TAKKAN LA HADI AWANG KENA TIPU NGAN SYIAH- SAMPAI TAK BOLEH MASUK SAUDI ?


 

BANYAK LA CENGKADAK. RAKYAT MELILAU CARI MINYAK MASAK . YANG BERNIAGA PULAK KERIAU SANA SINI. RUPANYA KENA SAKAW JUGA


 

PADAN MUKA SI BAPAK FITNAH INI- DIA DAH TANGGUNG BANYAK MANA DOSA DIA TAK TAHUNLAH. DOSA SEORANG PEMFITNAH NI. TAK BAU SYURGA


 

BERBANDING MENYERTAI PN, LALUAN KJ UNTUK JADI PM LEBIH CERAH JIKA MASUK DAP



Walaupun Khairy Jamaluddin atau KJ, menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan bakal menyertai PN, tetapi kenyataan Ong Kian Ming bahawa bekas Menteri Kesihatan itu sepatutnya memilih DAP kerana parti itu memerlukan calon Perdana Menteri – wowww – ini adalah umpama tawaran yang cukup menarik kepada beliau.


Bekas Ahli Parlimen Bangi itu berkata, KJ sesuai untuk bersama DAP.


“DAP memerlukan calon Perdana Menteri,” tambahnya.


Dianggap sebagai calon Perdana Menteri masa depan sejak memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO lagi, namun selepas dipecat daripada UMNO baru-baru ini, masa depannya dilihat jadi tidak menentu.


Yang pasti, peluang untuk KJ mengejar kerusi Perdana Menteri melalui UMNO sudah semakin menjauh untuk dicapainya.


Ia terutamanya kerana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang memecat beliau kini kian mengukuh kedudukannya dalam parti itu.


Zahid Hamidi dilihat berpotensi untuk kekal menerajui UMNO dua atau tiga penggal lagi, tidak kira sama ada parti itu kian baik atau merudum prestasinya dalam PRU-PRU mendatang.


Selagi Zahid Hamidi menerajui UMNO, usahlah KJ bermimpi untuk kembali kepada parti itu semula.


Demi mengejar cita-citanya, KJ tiada pilihan lain selain perlu mencari parti baru sebagai wadah meneruskan perjuangannya.


Tetapi, semua parti lain boleh dikata sudah ada “senarai menunggu” calon Perdana Menteri masing-masingnya.


Bersatu, selain Mahiaddin Md Yasin, parti itu sudah ada Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali yang dikira berpotensi menjadi Perdana Menteri.


Pas pula, di samping Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man, mereka juga ada Takiyuddin dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang bersinar sebagai bintang masa depan.


Begitu juga dengan PKR, selain Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri semasa, pelapis seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah adalah calon “senarai menunggu” yang layak menjadi Perdana Menteri.


Katalah beliau memilih menyertai PN, KJ harus bersaing dengan nama-nama yang lebih kukuh daripada Bersatu dan Pas untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Mentteri.


Hanya DAP, walaupun ada beberapa pemimpin Melayu di dalamnya yang menjadi Ahli Parlimen, malangnya tiada seorang pun ternampak berwibawa serta ada ketokohan untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri.


Bererti, jika masuk DAP, KJ adalah calon tunggal parti itu bagi jawatan Perdana Menteri bersama jumlah Ahli Parlimen parti itu ketika ini adalah kedua terbanyak selepas Pas.


Maka, menyertai DAP lebih memberi peluang yang cerah kepada KJ untuk menggapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.


Tambahan lagi, berbanding parti lain yang mungkin mengalami turun naik jumlah kerusi Parlimen mengikut pergolakan politik semasa, DAP boleh dikata stabil dengan kemampuan memenangi sekitar 40 hingga 50 kerusi Parlimen di kawasan bandar.


Malah, jika KJ menyertai DAP dan ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri, lebih ramai Melayu akan berminat kepada parti itu dan menantu Tun Abdullah Badawi itu barangkali akhirnya mampu mencipta sejarah menukar DAP menjadi sebuah parti berbilang kaum yang sebenar-benarnya. – ShahbudinHusin 02/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



AYAQ OK JA DI SELANGOR


 

Dah chukuuuppppppp jhemmlah.... melebihi daripada chukup!!!!!




Kesian pula tengok puak-puak pertikaian nasional kemaruk nak jadi kerajaan, numbers pun boleh tak sekata, 126 ke, 125 ker atau 122?


Nak lantik Perdana Menteri baru ini bukan semudah kumpul SD lepas itu boleh jumpa YDPA, dalam perlembagaan persekutuan jelas sebut dalam perkara 43 PP:


4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Jadi nak jatuhkan Perdana Menteri yang sedia ada kena melalui undi tak percaya, sebab itu tempoh hari Anwar buat undi percaya dan dapat 2/3, sebab puak-puak ketagih tebuk atap inilah.


Mungkin mereka lupa zaman mereka memerintah, punya takut undi tak percaya sampai sanggup gantung parlimen, siap ada sidang parlimen pecah rekod sebab takut undi tak percaya.


Jadi nak lepas lantik Perdana Menteri yang baru boleh dengan syarat perdana menteri yang sedia ada kena resign, tak ada orang yang b0d0h hendak letak jawatan tanpa di uji keabsahan di parlimen, kecuali dia sendiri merancang untuk berkhianat atas amanah rakyat.


Assuming Pertikaian Nasional dapat bawa usul undi tak percaya, ada lagi halangan yang mereka perlu hadap, iaitu MOU Antara parti-parti dalam kerajaan Persekutuan yang di tandatangani Disember 2022. Intipati perjanjian itu menyebut yang dalam undi perbekalan atau undi percaya, AP wajib menyokong.


a) Setiap parti dan pihak-pihak hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan


Kalau mereka tak sokong apa akan jadi? 


Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab ahli Parlimen secara individu kepada parti itu, yang dianggap sebagai peletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan. Parti Ahli Parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut menurut Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya kecil.


So assuming ada 125 - 74 = 51 AP kerajaan yang akan belot, maknanya SPR kena buat PRK untuk 51 tempat.


Nak buat PRK di musim selepas raya ini bukan benda mudah dan mana-mana Ahli Parlimen paling tak suka kalau ada balik PRN.


Kena ingat juga sentimen rakyat tak sama dengan PRU. Ingat fitnah Pertikaian Nasional waktu PRU yang kata kalah PH memerintah Azan akan di haramkan, fitnah LGGBTEE dan minta maaf di mahkamah, fitnah 13 Mei semua  itu terbukti tidak berasas, mereka pula yang kantoi rembat duit janawibawa bagi kroni, subsidi minyak masak pun mereka bedal. Nak masuk PRK dengan akaun kena beku? Maybe tak dapatlah bayar influencer berjuta-juta kan.


Sebenarnya mereka tak chukuppppp jlhemlahhh tapi saja nak buat berita konon-konon ada numbers nak bagi drag momentum sampai ke PRN. PRN Kali ini tak sama dengan PRU, ramai rakyat biasa dah tengok apa yang boleh kerajaan perpaduan buat dan mereka ini tidak taksub politik. Mereka ini boleh lihat contohnya indeks kebebasan media yang lebih baik, indeks logistik yang juga lebih baik dan macam-macam lagi yang menunggu pemulihan. 


Kalau rakyat mengundi pertikaian nasional, jangan harap isu air dapat di selesaikan. Kalau nak selesaikan isu air, rakyat wajib tukar pemerintahan di negeri-negeri pertikaian nasional. Isu kekurangan peluang perkerjaan di negeri sendiri juga hanya boleh di selesaikan oleh menteri besar yang kompetent yang sudah tentu dari kalangan kerajaan perpaduan. 


Jadi jangan di layan sangat puak-puak pertikaian nasional ini, yang pasti puak-puak Seluang ini tak pernah chukuppp jhemlah, hanya di undang dalam mimpi. 


Walllahualam.


MMMS



ATOK PATUT DI SIASAT DAN DISABITKAN KESALAHAN YANG DIA LAKUKAN.


 

Siri 6- Selepas kematian Tok Guru Nik Aziz pada hujung 2015- Pas - Umno


 

Siri 5- Najib punya kes yang sahih.


 

SIRI 4-ANWAR TIDAK BERJAYA DIRASUAH


 

Siri 2- Ramalan Rafizi


 

Siri 1- RAFIZI RAMAL AZMIN AKAN KHIANAT ANWAR


 

Siri 3 MAHATHIR PELINGKUP BBMB


 

LOKMAN ADAM BUAT CG BAD.


 

MUDAH UNTUK JADI POPULAR DENGAN MEMBENARKAN KWSP


 

BAGAIMANA SAYA BERUNDING DENGAN SYED MOKHTAR.


 

TAHNIAH BUAT BARISAN HADAPAN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI YAYASAN WILAYAH.

 



Bismillahirahmannirohim. Day 1 - Alhamdulillah syukur atas lantikan sebagai Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan Media di Putrajaya. Besar tanggungjawab yang di pikul ini dan In Shaa Allah bersama,  kita akan membuat pembaikan dan peningkatan kepada YWPM ini. Nantikan kehadiran portal yang penuh dengan berita-berita menarik dan positive! Cukupla berita-berita negative dan menyakitkan. Kita bagi maklumat, inspirasi dan harapan kepada warga Wilayah Persekutuan! In Shaa Allah.


 #yayasanwilayahpersekutuanmedia #ywpm



TERSEBAR KONONNYA CUKUP JOMMLAH...126...KAMU BOLEH TUBUH KERAJAAN ? NGADAP AGONG CEPAT..SEBENARNYA IANYA LEBIH KEPADA PERANG PSIKOLOGI.



 Tersebar cerita kononnya PN dah dapat 126 kerusi. Dah cukup jumlah nak bentuk kerajaan. Agaknya dorang ni anggap bentuk kerajaan macam main pondok-pondok. Boleh ikut suka je.


Sebenarnya setakat cukup SD belum boleh jatuhkan PM yang ada. Cara yang boleh cuma dengan buat undi tak percaya di parlimen. Bukan dapat SD, bawa jumpa YDP Agong terus dilantik jadi PM.


Dan kedua, sekarang ada akta anti lompat parti. Jadi tak boleh sesuka hati nak tukar sokongan. Dan ada MoU yang mana kalau undi selain dari yang dipersetujui parti akan sebabkan hilang kerusi.


Jadi perlu ada PRK di parlimen tersebut. Sokongan mereka terhadap Mahiaddin takkan beri apa makna hinggalah mereka berjaya menang semula di kerusi mereka itu. Itu pun kalau boleh bertanding.


Jadi jalan ceritanya rumit. Bukan semudah berita yang tersebar. Boleh tak berlaku? Memang boleh. Tapi mudah ke nak berlaku? Tidak. Sangat sangat sukar. Ada ke MP yang sanggup hilang kerusi demi nak angkat Mahiaddin jadi PM? MP BN pulak tu.


Jadi aku lebih percaya berita ini sengaja disebarkan hanya sebagai maajun buat penyokong PN yang kini semakin hilang semangat. PN semakin hilang taring ditambah lagi dengan akaun yang disita oleh SPRM, langkah mereka semakin longlai.


Sedangkan PRN sudah semakin hampir. Kalaulah masalah semangat penyokong PN yang semakin pudar ini tak diatasi, PN akan masuk ke PRN dalam keadaan paling lemah.


Sebab itu disebarkan cerita ini. Kononnya selepas PRN akan ada kerajaan baru. Kenapa lepas PRN? Kenapa bukan sekarang? Sebab mereka perlu jana tenaga penyokong untuk ditunggang ketika PRN.


Dengan reka cerita begini, penyokong mereka nanti seolah diberi steroid untuk berusaha keras, dengan keyakinan mereka akan bentuk kerajaan selepas PRN nanti. Sedangkan ianya tidak begitu.


Untungnya PN ni, penyokong mereka jarang sangat guna otak untuk berfikir. Jadi perkara yang di luar logik akal pun mereka akan telan bulat-bulat. Sebab itu berita selonggar begini pun mereka hirup.


Apa pun, PH tetap kena berhati-hati. Dan aku juga tak fikir DS Anwar duduk diam di atas sana. Takkan la berita begini tak sampai kepada beliau. Takkan la beliau dah tahu cerita begini nak duduk diam je?


Dan kalau beliau ada rencana pun, takkanlah beliau nak umumkan. Itu tentulah jadi rahsia DS Anwar dan orang yang hampir kepada beliau. Usaha nak jatuhkan Zahid pun pasti dah ada mitigasinya.


Jadi kita penyokong PH tak perlu tekan sangat isu ini. Apa yang penting, kita teruskan beri penjelasan kepada rakyat agar mereka tahu kerajaan yang ada ini memang prihatin rakyat dan bukan kaki sakau macam masa PN dalam kerajaan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

KALAU TAK RANCANG DIA NAK BUAT APA LAGI?



Mahathir masih belum nak bersara daripada politik. Katanya nak selamatkan Melayu dan negara ini. Tapi nak selamatkan dari apa dan siapa?


Betulkah Mahathir nak selamatkan negara kalau dia sanggup bekerjasama dengan kumpulan sakau dan puak yang menyeru kepada perpecahan?


Mahiaddin sedang berhadapan dengan dakwaan di mahkamah. Bukan setakat Mahiaddin, bahkan ada beberapa pemimpin partinya juga terlibat.


Memang baru didakwa dan belum didapati bersalah tapi apa yang penting, Mahiaddin mengiyakan ada wang mengalir masuk ke akaun partinya.


Bererti memang ada dana yang diterima. Cumanya perlu dibicarakan sama ada perbuatan itu salah dari sudut undang-undang atau tidak.


DS Anwar yang terbukti bersih, walaupun ada yang cuba scrut sebelum ini tapi tak dapat buktikan DS Anwar ada 'duit tepi', Mahathir sibuk nak lawan.


Manakala mereka yang terpalit dengan pelbagai isu dan skandal, Mahathir nak bekerjasama. Kalau dia nak selamatkan negara, bukan begitu caranya.


Kalau nak selamatkan Melayu, adalah dengan beri mereka peluang majukan diri. Seperti yang dibuat oleh kerajaan sekarang.


Bukan dengan menghasut Melayu membenci kaum lain. Bukan dengan tuduh kaum lain hendak rampas hak Melayu dan kuasai negara ini.


Tapi itulah yang Mahathir lakukan. Nampak terlalu bertentangan apa yang dia kata dia hendak buat dengan apa yang dia sedang buat. 


Apa yang aku nampak sekarang, tindakan Mahathir untuk jatuhkan DS Anwar bukan kerana Melayu tapi mungkin untuk dirinya dan/atau kroninya.


Kalau Mahathir nak selamatkan Malaysia, apa yang dia perlu buat adalah menyokong tindakan kerajaan dan berikan idea pada tempat yang perlu.


Tapi Mahathir mahu lebih dari itu. Malaysia bukan matlamat utama. Ada matlamat lain yang Mahathir cuba sembunyikan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


USTAZ PEMFITNAH KENA BAYAR LAGI. NAK UNDI LAGI KAH KAMU PADA PARTI INI ?

 

Macam kes Sanusi. Dusuki kaki fitnah  kalah, merayu. Kalah lagi, siap kena tambah bayaran. Sebelum ni kena bayar RM11,000. Ni kena tambah lagi RM7,000.


Bezanya cuma kes ini, Dusuki yang saman Mujahid.  Bukan Mujahid saman Dusuki.


Itulah PAS. Dia kena saman memang dah tentu dia kena bayar. Dia saman orang pun dia gak yang kena bayar. Itulah nasib pemfitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


JOM BACA PH SOKONG KLUSTER MAHKAMAH

 

PH disokong kluster mahkamah manakala PAS menyokong kluster mahkamah. Apa bezanya?


Beza! Jauh perbezaannya. PH disokong oleh kluster mahkamah. Kuasa masih ada pada PH. Manakala PAS pula sokong kluster mahkamah. Bererti PAS beri kuasa kepada kluster mahkamah.


Contoh kata hari ini, kalau Zahid nak seleweng pun, susah sebab kepalanya adalah DS Anwar. Zahid perlu berdepan dengan DS Anwar dan MP PH yang lain. SPRM pun berkuasa besar sekarang.


Tapi kalau PN menang, yang jadi PM adalah watak utama dalam kes sakau Jana Wibawa. Kalau sang ketua tu nak teruskan menyakau, apa PAS boleh buat? PAS jadi menteri pun si sakau yang lantik.


Macam sekarang, DS Anwar beri kuasa penuh pada SPRM sebab DS Anwar bersih. Sampaikan menteri pun kena siasat. Tapi kalau mat sakau jadi PM, dia akan benarkan SPRM bekerja seperti sekarang ke?


Ini rakyat kena fahamkan. Selagi PAS dan PN letak Mahiaddin sebagai calon PM, selagi Mahiaddin masih jadi pemimpin tertinggi PN, selagi itu PN tak layak dipilih. Berbahaya untuk negara.


Niat menuju syurga tu elok. Tapi fikirkan, kalau dah rasuah dianggap sedekah, kalau beri kuasa kepada penyeleweng, gagal lunas tanggungjawab terhadap rakyat, layak dapat syurga Allah ke? Sesungguhnya syurga Allah tu tak murah. Kena ingat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

SEORANG USTAZ BERDUSTA! MAHKAMAH TOLAK RAYUAN USTAZ PRO PAS!

KUTIPAN UCAPAN PM KETIKA HARI PEKERJA.


 

KISAH KUPAS BUAH MEMPELAM


 

BUEK MALU ORANG KAMPUNG DEN


 

SIAPA YANG KITA PILIH SEBAGAI PEMIMPIN KOMPETEN DAN AMAMAH+ JOM KITA TENGOK PEMIMPIN YANG TAK KOMPETEN DAN TIDAK AMANAH


 

KAH..KAH...JUAI BELON KOT


 

PH AGEN YAHUDI ? BIAR BETUL. MB SELANGOR JELASKAN


 

LOKMAN ADAM: BELON BANYAK DARI MANUSIA- KERAJAAN KO SERTAI LAH YANG MELINGKUPKAN NEGARA


 

UMNO BERJAYA BERSIHKAN NAMA PARTI MEREKA.



Alhamdulillah. Ini berita yang baik buat UMNO. Kita pun tahu PN parti sakau. Begitu banyak mereka sakau dalam tempoh 33 bulan di Putrajaya. Kalau ada pemimpin UMNO mahu sertai mereka, maka kita pun tahu  pemimpin itu yang bagaimana. Maka ini akan segera bersihkan UMNO. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


HAI NAK PUJUK UMNO PULAK KAH ?

 


Bila baca tajuk, pada awalnya aku fikir dia bercakap tentang dakwaan terhadap Mahiaddin. Tapi bila baca, aku silap. Rupanya dia cakap tentang Najib.


Malah lebih mengejutkan lagi, dakwaan  terhadap Zahid pun dianggap pendakwaan politik. Jadi tak boleh dah walaun nak troll sebut hobinya tu kan?


Maka betullah tekaan aku sebelum ini yang PAS kini sedang berusaha memujuk UMNO. Inilah bentuk politik hipokrasi. Pendirian sentiasa berubah-ubah.


Kalau ya pun pendakwaan itu berasaskan politik, kena ingat yang dakwa Najib dan Zahid dulu siapa? PM waktu itu adalah Mahathir manakala menteri KDN pula adalah Mahiaddin.


Tapi inilah PAS. Kalau dia rasa untung tuduh orang itu rasuah, dia cakap begitu. Kalau rasa untung dia sokong itu, dia cakap begini. Janji dia dapat laba. Dasar hipokrit. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


DULU LAIN SEKARANG LAIN

 

Ahmad Shahril


Dulu jual powerbank sekarang dah tukar jual belon....



KALAU SEKADAR ANGGAP DIA BOLEH BAWA KEMENANGAN, BAIK FIKIR PANJANG KERANA IA AKAN MEMBABITKAN NAMA PARTI. PARTI ISLE PULAK TU.

 




Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai Pas.


Ikuti laporan penuh di https://klik.vip/tAnuar-musa-bakal-menyertai-PAS-akan-diumumkan



KALAU TAK MAHU ADA MASAALAH AIR..JANGAN UNDI PASPN- INI BUKTI TERBARU. KELANTAN SEMUA TAU DAH. KALAU NAK MERASA AIR TAK ADA..BAGI LAH UNDI PADA PASPN.


 

WALAU VIDEO NI LAMA ..LEPAS PRU..TAPI KENA INGAT..KALAU PASPN PERINTAH JADI MACAM KELANTAN DAN KEDAH...AYAQ TAK ADA.


 

NAK JADI CALON KENA BANGANG KUAT. TU SYARAT UTAMA. PERINTAH PULOH PULOH TAHUN BILA GAGAL SESUATU, SALAHKAN KERAJAAN.


 

ATOK AKAN HADAPI MASAALAH BESAR MENDATANG


 

KOMEN ORANG JAHIL


 

KENAPA TIDAK MEMILIH PAS SEBAGAI ASAS PERJUANGAN?

 


ANAK AGEN CETTI DIMAKSUDKAN MAHIADDIN- PH BN HARUS BEEHATI HATI


 

KES RASUAH DI MELAKA


 

KERAJAAN MADANI JUGA HARUS PUNYA IHSAN UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT


 

BEBERAPA DUTA SERTAI JAMUAN MADANI


 

PENGAKUAN MAHATHIR TENTANG ANWAR DAN DIHUKUM PENJARA


 

RAMAI KATA HILANG TUAN SEKARANG NI


 

DUA TOKOH PAS SERTAI. AMANAH