APA YANG KERAJAAN BOLEH BUAT ?

 


Kalau kita pesawah, kita pun akan rasa nak menangis juga. Aku ada kawan yang usahakan sawah. Baca post dia buatkan aku berat nak sentuh isu ni. Tapi rasanya tak boleh didiamkan juga.


Sekali lagi, harga padi ni ikut pasaran. Turun naik harga padi, bukan dikawal macam OPR tapi ianya berdasarkan pasaran semasa. Cuma yang peliknya, harga beli padi turun ketika beras kurang.


Sebenarnya apa yang kerajaan boleh buat? Tak ada apa pun. Kerajaan sebelum ini dah buat yang perlu iaitu menetapkan harga lantai kepada RM1,200. Kalau tak mungkin harga jadi lebih rendah.


Manakala kerajaan semasa pula dah telah naikkan subsidi padi kepada RM500.  Bermakna setiap tan yang dijual, petani/pesawah dapat RM1,700 paling tidak. Itulah apa yang aku difahamkan.


Lebih dari itu apa yang kerajaan boleh buat? Nak paksa pengilang beli harga lebih tinggi? Boleh tapi kemudian apa akan terjadi? Sudah pasti pengilang akan desak naikkan harga beras pula.


Dan kalau itu berlaku, rakyat terbanyak pula yang akan terkesan. Malah bilangan orang yang terkesan jauh lebih ramai. Dalam keadaan sekarang, kerajaan berada dalam dilema. Tiada pilihan.


Masalahnya memang harga belian padi RM1,200 pun selama ini. Cuma mutakhir ini para pengilang seakan bersaing sesama sendiri merebut padi dari pesawah yang menyebabkan mereka nakkan harga hingga RM1,700 setiap tan.


Dan itulah yang buatkan aku pelik. Kenapa mereka sanggup beli beras tempatan pada harga tinggi sedangkan selama ini beras tempatan tak pernah laku. Tak seperti beras import.


Lebih pelik, pengilang bertindak kurangkan harga beli sebaik PM berjanji mahu cari dan dakwa pihak yang sorok beras. Perkara ini seakan bersangkutan.


Bila difikirkan, macam semuanya dah dirancang. Maksud aku, pembelian padi harga tinggi dengan kehilangan bekalan beras tempatan dari pasaran, serentak dengan kenaikan harga beras import.


Fenomena el-nino yang melanda India bukannya bencana yang datang mengejut. Banyak pihak yang telah berikan peringatan akan berlakunya krisis bekalan makanan tahun ini.


Ini buatkan aku terfikir. Adakah tindakan pengilang beli padi pada harga tinggi, kerana mereka tahu bila harga beras import naik, mereka boleh buat untung dengan mencampurkan beras tempatan dengan beras import dan jual pada harga Import?


Atau tak campur pun. Terus tukar label je. Sebab itu mereka berani beli harga tinggi sikit sebab bakal dapat untung berlipat kali ganda saat beras import dinaikkan harganya nanti.


Sebab, beras tempatan dijual pada harga RM2,600 setiap tan. Kalau beli harga tinggi, berapa sangat pengilang dapat untung?  Dengan segala kos lain seperti elektrik, pengangkutan dan sebagainya, tak logik pengilang beli pada harga tinggi.


Bila PMX kata akan cari pihak yang menipu, mereka jadi ketakutan dan hentikan kerja tukar label beras. Tetapi itu buatkan mereka tak mampu nak beli pada harga tinggi lagi. Dan kerana itulah harga belian padi diturunkan kepada harga lantai.


Bukan menuduh sesiapa. Ini apa yang aku terfikir berdasarkan logik akal.


Apa pun, berbalik kepada soal asal. Bukanlah kita tak kasihan kepada pengusaha sawah. Tapi dalam keadaan sekarang, kerajaan tak boleh paksa para pengilang untuk naikkan harga belian.


Kerana itu akan buatkan pengilang rugi melainkan kalau harga beras tempatan dinaikkan. Kalau harga jualan beras dinaikkan, lebih ramai rakyat yang akan terjejas. Kena pilih mudarat yang lebih kecil.


Mungkin petani/pesawah di Kedah boleh minta tolong Sanusi. Sebab kalau ikut ceramah, Sanusi tu macam hebat segala benda. Jadi masanya untuk dia buktikan dia memang berkelayakan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TEPU


Semalam PRK Pelangai saksikan BN kekalkan kemenangan. Menang dengan 2,949 undi majoriti. Kalahkan calon PN dan Bebas. 


Ini signal memberansangkan kepada UG. Menang 3-0 setakat ini, selepas PRK Pulai dan Simpang Jeram. Ini di Pelangai pula. Tunjukkan UG makin steady. 


Ada yang kata ini kemenangan besar pada Kerajaan. Sebabnya dulu masa PPBM jadi Kerajaan, mereka kalah teruk juga 2 PRK: Tanjung Piai dan Semenyih. Bersatu tak boleh pertahankan kerusi, walau dalam Kerajaan. 


The fact that UG boleh menang 3-0 pada saya, menunjukkan 3 perkara:


1. Gelombang Hijau sudah tepu dan makin merudum. 

Hanya kuat di negeri utara negara. Tak lut masuk ke selatan. 


2. Politik 3R ini tak sustainable. Pengundi Kelabu sudah buka mata, PN is a bad news kalau keep pushing 3R yang radikal. Makanya walaupun tak berapa berkenan dengan Kerajaan, mereka terpaksa telan. Bagi peluang habiskan penggal. 


3. UMNO pula makin diterima, bilamana rakyat nampak PN pun buat perangai sama. Kes Jana Wibawa, kes anak menantu lari, kes siasatan Peguam PN sakau duit 1MDB. Sakau atau sakau lagi 🤦🏻‍♀️ tunjukkan dalam politik, Penyamun dan Penyakau ada di mana2, rentas parti juga. 


***************************


Pada saya politik Malaysia semakin stabil. Terbantut la langkah Tebuk Atap mereka. No way ada yang berani nak kosongkan kerusi dan ambil risiko buat PRK. Dengan prestasi UG sebegini. 


Ada penyokong PN berbunyi. Walaupun menang, katanya PHBN makin kurang undi. 


Macam ni la brader. Politik ni pada mata pengundi macam Sukan juga. Kalau score 8-7 pun anda tetap kalah. Walau ada 1 score atau 1 undi membezakan. 


Tengokkan KJ dan SH. Depa kalah tipis tapi gentleman. Walau pun di luar mereka tetap sumbang idea membina. Takde la jadi sore loser. 


Why don’t PN be the bigger person. Ucap tahniah dan move on. Cuba lagi penggal depan. 


Bagi kita pengundi biasa, kita harap both Kerajaan dan Pembangkang buat kerja. Satu bangunkan negara. Satu lagi buat semak dan imbang, sebab itu sememangnya kerja mereka. 


Kita pun dah tepu dah nak baca isu politik. Sekarang nak tengok macam mana politikus boleh bekerjasama. Bina semula negara. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



PN HANYA PANDAI PERSOAL, KERAJAAN BERI JALAN PENYELESAIAN




 Dakwaan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyifatkan rakyat pada era Kerajaan Madani terpaksa berebut-rebut demi mendapatkan sekampit beras hanyalah kritikan melulu yang tidak berasas.

Bagi Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP), Siti Aishah Shaik Ismail, kenyataan Ahli Parlimen Machang itu malah bersifat ‘kuno’ kerana kerana tidak melihat perkembangan luar negara.

Hal ini kerana masalah berbaris panjang membeli beras lebih teruk berlaku di Indonesia dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Namun menurut Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN itu, kerajaan telah menyediakan segala cara bagi memastikan bekalan beras beredar secara sistematik dan boleh diperolehi oleh semua rakyat.

“Wan Fayhsal ini agak kuno dalam berpolitik. Kerajaan Perpaduan tidak pernah menafikan segala kekurangan dalam isu beras ini.

“Kita semua sedia maklum bahawa ia (kekurangan) isu bermusim yang maksudnya apabila berlaku krisis (India menghentikan eksport beras), mahu tidak mahu Malaysia yang merupakan negara pengimport merasakan tekanan itu

Belian panik menyebabkan kekurangan bekalan beras

“Bagaimanapun kerajaan tidak pernah berhenti berusaha untuk membantu memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Jelas Aishah, rakyat pada waktu ini boleh menilai kesungguhan Kerajaan Perpaduan melalui jaminan Perdana Menteri yang tegas dalam menanggani isu bekalan beras putih tempatan.

“Persoalan yang kita lontarkan kepada rakyat, adakah kerajaan ini lepas tangan? Jawapannya tidak.

“Ia jelas dibuktikan dengan kenyataan PM (Perdana Menteri) di Pelangai baru-baru ini, meminta penguatkuasa memberi penekanan kepada isu beras terutama dalam soal sorok bekalan, dan subsidi tambahan juga telah diumumkan,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut mengingatkan Wan Fayhsal berhubung kegagalan pentadbiran PN selama 33 bulan mengurus keterjaminan makanan sehingga wujud krisis bekalan ayam dan telur, walaupun tidak berlaku sebarang kekurangan bekalan ayam atau telur di peringkat antarabangsa sepanjang 2022 lalu.

“Wan Fayhsal mungkin lupa zaman PN menjadi kerajaan dulu, krisis bekalan makanan asas negara lebih teruk dengan tekanan harga yang tinggi hingga menyebabkan rakyat terkesan secara total,” katanya lagi.

Semalam, melalui sebuah portal berita pro pembangkang Wan Fayhsal mempersoalkan ke manakah hilangnya bekalan beras putih tempatan sehingga rakyat terpaksa berebut mendapatkannya. Beliau juga menganggap krisis kekurangan beras pada waktu ini dikira terburuk sejak negara merdeka. – Suara Keadilan



Pelaksanaan NETR: Keuntungan TNB tidak terjejas - Rafizi

 

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menegaskan pelaksanaan Pelan Peralihan Tenaga Boleh Baharu (NETR) tidak akan menjejaskan perolehan keuntungan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Menurut Rafizi, TNB sendiri dijangka akan mendapat keuntungan daripada NETR itu.


"Malah NETR itu dilancarkan dalam dua fasa. Fasa pertama saya yang lancarkan, fasa kedua Perdana Menteri yang lancarkan dengan TNB menjadi tuan rumah


"Sebabnya TNB tahu bahawa peralihan tenaga ini adalah salah satu anjakan sangat penting bukan sahaja kepada negara, tapi laba itu TNB yang akan dapat," katanya mengulas dakwaan NETR hanya akan menguntungkan syarikat solar luar negara berbanding TNB.


Rafizi turut menjelaskan prestasi saham TNB mencatatkan peningkatan sejak dua bulan sebelum NETR dilancarkan.


"Sebelum NETR dilaksana, pelabur antarabangsa dan pengurus dana yang menentukan saham mana yang hendak dibeli dan mereka berasakan kaunter-kaunter di Malaysia termasuklah TNB perlu melakukan sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pematuhan kepada perubahan iklim.


"Kemudian pada masa yang sama kerajaan juga menunjukkan cara dan kaedah yang akan dilaksanakan, itu menimbulkan keyakinan dalam kalangan dana-dana pelaburan antarabangsa.


"Sebab itu kita tengok kaunter TNB mendapat untung, selain daripada kaunter-kaunter lain yang di dalam solar," tambahnya.


Mengulas lanjut Timbalan Presiden KEADILAN itu menegaskan, melalui NETR Malaysia akan menjadi antara pengeluar panel solar terbesar di dunia yang memberi laba kepada industri lain termasuklah membuka peluang pekerjaan baharu kepada anak-anak Malaysia.


"TNB juga tahu bahawa ini adalah penting untuk pertumbuhan dan kemampanan TNB pada masa akan datang sebagai sebuah syarikat utiliti," tambahnya.

SEDAR ATAU TIDAK . INILAH PERTAMA KALI DALAM PULUHAN TAHUN TANDAS MURID DIPERBAIKI UNTUK KESELESAAN ANAK ANAK KITA UNTUK KESELESAAN.


 

LAGI FITNAH LAGI MAKI HAMUN LAGI MEMBERI MAKLUMAT SALAH...KITA AKAN MENANG...SANUSI PUN TAK LAMA DAH TU..


 

HANG NAK DEDAH APA..NEGERI HANG PUN RAMAI SUSAH DARI KAYA..


 

SAMPAI HARI NI MAHIADDIN TAK SAMAN ANWAR BERKAITAN KES BAYAR DUIT HUTANG FELDA. SEBAB DIA TAHU DIA PEMBOHONGBPADA ORANG MELAYU


 

KENAPA TAK MAU BERUNDING ? SEBAB AGENDA MEREKA IALAH MENIMBULKAN FITNAH DAN KERAGUAN TENTANG KERAJAAN.TU SAJA.


 

MENANG DI PELANGAI JADIKAN TIGA PRK BERJAYA DIMENANGI CALON KERAJAAN PERPADUAN


Sebagaimana dijangka, calon BN yang mewakili kerajaan perpaduan, Amizar Abu Adam berjaya memenangi PRK Dun Pelangai dengan majoriti 2,949 undi.


Amizar memperolehi 7,324 undi berbanding calon PN, Kassim Samat yang mendapat 4,375 undi, manakala calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli sekadar mampu beroleh 47 undi.


Meskipun majoriti kemenangan BN adalah lebih kecil berbanding PRU15 lalu iaitu 4,048 undi, namun perolehan undi BN jelas lebih tinggi lagi.


Pada PRU15 lalu, calon BN, Allahyarham Johari memenangi Dun Pelangai dengan meraih 7,308 undi, sementara kali ini, calon BN, Amizar berjaya memperolehi 7,324 undi.


Pun begitu, walau PN tewas, jumlah undi mereka adalah meningkat sebanyak 1,115 undi berbanding PRU15 lalu.


Pada PRU15 lalu, Kassim memperolehi 3,260 undi, tetapi kali ini undinya berjumlah 4,375 undi.


Apa yang membanggakan di sebalik kemenangan BN ini ialah berlakunya peralihan undi yang ketara daripada PH kepada BN di peti undi Manchis, Sungai Gapoi, Telemong dan Sungai Perdak yang merupakan kawasan majoriti pengundi bukan Melayu.


Ini secara langsung memberi gambaran, meskipun berlaku peralihan pengundi Melayu kepada PN di kawasan Felda, namun pengundi bukan Melayu jelas menerima dengan baik pembentukan kerajaan perpaduan dan tiada masalah memberi sokongan kepada calon BN.


Dalam hal ini, DAP khususnya terbukti telah berperanan dengan baik sekali.


Dengan kemenangan BN di Pelangai ini, bermakna ketiga-tiga PRK yang diadakan setakat ini berjaya dimenangi semunaya oleh calon yang mewakili kerajaan perpaduan.


Sebelum ini, calon Amanah yang mewakili PH berjaya memenangi PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram di Johor.


Pada PRN enam negeri sebelumnya pula, gabungan PH/BN berjaya mempertahankan tiga negeri – Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan dan cita-cita PN untuk mencari kemenangan di salah satu negeri itu tidak menemui kejayaan.


PN sekadar berjaya mempertahankan tiga negeri tadbirannya saja iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.


Secara kasarnya, meskipun banyak lagi penambahbaikan, penerangan dan pemahaman perlu dilakukan berkenaan kerajaan perpaduan ini, ia ternampak punya masa depan yang cerah untuk terus dipertahankan dalam PRU akan datang.


Ini kerana imej kerajaan perpaduan adalah gambaran yang mewakili wajah Malaysia yang sebenar yang aman dan harmoni berasaskan semua kaum yang ada di dalamnya.


Selagi keharmonian tersebut dapat dipertahankan, negara ini lebih berpotensi untuk terus maju ke hadapan seiring dengan kemajuan zaman. – ShahbudinHusin 07/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



WOIIII..KAH..KAH..KAH...KALAH TETAP KALAH...JANGAN MEROYAN.

 


PN TIDAK MAHU DIKATA KALAH DI PELANGAI, MEREKA KALAH DALAM MENANG KONONNYA…


Seronok bercampur geli hati pun ada bila membaca pelbagai ulasan dan reaksi para pemimpin PN serta penyokong gabungan itu berkenaan keputusan PRK Dun Pelangai yang diumumkan malam semalam.


Walaupun sudah sah PN kalah dengan kekurangan undi 2,949 undi kepada BN yang mewakili kerajaan perpaduan, tetapi mereka, termasuk Mahiddin Md Yasin sendiri, masih berusaha menyedapkan hati seolah-olah mereka tidak kalah dalam PRK tersebut.


Dalam erti kata lain, hakikat kalah itu masih enggan diterima secara mutlak.


Setidak-tidaknya yang boleh diterima barangkali ialah PN kalah dalam menang kononnya.


Antara cubaan menyedapkan hati sendiri itu dan mentafsirkan kalah dalam menang itu ialah dengan mengatakan majoriti yang dimenangi BN berkurangan jika dibandingkan kemenangan sebelumnya, peningkatan sokongan BN hanya sebanyak 16 undi jika dibandingkan PRU15 lalu, walhal BN sekarang sudah bekerjasama dengan PH, perolehan undi PN yang melonjak sebanyak 1,115 undi serta berjaya meraih sokongan undi Melayu di kawasan Felda.


Mereka juga menyebut, oleh kerana BN dan PH sudah bekerjasama di mana pada PRU15 lalu, campuran undi kedua-duanya berjumlah 9,339 (7,308 + 2,031), tetapi dengan hanya memperolehi undi sebanyak 7,324 pada PRK kali ini, maka BN telah ditafsirkan tidaklah menang dalam erti kata yang sebenarnya.


Kata mereka lagi, dengan peningkatan undi diperolehi BN hanya berjumlah 16 (7,308 undi pada PRU15 dan 7,324 undi pada PRK), di samping majoriti kemenangan pula menurun daripada 4,048 kepada 2,949, ertinya kerjasama BN dengan PH tidak memberi kesan cukup baik kepada kerajaan perpaduan.


Walaupun menang, kata mereka, BN sebenarnya boleh dianggap telah kalah atau menang dalam kalah.


Seterusnya, dengan membandingkan peningkatan undi PN sebanyak 1,115, ada pemimpin mereka berhujah bahawa PH/BN masih belum selamat nasibnya pada PRU16 akan datang.


Kemudian, mereka juga berhujah kemenangan BN juga dicapai kerana banyak janji, bantuan dan malah dikatakan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, setiap hari berkampung di Pelangai sejak hari penamaan calon lagi.


Sebab itulah BN menang, kalau tidak, belum tentu juga, tambah mereka.


Rasa-rasanya, sehingga dua tiga minggu lagi pun kita masih boleh mendengar hujah-hujah kalah dalam menang daripada pemimpin dan penyokong PN ini apabila bercakap berkenaan PRK Pelangai.


Susah benar nampaknya mereka hendak mengakui hakikat kalah tetap kalah, meski apa sekali pun hujah yang cuba dikeluarkan untuk menterbalikkan keputusan yang telah diumumkan.


Bahkan, jika siang malam mereka bercakap dengan hujah yang sama, keputusan PRK Pelangai tetap sama seperti yang telah diumumkan dan tidak mungkin boleh berubah lagi.


Cuma, satu perkara saja perlu PN sedar – tak kisahlah undi mereka meningkat, majoriti BN menurun, jumlah undi Amizar Abu Adam yang mewakili kerajaan perpaduan hanya bertambah 16 undi atau apa sekali pun, lawan daripada gabungan PH dan BN inilah perlu mereka hadapi pada PRU16 akan datang.


Meskipun majoriti kemenangan BN menurun dan undi BN juga tidak banyak bertambah, dengan majoriti 2,949 itu, bolehkah PN menukarnya menjadi kemenangan kepada mereka bila PRU diadakan empat tahun lagi?


Jika tiada harapan untuk menukarnya, bukan saja di Pelangai, tetapi juga di banyak kawasan pilihan raya lain yang komposisi pengundinya hampir sama, senang cerita – kalah kali ini dan PN bakal kalah lagi pada PRU16 nanti. – ShahbudinHusin 08/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KERJASAMA PN DAN PAS AKAN BERKUBUR



 Masa aku tulis tentang kemenangan BN di PRK Pelangai, aku tunggu juga orang komen tentang majoriti yang menurun berbanding PRU15. Tapi tak ada. Cuma ada yang bertanya, bukan kecam.


Aku ingat kalau ada yang kecam, aku nak jawab dengan posting. Tapi sebab tak ada, aku tulis juga la apa yang aku dah lama fikirkan.


Macam masa aku kata PN sebenarnya kalah dalam PRN 6 negeri (PRN6) sebelum ini. Ada yang kecam aku. Kata aku bodek. Yang kecam aku ni mengaku penyokong PH juga. Tapi aku gelak je la baca.


Takrifan aku pasal menang atau kalah ni lain sikit. Ini politik, bro. Dalam politik, 5+5 menang 10. Tapi tak cukup setakat kata 10. Kena tengok 5 tu datang dari mana. Kena perhatj banyak faktor.


Ketika PRN6, boleh katakan PH/BN dalam keadaan sangat lemah. Ketika tu gabungan ini diserang di segenap pelusuk. Kerjasama itu pun belum dapat diterima oleh semua ahli akar umbi.


Fitnah juga berleluasa dan kerajaan pula macam tak bersungguh nak lawan fitnah. Lebih dari itu PH dan BN diserang pemimpin sendiri seperti Hassan Karim, Dr. Akmal dan Isham Jalil.


Belum kira pengkhianatan Syed Saddiq dan Muda lagi. Banyak usaha yang dibuat oleh kerajaan pula belum lagi menampakkan hasil. Sedangkan PN pula gah membawa momentum dari PRU15.


Sebenarnya dalam keadaan itu, PN boleh menang Selangor dan nafikan ⅔ di Penang. Tapi itu tak berlaku. Sebaliknya PN kalah teruk di Penang dan setakat mampu nafikan ⅔ di Selangor.


Sebab itu aku kata PN kalah dalam PRN6. Prestasi mereka merosot teruk berbanding PRU15. Mungkin mereka kuat di utara dan pantai timur tapi mereka semakin lemah di selatan dan pantai barat.


Bila berlaku PRK di Simpang Jeram dan Pulai pula, heboh tentang DNAA Zahid. Sampai ada kawan aku kata AG lama saja nak sabotaj PH beri Zahid DNAA di ambang PRK. Tapi tak rasa begitu.


Masa tu, boleh tengok siapa saja yang tak serang DS Anwar? Si Saddiq siap over. Keluar dari kerajaan sekali. Dia ingat dengan buat begitu rakyat akan yakin yang DS Anwar betul terlibat.


Tapi sekali lagi, isu semasa tak begitu jalan. PH menang bergaya di kedua-dua PRK. Menang ada pertambahan undi PN tapi itu tak menggambarkan apa-apa sebab PH juga bertambah undi.


Pertambahan bilangan undi PN tu mungkin akibat permainan persepsi oleh PN tapi tak cukup kuat. Bermakna PN tak punya daya penarik. Isu begitu tak cukup kuat untuk PN ajak rakyat tolak PH.


Dan semalam PRK di Pelangai. Ketika ini ada isu yang jauh lebih besar. Isu beras yang menyentuh langsung kepada rakyat. Ramai yang terkesan. Sepatutnya PN dapat faedah besar.


Tapi tidak. PN cuma dapat sedikit saja tambahan undi. Biar gila-gila mereka tunggang isu ini, sengaja ceritakan fakta yang salah, burukkan imej menteri, buat poster fitnah, tapi tetap BN yang menang.


Jadi itu adalah bukti yang rakyat tolak PN. Dengan isu yang begitu besar, pengundi Pelangai masih tegar memilih BN. Cuma sedikit yang swing kepada PN. Bermakna PN tiada tempat langsung di hati rakyat.


Padahal Mahiaddin siap janji tukar kerajaan negeri, siap namakan Tuan Ibharim sebagai bakal MB. Tapi PN tetap gagal. Sebab itu aku berani katakan yang PN ditolak secara total di Pelangai.


Jadi aku berani jangkakan yang PN takkan mampu bertahan sampai PRU16. Kita pun dah kenal sangat perangai PAS. Tak lama lagi ada la suara salahkan Mahiaddin punca mereka tak boleh nak menang tu.


Tambah lagi dalam tempoh 4 tahun mendatang, banyak isu akan berjaya diselesaikan dan formula Rafizi mula menampakkan hasil, InsyaAllah. Aku rasa mungkin ada MP yang kena usung tabung Milo semula nak buka pusat tahfiz. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


RUMAH TAK SIAP LAGI. PITIH TAK DAN LAGI CARI..

 

Jamzuri Ardani.


Ana pun fikir elok juga kalau enta masuk penjara. 😂😂😂




DUA DUA KENA TARIK...PADAN MUKA..ORANG CERDIK DAH OIII...TAK CERDIK JA DENGAR HANGPA..


Razmi Mat Nor


 Ustaz yang suka buat fitnah & sebarkan pada orang ramai memang patut ditarik balik tauliah mengajarnya.




NI SEKOQ LAGI...HANG TAK MALU KA.?

 

Mukhlis Eddie


Ayat nak mengemis lettew.. dasar penunggang agama. Asal x dak duit bukan nak kerja..tapi jual air liur. Lagi2 si katek pelancap online ni ha ..




KEPUTUSAN PRK N.36 DUN PELANGAI



1. Perutusan turun mengundi 72.12 % / 16,383


2. Barisan Nasional (BN) menang dengan perutusan 61.7% (7324). Menang majoriti 2949


3. Perikatan Nasional (PN) memperolehi 36.9%(4375)


4. Bebas  0.28% (47)


5. Sokongan Melayu pada BN 52.1%


6. Sokongan Melayu pada PN 46.8%, Bebas 0.4%


7. Sokongan Cina dll kepada BN 97%, PN 2.8%, Bebas 1%


8. Pola pengundian Saloran & Pusat Daerah Mengundi.


BN menang 7 daripada 9 Pusat Daerah Mengundi, meliputi 24 daripada 32 saluran.


9. Pola pengundian Felda.


PN menang 2 Daerah Mengundi iaitu DM Felda Sg Kemahal dan DM Sg Kemasul.

BN menang di DM Chemomoi.


Walau pun kalah Di Felda Sg Kemasul dan Sg Kemahal Saloran orang muda di DM berkenaan berpihak kepada BN.


10. Pola pengundian undi 18 tahun ( Pengundi Melayu ).


Pengundi umur 18-24 tahun BN 53%(247) PN 47%(218).

Pengundi umur 25-50 tahun berpihak kepada PN manakala 51 tahun ke atas tegar kepada BN.


Rumusan.


Keputusan di Pelangai boleh dijadikan indicator bahawa kerjasama PH dan BN sangat baik. Masing2 sailing memerlukan.


Sokongan Melayu :

BN - 52%

PN - 47%


Sokongan Cina :

BN - 97%

PN - 3%



PN JA BOLEH BUAT . ORANG LAIN TAK BOLEH.BANGSAT.

 

DH mula puak walaun walauntin PN Pas bodo nk Kate BN rasuah plak...Pas PN bagi minyak hitam free ITU boleh mase pru15 dan die je boleh orang lain tak boleh.




MMM..LEBAI ..APA MACIAM...???

 



Zulkifly


Sekarang bermaksud DAP/PH mempunyai nilai tambah dan menunjukkan bahawa orang Melayu Pelangai masih percaya BN. Malah yakin pd Kerajaan Perpaduan Negeri dan Kerajaan Perpaduan Madani  Persekutuan yang di pimpin oleh PM DSAI serta PASUKAN Pemimpin2 PH+BN+GPS+GPRS+WARISAN 


Pendek kata Melayu Pelangai tak percaya pun PN sebab ada PAS-Gerakan. 


Tak gitu YB Ustaz Rosli Abdul Jabar?



PATUT DUTA KHAS YANG BUAT KERJA DULU. MAKAN GAJI BUTA...

 

Jamzuri Ardani




Sepatutnya Duta Khas dulu yang buat kerja nie ... tapi ... ermm cakap pun tak guna.



KAH KAH.KAH


 Dah tau kalah neraka selalu...nak masuk sorga kena tunggu prk kemaman larr...tu pun kalo menang ...😂



TAK CUKUP JEMELAH NAK JADI MB

 






Nampaknya tak chukuppp jhemlah, masih lagi tak chukuppp.


Tahniah PN sebab berjaya kalahkan calon bebas, satu pencapaian terbaik untuk kerengga di luar sana. Jangan bersedih, Ingat ini bukan kekalahan tapi kemenangan tertangguh. Cuma kena reevaluate balik macam mana dia define keyakinan 100%.



ORANG TAK MAU KAKI FITNAH DAN PUAK KHAWARIJ KUASAI POLITIK NEGARA


 BN menang di Pelangai. Peratusan keluar mengundi juga tinggi. Tadi calon PN dengan yakin berkata kalau peratusan keluar mengundi lebih 70%, mereka akan menang. Tapi sebaliknya berlaku.


Lihat kepada peratusan keluar mengundi, bermakna ramai pengundi luar yang balik mengundi. Tetapi mereka balik untuk mengundi BN, bukan PN. Apa maknanya itu?


Ini menunjukkan yang PN ditolak secara total oleh pengundi Pelangai. Kemungkinan PN menang telah menimbulkan rasa bimbang di kalangan pengundi. Rasa bimbang ini yang buatkan peratusan keluar mengundi tinggi.


Boleh juga nak dikatakan yang dakwaan Mahiaddin kononnya jika mereka menang di Pelangai maka kerajaan negeri boleh berubah telah jadi senjata makan tuan.


Ini petanda awal yang imej UMNO beransur pulih manakala gelombang PN mula mula mengendur. Selain itu, kewujudan Kerajaan Perpaduan serta kepimpinan DS Anwar mula diterima.


Berdasarkan keadaan ini, memang aku yakin PN akan ghuyub menjelang PRN16, InsyaAllah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TU DIA PERANGAI KHAWARIJ

 

TU DIA PUAK KHAWARIJ



Ramai yang membela status ini sebagai tidak ditulis oleh pemilik akaun yang sebenar, ianya edit. Ambo jawab sapa pun yang tulis status itu, jelas pemikirannya dikuasai oleh fikrah khawarij. 


Ambo yakin penulis itu mesti seorang manusia yang terpengaruh dengan fahaman khawarij kalau pun bukan ditulis sendiri oleh admin. Ambo hanya fokus kpd wording yang ditulis  ada elemen khawarij, sapa jong tulis hal lain, kijaan admin la membuktikan statusnya di edit




TUUU DIAAA ....NOH AIHHHH.,SAKAW


 

RAKYAT DI PELANGAI TIDAK MAHU IKUT JALAN BABI, BIARKAN LEBAI PN SAHAJA GUNA

 



PN sekali lagi ditolak di kawasan majoriti melayu, termasuk kawasan felda. Sebelum ini, PN tersungkur di Pulai dan Spg Jeram. Kali ini, PN sekali lagi terkangkang di Pelangai.

Ini membuktikan masyarakat Pelangai tidak suka orang menfitnah dan mencarut meskipun atas kepala mereka ada serban atau kopiah. Warga felda di Pelangai juga sedar siapa sebenarnya yang lupuskan hutang para peneroka dan bukan hanya bermodal air liur basi.

Tiada siapa peduli cakap Mahathir, abah cow, Sanusi "kote' , Mejah, lebai Hadi, atau sekutu2 penjual agama yang setiap malam jual minyak di Pelangai. Rakyat Pelangai mahu kemajuan bukannya harapkan babi buat jalan untuk mereka, seperti anggapan ketua lebai Pahang, Ustaz Rosli Jabar. Biarlah lebai saja ikut jalan babi.

WFAUZDIN NS

 

[fitnah] TIKTOKER PRO PEMBANGKANG MEMFITNAH! YB RAFIZI JAWAB & SEKOLAHKAN!


Tiktoker nak viral boleh, tapi kena banyak membaca supaya bunyi cerdik sikit. Semenjak Pelan Peralihan Tenaga Boleh Baharu (NETR) diumumkan, saham TNB sebenarnya yang terus meningkat naik. Pemain industri ataupun TNB faham kepentingan rancangan seperti NETR. Malaysia juga antara pengeluar panel solar yang besar di dunia. Menerusi NETR, industri panel solar dapat dibesarkan lagi yang akan membawa laba kepada TNB serta industri-industri lain yang akan membuka juga peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Pesan saya, baca dan selidik dulu sebelum bercakap, kalau tempat lain dah kena saman 🤣 Sumber Video FB YB Rafizi Ramli #fitnahtiktokerPN #pnbestmemfitnah #lebaikakifitnah