Kenaikan gaji dan produktiviti

 

Nik Hasyudeen


Kenaikan gaji dan produktiviti


Dalam seminggu lagi kesan pindaan ke atas Akta Pekerja akan mula dirasai oleh majikan-majikan di Malaysia. Sebelum ini kerajaan telah menaikkan gaji minima kepada RM 1,500 dari RM 1,200.


Walaupun ada beberapa peruntukan-peruntukan yang diubah, pada pandangan saya peruntukan yang akan memberikan kesan besar kepada perniagaan kecil dan sederhana ialah pindaan berkenaan kerja lebih masa.


Ada 2 perkara yang perlu dipatuhi mulai 1 September ini:


1. Waktu kerja dipendekkan dari 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.


2. Gaji pekerja yang mesti dibayar kerja lebih masa dinaikkan darim RM 2,000 kepada RM 4,000 mengikut kaedah Akta Pekerja dikuatkuasakan.


Perkara seperti penambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari tidak melibatkan kos tetapi akan memberi kesan ke atas produktivi perniagaan. 


Manfaat pemberhentian pekerja berdasarkan Akta Pekerja juga diperpanjangkan kepada pekerja yang bergaji sehingga RM 4,000.


Kita semua tahu Malaysia adalah di antara negara yang nisbah gaji kepada perolehan perniagaan amat kecil. Oleh itu langkah-langkah yang diambil untuk menaikkan pendapatan pekerja dikira pada arah yang betul.


Namun, mungkin pembuat-pembuat dasar yang gajinya tetap diterima di dalam apa keadaan sekali pun termasuk di ketika aktiviti ekonomi ditutup semasa pandemik Covid-19 lupa bahawa peniaga-peniaga (yang berjaya mengharungi wabak Covid) baharu sahaja mahu mengukuhkan perniagaan masing-masing setelah dipaksa berniaga di dalam keadaa yang bercelaru disebabkan polisi-polisi yang dibuat semasa pandemik oleh pembuat-pembuat dasar yang tetap menerima gaji itu.


Apabila kos perniagaan tiba-tiba naik, perniagaan yang berdaya maju (viable) pun boleh menjadi bermasalah. Sekiranya kenaikan kos ini tidak disertai dengan peningkatan produktiviti, perniagaan yang berada di dalam keadaan cukup-cukup makan sahaja mungkin terkorban.


Saya maklum orang-orang politik sedang mencari-cari sokongan untuk pilihanraya yang akan datang ini. Menaikkan gaji dan upah adalah satu tindakan yang popular. Janganlah disebabkan undi, ada majikan yang terkorban. Itu akan menyebabkan pekerjanya terpaksa mencari pekerjaan yang lain, jika ada.


Reaksi yang logikal dari pihak pengusaha pekerjaan ini peningkatan produktivi melalui pelaburan di dalam teknologi dan juga pembaharuan kaedah bekerja. Mereka akan mencari jalan untuk berniaga dengan keperluan pekerja yang paling minima. Ini sememangnya sudah diusahakan sebelum 1 September lagi tetapi kesan dari peruntukan Akta Pekerja ini akan menggiatkan lagi usaha ini. Akhirnya bilangan pekerjaan di dalam ekonomi akan terkesan.


Mereka mungkin juga akan menaikkan harga jualan yang akhirnya ditanggung oleh pelanggan, termasuk juga pekerja yang dibayar gaji lebih itu. Kesan ke atas inflasi tentunya ada.


Saya memang berharap sektor perniagaan kecil dan sederhana menjadi pemacu pembentukan pekerjaan. Namun, jika kos untuk memulakan perniagan menjadi tinggi, keghairahan untuk memulakan perniagaan di kalangan anak-anak muda boleh juga terkesan.


Kita tengoklah kesan jangka panjang polisi-polisi yang dikuatkuasakan melalui Akta Pekerja ini. Bagi perniagaan yang sedia ada, kos tambahan yang ditanggung akan mengurangkan keuntungan (bagi yang untung). Jadi, tentunya bonus yang biasa dibayar akan diselaraskan juga. Mungkin jumlah gaji yang dibawa balik (take home salary) tidak akan berubah dengan ketara kerana manfaat-manfaat yang tidak wajib boleh dikaji semula bagi mempastikan kos perniagaan masih munasabah.


Polisi ada kesan jangka pendek dan jangka panjang. Inilah sebabnya pembentuk polisi mestilah orang-orang yang mampu memahami kesan polisi ke atas pelbagai pihak. Dia kena berani untuk melawan tekanan dari orang-orang yang mahu populariti kerana mahu kutip undi. Jika pembuat polisi takut untuk menyatakan yang benar dan sayangkan kerusi yang didudukinya, dia kena jawablah dengan Allah mengapa dia bertindak begitu.


Semua tindakan kita di dunia ini ada kira bicaranya di akhirat.



HAAAAA...UMNO GELABAH SAKAN KES NAJIB....


 

UMNO PERASAN MASIH KUAT MACAM ZAMAN 80AN.-DENGAR APA JEBAT DERHAKA NI HAMPUT..

 






Menangkan Umno dulu PRU15, baru berebut jawatan dalam parti – pemimpin Umno

Menangkan Umno dulu PRU15, baru berebut jawatan dalam parti – pemimpin Umno

Pemimpin UMNO khususnya yang memiliki nama besar dalam parti perlu mengutamakan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berbanding sibuk memikirkan perebutan jawatan dalam parti.

Itu gesaan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang mendakwa terdapat individu yang sibuk melobi ‘jawatan nombor satu atau nombor dua’ parti ketika ini, sedangkan jentera UMNO bergelut melaksanakan persiapan berdepan PRU-15.

Kumpulan itu didakwa cuba memancing sokongan Ketua Bahagian UMNO secara senyap-senyap, dengan menggunakan perjumpaan untuk berbincang gerak kerja PRU-15 sebagai medan berkempen dan melobi sokongan ketika pemilihan UMNO nanti.

Nur Jazlan menegaskan, gerakan yang turut membabitkan beberapa pemimpin UMNO Johor itu tidak sepatutnya berlaku, ketika Barisan Nasional (BN) Johor berdepan cabaran besar untuk menang sekurang-kurangnya 20 daripada 26 kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU-15 nanti.

“Dalam saat-saat genting ini, dia dan kumpulannya sepatutnya fikir macam mana nak pastikan UMNO dan BN boleh menang dan mengembalikan kegemilangan UMNO di Johor, bukannya sibuk merebut jawatan dalam parti.

“Bukan satu kerja yang mudah (menang 20 daripada 26 kerusi Parlimen Johor) dengan pola dan trend pengundi yang sudah berubah sekarang ini.

“UMNO/BN tak boleh lagi hidup dalam cerita zaman silam di mana majoriti rakyat suka dan memilih parti komponen ini, sebaliknya semua pihak perlu guna segala kemahiran, kebijaksanaan dan pengalaman membantu memenangkan semula UMNO/BN di Johor.

“Janganlah utamakan kepentingan diri dan terlalu gila mahukan jawatan nombor satu atau nombor dua dalam parti di peringkat pusat, tumpukan pada PRU-15 dulu barulah boleh bercerita pasal pemilihan UMNO,” katanya di Facebook, hari ini.

Nur Jazlan yang juga Ketua Bahagian UMNO Pulai, mengingatkan bahawa kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak boleh dijadikan sandaran dan gambaran keputusan PRU-15.

Tegasnya, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad sudah memberi gambaran jelas mengenai cabaran besar yang dihadapi parti itu, apabila memaklumkan BN Johor dilihat hanya mampu menang 10 daripada 26 kerusi Parlimen ketika ini.

“Jadi, nasihat saya pada kumpulan itu, tak usahlah nak kemaruk sangat kejar pemilihan UMNO kalau kedudukan kerusi pada PRU nanti pun belum tahu nasibnya,” katanya, lapor BH Online.

Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, turut menzahirkan kekecewaan pada pemimpin kanan dalam kumpulan itu, yang didakwa menghilangkan diri selepas UMNO dan BN tewas pada PRU-14.

“Jangan lupa sejarah bila UMNO kalah PRU-14 dan kehilangan manisan nikmat kerajaan, pemimpin kanan yang kita sebulat suara nak tolak ke depan untuk melawan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH), dia toleh ke belakang dan lari lintang pukang.

“Sekarang selepas UMNO dipulihkan dan kembali ke ‘drivers seat’ untuk PRU-15, dia pula yang muncul untuk menuntut takhta macam hak lahir dia,” katanya, mengingatkan ahli UMNO untuk berhati-hati dalam memilih pimpinan parti.


OWH--DUNGUNYA PAK LEBAI NI.INGAT NAK LAWAN RASUAH-- NAK LAWAN PH SAJA....PATUT LAYAK KENA SAMAN FITNAH SEBAB BODO



MOHD SHSH RIM

Ingatkan objektif PAS nak lawan rasuah, penyelewengan dana rakyat,

 rupanya nak kalahkan PH yang lawan rasuah..



ZAHID GABRA- SILA DENGAR BETUL BETUL TARIKH DAN CADANGAN PILIHANRAYA DAN LOGIKNYA BULAN 10 INI

 




Apa yang nak menggelupur Zahid oi. Kalau betul duit tu bukan duit curi, jawab je la dengan tenang. Sampai nak kata pihak pendakwa tak layak jadi menteri tu dah kenapa?

Contoh macam curi ayam. Kalau betul bukan ayam curi, bila orang tanya kan senang nak jawab. Ayam beli dekat mana, berapa harga, berapa ekor beli. Semua boleh dijawab.

Tapi masalah kalau ayam curi. Bila orang tanya beli kat mana, menggelupur nak jawab. Sampai beritahu beli di kedai jual basikal. Itu beza antara orang jujur dengan penyangak. Guane boh?

Raja Gelap




KENAPA ZAHID DAN NAJIB KALUT NAK PILIHANRAYA. KATANYA AWAL BULAN 10

 

Hamdan Taha

 

Jika orang itu ada otak dan berfikir tentulah kita boleh faham kenapa beria ia zahid hamidi ni minta pru di segerakan

 

Sampaikan hari hari desak pru padahal dia bukan boleh bertanding lagi pun

 

Kes dia sedang berjalan sekarang apa nak takut jika tak salah bukan lama pun lagi keputusan mahkamah untuk membuktikan dia tak bersalah atau bersalah

 

Zahid dan najib ni sama jer...dalam keadaan takut yang amat sangat

 

Tahun 98 zahid hamidi kena tahan isa dan ikut apa yang saya tahu 8 hari dia di dalam tahanan tu dia tak boleh tahan maklum lah orang kaya masuk lokap,sampaikan hari ke dua atau ke tiga dah buat surat kepada dr m letak jawatan ketua pemuda punya tak tahan dan takutnya dia

 

Jadi saya boleh bayangkan le umur 70 nak nak masuk penjara dalam keadaan umur 40 an pun dah menangis dalam lokap

 

Jadi dia sangat berharap pru di adakan segera umno memang 2/3 jadi konon kononnya ada ruang selesaikan kes beliau tapi jika dah di dapati bersalah di makamah tinggi lebih awal sebelum pru dia tahu laluan sukar di mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi

 

Hati hati lah orang yang berkuasa jangan lah ambil duit hasil orang lain antaranya duit dari pekerja bangla dari visa cina ni semua bala belaka


AIKK SALAH PETIK PULAK YE...TAK APA LAH...JANGAN LAH GABRA....SENDIRIAN BUKAN KA KUAT...... GITEWWW...

 

Kenyataan disalah petik, Tuan Ibrahim nafi PAS mahu bergerak solo pada PRU15





Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataannya yang menyebut PAS akan bergerak solo pada PRU15 disalah petik media.

PETALING JAYA: PAS menafikan laporan media yang mengatakan parti itu mahu bergerak solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataannya sebelum ini telah disalah petik dan beliau menegaskan PAS akan bersama Perikatan Nasional (PN).

“Salah petik itu. PAS komponen PN. Kita akan bersama PN dalam pilihan raya umum (PRU),” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada PAS mahu bergerak solo pada PRU15 seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sabtu lalu, memetik laporan media, PAS dilaporkan bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan, termasuk bergerak solo pada PRU15.

Tetapi, Tuan Ibrahim berkata, parti itu tetap akan memperkukuhkan PN dalam persiapan menghadapi PRU15.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris yakin kenyataan Tuan Ibrahim itu disalah petik berikut PAS masih bersama PN untuk PRU15.

Beliau berkata kenyataan rasmi yang boleh dipercayai hanyalah daripada keputusan tertinggi parti masing-masing dan selain itu hanyalah provokasi yang mahu melaga-lagakan parti-parti dalam PN.

“Saya baca tulisan itu, kefahaman saya, PN bergerak solo, bukan PAS.

“Kenyataan boleh pakai dalam PN adalah keputusan peringkat tertinggi. Contoh Bersatu melalui Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu. Kalau PAS, PAS Pusat. Gerakan melalui Majlis Tertinggi Gerakan,” katanya kepada FMT.

Beliau berpandangan selain kenyataan tertinggi parti itu hanyalah dianggap sebagai provokasi.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman berkata secara peribadi beliau melihat tiada masalah hubungan PAS dengan Bersatu dalam PN setakat ini.

Katanya, semua perkara biasanya dirunding dan disepakati secara musyawarah dalam kepimpinan tertinggi PN.

“Kenyataan Timbalan Presiden PAS bahawa partinya mahu bergerak solo pada PRU15 hanya sekadar andaian dari pihak media saja,” katanya.

HADIR BAGI SOKONGAN KOT


 

PANDAI RAFIZI PANCING DR LATIF .ESOK TERDEDAH LAGI...ISTERI ATAU TIDAK...MMMMM...ADA SESUATU YA ...KITA LIHAT ESOK YA...





 

FB Rafizi Ramli

22 Ogos 2022

 

SIAPA ZAINAB MOHD SALLEH?

 

Penafian Datuk Dr Latiff Ahmad hari ini sangat lemah.

 

Saya perincikan nama syarikat, jumlah yang terlibat dan hubung kait dengan beliau. Saya juga sertakan perenggan khusus dalam laporan siasatan dalaman yang menyatakan Zainab Mohd Salleh adalah isteri beliau.

 

Beliau hanya menafikan yang Zainab Mohd Salleh bukan isteri beliau dengan merujuk kepada laporan berita yang tular. Kebetulan yang tular sebelum itu adalah satu kesilapan seorang netizen yang menuduh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Dialog Berhad sebagai “Zainab Mohd Salleh” yang terlibat dengan skandal ini.

 

Zainab Mohd Salleh (LCS) adalah individu yang berlainan.

 

Bila Dr Latiff hanya merujuk kepada “berita yang tular”, ada macam-macam kemungkinan maksud kenyataannya, termasuklah dia bukan suami kepada CFO Dialog (kita semua pun tahu).

 

Esok, saya akan tunjukkan dokumen-dokumen khusus yang mengaitkan Dr Latiff dengan seorang individu yang bernama Zainab Mohd Salleh yang menjadi pemilik Alizes Marine. Insya Allah akan lebih jelas kenapa laporan siasatan dalaman menamakan Dr Latiff Ahmad sebagai “spouse” (atau suami) kepada Zainab Mohd Salleh ini.

 

Kawan-kawan yang mengikuti jangan cepat gelabah. Ada saja netizen yang cepat-cepat kata serkap jarang dan sebagainya. Kamu ingat nak jejaki jerung dan siasat mereka, sebagai rakyat biasa tanpa kuasa, sama macam Najib buat muka sedih minta simpati ke?

 

Namun saya sudah berkali-kali dibuktikan benar. Rekod pendedahan saya mengenai skandal-skandal besar negara, bermula NFC, Tabung Haji, MARA, LTAT, Felda, SRC dan 1MDB semuanya berakhir dengan pendakwaan di mahkamah kepada mereka yang terlibat.

 

Jadi kawan-kawan jangan cepat menggelabah sangat.

 

Yang menggelabah ini hanyalah orang sakau duit rakyat saja.

 

Tunggu esok, saya tunjukkan dokumen-dokumen.

Zahid Hamidi buat mesyuarat tergempar, bakal tentukan nasib Ismail Sabri? BERITA AWANI VIDEO

 







Menara Dato’ Onn di ibu kota sekali lagi menjadi perhatian hari ini.

Difahamkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Ibu Pejabat parti di sini bermula jam 11 pagi.

Menurut mesej yang didakwa dihantar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada jam 11 malam pada Ahad, pertemuan khas tersebut adalah berkenaan dengan masa depan parti tersebut.

Difahamkan lebih 100 pimpinan UMNO menghadiri mesyuarat tergempar ini.

Antara pemimpin yang sempat ditemui ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang tiba sebentar tadi di Menara Dato’ Onn.

Kedua-duanya hanya mengunci mulut ketika ditanya intipati mesyuarat pada hari ini.

Media difahamkan mesyuarat berlangsung kira-kira jam 11 pagi dan selepas itu tidak pasti sama ada akan diadakan sidang media atau tidak.

Sehingga kini, masih belum dipastikan isi mesyuarat, namun khabar angin mendakwa ia mungkin berkaitan tarikh pilihan raya.
Astro AWANI akan terus berada di Menara Dato’ Onn untuk membawakan perkembangan dari semasa ke semasa.



NDIVIDU BERNAMA DR ABDUL LATIF MENAFIKAN ZAINAB ISTERINYA. RAFIZI AKAN MEMBUAT PENDEDAHAN LAGI ESOK- MMMMM....ADA HAL TU...


 

MASAALAH LCS BUKAN SAHAJA KEHILANGAN DUIT TETAPI TENAGA KERJA RAKYAT-ZMY


 

AISHAH-RANGKUMAN PERISTIWA NEGARA


 

TARIKH PILIHANRAYA- DIJANGKA BULAM 10 TANPA MENUNGGU BAJET.


 

KISAH BAGAIMANA SANUSI MEMBOHONG TENTANG DUIT TINGGALAN PH DI KEDAH, ISU DUIT SUMBANGAN TAHUNAN PERJANJIAN KEDAH..DAN DIA SATU APA PUN TAK LAKSANAKAN DI KEDAH


 

KISAH BAGAIMANA NAJIB CUBA MEMBOHONGI MAHKAMAH DAN CUBA MELENGAHKAN PERBICARAAN



PENJELASAN KHALIS SAMAD MENGENAI CUBAAN NAJIB UNTUK MELENGAHKAN PERBICARAAN. INI DISEBABAKAN PEGUAM TAHU BAHAWA BELIAU SUDAH DIANGGAP KALAH DALAM PERBICARAAN KERANA TERLALU BAYAK BUKTI PENYELEWENAGAN

 

Dari Rafizi Ramli : SYARIKAT PALSU DIMILIKI KELUARGA MENTERI

 



Dari Rafizi Ramli

22 Ogos 2022

SYARIKAT PALSU DIMILIKI KELUARGA MENTERI

Minggu lalu, saya telah mendedahkan bagaimana syarikat-syarikat palsu yang mirip nama syarikat Perancis (yang benar-benar wujud) telah digunakan untuk menjadi pembekal alat-alat ganti (“spare parts”) kepada projek kapal LCS.

Siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan saya menunjukkan kesimpulan-kesimpulan berikut:

1. Dua buah syarikat palsu yang menggunakan nama Alizes Marine telah didaftarkan. Sebuah syarikat bernama Alizes Marine Limited yang didaftarkan di Malta dan sebuah lagi syarikat bernama Alizes Marine Labuan yang didaftarkan di Labuan.

2. Kedua-dua syarikat berstatus syarikat pesisir luar pantai (“offshore”) dan tidak boleh dijejaki. Kewujudan Alizes Marine Limited hanya diketahui apabila pangkalan data syarikat pesisir luar pantai dibocorkan oleh pemberi maklumat sehingga menjadi skandal besar dunia (dikenali sebagai Panama Papers dan Paradise Papers).

3. Semakan dengan pangkalan data Paradise Papers mengesahkan kewujudan syarikat Alizes Marine Limited yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh. (Rujuk https://offshoreleaks.icij.org/nodes/55047357).

4. Zainab Mohd Salleh juga pemegang saham sebuah lagi syarikat pesisir luar pantai yang ditubuhkan di Malta bernama Intralogistics Limited. Syarikat ini memegang saham di dalam Alizes Marine Labuan.

Kertas siasatan dalaman skandal LCS menerangkan secara jelas penglibatan syarikat-syarikat Alizes Marine yang menyelewengkan dana kapal perang LCS.

Ada beberapa bentuk penyelewengan yang berlaku.

Pertama, syarikat-syarikat sebegini dilantik menjadi juru runding teknikal (sedangkan mereka tiada kepakaran) kepada projek. Mereka menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan. Sebanyak RM23.37 juta diselewengkan menggunakan kaedah ini di awal pelaksanaan projek sekitar 2011 hingga 2014.

Kedua, Alizes Marine juga dilantik sebagai pembekal alat-alat gantian (“spare parts”) kepada projek LCS. Lantikan itu berdasarkan maklumat palsu kononnya ia mempunyai lesen dari kerajaan Perancis untuk menjadi pengeksport global alat gantian pertahanan (sedangkan ia tidak mempunyai lesen itu). Projek LCS membayar sekitar RM210 juta bagi alat-alat gantian yang kononnya dibekalkan oleh syarikat Perancis tetapi bayaran diselewengkan ke syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan di Malta dan Labuan.

Siapa Zainab Mohd Salleh ini yang begitu berpengaruh dalam projek LCS?

Zainab Mohd Salleh ialah isteri kedua kepada Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semasa skandal ini berlaku, beliau yang juga Ahli Parlimen Mersing merupakan pemimpin UMNO sebelum menyertai BERSATU selepas PRU2018.

Laporan siasatan dalaman projek LCS juga secara jelas menyebut bahawa Zainab Mohd Salleh adalah isteri kepada Dr Latiff Ahmad.

Muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 laporan menyebut “It is noted that Abdul Latiff is the spouse of Zainab” yang bermaksud “Siasatan mengambil maklum bahawa Abdul Latiff adalah suami kepada Zainab”.

Beliau adalah Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Menteri Pertahanan ketika ini ialah Dato’ Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang.

Semakan saya menunjukkan bahawa skim menyeleweng dana awam dari projek LCS ini dibuat selama bertahun-tahun dan dengan penuh perancangan. Saya juga boleh mengesahkan bahawa ada pelbagai bentuk kontrak pertahanan lain yang melibatkan Latiff Ahmad dan LCS bukan satu-satunya projek yang melibatkan syarikat-syarikat berkait dengan beliau.

Ada beberapa projek pertahanan negara yang lain yang turut melibatkan Alizes Marine dan beberapa syarikat lain yang dimiliki dan dikawal oleh dia sendiri (Latiff) atau isterinya.

Pelbagai maklumat ini akan keluar pada kadar yang segera.

Hakikat bahawa skim-skim menyelewengkan dana LCS menggunakan syarikat-syarikat palsu yang dimiliki oleh Timbalan Menteri Pertahanan pada ketika itu bukanlah satu kebetulan.

Sebab itu, saya dari awal telah menuntut penjelasan dari Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab menukar reka bentuk kapal dari Sigma kepada Gowind, dan Najib Razak yang merupakan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

Mustahil skim penyelewengan ini yang melibatkan projek-projek yang dikendalikan oleh kedua-dua mereka (Najib dan Zahid) boleh berlaku tanpa pengetahuan mereka.

Saya harap pendedahan saya pada hari ini menutup mulut UMNO dan Barisan Nasional yang cuba menyalahkan pesara-pesara tentera laut apabila skandal ini meletup. Skandal sebesar ini tidak boleh berlaku tanpa ada dalang dari kalangan pimpinan UMNO yang membuat keputusan-keputusan besar pada ketika itu, sedangkan pesara-pesara tentera laut hanya bersubahat melaksanakan penyelewengan.

Saya juga berharap pimpinan Perikatan Nasional dari BERSATU dan PAS mula sedar bahawa skandal LCS ini akan turut mengheret mereka kerana pimpinan kanan mereka, Latiff Ahmad dan keluarganya terlibat secara langsung di dalam syarikat-syarikat palsu yang menyelewengkan dana projek LCS.

Saya menunggu reaksi pimpinan UMNO, PAS dan BERSATU yang membentuk Kerajaan Persekutuan kali ini.

RAFIZI RAMLI

 

MAKAN GAJI BUTO AFDAL KO


FAHMI REZA

Lagi cerita orang Melayu ‘malas’



MOHSIN ABDULLAH


Kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang orang Melayu tidak suka berpolitik termasuk mengundi pada pilihan raya umum.

Beliau dipetik FMT sebagai berkata sikap tidak ambil peduli itu akhirnya menyebabkan kuasa politik negara dikuasai bukan Islam dan golongan liberal pada PRU lalu iaitu PRU14 yang diadakan pada 9 Mei 2018.

Bagi saya apa yang Hadi maksudkan dengan berkata “orang Melayu tidak suka berpolitik termasuk mengundi “pada PRU ialah orang Melayu malas berpolitik dan malas keluar mengundi”. Dan apabila beliau guna istilah “tidak ambil peduli” maknanya orang Melayu “tak ambil pot”.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pelik kerana tidak kah kita kerap dengar ramai pemimpin parti politik memberitahu kita rakyat biasa khususnya orang Melayu supaya jangan banyak sangat berpolitik. Beri tumpuan kepada kerja dan sebagainya.

Oleh itu, jika benar orang Melayu “malas” dan “tak ambil pot” terhadap politik, maka ini sesuatu yang bagus kerana orang Melayu beri tumpuan terhadap soal kerja, perniagaan dan agama.

Tetapi betul ke orang Melayu tidak suka berpolitik? Tidak suka keluar mengundi dan tidak ambil peduli soal politik seperti yang dikata Hadi?

Realitinya sekarang ada banyak parti politik Melayu. Maknanya ahli parti politik Melayu orang Melayu lah. Tak kan orang Cina, India, Iban atau Dayak pula. Parti bukan Melayu yakni parti berbilang kaum pun majoriti atau ramai ahli Melayu.Oleh itu, macam mana pula Hadi kata orang Melayu tak suka berpolitik dan tidak ambil peduli soal politik? Banyak parti politik Melayu dan ahlinya orang politik Melayu buktinya.


 Bukan itu sahaja. Tentu kita pernah dengar tuduhan orang Melayu suka main politik di pejabat, dalam NGO malah dalam persatuan sukan pun.Mengenai orang Melayu tidak suka keluar mengundi pula. Ini pun pelik. Saya tidak punya perangkaan secara terperinci. Namun, secara am kita semua tahu bilangan orang Melayu yang mendaftar sebagai pengundi besar. Maklumlah orang Melayu majoriti penduduk Malaysia. Jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi pada PRU14 pun sememangnya besar. Sila rujuk laman web SPM untuk kepastian.

Hakikatnya pada PRU14, apabila BN tumbang, Umno menang 47 kerusi (sebelum lompat parti berlaku ye). Boleh dikatakan Umno “menang” dalam kalah. Bersatu yang asalnya Umno menang 13 kerusi, Amanah yang asalnya PAS menang 11.Malah parti Hadi sendiri menang 18 kerusi Parlimen. Dan PAS juga berkuasa di Terengganu negeri asal presidennya serta Kedah dan tentulah Kelantan.Semua kemenangan itu ialah hasil undi majoriti orang Melayu. Itu belum mengambil kira kemenangan calon Melayu yang mewakili PKR parti berbilang bangsa. Maksudnya orang Melayu keluar beramai-ramai mengundi. Macam mana pula Hadi kata orang Melayu tidak suka keluar mengundi? Cuma orang Melayu undi pelbagai parti. Bukan semua undi parti pimpinan Hadi.Seperkara lagi. Kata Hadi sebab sikap tidak ambil peduli orang Melayu (dalam soal politik) kuasa politik negara jatuh kepada orang bukan Islam dan golongan liberal. Hakikatnya kerajaan ketika itu diketuai Dr Mahathir Mohamad, orang Islam. Meskipun DAP (parti berbilang kaum tetapi majoriti Cina) duduk dalam kerajaan Pakatan Harapan ia “dikelilingi” Bersatu dan Amanah kedua dua parti Melayu Islam dan juga PKR yang bermajoriti Melayu.

Apa pun Hadi memuji orang bukan Islam yang katanya “tidak pernah mengetepikan soal politik walaupun bertugas di dalam hutan di Sabah, Sarawak mahu pun di luar negara namun mereka sanggup balik ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Jauh bezanya dengan kita orang Islam.

Pada masa yang sama Hadi menuduh golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara. Kata beliau, golongan yang menguasai ekonomi ialah mereka yang mengejar keuntungan secara haram dan mereka kemudian merosakkan politik kerana mereka sumber atau punca rasuah. Dan kata beliau, majorti mereka ialah orang bukan Islam dan bukan Bumiputera.Sudah tentu kata-kata atau tuduhan seperti itu bukan sahaja akan menguris perasaan golongan bukan Islam, bukan Bumiputera tetapi juga menimbulkan kemarahan.Pastinya juga kata-kata seumpama itu tidak bagus dikeluarkan pemimpin politik yang partinya bakal menghadapi pilihanraya umum dan bercita cita menjadi kerajaan.Tuduhan seperti itu akan membuat golongan bukan Islam menoleh muka daripada partinya. 

Hadi sebagai ahli politik berpengalaman tahu akan ini semua. Mustahil beliau terlepas cakap.Di samping itu, pendirian orang partinya mengenai Bon Odori, Oktoberfest dan terbaharu penganjuran konsert secara bertalu-talu hanya akan membuat golongan bukan Melayu, bukan Islam menolak PAS.Ini bukanlah sesuatu yang baharu.

 Kita tahu PAS amat sukar untuk mendapat sokongan bukan Islam selama ini walaupun ada Kelab Penyokong PAS terdiri daripada ahli bukan Islam, bukan Melayu.Dengan Hadi berkata apa yang beliau kata serta pendirian PAS yang dilihat golongan bukan Islam sebagai tidak menghormati hak mereka dan mencampuri urusan golongan berkenaan adakah PAS khususnya Hadi sebenarnya sudah “putus asa” untuk mendapat undi bukan Islam bukan Melayu?Adakah mereka kini beranggap walau apa pun dibuatnya golongan bukan Islam tetap menolak PAS? Lantas lebih elok dan praktikal untuk PAS menumpu usaha terhadap sokongan orang Melayu Islam.

 Sememangnya itu pun yang mereka lakukan dan sememangnya itu yang logikal untuk mereka.Namun PAS sedar mereka tidak boleh memerintah negara ini bersendirian secara mutlak. Mereka tahu sokongan atau undi semua bangsa dan agama diperlukan. Bukan hanya undi Melayu Islam.Kerana itu, PAS pada 1990 pernah berhubungan dengan Gagasan Rakyat yang komponennya termasuk DAP walaupun PAS duduk dalam Angkatan Perpaduan Ummah dianggotai parti politik Melayu. Dan PAS sekali lagi duduk bersama DAP dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, meskipun PAS boleh bertindak “menyakiti” perasaan golongan bukan Islam kerana yakin mereka mereka boleh “survive” dengan undi Melayu (sebab mendakwa mereka pejuang Islam) mereka tetap perlu mencari teman dalam gabungan politik yang mampu meraih sokongan pengundi bukan Melayu. Untuk dapat undi secara tidak langsung.Tetapi dengan melukai hati golongan bukan Islam dan bukan Melayu, PAS akan menyukarkan kedudukan mana-mana parti dalam apa juga gabungan yang mereka sertai. 

Ini termasuk kedudukan Bersatu dalam Perikatan Nasional dan juga Umno (kerana PAS nampaknya masih berminat bermesra dengan Umno).Ini kerana Bersatu juga Umno masing masing mahu menonjolkan imej “moderate” dan bukan “Islam extreme” supaya PN mahu pun BN boleh menambat hati pengundi bukan Islam dan bukan Melayu melalui rakan kongsi masing-masing dalam gabungan mereka.Cukup sampai disini. Tak nak tulis panjang panjang. Malas. Saya kan orang Melayu?

ISU LCS: UMNO BERGOLAK SINGKIR KLUSTER MAHKAMAH

 

DAHULU KERJA BANTU KELUARGA, HARI INI KELUARGA BANTU ANAK BEKERJA