WOIIII..KAH..KAH..KAH...KALAH TETAP KALAH...JANGAN MEROYAN.

 


PN TIDAK MAHU DIKATA KALAH DI PELANGAI, MEREKA KALAH DALAM MENANG KONONNYA…


Seronok bercampur geli hati pun ada bila membaca pelbagai ulasan dan reaksi para pemimpin PN serta penyokong gabungan itu berkenaan keputusan PRK Dun Pelangai yang diumumkan malam semalam.


Walaupun sudah sah PN kalah dengan kekurangan undi 2,949 undi kepada BN yang mewakili kerajaan perpaduan, tetapi mereka, termasuk Mahiddin Md Yasin sendiri, masih berusaha menyedapkan hati seolah-olah mereka tidak kalah dalam PRK tersebut.


Dalam erti kata lain, hakikat kalah itu masih enggan diterima secara mutlak.


Setidak-tidaknya yang boleh diterima barangkali ialah PN kalah dalam menang kononnya.


Antara cubaan menyedapkan hati sendiri itu dan mentafsirkan kalah dalam menang itu ialah dengan mengatakan majoriti yang dimenangi BN berkurangan jika dibandingkan kemenangan sebelumnya, peningkatan sokongan BN hanya sebanyak 16 undi jika dibandingkan PRU15 lalu, walhal BN sekarang sudah bekerjasama dengan PH, perolehan undi PN yang melonjak sebanyak 1,115 undi serta berjaya meraih sokongan undi Melayu di kawasan Felda.


Mereka juga menyebut, oleh kerana BN dan PH sudah bekerjasama di mana pada PRU15 lalu, campuran undi kedua-duanya berjumlah 9,339 (7,308 + 2,031), tetapi dengan hanya memperolehi undi sebanyak 7,324 pada PRK kali ini, maka BN telah ditafsirkan tidaklah menang dalam erti kata yang sebenarnya.


Kata mereka lagi, dengan peningkatan undi diperolehi BN hanya berjumlah 16 (7,308 undi pada PRU15 dan 7,324 undi pada PRK), di samping majoriti kemenangan pula menurun daripada 4,048 kepada 2,949, ertinya kerjasama BN dengan PH tidak memberi kesan cukup baik kepada kerajaan perpaduan.


Walaupun menang, kata mereka, BN sebenarnya boleh dianggap telah kalah atau menang dalam kalah.


Seterusnya, dengan membandingkan peningkatan undi PN sebanyak 1,115, ada pemimpin mereka berhujah bahawa PH/BN masih belum selamat nasibnya pada PRU16 akan datang.


Kemudian, mereka juga berhujah kemenangan BN juga dicapai kerana banyak janji, bantuan dan malah dikatakan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, setiap hari berkampung di Pelangai sejak hari penamaan calon lagi.


Sebab itulah BN menang, kalau tidak, belum tentu juga, tambah mereka.


Rasa-rasanya, sehingga dua tiga minggu lagi pun kita masih boleh mendengar hujah-hujah kalah dalam menang daripada pemimpin dan penyokong PN ini apabila bercakap berkenaan PRK Pelangai.


Susah benar nampaknya mereka hendak mengakui hakikat kalah tetap kalah, meski apa sekali pun hujah yang cuba dikeluarkan untuk menterbalikkan keputusan yang telah diumumkan.


Bahkan, jika siang malam mereka bercakap dengan hujah yang sama, keputusan PRK Pelangai tetap sama seperti yang telah diumumkan dan tidak mungkin boleh berubah lagi.


Cuma, satu perkara saja perlu PN sedar – tak kisahlah undi mereka meningkat, majoriti BN menurun, jumlah undi Amizar Abu Adam yang mewakili kerajaan perpaduan hanya bertambah 16 undi atau apa sekali pun, lawan daripada gabungan PH dan BN inilah perlu mereka hadapi pada PRU16 akan datang.


Meskipun majoriti kemenangan BN menurun dan undi BN juga tidak banyak bertambah, dengan majoriti 2,949 itu, bolehkah PN menukarnya menjadi kemenangan kepada mereka bila PRU diadakan empat tahun lagi?


Jika tiada harapan untuk menukarnya, bukan saja di Pelangai, tetapi juga di banyak kawasan pilihan raya lain yang komposisi pengundinya hampir sama, senang cerita – kalah kali ini dan PN bakal kalah lagi pada PRU16 nanti. – ShahbudinHusin 08/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



No comments: