NURUL JUGA DIHENTAM DALAM POSTING MALAYSIAKINI. RATA RATANYA BUKAN MELAYU. TAPI SIMPATISME BUAT RAFIZI.







 

POSTING RR HARI INI. LIHAT SIMPATISME.











 

SIAPA NAK JAWAB ISU NI NANTI ?



 Bukan népotisme? 


Menurut kamus dewan népotisme adalah perbuatan atau amalan yg mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Ramai berhujah bahawa jika NIA menang kerana dipilih oleh ahli, itu bukanlah nepostisma. Sebaliknya itu adalah demokrasi. 


Benar itu adalah demokrasi. Ini yang P.Ramlee sebut sebagai demokrasi terpimpin.


Adakah jemputan NIA dalam forum di Davos tiada sedikit pun pengaruh ayahnya? 


Adakah pemilihan NIA sebagai top 30 pemimpin muda dunia tiada terkait sedikit pun beliau sebagai anak PM?


NIA ada keistimewaan itu. Satu keistimewaan yang tidak perlu di iri, tetapi perlu diuruskan dengan baik.


Dalam tulisan saya sebelum ini, secara jelas saya memuji NIA. Tiada kurangnya beliau untuk menjawat jawatan TP mahupun Presiden sekalipun. Malah beliau disebut sebagai bakal PM wanita pertama Malaysia. Sama-sama kita nantikan.


Beliau bukan muda sangat pun, dah 40an. Umur beliau sekarang sesuai menjawat jawatan lebih tinggi. Cuma yang kita dibincangkan ialah soal masa.


Masanya belum sesuai walaupun beliau layak. Belum sesuai kerana ayahnya masih bergelar Presiden. 


Belum ada mana-mana parti di Malaysia yang Presiden dan Timbalan Presiden adalah anak beranak.


Presiden PAS anaknya hanya jadi Ketua Pemuda, kini selepas melepaskan Ketua Pemuda, beliau hanya memegang AJK Pas Pusat.


Tun Mahathir pernah jadi Pengerusi Bersatu. Anak beliau Mukhriz adalah Timbalan Presiden. Masih berbeza antara Pengerusi dan Presiden walaupun pengaruhnya ada.


Zahid Hamidi Presiden UMNO. Anaknya Nurul hanya Exco Wanita UMNO.


Kita sama sekali tidak menolak bahawa setiap berdarah politik akan ada wakilnya yang mewarisi minat tersebut.


Mereka juga mudah naik atas faktor keistimewaan tersebut selain mewarisi sifat kepimpinan. Faktor ini mesti diseimbangkan dengan sifat inklusif didalam parti dan meraikan bakat anggota lain yang minat dengan urusan kepimpinan dan ada kelayakan.


Demokrasi terpimpin. 


Entah siapa punya agenda tiba-tiba NIA dicalonkan sebagai TP.


Ada membaca agenda ini sebagai usaha menyingkirkan penyandang sekarang.


Secara sistematik, hampir semua mereka yang bernaung dibawah Presiden menyokong pencalonan anak Presiden. 


Setiausaha-setiausaha Politik..Menteri..Timbalan Menteri dan Ketua-ketua Cabang (KC) yang baru terpilih. Anak muda AMK yang baru menginjak naik mencari arah pun kelam-kabut menyokong mengikut ketua mereka.


Agenda ini kelihatan lebih berjaya apatah lagi apabila sistem satu ahli satu undi dihapuskan. Ini kerana dengan sistem baru setiap KC akan membawa sekurang-kurangnya 40 perwakilan untuk mengundi dalam kongres.


Ada yang bertanya kenapa kecoh bila NIA bertanding TP, kenapa ok dengan NP. Jawapannya TP hanya ada satu kekosongan,  sedangkan NP ada empat kekosongan. 


NP adalah darjah ketiga kepimpinan,  sedangkan TP adalah darjah kedua selepas Presiden. Membenarkan jawatan no satu dan dua kepada anak beranak bermaksud memusatkan kuasa kepada satu keluarga.


Ada juga berhujah, kalau begitu anak cikgu tak boleh jadi pengawas lah sebab nanti jadi népotisme. 


Bro, ini bukan anak cikgu jadi pengawas, ini soal anak Pengetua jadi Timbalan Pengetua.


Saya ulangi tulisan saya sebelum ini, bahawa berdasarkan perkembangan muktahir, NIA telah mendapat sokongan 4/5 perwakilan.


Maksudnya jika pada penggal akan datang, selepas tempoh wajib Presiden tamat, NIA boleh sahaja bertanding TP waima Presiden sekalipun. Pada waktu itu tiada unsur pemusatan kuasa kerana ayahnya bukan lagi pemimpin utama.


Tiada keterdersakkan menggantikan RR


Selain itu saya berpendapat, RR baru sepenggal sebagai TP. Baru dua tahun lebih sebagai Menteri. Saya ada tulis bagaimana beliau sangat perform sebagai Menteri dengan projek IPR nya.


Kita juga tahu bahawa Kementerian Ekonomi juga telah melancarkan gaji progresif. Sesuatu yang baru di Malaysia. Ini adalah idea dan formula RR.


RR juga berani bersemuka dengan semua pemuka-pemuka negeri. Beliau jelajah semua negeri untuk bertemu sendiri dengan semua penjawat awam dan pembuat dasar negeri untuk membentangkan potensi Ekonomi setiap negeri.


Tak ramai menteri Madani yang berani berdepan dan rajin turun begini.


Jadi kami tidak nampak mengapa begitu sistematik mahu menggantikan RR? Kami sesekali tidak menghalang demokrasi dan hak ahli untuk memilih. 


Tetapi kami hairan, apakah yang terlalu mendesak untuk menggantikan beliau?


Adakah kita yakin pengundi bandar dan atas pagar bersama dalam perkara ini? Ya ini urusan parti. Tapi ingat, pengundilah yang menentukan kemenangan kita. Kita jadi kerajaan kerana pengundi.


Saya telah sampaikan apa yang perlu. Terpulang pada NIA dan para perwakilan nanti. Rata-rata dibawah ni masih perlukan sentuhan RR. 


RR tidak sempurna. Tapi dia ada tekad dan berani berbeza, dia juga ada cara dan ada formula😊


Terima kasih. 


Fairul al Qasas 

Aktivis Keadilan Rakyat



POSTING NURUL KENA HENTAM.

 












POSTING MB SELANGOR KENA TUJAH.












 

LIMA '25 Maritime Gambit & Hostage Rescue

LIMA Langkawi 2023 | Airshow Dispatches S06E02

"JANGAN NANGIS LAGI LEPAS NI" ! ISWARDY TEGUR IZZAH !

Sukar bagi says bersimpati jika Rafizi kalah, ini sebabnya

PEMILIHAN PKR | PM Tegas Tiada Rombakan Kabinet Selepas Kongres Nasional

PERKEMBANGAN DARI KABINET MEETING! AYUH DENGAR DARI JURUCAKAP KERAJAAN!

HANG MARAH WARTAWAN LAK PASAI PA?


 

WALAUN... NI LA FORMULA YANG KO DAPAT SEKARANG NI

 


Mujur ustazah lalu, ramai nasihat guru jangan ‘gila’ TikTok


 

Reaksi seorang guru lelaki yang terkejut apabila ada ustazah lalu di belakangnya ketika dia ‘main’ TikTok dilihat mengundang kecaman orang ramai.

Kritikan warganet itu susulan guru muda yang lengkap berbaju Melayu berkenaan boleh pula menari di dalam bilik guru.

Rata-rata risau dengan perangai sesetengah guru yang terikut sangat trend TikTok dengan menari terkinja-kinja kerana disifatkan memberi contoh tidak baik kepada murid-murid.

Walaupun atas alasan meredakan tekanan kerja dan mungkin dilakukan di luar waktu mengajar, ramai menasihatkan supaya golongan guru menjaga maruah diri serta profesionalisme mulia sebagai pendidik.

Malah, ada yang secara sinis mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) menambahkan lagi beban kerja kepada guru muda terutamanya yang dilihat mempunyai banyak benar masa lapang.

Tidak kurang juga yang berdoa agar anak-anak mereka di sekolah masing-masing tidak mempunyai guru yang ‘gila’ main TikTok.

“Entahlah terikut dengan trend sebegini. Kita ada akal fikiran yang waras. Guna sebaiknya. Tunjuk contoh yang baiklah,” nasihat Ashraf Solihin.

“Nak buat kat public malu, tapi dah buat post di media sosial tak malu pula. Aneh-aneh orang sekarang ni,” kata Ridzuan Astakona.

“Macam banyak masa lapang. Bolehlah bagi kerja ad hock kat dia ni banyak sikit,” cadang Ariffin Sama.




Kelantan jangan lupa pasang papan tanda larang dadah, fitnah, sumbang mahram


 


Kemungkinan kerajaan Kelantan yang akan memasang papan tanda melarang amalan homoseksual dilihat menarik perhatian orang ramai termasuk mengingatkan tentang larangan dadah dan sumbang mahram.


Reaksi warganet itu susulan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Fadzli Hassan yang berkemungkinan akan mengikuti langkah sama yang sedang dilaksanakan di Terengganu.

“Sekiranya ia menghasilkan natijah yang baik, Kelantan mungkin akan turut melaksanakan langkah sedemikian memandangkan ia memang baik dan boleh dilaksanakan,” katanya seperti yang dipetik Harakah.



Susulan itu, netizen secara sinis berharap kerajaan Pas Kelantan bukan hanya memasang papan tanda larangan berkaitan homoseksual sahaja.

Sebaliknya, Kelantan perlu sama menyertakan amaran tentang pelbagai jenayah seksual serta penyalahgunaan dan penyeludupan dadah.

Untuk rekod, Kelantan muncul sebagai negeri dengan kadar penyalahgunaan dadah tertinggi iaitu dengan 1,130 individu per 100,000 penduduk, diikuti Terengganu (974), Perlis (965) dan Kedah (898).




Fitnah dan menghasut

Dalam masa sama, ada turut mencadangkan Kelantan memasang papan tanda melarang amalan fitnah dan menghasut memandangkan terdapat sejumlah pemimpin Pas sudah terpalit dengan kes tersebut di mahkamah.


“Terbaik Kelantan. Jangan lupa letak sekali papan tanda larangan sumbang mahram, dadah, pil kuda, gangguan seksual terhadap pelajar-pelajar tahfiz, fitnah laknat ke neraka jahanam,” tulis Mahathir Ismail.





“Buat papan tanda juga sumbang mahram,” kata Ralmi Ralmi.

“Boleh tambah papan tanda lagi satu – Larangan Menfitnah & Hasutan. Fitnah adalah haram dan termasuk antara dosa yang besar kerana perbuatan ini boleh menyebabkan musibah yang besar dalam masyarakat,” kata Simon Loke.


“LGBT setaro pil kuda ko guano? Rasanya pil kuda dengan dadah sama naik kat Kelantan…,” ujar Amirull Abllah.


“Naiklah billboard, “Pil kuda dan segala jenis maksiat sangat dilarang dalam Islam”. Baru pade wei…


“Tak pasang papan tanda mengenai gejala jenayah seks dan dadah yang berleluasa di sana?” demikian antara komentar orang ramai di media sosial.



INGAT ...PKR...AKAR UMBI KUAT BERSAMA RAFIZI.

 MSO.


Dialog malam tadi.

HEBATNYA PARANG ITU KERANA HULUNYA


Malam tadi seorang wanita ahli Keadilan yang menjadi penyokong kuat Rafizi mengasak saya dengan beberapa soalan bagi saya menjelaskan sikap saya dalam pemilihan Keadilan kali ini, sebagai pemerhati. 


Dia merupakan pengikut saya di mediasosial, mengakui memantau dan membaca dengan serius apa yang saya catatkan seminggu dua ini khasnya mengenai pemilihan parti Keadilan.


Dia mengakui tidak memahami sesetengah masej yang hendak saya sampaikan menerusi catatan itu, tetapi berani menyatakan saya tidak berpihak kepada Rafizi.


Lalu dia cuba mempengaruhi ala ala bujuk saya agar memberi laluan kepada Rafizi dengan mengatakan Rafizi cerdik, hebat dan ramai pengaruh, “kenapa tidak mahu kepadanya,” tanyanya bernada kecewa. Soal mahu atau tidak, tidak timbul kerana saya bukan ahli parti. Saya membuat ulasan berdasarkan pemgamatan sebagai pemerhati bebas berpandukan pengalaman.


Selain daripada itu dapatan saya berdasarkan maklumat dalaman yang tidak ramai mengetahuinya kerana sebab sebab tertentu. Saya kebetulan ada akses dengan individu tertentu, membolehkan saya perolehinya.


Rafizi memang hebat. Saya jawab begini tentang kehebatannya itu, rengkas sahaja. Ia umpama parang. Kehebatan sebilah parang itu bukan terletak kepada waja dan matanya yang tajam semata mata, tetapi ia terletak juga kepada hulunya, pemegangnya. Mata tajam bersinar banar, berkelip berkilau, kalau tanpa hulu yang kuat, ia tidak sempurna. Ketajaman saling berkerjasama dengan hulunya.


Penyokong wanita itu mengangguk angguk kepala, dan bertanya “apakah Anwar Ibrahim tidak sukakannya?” Saya tidak menjawab, kerana tidak mahu terpalit dengan polemik, cuma berkata tapuk dadah tanya selera. Sekali lagi dia mengangguk angguk kepala mungkin faham maksud saya.


Sayang! Desahnya. Saya faham maksudnya dia bimbang takut berlaku apa apa ke atas diri wira hiruknya itu. Jangan bimbang, kata saya, Rafizi mengakui dia seorang mempunyai prinsip, dia boleh hidup di mana mana sahaja, penyokongnya ramai.  Mereka boleh support sekiranya dia ikhlas dan jujur dalam perjuangan.


“Apakah dia akan tinggalkan Keadikan dan buat parti baru, kalau dia kalah,” soalan cepu emas akhirnya muncul. Saya jawab, “TIDAK” berdasarkan ketegasan yang Rafizi katakan yang dia tidak akan jadi seperti Azmin, manakala saya awal awal berharap semoga Rafizi tidak jadi macam Ghafar Baba. Kekalahannya tidak memudarabkan.


“Habis Tokti saya hendak undi siapa?” Dia benar benar penasaran.


Saya tidak perlu jawab kerana jawaban itu bukan ada kepada saya, melainkan kepada diri anda sendiri. Cuma, sebagai pengkagum Anwar sejak berdekad lalu pastilah saya akan bersama orang presiden. Saya bangga dengan Anwar.


Kali ini dia tidak mengangguk lagi hanya menudukkan wajah ratunya ke bawah dengan sedikit kesayuan. Trims.








GAMBARAN PKR KINI.



 Bila kita miskin, sorang pun tak datang bertanya khabar. Tapi bila parking kereta mewah, pasang lift tepi rumah.




Bukan setakat jiran yang dtng bertanya khabar, ayam pun datang singgah. #Realiti#    kehidupan.


Pakcik Salamin sebagai pesara yng berumur 68 tahun. Sebelum pakcik kerja dapat g@ji hari ini dan isterinya sebagai surirumah.Pakcik susah nak tabung keperluan bulanan anak, jadi terpaksa hutang dengan saudara mara untuk sumber keluarga.


Jika ingin nak menjadi seperti Pakcik Salamin dan berminat boleh tekan wasap untuk dapatkan maklumat lanjut.....




SUDAH SUDAH LAH...DOK DIAM LAGI ELOK.

Arif Jamil


 Bahaya. 




Kenyataan Tun ni membuka pintu api perpecahan. 


Ini bukan kenyataan sembarangan nih.. 


Ini keluar dari mulut seorang bekas Perdana Menteri yg diberi gelaran negarawan. 


Tapi hari ini kita nampak wajah sebenar dia.

Dia bukan hanya negarawan, tapi penghasut warisan.


Larangan 3R (Race, Religion, Royalty) ni bukan sekadar polisi tapi ia satu benteng yg menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam kancah perkauman, kebencian agama dan penghinaan terhadap institusi Raja-Raja.


Bayangkan kalau larangan ini dihapuskan?


Kita tidak bercakap soal kebebasan bersuara. 

Kita cakap pasal lesen terbuka untuk pelampau membakar sentimen kaum dan agama, seperti yg pernah berlaku pada 13 Mei 1969. 


Zaman tu, darah tumpah atas nama bangsa.


Hari ini pun, walaupun larangan 3R wujud tapi kita masih berdepan dgn kelompok radikal yg bermain api identiti.


Bayangkan kalau larangan ni dimansuhkan?

Pendakwah ekstremis bebas tabur kebencian.

Politikus oportunis boleh main sentimen bangsa-agama sesuka hati.

Media sosial jadi ladang racun ideologi ekstrem.


Malah , tak mustahil peristiwa berdarah itu berulang kembali bahkan lebih teruk lagi. 


Jika kita berada dipersimpangan itu , kita akan saksikan dgn mata kepala sendiri kepala² berterabur dan badan putus berkecai dijalan raya atas nama bangsa dan agama. 


Negara kita akan hancur sebelum sempat jadi maju, dan rakyat akan jadi mangsa seperti yg berlaku di Myanmar, Sri Lanka atau di Timur Tengah.


Tun, awak pernah jadi PM dua kali. 


Tapi makin lama awak bercakap makin jelas kenapa rakyat tolak awak kali ketiga.


Terima kasih warga Langkawi kerana telah rehatkan Tun dari persada politik..


Jangan biar lagi Malaysia patah balik ke belakang. Larangan 3R mesti dikekalkan bukan demi kerajaan, tapi demi rakyat dan masa depan negara.




POSTING SOKONG NIA AHLI BAWAH KECAM SAKAN.

 

DIA MUNCUL ZAMAN ATOK



         BAWAH KENA KECAM.









LAGI DIKECAM SOKONG NIA

 


KECAM W.FAUDZIN ANTARA PENYOKONG kuat Fauziah Salleh.




Norshidah Md Daud


Dok up post byk2 mengata Rafizi, 99% kena bedal





Jgn cakap nk mintak geng2 parti dlm cabang p bekap, diri sendiri pun x berani nk pertahankan post sendiri 


1 post bape sen dapat Wfauzdin Ns?


Aku doakan kau mampu tukar kereta baru x lama lg


Aamin ☺️




KOMEN DARI SEORANG PENGIKUT RR

 


Pemilihan PKR kali ini, adalah wajah dan juga gambaran untuk PRU 16 nanti. Inilah ujian yang Allah berikan apabila berada dipuncak kuasa. Ramai yang menonjolkan diri disaat begini dengan semangat yang "dicipta" untuk meraih jawatan sedangkan dimasa susah dahulu ramai yang duduk menjauhkan diri atau mungkin yang sememangnya tidak pernah ada di dalam perjuangan dahulu.



 Apa yang saya lihat, jika kali ini DSRR tewas, maka perpecahan ini akan menyebabkan bnyk kekalahan calon yg bertanding di dalam PRU 16 nanti. Naratif ini berpunca dari pandangan rakyat yang masih menganggap bahawa nepotism dan juga kronism berlaku seperti parti2 lain. Begitu juga dengan ahli PKR sendiri yang akan "memprotes" PRU 16 itu akibat amalan tersebut di atas. Jika sudah bersedia untuk kalah, maka teruskan dengan menaikkan anak sendiri sebagai TP. Persepsi inilah yang akan meruntuhkan kerajaan yg ada kini.


Sbb itu apabila kita menelusuri sejarah peperangan dan pertempuran Islam menentang musuh, panglima adalah seorg lelaki dan dibantu oleh srikandi2 yang hebat, kerana panglima lelaki akan menggunakan seluruh kekuatan akal fikiran bg merangka strategi, pelan, taktik dan sebagainya bagi menghadapi helah musuh dan memenangi pertempuran tersebut.


Dan banyak sejarah menunjukkan bahawa pemerintahan yang dipimpin oleh wanita membawa kesan yang lebih parah. Maka akan ramai juga pengampu2 yang akan rapat menghampiri. Contohnya di negara jiran satu ketika dahulu dan di Pakistan juga. Ini bukannya saya bermaksud menidakkan keupayaan wanita. Tidak sama sekali. Namun Allah telah mengingatkan dan berfirman di dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat ke-34.


Walaupun saya tidak lagi aktif politik, pada awal DSAI dipecat, pada setiap malam saya berada di rumah DSAI bagi memberikan sokongan sehinggalah dihari terakhir beliau ditangkap slps berhimpun di Masjid Negara yang mana ketika itu sy berada dibahagian sebelah kiri DSAI ketika berucap di atas Masjid Negara pd tahun 1998.


Mengekalkan kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah, tapi untuk merobohkannya mudah sekali!


Sekadar pandangan.


Fikirkanlah.


Wallahu'alam.



Malaysia Terajui Integrasi Grid Tenaga Serantau Vietnam-Singapura – PM Anwa

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertukar memorandum persefahaman bersama Abang Johari di Bangunan Perdana Putra pada 21 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 22 Mei – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan yang berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam fasa pertama, apa yang dianggap lebih berdaya maju dari segi ekonomi ialah untuk menghubungkan Vietnam ke Malaysia utara dan selatan, dan kemudiannya disambungkan ke Singapura melalui Grid Nasional kita,” katanya sambil menyatakan bahawa PETRONAS mungkin diberi peranan utama dalam melaksanakan segmen projek itu.

Bagi fasa akan datang, Anwar berkata grid serantau itu akan diperluaskan merangkumi Kemboja, Thailand dan Sarawak — dengan memanfaatkan kekuatan negeri di Malaysia Timur itu dalam sumber tenaga alternatif seperti gas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wakil-wakil media yang hadir pada Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana pada 21 Mei 2025. Foto Bernama

“Ini membuka kemungkinan untuk membekalkan tenaga ke Kalimantan, yang mana terletaknya ibu negara baharu Indonesia dan juga ke selatan Filipina,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa sesi taklimat antaranya berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 bersama ketua-ketua pengarang media tempatan dan antarabangsa di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Acara itu dihadiri oleh sejumlah 83 wakil media, merangkumi 42 daripada media tempatan, 18 media antarabangsa, dan 23 lagi yang membuat liputan atas tugasan khas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wakil-wakil media yang hadir pada Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana pada 21 Mei 2025. Foto Bernama

Anwar menjelaskan bahawa rancangan itu menekankan kepimpinan Malaysia dalam memacu kerjasama dan integrasi tenaga ASEAN, sejajar dengan matlamat Kepengerusian ASEAN 2025 yang merangkumi daya tahan ekonomi, ketersambungan serantau dan pembangunan mampan.

Pemangkin utama bagi visi tenaga yang diperluaskan ini, kata Perdana Menteri adalah penyelesaian isu bidang kuasa yang telah lama wujud antara syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan syarikat tenaga negeri Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (PETROS).



Dr Zaliha pengarah syarikat vendor sistem pemilihan parti?


 


HarapandailyMay 22, 2025

Pengerusi jawatankuasa pemilihan parti PKR Dr Zaliha Mustafa telah menafikan ura-ura bahawa beliau adalah pengarah syarikat vendor People Media Sdn Bhd (PMSB).

“Untuk makluman PMSB bukan vendor sistem pemilihan. Sebaliknya PMSB adalah syarikat SPV milik parti yang menguruskan hal ehwal media dan teknologi parti.

“Syarikat ini digunapakai untuk menguruskan penyenaraian aplikasi ADIL di platform Google Play Store dan Apple Apps Store sahaja.

Selain dirinya, Senator Saraswathy Kandasami dan Azrul Azwar dilantik parti sebagai pengarah/pemegang amanah, sejak 2022.

Zaliha, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), menegaskan tidak mahu diheret menjelang pemilihan pusat parti pada 23 Mei.

“Sekali lagi saya ingatkan, jangan heret saya mahupun JPP dalam sebarang urusan kempen dan pertembungan antara calon.”

Katanya, tidak perlu dinormalisasikan fitnah kerana JPP merupakan entiti menguruskan pemilihan, bukan calon.

“Saya hanya jawab tuduhan yang dikaitkan dengan saya dan JPP,” katanya dalam jawapan kepada tuduhan oleh timbalan presiden Datuk Seri Rafizi Ramli.

Kelmarin beliau mendedahkan bahawa Rafizi tidak membangkitkan isu berkaitan vendor baharu semasa sesi perbincangan.

Kenyataan itu senada dengan kenyataan setiausaha agung PKR Fuziah Salleh.

Isu vendor sistem pemilihan telah dibangkitkan oleh Rafizi dalam kempen HIRUKnya.

Beliau sedang mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden ekoran cabaran Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti.

 

MACAM GINI GAK.... WALAUN OK JA..

 


BAIK JADI HADI AWANG... HAAAAA... GITEW.. WALAUN PUN TERIMA JA...


 

APA YANG BERLAKU PKR HARUS RAPAT

 


SAPA KATA RAFIZI BOIKOT MESYUARAT? DIA HADIR... YB MAT SABU BENTANG TENTANG NELAYAN DAN LAUT NEGARA


 

WALAU AKU TAK SOKONG NURUL, NAMUN ISU NEPOTISME AKAN TETAP MENGHANTUI PKR SELAGI ANWAR MASIH MENJADI PRESIDEN DAN NURUL MENDAPAT JAWATAN TIM PRESIDEN.



 FENOMENA NURUL IZZAH


22 May 2025


Nurul Izzah Anwar bukanlah suatu nama yang asing dan bukan juga orang baru dalam PKR.


Terceburnya beliau dalam dunia politik hampir seiring dengan lahirnya PKR dalam persada negara ini.


Pertama kali namanya menjadi fenomena ialah apabila beliau berjaya menewaskan seorang menteri kanan UMNO, Shahrizat Jalil di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU tahun 2008 lalu.


Ketika itu namanya pantas menjadi sebutan di mana-mana susulan kejayaan luar dugaan  membuat kejutan yang kalau ikut hukum akal, memang hampir mustahil seorang pendatang baru sepertinya mampu menewaskan Shahrizat, suatu nama besar yang pada waktu itu berjawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.


Kemudian pada PRU 2013 iaitu lima tahun kemudiannya, Nurul Izzah sekali lagi berjaya menumbangkan seorang menteri juga, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di kerusi Parlimen yang sama.


Dengan itu, fenomena Nurul Izzah menjadi bualan sekali lagi dan sekaligus telah mencatat sejarah dalam perjalanan politiknya di mana dua menteri pernah tewas di tangannya.


Dalam kedua-dua kejayaan itu, kalau mahu dikira, Nurul Izzah bertanding di atas tanah yang tidak sama rata kerana beliau tiada apa-apa jawatan dalam mana-mana institusi berbanding lawannya yang berjawatan menteri.


Dalam pemilihan PKR tahun ini, ia tiba-tiba jadi hangat ialah kerana Nurul Izzah memberanikan dirinya bertanding jawatan Timbalan Presiden parti untuk menentang penyandang sedia ada, Rafizi Ramli.


Kalau Saifuddin Nasution Ismail yang berlawan dengan Rafizi, kehangatannya pasti tidak seperti yang ada sekarang.


Sejak itu, nama Nurul Izzah muncul sebagai fenomena di kalangan ahli, perwakilan serta pimpinan PKR.


Di mana-mana ketika ini nama Puteri Reformasi itu menjadi sebutan dan seterusnya diharapkan oleh pelbagai pihak untuk memenangi pertandingan.


Malah, di kem lawan pun, dalam jelajah yang mereka adakan, nama Nurul Izzah sepertinya susah untuk dilekangkan daripada bibir sebutan.


Hakikatnya, itulah yang dinamakan fenomena.


Berbeza dengan cara Nurul Izzah berkempen, beliau langsung tidak menyentuh nama lawannya.


Keberaniannya mencalonkan diri mencabar Rafizi dalam keadaan beliau sedar isu nepotisme pasti dijadikan batu besar untuk menolaknya ke lembah kekalahan, tidak dinafikan adalah gambaran jiwa beraninya yang luar biasa dan sedia berdepan apa jua cabaran.


Dalam sebuah perjuangan, keberanian seperti yang dimiliki Nurul Izzah itulah yang sebenarnya diperlukan dalam menggarap kemenangan, bukan pemimpin yang memiliki hati tisu, mudah merajuk dan asyik mengeluh kononnya diperlakukan seperti “bahan keratan”.


Sekali lagi, jika mahu dikira juga, sedianya Nurul Izzah bertanding adalah atas kesedaran beliau akan berlawan di atas tanah yang tidak sama rata.


Fakta yang nyata,  beliau tiada sebarang jawatan besar dalam kerajaan berbanding Rafizi yang memegang portfolio Menteri Ekonomi.


Tetapi, Nurul Izzah tidak pernah mengeluh mengenainya.


Jika kejayaan memihak kepada Nurul Izzah pada pemilihan 23 Mei nanti, ia bermakna tiga menteri telah berjaya dikalahkannya.


Yang penting sekali ialah kemenangan Nurul Izzah nanti mampu meniupkan angin damai kepada PKR dan mengelakkan parti itu daripada terus hiruk seperti yang berlaku sejak dua tiga minggu kebelakangan ini. – ShahbudinHusin 22Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/fenomena-nurul-izzah/