APA YANG KERAJAAN BOLEH BUAT ?

 


Kalau kita pesawah, kita pun akan rasa nak menangis juga. Aku ada kawan yang usahakan sawah. Baca post dia buatkan aku berat nak sentuh isu ni. Tapi rasanya tak boleh didiamkan juga.


Sekali lagi, harga padi ni ikut pasaran. Turun naik harga padi, bukan dikawal macam OPR tapi ianya berdasarkan pasaran semasa. Cuma yang peliknya, harga beli padi turun ketika beras kurang.


Sebenarnya apa yang kerajaan boleh buat? Tak ada apa pun. Kerajaan sebelum ini dah buat yang perlu iaitu menetapkan harga lantai kepada RM1,200. Kalau tak mungkin harga jadi lebih rendah.


Manakala kerajaan semasa pula dah telah naikkan subsidi padi kepada RM500.  Bermakna setiap tan yang dijual, petani/pesawah dapat RM1,700 paling tidak. Itulah apa yang aku difahamkan.


Lebih dari itu apa yang kerajaan boleh buat? Nak paksa pengilang beli harga lebih tinggi? Boleh tapi kemudian apa akan terjadi? Sudah pasti pengilang akan desak naikkan harga beras pula.


Dan kalau itu berlaku, rakyat terbanyak pula yang akan terkesan. Malah bilangan orang yang terkesan jauh lebih ramai. Dalam keadaan sekarang, kerajaan berada dalam dilema. Tiada pilihan.


Masalahnya memang harga belian padi RM1,200 pun selama ini. Cuma mutakhir ini para pengilang seakan bersaing sesama sendiri merebut padi dari pesawah yang menyebabkan mereka nakkan harga hingga RM1,700 setiap tan.


Dan itulah yang buatkan aku pelik. Kenapa mereka sanggup beli beras tempatan pada harga tinggi sedangkan selama ini beras tempatan tak pernah laku. Tak seperti beras import.


Lebih pelik, pengilang bertindak kurangkan harga beli sebaik PM berjanji mahu cari dan dakwa pihak yang sorok beras. Perkara ini seakan bersangkutan.


Bila difikirkan, macam semuanya dah dirancang. Maksud aku, pembelian padi harga tinggi dengan kehilangan bekalan beras tempatan dari pasaran, serentak dengan kenaikan harga beras import.


Fenomena el-nino yang melanda India bukannya bencana yang datang mengejut. Banyak pihak yang telah berikan peringatan akan berlakunya krisis bekalan makanan tahun ini.


Ini buatkan aku terfikir. Adakah tindakan pengilang beli padi pada harga tinggi, kerana mereka tahu bila harga beras import naik, mereka boleh buat untung dengan mencampurkan beras tempatan dengan beras import dan jual pada harga Import?


Atau tak campur pun. Terus tukar label je. Sebab itu mereka berani beli harga tinggi sikit sebab bakal dapat untung berlipat kali ganda saat beras import dinaikkan harganya nanti.


Sebab, beras tempatan dijual pada harga RM2,600 setiap tan. Kalau beli harga tinggi, berapa sangat pengilang dapat untung?  Dengan segala kos lain seperti elektrik, pengangkutan dan sebagainya, tak logik pengilang beli pada harga tinggi.


Bila PMX kata akan cari pihak yang menipu, mereka jadi ketakutan dan hentikan kerja tukar label beras. Tetapi itu buatkan mereka tak mampu nak beli pada harga tinggi lagi. Dan kerana itulah harga belian padi diturunkan kepada harga lantai.


Bukan menuduh sesiapa. Ini apa yang aku terfikir berdasarkan logik akal.


Apa pun, berbalik kepada soal asal. Bukanlah kita tak kasihan kepada pengusaha sawah. Tapi dalam keadaan sekarang, kerajaan tak boleh paksa para pengilang untuk naikkan harga belian.


Kerana itu akan buatkan pengilang rugi melainkan kalau harga beras tempatan dinaikkan. Kalau harga jualan beras dinaikkan, lebih ramai rakyat yang akan terjejas. Kena pilih mudarat yang lebih kecil.


Mungkin petani/pesawah di Kedah boleh minta tolong Sanusi. Sebab kalau ikut ceramah, Sanusi tu macam hebat segala benda. Jadi masanya untuk dia buktikan dia memang berkelayakan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: