) Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Seandainya berjaya
menawan kerajaan negeri Kelantan, maka beliau adalah calon Menteri Besar
yang direstui. Sebelum ini, Mustapha tidak menafikan bahawa beliau
mungkin akan bertanding kedua-dua kerusi parlimen dan DUN, dan strategi
ini dilihat untuk mengangkatnya sebagai MB.
Kali ini, UMNO
menunjukkan perpaduan yang utuh, berbanding dengan keadaan berselerak,
dengan puak-puak masing-masing pada zaman dahulu. PAS tidak boleh
memperlekehkan musuhnya kali ini, lebih-lebih lagi pengganti untuk Nik
Aziz yang umurnya telah lanjut, belum lagi kelihatan. Oleh itu, PAS
perlu mengambil kesempatan untuk menonjolkan calon pengganti Nik Aziz
dalam pilihan raya ini. Ia untuk menstabilkan keadaan, dan mengelakkan
pembaziran tenaga ekoran daripada pergelutan kuasa dalaman.
Kelantan
adalah negeri yang mana majoritinya pengundi Melayu. Pengundi biasanya
mempertimbangkan parti politik dan bukan calonnya. Semangat
"kepartian" generasi tua amat menebal. Hasrat undinya telah ditetapkan
sejak awal lagi - dengan pendirian yang jelas untuk menyebelahi sama ada
hijau atau biru. Apa yang direbut BN dan PR adalah pengundi baru yang
berdaftar selepas 308 - yang biasanya sukar diketahui hasrat yang
terpendam dalam hati mereka.
Retorik
"pembangunan" oleh BN kurang mujarab di Kelantan, dan gagal memikat
hati pengundi. Walaupun ramai pemuda bekerja di kota raya, tetapi
mereka berharap kampung mereka tidak mengalami urbanisasi, sehingga
mengundang masalah sosial. Mereka berharap kejatian sedia ada
dikekalkan. Dari segi ini, PAS bertunjangkan semangat agama,
mengutamakan ajaran agama, di samping pembangunan tempatan.
Baru-baru
ini, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pembinaan lebuhraya antara
Kota Bharu dengan Kuala Krai dengan RM1.8 bilion, malah menyeru derma
dari masyarakat. Jelas, kerajaan negeri cuba meraih simpati dalam isu
ini. Kerajaan negeri membina sendiri lebuh raya ini untuk kepentingan
rakyatnya, jikalau kerajaan persekutuan enggan berbuat demikian. Ini
kerana projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia kelima
hingga kesembilan, dan dikeluarkan dalam Rancangan Malaysia ke-10.
Kini, tiada apa-apa kelihatan.
Perang bermula. Namun, kesudahannya hanya akan diketahui pada saat-saat akhir.