Tulisan Norman Radzuan
-
Jika hanya diberi 2 pilihan antara PAS dan UMNO...saya pilih
UMNO. Sb UMNO tipu atas nama bangsa... mahu atau tidak saya akui walaupun
pemimpinnya terpalit dgn rasuah bukan alang kepalang punya 'balun' tapi mereka
boleh buat kerja.
Mereka boleh bercerita soal belanjawan, defisit, baik-out,
pendidikan, pelaburan dan lain2...cuma mereka tidak amanah. Jika amanah negara
ini sudah sehebat Korea, Jepun atau Singapura.
Tapi Pas mereka mengelirukan ahli dan penyokongnya dgn
menggunakan agama. Kesian sb mereka (ahli) mengharapkan syurga. Dulu mereka
memberi dalil2 kenapa perlukan laksanakan hudud.
Dibaca pelbagai ayat Quran sebagai dalil kenapa mereka mahu
kilang arak bila ditutup, baju pramugari mesra Islam, haramkan kedai nombor
ekor dan kenapa mereka mahu laksana hudud...
Bila mereka menjadi sebahagian dari kerajaan jgn kata mahu bawa
usul di Parlimen... bersuara pun tak berani. Lihat DS Anwar dan pemimpin PH
walaupun sudah tandatangan MoU tapi di Parlimen mereka tetap berhujah dan
melahirkan rasa tidak puas hati jika kerajaan tidak menyebelahi rakyat.
Kini pemimpin2 PAS mencari dalih bukan hanya kerana mereka tidak
bawa usul tapi kenapa mereka tak berani bersuara. Antara dalihnya...Step by
step la, dahulukan perkara lain, akui bukan mudah laksanakan hudud, dulu
pembangkang dan bermacam macam lagi sekadar utk menyakinkan ahli mereka.
Sebenarnya selama ini mereka hanya omong kosong. Pemimpin parti
agama ini tiada kemahiran atau tidak mampu utk bercerita bab ekonomi,
pendidikan, bail out, defisit, korupsi pun.... sb itu mereka tidak berani
sidang akhbar atau wacana secara spontan. Jika ada pun ditanya lain...lain
dijawab.
Sebab itu mereka bermain dgn hukum sahaja... seolah olah negara
cukup sekadar diurus dgn hukum. Ekonomi tak bagus konon sb tak laksana Islam.
Lucunya formulanya tidak diberi hanya cukup sekadar menyebut
Islam... sungguh menyedihkan kerana tidak bertanggungjawab dgn hujah. PAS dulu
mereka memberi dalil dan skg mereka dalih. Nasib baik malaikat tak
tidur...biarlah mereka terpesona dgn duniawi.