PENINGGG aaaaaa....


 

PH KEKAL DI PERAK.

 


Balun Official



Akhirnya terjawab juga persoalan yang jadi perhatian politik Perak sejak beberapa hari ni.





Calon Kerajaan Perpaduan, Mohamad Hairul Amir Sabri dipilih sebagai Senator baharu mewakili Perak selepas memperoleh 33 undi dalam pengundian di DUN Perak hari ini. Calon pembangkang pula menerima 26 undi. 


Kerajaan Perpaduan Perak masih kekal utuh.


BN tidak beralih menyokong calon PN seperti yang diharapkan PAS.


Sekurang-kurangnya untuk pengundian kali ni, persefahaman yang dibina antara BN dan PH masih bertahan.


Keputusan ni menarik sebab sebelum ni PAS Perak secara terbuka mengajak ADUN UMNO dan BN supaya menyokong calon PN sebagai “pembuka tirai” kepada permuafakatan politik baharu.


Tapi keputusan 33-26 menunjukkan blok Kerajaan Perpaduan kekal bersama calon yang dibawa kerajaan.


Maknanya, seruan PAS untuk tarik sokongan BN kepada calon PN tak menjadi.





KES FALDA DAN SAHAM KPF..SIASAT SAMPAI DAPAT.


 

NAK MUAFAKAT DENGAN UMNO, TAPI CITA CITA NAK JATUHKAN KERAJAAN YANG DIPIMOIN UMNO..MAK AIIIII...CELARU.







 Ketua Pembangkang DUN Perak, Razman Zakaria, secara terbuka mengakui harapan Perikatan Nasional memang mahu menukar kerajaan negeri sekarang.


Dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Razman berkata perkara itu ketika menjawab soalan wartawan berhubung perkembangan politik semasa.


“Harapan kita memang nak tukar kerajaan sekarang,” katanya.


Kenyataan itu muncul pada hari yang sama blok pembangkang menerima dan menghormati keputusan pengundian pelantikan Senator Perak.


Dalam pemilihan itu, calon kerajaan, Mohamad Hairul Amir Sabri daripada PKR, memperoleh 33 undi manakala calon pembangkang, Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria daripada PAS, mendapat 26 undi. 


Razman berkata semua 26 ADUN pembangkang mengundi secara en bloc untuk calon mereka, sambil menyifatkan keputusan itu sebagai cerminan kesatuan dan disiplin blok pembangkang. 


Pada masa sama, beliau menegaskan pintu penyatuan ummah, khususnya antara PAS dan UMNO, masih terbuka dan perlu terus dipelihara. Katanya, penyatuan itu perlu dibina atas asas kejujuran, kepercayaan dan saling menghormati. 


Jadi gambaran politiknya agak jelas.


Di satu sisi, PAS masih bercakap tentang penyatuan dengan UMNO.


Di sisi lain, Ketua Pembangkang sendiri mengakui harapan mereka memang mahu menukar kerajaan Perak yang kini dipimpin Saarani Mohamad.


Aduhai, nak bersatu dengan UMNO, tapi kerajaan yang UMNO pimpin pun nak ditukar.


#unofficialinfo






KES BAJA..MAT SABU LAKUKAN YANG TERBAIK.


 

TARAK BACA PUNYA OLANG

 

Shahrom Ismail


Sedang memanas isu derhaka kepada Yam Tuan Besar Nismilan dah memula pertikai titah DYMM Agong membebaskn Anwar!


Inilh perjuangan Umno hanya untuk berkuasa dan menyakau dengan apa cara sklipun tanpa sedikitpun peduli rakyat& negara



KUALA LUMPUR: UMNO menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang menurut parti itu seolah-olah mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.


Pautan berita di ruangan komen






OWHHH BANYAK LOMBONG..MINING INDUSTRIES

 

Anwar Fans


Bila menyebut tentang kekayaan negeri, antara yang menjadi perhatian tentulah sumber mineral seperti lombong REE yang nilainya boleh mencecah berbilion ringgit. Kekayaan sebesar ini sepatutnya memberi manfaat kepada negeri dan rakyat, bukannya menjadi rebutan orang tertentu atau pihak yang berkepentingan politik.







Sebab itulah apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, tindakan dan pendirian tegas daripada pihak berkuasa negeri amat penting. Dalam hal ini, usaha untuk membolot kekayaan negeri itu dikatakan dipagar tegas dek Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz, yang monidakkan puak-puak ni daripada bertindak sesuko hati mengikut nafsu buas depa.


Dan bila kita bercakap tentang siapa yang berada di sekeliling industri perlombongan dan kepentingan ekonomi negeri, ada satu perkara yang mungkin ramai tak tahu.


Undang Luak Johol, Dato’ Muhammad bin Hj. Abdullah sondirik ado puluhan syarikat yang terlibat dalam bidang ‘mining’.





AKMAL NI SELALU DIA JATUHKAN AKAL BUDI UMNO..LIHAT PANDANGAN DIA.

 


Norman Daud



Dr Akmal Saleh ni masa kerajaan BN implemented GST dulu berapa umur dia?






Dia tak tahu ke yang geng dia peluk cium sekarang tu dulu dah keluarkan Fatwa GST tu haram?


Dan sepanjang tempoh GST dilaksanakan PMX berada didalam penjara.


Pastu nak salahkan DS Anwar Ibrahim  pulak? 


Nak cakap apa apa buat research dulu lah..


Jangan tunjuk sangat ke orang.. malu






𝗗𝗢𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔? 𝗜𝗡𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝

 










1. Kata Tuan Ibrahim, Bila Islam menang dalam pilihanraya, dosa terdahulu akan diampunkan.
2. Maka dibawa contoh bila PAS menang maka dihapuskan judi. Tapi dia lupa kerajaan Tabok Atap PN-PAS naikkan cabutan judi.
3. Artikel itu telah dipadam oleh Harakahdaily. Erorr 404. Hanya ada dalam index google.
4. PAS gagal bukan 'hapus', tapi gagal untuk 'buat'. Masa jadi kerajaan makan gaji buta.
5. Kebanyakkan inisiatif berkaitan Islam di Malaysia BUKAN PAS yang buat. Mahkamah Syariah, Bank Islam, Universiti Islam, SMK Agama, KAFA dll. Terbaru perkenal Hadith 40 di sekolah.
6. Kerana Islam di mata PAS hanya Hudud. Pembangunan, basmi kemiskinan pula bukan hal Islam sebab itu sengaja dilambatkan.
7. Jika anggap Islam menang hanya bila PAS menang, maka itulah Khawarij.
8. Kerana nanti dianggap kerajaan selain PAS itu bukanlah Islam. Maka lahirlah Ghuluw dan Takfiri.
9. Sekian banyak kerajaan Madani lakukan demi kebaikan Islam, PAS tetap anggap Islam belum menang.
10. Sebab itu pengikut PAS sanggup lakukan dosa besar seperti Qazaf demi kononnya memenangkan Islam.
11. Saidina Osman dan Saidina Ali BUKAN dibunuh oleh Musyrikin Quraish, atau orang Kafir atau orang Munafik. Mereka syahid dibunuh oleh KHAWARIJ yang anggap diri mereka berjuang Islam.







TERIMA KASIH PM8 DAN PM9 YANG MENUBOHKAN RCI TH 2014 - 2020







Terima kasih PMX yang mendedahkan laporan RCI TH 2014 - 2020 sehingga menyebabkan ada pihak yang kepanasan.
Terimakasih SPRM bertindak segera atas pendedahan penyelewengan, sakau dan salah urus sebagaimana dapatan RCI.
Selebihnya kita tunggu proses mahkamah pula. Ambo yakin masih ada lagi pendakwaan lain yang bakal menyusul.




AKTIVIS UMNO KENA KUTUK Cuma jangan pula apabila orang sendiri didakwa, istilah “salah guna kedudukan” tiba-tiba dianggap macam bukan isu besar.

 Nengok TV







Satu hantaran Facebook mengenai pertuduhan terhadap bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mencetuskan perdebatan apabila seorang aktivis UMNO mempersoalkan maksud salah guna kedudukan.

Mohd Muhaimin menulis bahawa beliau menyangka kes itu melibatkan “curi duit sakau”, tetapi rupanya pertuduhan berkaitan salah guna kedudukan.
Beliau kemudian membangkitkan kerugian pelaburan KWAP sekitar RM200 juta dan bertanya mengapa Menteri Kewangan tidak ditangkap atau disiasat sekiranya terdapat salah guna kedudukan.
Bagaimanapun, beberapa pengguna Facebook membalas bahawa salah guna kedudukan tidak semestinya bermaksud tiada suapan.
Dalam kes Abdul Azeez, pertuduhan yang dibacakan di mahkamah menyatakan beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi TH untuk mendapatkan suapan berupa jawatan Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad.
Jawatan itu menawarkan remunerasi RM690,000 setahun, sebuah BMW 7 Series serta pemandu tetap.
Beliau turut didakwa mempengaruhi Ahli Lembaga TH supaya meluluskan pelaburan sehingga RM193.5 juta dalam syarikat berkenaan, yang mempunyai kepentingan dengannya.
Abdul Azeez mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Jadi mahkamahlah yang akan menentukan sama ada pertuduhan itu terbukti atau tidak.
Tetapi untuk memahami isu ini, ada satu perkara yang perlu dibezakan.
Kerugian pelaburan tidak secara automatik membuktikan rasuah.
Dan salah guna kedudukan pula tidak semestinya bermaksud seseorang mencuri wang tunai daripada akaun.
Dalam pertuduhan Abdul Azeez, isu yang dibawa pendakwaan ialah dakwaan menggunakan jawatan untuk mendapatkan manfaat tertentu.
Sebab itu beberapa netizen mempersoalkan mengapa istilah “salah guna kedudukan” dianggap seolah-olah lebih ringan atau tidak berkaitan dengan suapan.
Mengenai KWAP pula, persoalan tentang kerugian pelaburan memang boleh dibangkitkan.
Kalau ada bukti salah guna kuasa, buat laporan dan minta siasatan.
Kalau ada kelemahan tadbir urus, dedahkan.
Tetapi kerugian semata-mata tidak cukup untuk menyimpulkan Menteri Kewangan melakukan kesalahan.
Prinsip yang sama terpakai kepada semua.
Tak kira UMNO, PH, PAS atau Bersatu.
Kalau ada bukti, siasat.
Kalau ada pertuduhan, biar mahkamah tentukan.
Kalau tidak bersalah, jangan hukum melalui Facebook.
Cuma jangan pula apabila orang sendiri didakwa, istilah “salah guna kedudukan” tiba-tiba dianggap macam bukan isu besar.
Sebab dalam undang-undang antirasuah, yang dinilai bukan sekadar sama ada duit tunai masuk poket.
Tetapi juga sama ada kedudukan digunakan untuk mendapatkan suapan atau manfaat yang tidak sepatutnya.
Itu yang mahkamah akan tentukan dalam kes Abdul Azeez.
Bukan ruang komen Facebook.




HEBAT


Che Ibrahim Mohamed




 Lebih kurang sebulan lepas, ambo berborak borak dengan beberapa orang pemimpin UMNO berkenaan isu ni.

Dia dengan yakin jawab, MB kena sign....
Ambo kata kalau dia enggan???..
Dia jawab... Owww tak boleh, tak boleh, ini arahan parti.
Ambo kata lagi.. inilah punca Kelantan MAGERAN tahun 1977 dulu... MB Dato' Mohd Nasir enggan patuh keputusan parti...





KEJAYAAN DI KATAKAN KEGAGALAN. KEBAIKAN SEMGAJA DIBUTAKAN


 

@CoachAbeLong Subscribe MARUAH UMNO ROSAK KERANA DR AKMAL


 

@Pendakwah-Madani Subscribe Tok Guru Haji Rahim jawab dakwaan undi PAS


 

@LensaTv3 Subscribe Apa Yang Berlaku Di Negeri Sembilan?


 

@LensaTv3 Subscribe Penyokong PAS Lebih Percaya Kepada Haji


 

YB GOBIND SEKOLAH PASIR MAS SAMPAI KOYAK ! TERUS DUDUK DIAM !


 

INI SEBAB… SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA DAP! - KETUA DEWAN ULAMA PAS


 

RON95 tanpa subsidi naik 25 sen hari ini, pengguna BUDI95 kekal bayar RM1.99 seliter

 


Harga runcit RON95 tanpa subsidi meningkat 25 sen kepada RM4.02 seliter bagi tempoh mulai hari ini hingga 16 September 2026, namun pengguna yang layak di bawah BUDI Madani RON95 (BUDI95) terus menikmati harga bersubsidi RM1.99 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga RON97 turut meningkat sebanyak 25 sen daripada RM4.25 kepada RM4.50 seliter, manakala diesel tanpa subsidi naik daripada RM4.67 kepada RM4.92 seliter.

Dalam tempoh sama, kerajaan mengekalkan harga RON95 bersubsidi menerusi BUDI95 pada RM1.99 seliter, sementara diesel di bawah program BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel) kekal RM2.10 seliter.

Harga bahan api di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pula kekal RM2.05 seliter, manakala Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) terus pada RM2.15 seliter.

Menurut MOF, kerajaan kini menanggung subsidi sebanyak RM2.03 bagi setiap liter RON95 yang dinikmati pengguna layak BUDI95, bersamaan kira-kira 50 peratus daripada harga pasaran RON95 tanpa subsidi semasa.

Bagi diesel pula, subsidi yang ditanggung kerajaan menerusi BUDI Diesel mencecah RM2.82 seliter atau kira-kira 57 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi.

MOF menjelaskan kenaikan harga bahan api tanpa subsidi berpunca daripada peningkatan ketara harga minyak mentah dunia sepanjang tempoh pengiraan Mekanisme Harga Automatik (APM), susulan konflik Amerika Syarikat-Iran yang kembali meruncing serta risiko gangguan bekalan melalui Selat Hormuz.

Gangguan kapasiti

Keadaan pasaran petroleum bertapis dunia juga kekal ketat berikutan gangguan kapasiti penapisan di Asia Barat dan serangan berterusan terhadap loji penapisan Rusia, sekali gus mengecilkan bekalan petrol, diesel serta produk petroleum lain ke pasaran antarabangsa.

“Selepas 193 hari konflik di Asia Barat, aliran petroleum melalui Selat Hormuz dan kapasiti penapisan global masih belum kembali normal.

“Sekiranya keadaan ini berpanjangan, inventori yang semakin menyusut serta bekalan produk petroleum bertapis yang semakin ketat boleh meningkatkan premium risiko terhadap harga petrol dan diesel dunia,” menurut kementerian itu.

Dalam masa sama, MOF menegaskan kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan harga tenaga global, termasuk meneruskan subsidi bersasar BUDI Madani kepada golongan yang layak.

Kerajaan juga ujarnya, akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

PH kemudi Negeri Sembilan stabil lapan tahun, BN-PN baru sebulan sudah huru-hara

 


Satu perkongsian bekas Exco Negeri Sembilan, Teo Kok Seong bersama bekas Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Min, menarik perhatian ketika kerajaan baharu BN-PN sedang berdepan kemelut yang tidak berkesudahan.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook, Teo dan Aminuddin kelihatan ceria dengan hidangan kopi di hadapan mereka ketika bertemu baru-baru ini.

Dalam catatan yang mengiringi gambar itu, Teo mengimbau perjalanan pentadbiran Negeri Sembilan ketika diterajui Pakatan Harapan (PH) sepanjang lapan tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau berkenaan mengenang tempoh berkenaan dengan menekankan soal kestabilan dan kerjasama.

“Terima kasih kepada beliau (Tok Min) serta semua rakan yang pernah bersama-sama memikul amanah, bekerjasama dan memastikan kestabilan Negeri Sembilan.

“Dengan kestabilan dan kerjasama inilah kita dapat memberi tumpuan kepada pembangunan negeri, menarik pelaburan, mencipta peluang pekerjaan serta melaksanakan pelbagai usaha untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Tetap dihargai

Dalam masa sama, beliau berkata, politik dan kedudukan boleh berubah tetapi kerjasama dan persahabatan yang terjalin tetap dihargai.

“Terima kasih atas lapan tahun yang penuh dengan usaha dan pencapaian.

“Semoga Negeri Sembilan terus aman, stabil dan maju demi rakyat,” kata Teo lagi.

Perkongsian Teo itu muncul dalam suasana politik Negeri Sembilan yang dikuasai BN kini kalut dengan perselisihan yang menyentuh tiga lapisan serentak iaitu pentadbiran kerajaan negeri, institusi adat dan diraja, serta persoalan siapa sebenarnya memberi tekanan kepada Menteri Besar.

Situasi menjadi semakin serius selepas Menteri Besar Datuk Ismail Lasim mengakui beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Namun, Ismail berkata, tindakannya itu dilakukan tanpa rela hati dan secara paksaan sebelum membuat laporan polis.

Kerajaan negeri pula menyatakan dokumen itu tidak memenuhi tatacara Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Untuk rekod, PH kehilangan pentadbiran negeri pada PRN 1 Ogos selepas BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi sebelum kedua-duanya membentuk kerajaan baharu.

Aminuddin sendiri mengakui selepas keputusan PRN bahawa beliau bersyukur diberikan peluang mentadbir Negeri Sembilan selama lapan tahun sejak 2018.




@LensaTv3 Subscribe DAP Tak Ada Tapi Masih Berebut Kuasa ?


 

@FreeMalaysiaToday Subscribe MB N Sembilan nafi Zahid terbabit usaha


 

KULIAH NI MENARIK..KISAH DUNI DAN JUGA USTAZ SAMPUL JUGA PEMIMPIN JUAL ILMU UNTUK DUNIA


 

Duit dah lulus, projek tak siap-siap : Anwar minta ketua agensi turun padang

 


Projek pembangunan yang berstatus sakit, kelewatan daripada jadual serta kelembapan membelanjakan peruntukan yang telah diluluskan menjadi antara perkara yang mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat pembangunan negara.

Perkara itu dibangkitkan ketika Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan Anwar, dengan beliau menegaskan peruntukan pembangunan yang besar telah disediakan kerajaan untuk dilaksanakan kementerian dan agensi di seluruh negara.

Namun, kelulusan peruntukan semata-mata tidak seharusnya dijadikan ukuran kejayaan sekiranya pelaksanaan projek di lapangan masih berdepan kelewatan atau tidak bergerak seperti yang dirancang.

Anwar berkata keadaan itu menuntut setiap ketua jabatan dan agensi mengambil tanggungjawab secara langsung dengan turun sendiri ke lapangan bagi meneliti permasalahan yang menghambat pelaksanaan projek.

Menurutnya, pemimpin agensi perlu memahami sendiri kesukaran yang dihadapi sebelum mencari jalan penyelesaian dengan segera.

“Menjadi tanggungjawab setiap ketua jabatan dan agensi untuk turun sendiri ke lapangan, meneliti permasalahan yang dihadapi serta memahami kesukaran yang menghambat pelaksanaan sebelum segera mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan tidak boleh sekadar berpuas hati apabila sesuatu peruntukan telah diumumkan dan diluluskan, sedangkan manfaat yang sepatutnya diterima rakyat masih tertangguh akibat masalah pelaksanaan.

“Kita tidak boleh sekadar berpuas hati apabila peruntukan telah diumumkan dan diluluskan, sedangkan pelaksanaan di lapangan masih tertangguh,” katanya.

Penegasan itu hadir ketika kerajaan terus memberi perhatian terhadap keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan, khususnya supaya peruntukan yang telah disediakan benar-benar diterjemahkan kepada kemajuan fizikal dan manfaat kepada rakyat.

Dalam kenyataan sama, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada kementerian, jabatan dan agensi yang menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Beliau berkata setiap peruntukan yang dibelanjakan perlu memberikan manfaat sebenar kepada rakyat dan negara, bukan sekadar memenuhi sasaran perbelanjaan atau proses pentadbiran.

Pendekatan tersebut memperlihatkan penekanan kerajaan bukan hanya kepada berapa banyak peruntukan yang diluluskan, tetapi juga sejauh mana wang awam itu diterjemahkan kepada projek yang siap, berfungsi dan memberi kesan kepada rakyat.

Justeru, isu projek sakit, kelewatan dan kelembapan perbelanjaan yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu memberi isyarat jelas bahawa kementerian serta agensi perlu mengambil tindakan lebih proaktif apabila pelaksanaan sesuatu projek mula berdepan masalah.





"HANCUR PLAN MEREKA, JANGAN FIKIR LAGI" ! DEDAHKAN LOKMAN ?


 

SIAPAPUNYA PERANCANGAN? ZAHID JALAL ATAU MB ISMAIL ? | D3RH4K4 TURUNKAN YTBM


 

ZAHID TERDESAK? TEKANAN DALAMAN MEMUNCAK ?PENDEDAHAN ISU SKANDAL FELDA MELALUI PT EAGLEHIGHT


 

AKHIRNYA TOK MAT HASAN AKUI DAP ANTI ISLAM❗️MUNGKIN DAP PERNAH NAK JATUHKAN INSTITUSI DI RAJA ATAU DAH RUNTUH MASJID


 

“Siapa paksa MB?” Syahredzan desak dalang dokumen turunkan Tuanku Muhriz didedahkan

 


Dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bahawa beliau menandatangani satu dokumen berkaitan usaha menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam keadaan terpaksa mencetuskan persoalan lebih besar — siapakah yang didakwa memaksanya?

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata perkembangan terbaru itu cukup serius dan tidak boleh lagi dianggap sekadar pertikaian politik dalaman Negeri Sembilan.

“Siapa yang memaksa Menteri Besar untuk menandatangani dokumen menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut Syahredzan, dakwaan Aminuddin bahawa dokumen berkenaan ditandatangani tanpa kerelaan dan secara paksaan atau duress tidak boleh dipandang ringan oleh rakyat Malaysia.

Beliau turut membangkitkan persoalan sama ada terdapat individu dalam Umno yang terlibat dalam episod tersebut, merujuk kepada laporan The Straits Times sebelum ini.

Bagaimanapun, persoalan mengenai penglibatan mana-mana individu atau pemimpin Umno itu kekal sebagai dakwaan yang belum dibuktikan, dan memerlukan siasatan pihak berkuasa bagi menentukan apa sebenarnya yang berlaku.

Syahredzan berpandangan Aminuddin perlu mendedahkan keadaan sebenar yang menyebabkan beliau mendakwa terpaksa menandatangani dokumen berkenaan, termasuk identiti pihak yang dikatakan memberikan tekanan kepadanya.

Isu itu menjadi lebih serius kerana ia bukan lagi semata-mata menyentuh percaturan politik atau pentadbiran sebuah negeri, sebaliknya melibatkan kedudukan institusi diraja.

“Isu ini sudah melangkaui Negeri Sembilan. Perkembangan terbaru ini melibatkan soal kelangsungan dan keselamatan institusi-institusi dalam negara serta Raja-Raja Melayu,” katanya.

Persoalan terbesar kini bukan sekadar sama ada dokumen berkenaan sah atau boleh dikuatkuasakan, tetapi siapa yang didakwa berada di belakangnya dan mengapa seorang Menteri Besar boleh mendakwa beliau dipaksa menandatanganinya.







NAK BELA MELAYU DAN RAJA RAJA MACAMANA ? DAP dah tak ada pun masih bergaduh, kemelut Negeri Sembilan berlarutan, siapa paksa MB cetus sindiran

 


Kemelut politik dan institusi di Negeri Sembilan terus menjadi bahan sindiran apabila tokoh wartawan, Fathi Aris Omar mempersoalkan bagaimana pertelingkahan masih berlaku meskipun DAP dan Pakatan Harapan (PH) sudah dihalau dari kerajaan negeri.

“Jahat betul DAP, paksa MB tandatangan proklamasi tolak Yang di-Pertuan Besar,” katanya secara sinis menerusi hantaran di Facebook sebelum mengulang sindiran bahawa akhirnya DAP juga yang akan dipersalahkan.

Sindiran itu susulan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bahawa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi, sehingga membawa kepada laporan polis dan persoalan besar mengenai siapa sebenarnya yang memberi tekanan kepadanya.

Isu itu menjadi semakin panas apabila Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri bertanyakan, “Siapa paksa MB Negeri Sembilan? Dia kata dia dipaksa.”

Reaksi Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sekali gus menambah tanda tanya mengenai pihak yang dikatakan berada di belakang tekanan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Zahid turut menafikan menerima sebarang surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, menjadikan kemelut berkenaan semakin ‘lucu’ selepas BN menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu bulan lalu.

Fathi berpendapat keadaan itu memperlihatkan satu ironi besar dalam politik Melayu selepas PH dan DAP tidak lagi boleh dijadikan alasan sebagai punca perpecahan.

Ini memandangkan pertelingkahan dan perebutan pengaruh tetap berlaku dalam kalangan kelompok yang selama ini melaungkan soal penyatuan.

“Hey, kau dah halau DAP dan PH, apahal tidak boleh bersatu padu lagi?

“Kuasa sudah di tangan, sampai masa untuk jaga kebajikan negeri dan rakyat,” tegas Fathi yang juga bekas Ketua Pengarang Malaysiakini.

Bertelagah

Penganalisis sosio-politik yang prolifik itu turut mengaitkan situasi itu dengan sejarah hubungan Pas dan Umno, dengan mengingatkan bahawa kedua-dua parti Melayu itu pernah bertelagah meskipun berada dalam satu gabungan politik.

Menurut Fathi, corak politik yang sama sering berulang iaitu slogan perpaduan dilaungkan ketika mahu mendapatkan kuasa, namun apabila kuasa sudah berada di tangan, pertikaian dalaman, perebutan kedudukan dan kepentingan kembali muncul.

Sindiran beliau turut menyentuh kecenderungan sesetengah pemimpin politik untuk menjadikan DAP atau kaum lain sebagai kambing hitam apabila berlaku masalah dalaman, sedangkan konflik sebenar boleh berpunca daripada perebutan kuasa sesama sendiri.

“Samalah punca Pas ditendang keluar daripada BN dahulu. Pas tidak suka MB Kelantan, Umno sokong. Tempat Umno ada cawangan, Pas nak buka juga.

“Yang b*d*h pengundi Melayu, percaya sangat cakap pemimpin. Pemimpin gila kuasa tak sedar. Lepas itu gila projek dan harta negara pula. Senyap je!

“Sepuluh tahun selepas Umno tendang Pas, Umno bergaduh sesama sendiri. Putar belit undi, bawa ke mahkamah, Umno diharamkan pada 1988.

“Nak menang, jaja perpaduan. Dapat kuasa, berebut. Dah stabil, pakat curi duit negara milik Melayu B40 – FELDA, Tabung Haji, RISDA dan MARA misalnya,” tempelak Fathi lagi.






Pas untung sekutu tersungkur, dulu Bersatu kini Umno pula

 


Oleh MOHD FAISAL

Sebelum pergi jauh, kena fahami dulu apa perbezaan antara Umno dengan Pas.

Umno sejak lahir menggunakan politik untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pas pula menggunakan agama, bangsa dan negara untuk kepentingan politik.

Perkara ini sudah lama berlaku dan sekarang ianya sedang berlaku depan mata kita.

Setiap hari Pas mendendangkan perkataan, penyatuan ummah, penyatuan Melayu dan bla bla bla… demi Islam, demi negara dan bla bla bla… .

Kita perlu runtuhkan tembok yang dibina dalam minda kita, bahawasanya Pas itu sebuah gerakan Islam, gerakan dakwah dan bla bla bla….

Pas tetap political animal (binatang politik) yang pantang ada peluang, dia akan rembat.

Dan sejarah telah membuktikan, pantang ada peluang Pas akan rembat. Sejarah juga telah membuktikan, semua kerjasama politik yang Pas jalinkan akan menguntungkan mereka.

Tahun 1990, apabila Umno berpecah Team A dan Team B, dan lahirlah Semangat 46, Pas menjalinkan kerjasama dengan mereka.

Yang mendapat untung adalah Pas. Mereka berjaya merampas kembali Kelantan dari BN, dan bertahan sehingga ke hari ini.

Paling untung

Tahun 1998, sekali lagi berlaku perpecahan dalam Umno yang melibatkan pemecatan Anwar Ibrahim. Pemimpin Pas yang terlebih dahulu mengunjungi Anwar di rumahnya di Bukit Damansara.

Maka terjalinlah hubungan hingga tertubuhnya Barisan Alternatif (BA).

Pada zaman inilah Pas paling untung. Ceramah lautan manusia, dan hasil derma… faham-faham sajalah.

Pada zaman ini jugalah zaman kegemilangan Harakah. Hari Harakah diedarkan (dua kali seminggu) depan pejabatnya di Jalan Pahang, akan berderet-deret pembekal akhbar menunggu.

Jualan Harakah bagaikan pisang goreng panas. Harga iklan pun naik mencanak-canak. Betul-betul mereka buat duit pada masa itu.

Masuk PRU 1999, Pas berjaya menawan Terengganu, dan mula menembusi negeri-negeri Pantai Barat serta utara. Sekali lagi mereka untung dari gerakan reformasi.

PRU 2008, sekali lagi mereka kerjasama dengan PKR dan DAP. Kali ini mereka untung lagi besar.

Dapat tawan Kedah, dapat jadi kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor. Dapat jadi Menteri Besar di Perak.

Pada 2013 pula walaupun kehilangan Kedah, tetapi mereka berjaya tembus Johor dan N9.

Berguling

Apabila bekerjasama dengan Bersatu dalam PN pula, keuntungan pertama mereka dapat adalah, berjaya mengambil alih Kedah melalui pertukaran kerajaan pada 2020, dengan cara terlibat menggulingkan Mukhriz.

Waktu MB dia digulingkan di Perak pada 2009, dia berguling-guling depan kereta Sultan. Waktu dia menggulingkan orang lain pula, no problem… halal dan ada dalil.

PRU 2022, buat pertama kali dalam sejarah dia menang paling besar apabila berada dalam PN. Menang 43 kerusi.

Seolah-olah lelaki tua mendapat viagra dan tidak dapat mengawal lagi nafsu, yang sedang mencanak-canak dia ceraikan Bersatu dan sedang gila kepada Umno pula.

Itulah Pas yang dikatakan membawa gerakan Islam. Anda nilailah sendiri!

Kehebatan Pas dalam berpolitik, dia berjaya mengheret parti-parti yang bekerjasama dengan mereka ke tahap yang bodoh.

Dia berjaya membuat parti-parti itu menari ikut rentaknya. Dan Pas ini tidak tahu erti malu walaupun membawa nama Islam.

Padahal, dalam Islam kita diajar untuk mempunyai rasa malu demi menjaga aib dan mengelak fitnah. Malu adalah sebahagian daripada iman.

Lalu parti-parti itu akan memandang dia kuat, dia ramai ahli, banyak jentera dan bla bla bla…

Tahyul-tahyul dan mitos-mitos inilah yang ditanam ke dalam minda parti-parti yang bekerjasama dengan mereka.

Umpama orang jual ubat kuat di Kelab Suara Muda, Bandar Kota Bharu. Cakap pung pang pung pang, bab meyakinkan orang ubatnya power dan akan membuatkan isteri sayang.

Padahal dia sendiri pun nikah tak lekat. Nikah cerai, nikah cerai, nikah cerai.

Jangka pendek

Kalau Pas itu kuat, mereka dah menang sekurang-kurangnya lima dari 11 kerusi yang ditandinginya di Johor.

Kalau benar dia kuat, tiadanya dia nak bertanding secara kerjasama dengan BN di Negeri Sembilan.

Kerjasama Umno dan Pas hanya boleh mendapat keuntungan jangka pendek. Untuk jangka panjang ianya akan merugikan Umno.

Perkara ini telah berlaku depan mata kita. Apabila Tan Sri Mahiaddin Yassin bekerjasama dengan Pas untuk membentuk kerajaan. Memang dia berlagak zuhud… kami tak nak jawatan, kami tak nak itu, ini.

Maka berkatalah Muhyiddin, Hadi lah orang pertama tandatangan SD sokong saya…..kah kah kah kah… Mudahnya dia terpesona dengan Hadi. Hidung dicium pipi digigit.

Tup tup tup… sekali tengok dia menang lebih besar dalam PRU 2022, dan selepas itu perlahan-lahan dia mainkan peranan agar Bersatu berpecah. Dia cucuk Hamzah (rakaman audio Wan Saiful). Dia pergi deal di Bangkok sembunyi-sembunyi.

Akhir sekali, Bersatu terpelanting. Padan muka kerana terlalu percaya sangat. Pas tidur dalam bilik, Bersatu tidur di ruang tamu. Pinjam kata-kata Sanusi.

Dan itulah yang akan dilalui Umno satu hari nanti. Mungkin satu, dua atau tiga tahun lagi jika Umno bekerjasama dengan mereka.

Satu lagi kepakaran Pas adalah play victim. Seolah-olah dia yang menjadi mangsa untuk menutup kebejatan mereka.

Kebetulan pula dia mahir bab mencari dalil dan nas. Maka orang pun akan percayalah. Itulah yang terjadi di Perlis.

Pas adalah satu-satunya parti yang tidak pernah salah dalam Malaysia. Sebab dia pandai mencari dalil serta nas.

Lebih malang lagi apabila ramai orang Melayu mempercayai setiap kata-kata Pas itu umpama hadis sahih.

Arang jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tidak akan putih. Yang faham akan faham. Yang tak faham boleh cari sendiri apa maksudnya.