PM DIINGATKAN MOU TERBATAL JIKA ASAS PERLEMBAGAAN TERJEJAS

 

DAP ingin menyatakan kebimbangan terhadap keputusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memilih Zamri Yaakob, abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, sebagai Pengerusi baru mereka.

Walaupun Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Transformasi dan Kestabilan antara Perdana Menteri dan PH tidak menyebut sebarang perkara mengenai pelantikan Kabinet atau GLC, tidak ada keraguan bahawa pelantikan yang berbentuk habuan politik sebagai pertukaran untuk sokongan, konflik kepentingan atau nepotisme akan meningkatkan pengawasan atau keraguan yang lebih besar mengenai komitmen kerajaan terhadap reformasi institusi yang disebut di dalam MOU.

MOU berkenaan tertumpu pada Pelan Reset COVID-19 Negara untuk mengatasi kegagalan masa lalu bagi mengurus pandemik COVID-19 dengan lebih baik supaya membolehkan ekonomi dibuka semula dan Rancangan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion untuk mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan serta bidang-bidang reformasi institusi yang dipersetujui oleh kerajaan dan PH.

Walaupun MOU berkenaan tidak meliputi bidang-bidang lain yang tidak disebutkan, izinkan saya menyatakan dengan tegas bahawa jika hak-hak asas perlembagaan terjejas, MOU berkenaan juga akan berhenti berkuat kuasa dan terbatal.

Hak-hak asas perlembagaan ini akan merangkumi sebarang percubaan untuk menggugat hak orang Islam dan status agama Islam serta hak orang bukan Islam dan kebebasan beragama bagi mengamalkan agama mereka sendiri di kalangan orang bukan Islam.

Kumpulan rasis dan ekstremis dalam kerajaan perlu menghentikan niat untuk melaksanakan undang-undang Syariah kepada orang bukan Islam atau menyekat amalan agama mereka berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Menyentuh hak perlembagaan rakyat Malaysia, sama ada orang Islam atau bukan Islam, bukan cara “Keluarga Malaysia” yang didukung oleh Perdana Menteri.

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP.



TIADA BUKTI TANDA TIPU

 

Bob Kelanang


SEBUTIR gambar@video pun xder sebagai bukti yang Hadi dah temui 10 duta Asia Barat… video Hadi kail ikan mati tu ader la… 


KOH KOH KOH… jilaker!!




ADA TAK MENAMBAH.....

 

Raas Al Ghul

Antara isi MOU tu PH minta Undi18 dilaksanakan. PH juga minta agar kerajaan tidak masuk campur dalam kes rasuah. Si Tua ni ada tak menambah,tiada tak berkurang.. Semoga PH istiqamah Tolak Pejuang.





Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh "Masa Depan Asia Tenggara, Tantangan Pascapa...

Mampukah Anwar Ibrahim Membuat Perubahan Dan Reformasi Yang Diharapkan O...

SEKEH JA KEPALA YANG KATA BAIKI RM 10JUTA TU...BUKAN DIA TAU HAPA KEBENDA PUN- SURUH JA SPRM MASUK CAMPUR TENGOK!!!!!

 

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia sahkan kos baiki padang Bukit Jalil RM10 juta



Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia sahkan kos baiki padang Bukit Jalil RM10 juta.Kecoh sehari ini apabila TMJ mendedahkan Peja telah menyebutkan kepadanya kos baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil mencecah RM10 juta.

Ini menyebabkan TMJ menzahirkan rasa terkejut kerana kos baik pulih padang JDT yang bertaraf dunia itu hanya menelan belanja RM1.4 juta sahaja.

Namun kemudiannya Peja menyatakan TMJ tersalah tafsir yang mengundang rasa kurang senang TMJ kerana merasakan Peja mula tukar cerita.

Namun semakan dapati kosnya memang RM10 juta dan diumumkan oleh Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia sendiri pada bulan Mac yang lepas lagi.

Berikut laporan tersebut :

Stadium Nasional Bukit Jalil di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) bakal dinaik taraf dengan menggantikan rumput baharu tidak lama lagi, kata Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata cadangan yang mendapat persetujuan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini akan melibatkan kos RM10 juta.
Projek berkenaan merangkumi penyelenggaraan padang, sistem pengudaraan, sistem saliran, pencahayaan buatan serta latihan kepada penyelia rumput dalam usaha memastikan stadium memiliki padang bertaraf antarabangsa.

Stadium

“Saya harap projek ini akan bermula dalam tempoh tiga bulan dan saya percaya ia akan mengambil masa lebih kurang lapan ke sembilan bulan untuk siap sepenuhnya,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Tony hadir pada Majlis Menandatangani Lanjutan Perjanjian antara PSM dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk Stadium Nasional terus menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya hingga 31 Dis 2025.

Hadir sama Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan dua timbalan presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S.Sivasundaram.

“Kami menyasarkan untuk menjadikan padang di sini sentiasa diingati, terutama kepada pasukan lawan ketika menentang skuad Harimau Malaya pada masa depan,” menurut Tony.

Sementara itu, Sivasundaram berkata FAM menyambut baik lanjutan perjanjian selama lima tahun yang membolehkan pihaknya melaksanakan pelbagai aktiviti atau program selaras dengan status stadium sebagai “Rumah Harimau Malaya’.

Kali terakhir skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe beraksi di Stadium Nasional ialah pada 19 Nov 2019 ketika menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum aksi berikutnya ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com


Belanjawan berisiko gagal jika tiada perbincangan dengan PH

 

Belanjawan berisiko gagal jika tiada perbincangan dengan PH.Pakatan Harapan (PH) akan mengambil sikap berkecuali di dalam Belanjawan 2022 sekiranya terdapat perkara yang tidak dibincangkan oleh kerajaan dengan mereka.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, ini kerana dalam klausa Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dibincangkan, semua perkara mengenai perbekalan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh PH.

“Hanya dengan itu kita boleh sokong. Kalau dia (kerajaan) tidak bincang dan tidak ada persetujuan, mungkin akan timbul bantahan atau kritikan terhadap perkara-perkara yang tidak termasuk dalam perbincangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Kerajaan dan PH baru-baru ini menandatangani MoU dalam urusan pentadbiran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MoU yang dimaktubkan itu merangkumi enam agenda iaitu pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, perjanjian Malaysia MA63 dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Mengulas lanjut, Noor Amin menambah, menerusi MoU ini juga, pembangkang memberi jaminan untuk tidak memanggil undi tidak percaya.

Dalam pada itu, beliau berkata, permintaan PH terhadap kerajaan menerusi MoU itu juga banyak.

“Tetapi ini perkara-perkara yang dipersetujui buat masa ini dan kalau kita tengok dalam MoU ini, ada lagi ruang untuk rundingan selanjutnya terutama dalam perkara-perkara perbekalan.

“Ia mungkin tidak terperinci. Tetapi ia ada klausa tentang perkara-perkara berubah dari semasa ke semasa.

“Jadi, ada banyak lagi rundingan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, keadaan, ekonomi dan politik,” jelasnya.

Mengulas mengenai mengapa Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak dilibatkan, Noor Amin berkata, semua parti dimaklumkan tentang rundingan terbabit.

“Cuma mungkin buat masa ini mereka mengambil sikap sama ada tunggu dan lihat atau sudah mengambil ketetapan untuk tidak mahu terlibat dalam rundingan,” jelasnya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my

LEMAH.....KPDNKK PUNYA LA LEMBAB..SAMPAI NAK KENA KEMENTERIAN KEWANGAN MASUK CAMPUR- MASA PH DULU SOQANG SAJA BUAT KERJA.....

 


Kementerian Kewangan akan fikirkan cara stabilkan harga ayam




Kementerian

Kementerian Kewangan akan fikirkan cara stabilkan harga ayam. Kementerian Kewangan akan mencari kaedah terbaik bagi menstabilkan harga ayam di pasaran, termasuk melihat sama ada sistem subsidi kepada penternak perlu dilaksanakan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi meneliti secara menyeluruh impak kepada penternak ayam dan pengguna.

“Kerajaan sedar isu harga ayam yang meningkat menjadi rungutan masyarakat. Apa-apa keputusan yang mahu dilaksana perlu dilihat dari segi impak terhadap penternak selain semua pihak terbabit dalam rantaian industri makanan dan yang paling penting sekali adalah impak kepada pengguna, itu adalah keutamaan kerajaan.

“Kita akan bincang lihat dahulu sebelum melaksanakan apa-apa langkah (sistem subsidi) sebabnya saya difahamkan, MAFI menjangkakan kenaikan ini (harga ayam) adalah sementara, berikutan ketidaktentuan apabila kita buka semula ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat ternakan ikan kelah di Bukit Batu di sini, hari ini.

Kementerian
Minggu lalu, KPDNHEP bercadang melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, dilaporkan berkata subsidi harga itu akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak, yang mengeluarkan 80 peratus bekalan ke seluruh negara.

Semalam, Menteri PDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, pihaknya akan membabitkan Kementerian Kewangan dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan kerajaan sebagai langkah proaktif menstabilkan harga ayam untuk jangka masa panjang.

Kenaikan harga ayam dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor termasuk harga makanan ayam yang dikatakan meningkat (komponen makanan ayam seperti jagung dan soya) yang diimport dari luar negara).

Purata harga ayam yang dijual di pasar basah sejak kenaikan harga ayam bermula awal bulan ini ialah pada harga RM9 hingga RM10.50 sekilogram manakala harga paling tinggi dijual pada harga RM11 sekilogram.

BUAT APA ADA DUTA TIMUR TENGAH KALAU TAK BOLEH BAWA BINCANG ? MENTERI AGAMA TAK PERGI RUNDING KAH KOS MENINGKAT ?MACAMANA NAK BELA RAKYAT ?



Terkini! Kos Haji tahun depan naik mendadak, dijangka meningkat melebihi RM20,000




Kos Haji tahun depan naik mendadak, dijangka meningkat melebihi RM20,000


Peningkatan kos haji dan umrah pada masa depan adalah situasi yang tidak dapat dielakkan berikutan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi susulan pandemik COVID-19

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata tidak mustahil peningkatan berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk penjarakan fizikal yang memaksa penginapan jemaah dihadkan kepada dua orang sebilik, pengangkutan dan saringan COVID-19.

“Jika dulu, satu bilik hotel boleh memuatkan sehingga lima orang, tetapi apabila dihadkan kepada dua orang, sudah tentu kos penginapan akan meningkat kepada setiap jemaah.

“Begitu juga perbelanjaan lain, termasuk pengangkutan ke Madinah pasti akan mempengaruhi peningkatan kos,” katanya kepada BH, hari ini.

Tabung Haji (TH) menjangka kos haji akan meningkat pada musim haji akan datang susulan perubahan SOP ibadah itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19.

Razali berkata, sekiranya kos haji naik secara mendadak, antara kesan yang membimbangkan adalah ramai jemaah terlepas peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana tidak berkemampuan.

“Sebelum COVID-19, kos bagi seorang jemaah adalah RM20,000 dengan subsidi diberikan TH sebanyak RM10,000.

“Bagaimanapun, persoalannya jika jumlah subsidi TH pada kadar sama, tentu ramai tidak mampu menanggung kos dan terpaksa menolak giliran haji,” katanya.

Beliau berharap TH dapat mempertimbangkan untuk menyerap kenaikan kos itu melalui keuntungan daripada pelaburan institusi itu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

“Sebanyak 28 peratus keuntungan pelaburan TH dikecualikan (daripada cukai pendapatan), jadi jika boleh kita berharap TH tanggung lebihan kos kenaikan ini bagi mengelak ramai yang tidak berkemampuan untuk pergi.

“Saya kira jika perbelanjaan haji perlu ditanggung seorang jemaah naik dalam kadar munasabah, ia masih boleh diterima dengan syarat kos lain diserap TH,” katanya.

Razali turut yakin TH berupaya menanggung pertambahan kos itu mengambil kira jangkaannya berkemungkinan jemaah haji yang dibenarkan ke Tanah Suci masih dihadkan.

“Saya menjangka disebabkan pandemik masih berlarutan, mungkin kuota haji kurang daripada 10,000 saja jemaah tanah air akan berpeluang mengerjakan ibadat itu,” katanya.

MoU kerjasama PN – PH bukan sokongan mutlak kepada PM Ismail

 MOU KERJASAMA PN – PH BUKAN SOKONGAN MUTLAK KEPADA PM ISMAIL

MOU KERAJAAN – PEMBANGKANG BANYAK DIBUAT NEGARA MAJU


MoU: Kedudukan PM lebih kuat untuk tolak tuntutan kleptokrat

 

Dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Kerajaan-Pakatan Harapan (PH) semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini berada pada kedudukan yang lebih kuat untuk menolak sebarang ancaman dan tuntutan daripada kluster mahkamah dan kleptokrat dalam UMNO. 

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, sebaliknya, jika MoU berkenaan tidak ditandatangani, ‘tangan’ Ismail Sabri akan menjadi lemah dan beliau harus menyerah kepada tuntutan-tuntutan kleptokrat. 

“Dengan MOU yang dimeterai, kita berharap Ismail Sabri tidak perlu lagi mengendahkan tuntutan yang dilaporkan, untuk melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘penasihat ekonomi’ kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Kerajaan Persekutuan dan PH semalam melakar satu sejarah negara dengan pemeteraian MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara wakil kerajaan dan PH di bangunan Parlimen.

Lebih menarik, Tony menambah, menerusi MoU tersebut, Ismail Sabri tidak perlu melayan sebarang tuntutan dari kem Datuk Seri Azmin Ali agar Ahli Parlimen Gombak itu dilantik timbalan perdana menteri kerana sebarang ancaman dari kem Azmin untuk menjejaskan kestabilan gabungan parti kerajaan tidak lagi kredibel. 

“MoU tersebut tidak bermaksud PH atau saya sendiri menyokong pentadbiran pimpinan UMNO oleh Ismail Sabri. Tidak sama sekali.

“MoU itu hanya bermaksud bahawa rakyat sekarang akan memperoleh ketenangan dan kestabilan untuk menangani Covid-19 dan ekonomi, dan bukannya terus-menerus sibuk dengan percubaan berulang kali untuk merebut kekuasaan oleh mana-mana pihak yang mengaku memiliki majoriti yang kuat, hebat dan meyakinkan,” katanya. 

Dalam pada itu, Tony yang juga Ahli Parlimen Damansara berkata, rakyat merupakan pemenang terbesar susulan pemeteraian MoU tersebut. 

Tambahnya, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu berjaya diyakinkan untuk melaksanakan mercu-mercu reformasi yang tertakluk kepada jadual pelaksanaan, untuk diselesaikan pada persidangan pertama tahun depan. 

Tambahnya lagi, PH akan mendapatkan seberapa banyak mungkin faedah daripada MoU itu untuk rakyat dan reformasi bagi menambah baik institusi demokratik Malaysia, pada masa sama kekal dalam Pembangkang. 

“Namun apabila Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa selepas bulan Julai 2022, PH akan berusaha keras untuk mendapatkan mandat rakyat,” katanya. –

Bukit Bendera diiktiraf rizab biosfera: Tahniah Kerajaan P. Pinang

 

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengisytiharkan Bukit Bendera sebagai kawasan Rizab Biosfera Pulau Pinang.

Kawasan rizab berkenaan merangkumi khazanah hutan yang berusia 130 juta tahun dan melibatkan kawasan sekitar Bukit Bendera termasuklah Taman Botani Pulau Pinang, Taman Negara Pulau Pinang, enam hutan simpanan kekal serta dua empangan. 

Rizab Biosfera Bukit Bendera juga merangkumi tiga ekosistem utama iaitu kawasan berhutan, pantai dan marin.

Pengisytiharan tersebut merupakan penghargaan kedua oleh UNESCO kepada Pulau Pinang selepas George Town diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008.

Dalam ucapan tahniahnya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, usaha gigih yang dimulakan empat tahun lalu itu akhirnya berjaya. 

“Syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), The Habitat Penang Hill (The Habitat), Perbadanan Bukit Bendara (PHC), penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) serta beberapa agensi lain di atas kejayaan ini. 

“Ini adalah satu pengiktirafan antarabangsa kepada PHC dan dasar hijau Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta menunjukkan kejayaan dan komitmen dalam pengurusan kawasan berkepentingan biodiversiti dan pelaksanakan pembangunan mampan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pengiktirafan UNESCO itu akan menjadi batu loncatan buat negeri itu bagi merancakkan lagi agenda pembangunan lestari antara penduduk dan keindahan alam sekitar sebagaimana digagaskan dalam Visi Penang2030.

“Kita (Kerajaan Negeri) juga mengharapkan semangat baru sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini (16 September), dalam usaha kita memulihara dan memelihara flora, fauna, kehijuan alam semulajadi dan warisan budaya yang tidak ternilai bagi Pulau Pinang dan penduduknya,” ujarnya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Ekonomi dan Komunikasi. 

Siswazah kerja tak setaraf kelayakan ‘mangsa’ dasar kerajaan, kata pakar

 

Pakar ekonomi berpendapat kerajaan mesti mewujudkan persekitaran pasaran kerja yang betul untuk syarikat-syarikat membuat pelaburan.

PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi menyalahkan kerajaan atas kesukaran siswazah mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan tahap pendidikan mereka.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) berkata, masalah itu disebabkan oleh pelaksanaan dasar kerajaan.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) 2011 hingga 2015 mensasarkan untuk mewujudkan 3.3 juta pekerjaan menjelang 2020 yang mana 68% daripadanya merangkumi pekerjaan tidak memerlukan kelulusan ijazah.

“Sasaran itu merangkumi 56.3% pekerjaan berpendapatan rendah dan 29.5% pendapatan sederhana. Jadi RMK ini berjaya mencipta pekerjaan yang bergaji rendah, nilai rendah, tidak menentu dan tidak terjamin sejak bertahun-tahun,” katanya.

Beliau mengulas gesaan Presiden Warisan Shafie Apdal terhadap kerajaan supaya menggiatkan usaha untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada siswazah supaya tidak terlalu bergantung dengan pekerjaan di bawah kelayakan pendidikan mereka.

Williams berkata, isu terbabit perlu diselesaikan oleh pasaran kerja dan bukannya kerajaan selain menjelaskan pembaharuan juga penting dari segi penyediaan pekerjaan.

“Kerajaan mesti mewujudkan persekitaran pasaran kerja yang betul untuk syarikat-syarikat membuat pelaburan dan mengambil pekerja tanpa campur tangan kerajaan dalam ekonomi pasaran sosial,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Shafie yang mahu kemahiran keusahawanan dibangunkan di kalangan siswazah untuk menceburi ekonomi gig, Williams berkata, ia boleh menjadi usaha yang baik sekiranya matlamatnya adalah untuk mencipta kerjaya profesional sambilan yang boleh memberi pendapatan stabil.

“Namun jika ideanya ialah untuk mencipta satu generasi terdiri daripada pekerja penghantaran dan pemandu e-panggilan, jadi ia akan dilihat sebagai pekerjaan bersifat eksploitasi, bergaji rendah dan bernilai rendah yang akan merosakkan pembangunan ekonomi Malaysia,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito pula menggesa supaya satu pembaharuan dilakukan terhadap pendidikan tinggi yang akan meningkatkan kualiti dan pemilihan pelajar ke universiti, seterusnya melahirkan bakat untuk pekerjaan berjawatan tinggi.

Menurutnya, pembaharuan sama harus dilakukan terhadap pendidikan menengah bagi membolehkan seseorang menyertai pasaran kerja tanpa memiliki kelulusan pendidikan yang tinggi.

Katanya, ia bermakna kurikulum pendidikan menengah harus merangkumi pengajaran kemahiran-kemahiran profesional.

Ferlito berkata individu yang mempunyai tahap pendidikan tinggi sebaiknya diberi kerjaya yang profesional.



Buka sekolah ikut data, bukan fasa, pakar gesa KPM

 

Menurut pakar KPM dengan nasihat KKM dan MKN boleh membuka dahulu sekolah di daerah yang mencatatkan kes rendah atau tiada kes, tanpa mengikut fasa.

PETALING JAYA: Pembukaan sekolah mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 3 Okt ini sudah tidak lagi relevan, sebaliknya Kementerian Pendidikan (KPM) harus mempertimbangkan pembukaan sekolah menggunakan data kes mengikut mukim atau daerah, kata seorang pakar pendidikan.

Pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anuar Ahmad berkata, menggunakan data kes mengikut mukim atau daerah sebagai asas pembukaan sekolah dilihat lebih selamat dan tepat memandangkan pelajar serta murid di bawah 18 tahun masih ketinggalan jauh dalam kumpulan penerima vaksin.

“Sebab itu menggunakan fasa-fasa PPN sebagai asas pembukaan sekolah adalah kurang sesuai. Sepatutnya KPM menggunakan data kes mukim atau daerah sebagai asas membuat keputusan pembukaan sekolah. Itu lebih selamat dan tepat,” katanya kepada FMT.

Ketika ini, Kedah dan Johor masih di bawah Fasa 1 PPN, manakala Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah serta Melaka di bawah Fasa 2, manakala Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak pula sudah beralih ke Fasa 3, dengan hanya Labuan di bawah Fasa 4.

Pada 12 Sept lalu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin mengumumkan sekolah di negeri bawah Fasa 1 dan 2 PPN kekal ditutup, manakala Fasa 3 dan 4 dibuka mengikut jadual pada 3 Okt ini dengan kehadiran pelajar di sekolah adalah 50% daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran setiap minggu.

Ini bermakna, setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu secara bersemuka serta pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), yang bergilir-gilir setiap minggu.

Mengulas lanjut, Anuar memberi contoh situasi jangkitan Covid-19 di Sarawak yang masih tinggi walaupun negeri berkenaan sudah berada di dalam Fasa 3 PPN.

“Sedangkan kes di Sarawak masih tinggi, hanya beberapa daerah/bahagian sahaja di Sarawak yang menunjukkan kes harian yang rendah dan terkawal seperti Maradong, Konawit, dan Julau dengan masing-masing empat, Matu (tiga), Lundu, Mabong, dan Telang Usan, masing-masing dua serta Beluru (enam).

“Manakala daerah lain masih sangat tinggi seperti Kuching (1,866 kes harian). Tetapi oleh kerana Sarawak berada di negeri Fasa 3, KPM membenarkan sekolah di Kuching dibuka,” jelasnya.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, ia tidak selari dengan apa yang berlaku di Johor yang kini masih dalam Fasa 1, di mana terdapat mukim yang langsung tidak merekodkan kes harian namun sekolah masih tidak dibenarkan dibuka.

“Misalnya mukim Kundang, Pulau-Pulau, Sembrong dan Kambau (masing-masing tiada kes). Begitu juga di negeri Fasa 2 seperti Selangor ada mukim kes harian adalah sifar tetapi sekolah diarahkan kekal ditutup seperti mukim Hulu Tinggi, Sungai Gumut, Sungai Tinggi dan Kuala Kalumpang.

“Maksudnya dalam sesebuah negeri, akan ada daerah yang kadar jangkitan adalah rendah dan terkawal. Jadi KPM dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara boleh membuka dahulu sekolah di daerah tersebut,” tegasnya.


Penyembur sanitasi, adakah ia selamat?



Dengan hanya menarik picu atau menekan butang, mesin bertenaga bateri ini akan menghasilkan kabut “nano” dari botol yang berisi campuran peluntur dan air selain bahan kimia lain.



GEORGE TOWN: Mesin penyembur sanitasi menjadi semakin laris ketika pandemik Covid-19 dan kini menjadi peralatan tetap yang perlu ada di kedai, kereta, dan kebanyakan kediaman, seolah-olah ia membersihkan barangan dan menjauhkannya daripada virus.

Pusat beli-belah dalam talian mempromosikan alat ini dengan harga antara RM20 hingga RM150, dengan seorang penjual mampu mencapai jualan lebih daripada 10,000 unit sebulan dalam satu platform.

Dengan hanya menarik picu atau menekan butang, mesin bertenaga bateri ini akan menghasilkan kabut “nano” dari botol yang berisi campuran peluntur dan air selain bahan kimia lain, yang dikatakan dapat membunuh kuman dan virus, ada juga yang hadir dengan sinaran UV ketika digunakan.

Sebotol tablet klorin dioksida dibekalkan untuk dicampurkan dengan air ke botol yang disediakan, sementara beberapa produk lain memberi kesan formulasi pembunuh kuman yang berbeza seperti asid hipoklorus dan banyak lagi.

Tetapi persoalan yang kekal bermain di minda – adakah ia selamat digunakan terhadap invidivu?

Penyelidik memberitahu FMT ia tidak selamat. Alat seperti itu boleh disemburkan pada objek dan permukaan tetapi tidak boleh kepada manusia, apatah lagi dihidu.

Bagaimanapun, peniaga dalam talian yang tidak bertanggungjawab menganggapnya sebagai pembersih yang berkesan untuk digunakan pada tangan dan bahagian badan yang lain. Iklan mereka juga mendakwa ia mendapat “kelulusan oleh FDA dan KKM”.

Lebih merisaukan, tinjauan di sebuah pusat membeli-belah di sini mendapati kedai makan menyemburkan pelanggan mereka dengan wap – pada dasarnya peluntur dicampur dengan air – dari “senjata” berkenaan.



Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Amirah Mohd Gazzali.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Amirah Mohd Gazzali berkata, campuran peluntur seperti klorin dioksida yang dijual dalam talian, tidak baik untuk kulit kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius, termasuk kerosakan tisu dan sel darah.

Sekiranya dihidu, beliau berkata ia boleh menyebabkan paru-paru berair dalam kes-kes yang serius, sementara gejala yang lebih ringan termasuk batuk dan sakit tekak. Penglihatan kabur dan mata berair juga merupakan beberapa kesan sampingan.

“Gejala-gejala ini mungkin mulai muncul setelah beberapa ketika, bukan dalam tempoh segera dan ia kekal untuk tempoh waktu tertentu,” kata pensyarah di fakulti sains farmasi USM.

Amirah berkata, campuran klorin dioksida boleh meletup jika disimpan di tempat yang panas dan menghasilkan bau klorin yang menjengkelkan jika disimpan di bawah cahaya matahari kerana cahaya menyebabkan penguraian campuran seperti itu.

Beliau berkata, mereka yang menggunakan semburan seperti itu di dalam atau di ruang tertutup juga berisiko menyebabkan letupan jika hanya terdapat 10% klorin dioksida di udara.

Menurut Amirah, campuran pemutih biasanya digunakan untuk membersihkan papan litar elektronik dan juga digunakan untuk pemutihan tekstil, pembuatan lilin dan menghasilkan kertas.

“Gas klorin dioksida juga dapat digunakan untuk mensterilkan peralatan perubatan dan makmal, termasuk mengolah air kumbahan.

“Ia adalah agen pengoksidaan yang kuat yang dapat membunuh semua mikroorganisma, termasuk virus dengan berkesan,” katanya.

Tambahnya lagi, wap yang dihasilkan oleh pistol itu sangat kecil sehingga mudah diserap melalui kulit dan bahkan boleh melalui tekak tanpa disedari.

“Semburan jenis nano atau ‘fogger’ hanya boleh digunakan oleh profesional dan dalam hampir semua kes, harus digunakan pada bahan atau permukaan, tidak pada manusia,” kata pakar dalam penyampaian dan perumusan ubat itu.

Dalam konteks membunuh virus yang menyebabkan Covid-19, Kumitaa Theva Das dari USM berkata, ketika awal serangan Covid-19 tahun lalu, terowong sanitasi yang menyemburkan bahan kimia serupa terbukti tidak berkesan untuk digunakan pada manusia.