Pelancaran BERSIH 2.0 Dapat Sambutan Hebat
Amanat Anwar : AMK Siapkan Jentera Hadapi PRU- 13
Ahli AMK Diseru Meriahkan BERSIH 2.0
Wan Azizah Yakin Kekuatan Jentera Parti Bawa Kemenangan Besar Pada PRU-13
SPR Kena Ingat Peranan Mereka-Azmin
SHAH ALAM 19 JUN: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sekali lagi menegur sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat cuba untuk ‘memperdagangkan’ maklumat daftar pemilih terhadap parti-parti politik di samping memalsukan maklumat daftar pemilih.
Katanya, daftar pemilih merupakan perkara asas yang perlu dijaga oleh SPR bagi memastikan pilihan raya berlangsung dengan adil dan bersih.
“Saya menegur SPR kerana peranan mereka untuk menjalankan pilihan raya berjalan dengan adil. Dalam konteks pilihan raya yang bersih dan adil prinsipnya adalah daftar pemilih itu adalah asas. Ini yang menentukan pilihan raya itu berjalan dengan bersih dan adil selain media yang bebas dan sebagainya.
“Kalau perkara asas ini pun ingin dijadikan barang 'dagangan' oleh SPR sedangkan mereka yang perlu memberikan maklumat yang tepat kepada parti-parti politik. Mengapa tidak dilakukan? Dan sekarang pula 'dijual' RM 48,000,” katanya.
Sebelum ini Azmin mendedahkan PKR perlu membayar RM48,000 untuk mendapatkan senarai daftar pemilih untuk pilihan raya Umum ke-13 dalam satu pertemuan dengan Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Bari tiga minggu lalu di Putrajaya.
Menurut beliau lagi, SPR sewajarnya mencontohi sistem yang diamalkan di Turki apabila suruhanjaya pilihan raya di negara itu mengamalkan prinsip ketelusan malah menghantar sendiri maklumat lokasi pembuangan undi kepada para pengundi.
“Saudara tengok di Turki, suruhanjaya pilihan raya menghantar sendiri kepada pengundi di mana mereka akan mengundi kepada setiap rumah supaya rakyat tahu di mana dia mengundi dan pusat pembuangan undi. Mengapa mereka boleh buat tetapi kita tidak?,” soal beliau.
Tambahnya, Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan Julai depan merupakan perkara penting yang perlu dilaksanakan sebagai tuntutan supaya sistem pilihan raya di negara ini dapat dipulihkan.
SPR Malaysia Patut Contohi SPR Turki, Jamin Pilihan Raya Adil
Anwar : SPR Melakukan "Jenayah" Untuk Menangkan Umno-BN
“Cuba andaikan pada PRU 2008, adakah pilihan raya di negara ini diadakan dengan bersih? Hakikatnya SPR telibat dalam penipuan, melakukan jenayah dan langgar prinsip perlembagaan persekutuan," kata Anwar kepada lebih 4,000 perwakilan yang hadir pada konvensyen sehari PKR di Shah Alam.
Menurut Anwar, kalau kerajaan benar-benar mengamalkan ketelusan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugas dengan jujur, Pakatan Rakyat sudah berada di Putrajaya pada tahun 2008.
Namun lantaran amalan pincang dan umpama dicucuk hidung oleh pemerintah, SPR hanya mahu memenangkan parti pemerintah dan meminggirkan suara rakyat, tegas Ketua Umum PKR itu.
Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai ini untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan PRU 13 dikendalikan secara bersih dan adil dengan tumpuan khusus diberi kepada aspek-aspek seperti pembersihan daftar pengundi dan ketelusan undi pos .
Ratusan ribu orang, termasuk aktivis dan penyokong parti pembangkang dijangka menyertai perhimpunan raksaksa itu.
Himpunan itu, seperti pada tahun 2007, bagaimanapun dibantah oleh Umno-BN kerana kononnya akan menggugat keselamatan negara dan menjejaskan pendapatkan penjaja dan pemandu teksi.
Anwar berkata amat penting untuk PKR memberi sokongan penuh kepada Bersih kerana Pakatan Rakyat hanya memerlukan tambahan lima peratus sokongan pengundi untuk gagasan itu menawan Putrajaya pada PRU 13.
Bercakap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Anwar menyatakan tidak mustahil Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya dengan ketekunan dan kerja kuat seluruh jentera parti di segenap peringkat.
" Kalau kita rebut peluang kali ini, kita hanya perlukan lima peratus sahaja. Dari tahun 1999 kita mula, sekarang kita hanya perlukan lima peratus sahaja lagi.
" Tidak perlu fikir,macam mana kalau Anwar ditahan. Ini kerja jahat mereka (Umno). Jangan membazir waktu, fikir apa yang mereka rancang. Bagaimana kita nak menang? Saudara kerja,"kata Anwar dengan penuh semangat dan mendapat tepukan kira-kira 4,000 perwakilan.
Namun Anwar menegaskan sasaran lima peratus itu dengan sendirinya tidak akan bererti jika usaha tidak diambil untuk memastikan SPR mengendalikan pilihanraya secara telus dan bersih dari penipuan.
“Sebab itu bila Datuk Ambiga mahu adakan Bersih 2.0, ia menjadi tanggungjawab kita (untuk menjayakannya)," tegas beliau.
Namun ujarnya jika Perdana Menteri, Najib Razak sanggup memberi jaminan satu pilihan raya yang adil dan bersih, beliau sendiri akan memberitahu Ambiga supaya perhimpunan Bersih 2.0 dibatalkan.
Anwar menegaskan , rakyat tiada pilihan selain turun ke jalanan secara aman untuk memastikan amalan demokrasi dapat direalisasikan di negara ini.
Katanya jika Pakatan Rakyat mahu mentadbir Malaysia, gagasan itu perlu meraih 55 peratus daripada undi bagi mengatasi kemungkinan penyelewengan dan taktik kotor SPR ketika proses pengiraan undi.
Sehingga hari ini, SPR masih lagi dibelenggui dengan senarai daftar “pengundi hantu,” sistem undi pos yang mencurigakan dan pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain tanpa pengetahuan pengundi.
Badan itu juga dituduh menutup mata kepada sogokan wang secara terang-terangan kepada pengundi selain projek-projek segera yang dijanjikan Umno dengan menggunakan duit rakyat, untuk membeli undi.
Anwar menggesa pemimpin PKR melipatgandakan usaha turun pandang, berjumpa dengan pengundi dan akar umbi demi memastikan sokongan mantap untuk parti.
" Tak guna kita ulang (dasar-dasar Buku Jingga), hebat sepertimana pun kita, ia tidak mungkin jamin kejayaan kita kalau kita tidak mampu tembusi penyokong kita,"kata Anwar kepada seluruh perwakilan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
"Parti ini adalah parti yang lahir dari keringat,air mata dan darah. Mana ada parti yang dizalimi seperti ini.
" (Tapi kalau kita perintah), bezanya kita, kita akan buat perubahan,"janji Anwar lagi.
Perwakilan : Rakyat Bawah Dahagakan Perubahan, Akan Buktikan Pada PRU-13
Tidak cukup dengan itu, mereka juga melahikan rasa terkilan apabila dianaktirikan berikutan bangsa yang tidak diiktiraf di negara ini.
Malah menurut perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili masyarakat Orang Asal di Sarawak, Fatimah a/p Bah Sin pemimpin BN pula hanya menjengukkan muka apabila tiba musim pilihan raya.
“Saya sangat rasa terkilan kerana BN yang memerintah, tanah orang Asli semua diceroboh dan pendidikan ditindas. Saya sangat-sangat rasa terkilan. Kami di Malaysia ini dianggap sebagai Bangsa Lain-Lain,” katanya.
Ujarnya, masyarakat Orang Asal kini benar-benar dahagakan perubahan dan mahu Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji yang dilafazkan sekiranya berjaya merampas Putrajaya.
Ibu bertubuh kecil ini juga berjiwa besar apabila mengingatkan bahawa jangan hanya mendekati mereka tatkala pilihan raya namun sesudah itu melepaskan tanggungjawab masing-masing.
“Jika (PR) nak menang dalam PRU yang ke-13 dan seterusnya harus mendekati Orang Asal,” katanya.
Sementara itu, Abun Sui dari Sarawak pula melahirkan kegembiraannya apabila PR dan PKR berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 10 baru-baru ini termasuk di beberapa kawasan pedalaman di negeri itu.
Ini katanya adalah petanda jelas Sarawak bukan lagi simpanan tetap BN dan PKR perlu membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.
Jelasnya, PKR perlu memilih pemimpin yang sesuai dan tidak bersikap seperti katak.
“Saya seru parti pilih calon yang sesuai bagi pilihan raya kali ini. Kita tidak mahu semasa belum jadi wakil rakyat, belum jadi katak tetapi bila sudah jadi wakil rakyat, terus jadi katak,” katanya.
Katanya, rakyat Malaysia sekarang perlukan pemimpin dan wakil rakyat yang mementingkan kebajikan rakyat dan tidak seperti pemimpin BN yang hanya mementingkan nasib dan diri sendiri.
“Rakyat mahu wakil rakyat untuk (jaga kepentingan) rakyat, bukan macam BN wakil rakyat untuk kaya diri sendiri,” katanya.
Wakil masyarakat India, M Elavarasi pula mengutarakan masalah dihadapi mereka dengan memberi tumpuan terhadap kenaikan harga barang serta kemiskinan.
Katanya, masyarakat India terus menjadi masyarakat termiskin di negara ini meskipun lebih 50 tahun BN mentadbir Malaysia dengan parti komponennya, MIC gagal membela nasib masyarakat tersebut.
“Orang India masih menjadi masyarakat yang paling miskin. Jurang pendapatan di antara yang terkaya dan termiskin adalah paling ketara di kalangan orang India. Berbanding masyarakat lain, (orang India) tinggal di estet dengan gaji kurang RM400 sebulan.
“Dengan kenaikan harga barang masyarakat India tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya.
Keadaan itu, jelasnya, mendatangkan kesusahan yang berlipat ganda terhadap masyarakat India.
Sementara isu perkauman pula dibentangkan perwakilan masyarakat Cina, Lee Chean Chung ketika menyampaikan ucapannya dengan harapan masalah itu akan dapat di atasi jika PKR dan PR berjaya mengambilalih pentadibran Putrajaya selepas PRU ke 13 nanti.
Katanya, semangat perkauman masih tebal di kalangan rakyat di negara ini biarpun selepas lebih 50 tahun akibat pentadbiran BN yang berteraskan perkauman.
Tegas beliau, kehadiran PKR tepat pada masanya bagi menyahut seruan rakyat yang inginkan perubahan di dalam pertadbiran negara bagi merubah landskap politik negara.
“Keadilan (PKR) perlu yakin dengan keupayaan kita bagi memiliki suasana baru. PKR pikul tanggungjawab yang berat untuk menentang habis-habisan politik perkauman dan bangkit menentang Umno dan BN,” katanya.
Beliau berkata, semua pemimpin dan anggota PKR memikul peranan besar bagi merealisasikan perubahan itu demi Malaysia yang adil dengan masyarakat majmuk yang tidak lagi dibelenggu dengan isu perkauman.
“Perjuangan sebegini perlu diteruskan supaya akhirnya dapat dicapai segalanya dan yakin jalan yang dirintis PKR untuk menguburkan politik perkauman adalah jalan yang terbaik,” katanya.
Carol Omera Poigi yang mewakili masyarakat Sabah pula menjelaskan angin perubahan dapat dirasai di negeri itu dengan rakyat di sana ketika ini semakin memberi sokongan kepada PKR dan PR.
Katanya, berbanding rakyat Malaysia di negeri lain, rakyat Sabah memang menggunakan peluang sebaiknya di dalam pilihan raya apabila menukar tampuk pemerintahan negeri itu sebanyak lima kali menerusi parti komponen di dalam BN.
Bagaimanapun, jelasnya, keadaan di Sabah ketika ini menunjukkan petanda amat jelas bahawa rakyat negeri itu sudah muak dengan BN dan akan sekali lagi menggunakan kesempatan di dalam pilihan raya bagi menukar kerajaan untuk kali yang ke enam.
“Di mana-manapun di Sabah semua orang bercakap tentang angin perubahan. Tambahan pula Sabah adalah negeri di bawah bayu. Sekarang ini bayu yang bertiup kencang adalah bayu perubahan.
“Kegagalan Barisan Nasional mentadbir negara sehingga merosakkan ekonomi akibat ketagihan merancang pelbagai rasuah menyebabkan rakyat naik muak dengan Barisan Nasional,” katanya.
Katanya, PKR adalah alternatif terbaik bagi rakyat Sabah dan negara ini demi masa depan lebih baik dan terjamin.
Beliau menambah persiapan rapi bagi PRU ke 13 perlu dilakukan dari sekarang dengan terus mendampingi rakyat dan memahami kehendak rakyat.
“Jika PKR berupaya melakukan ini bayu dari Sabah akan bertiup kencang dan Sabah akan menukar kerajaannya buat kali yang ke enam,” katanya.
Konvensyen Pilihanraya Keadilan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini berlangsung meriah dengan lebih 4,000 pemimpin, perwakilan dan anggota PKR dari seluruh negara.
Selain Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Azmin Ali, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution, turut hadir,Bendahari Agung, William Leong Jee Kee serta barisan pemimpin lain seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.
PRU 13 : PKR Tandingi Kerusi Pengundi Campuran, 60 Peratus Calon Sudah Ada
SHAH ALAM 19 JUN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertekad untuk bertanding di semua 97 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti, kata Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Katanya, PKR sudah berbincang bersama-sama PAS, DAP dan bersetuju bahawa kawasan yang mempunyai pengundi campuran, akan ditandingi oleh parti itu.
“Kerusi yang ditandingi oleh PKR (Sebelum ini) mungkin akan bertukar kepada DAP dalam PRU ke 13, saya tidak menolak kemungkinan itu mungkin berlaku,” katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini, hari ini.
Menurut Azmin, keputusan PKR bertanding 97 kerusi telah dipersetujui oleh DAP dan PAS kerana ia merupakan formula yang digunakan pada PRU 2008.
Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, walaupun kerusi campuran kaum ini merupakan satu igauan kepada PKR satu ketika dahulu namun sekarang, ia sudah berubah.
“Kita telah berbincang di peringkat pusat. Dan Keadilan mengambil pendirian untuk terus mewakili kawasan-kawasan campuran dalam PRU akan datang dan kita menegaskan akan terus mempertahankan kerusi-kerusi yang telah dimenangi sebelum ini dan kerusi-kerusi yang belum dimenangi dalam pilihanraya yang lepas,” katanya.
Malah menurut Azmin, PKR juga sudah mengenalpasti 60 peratus calonnya, yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan senarai itu akan dikemukakan kepada kepimpinan pusat dalam tempoh dua minggu untuk keputusan.
Jelasnya, nama-nama itu disenaraipendekkan oleh kepimpinan peringkat negeri untuk diteliti oleh biro politik bulan depan.
Menurut beliau proses perbincangan kerusi-kerusi yang melibatkan parti komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS dan DAP masih berlangsung dan diharapkan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sementara itu Azmin menegaskan semua wakil PKR sama ada ahli parlimen atau Adun di peringkat negeri tidak diberikan jaminan sama ada akan terus kekal pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan kurang disenangi rakyat mungkin digugurkan.
DARI PAHANG SEJAHTERA-PELUANG PR MENAWAN PAHANG CERAH
Mengintai peluang PR di Pahang dalam PRU 13
Melihat kepada fakta angka, mungkin agak sukar meneka apakah Pakatan Rakyat mampu mara ke Wisma Sri Pahang. Namun jika diambil kira terdapat terdapat 21 kerusi Dun yang ada tanah rancangan Felda, peluang nampaknya tidak mustahil. Ini jika dilihat berdasarkan perkembangan baru kesedaran politik para peneroka. Beliau tidak menyentuh tentang undi peneroka. Namun jika diandaikan hanya 5 % sahaja swing undi peneroka daripada PRU 2008, sesuatu kejutan boleh berlaku di negeri ini!
Apatah lagi, kajian badan bebas menunjukkan sokongan kepada PR di kawasan bandar dan pinggir bandar ketika ini melonjak sehingga melampaui 80%.
Di bawah ini saya perturunkan semuanya pandangan Fakhrul Anuar, hatta tanpa mengubah ejaan dan ayat-ayatnya.
Salam. Melihat kpd mood wall ini, semuanya mahukan PAS Pahang bersama Pakatan Rakyat utk memerintah negeri ini selepas PRU-13. Namun elok juga kita melihat sebentar kpd realiti yg bakal dihadapi.
Sehingga kini, pembangkang menguasai 5 kerusi drpd 42 kerusi (BN 37 kerusi). Utk melayakkan PR menerajui Pahang secara kemenangan majoriti mudah (simple majoriti), PR perlukan sekurang2nya 22 kerusi. Utk tujuan itu, PR mesti mempertahankan 5 kerusi yg telah dimenangi semasa PRU-12 (2 PAS, 2 DAP & 1 Bebas) iaitu di N12 Beserah (maj 1541), N32 Kuala Semantan (maj 932), N7 Tras (maj 2451), N38 Triang (maj 2469) dan N1 Tanah Rata (maj 575-Bebas). Masih berbaki 17 kerusi lagi.
Di mana peluang utk menang boleh diperolehi secara analisa kalkulatif sebegini? Pertamanya ianya boleh difokuskan kpd 7 kerusi yg dimenangi BN dgn majoriti kurang dr 1000 undi iaitu di 3 DUN majoriti pengundi Melayu iaitu N16 Inderapura (maj 873), N15 Tg Lumpur (maj 496), N29 Jengka (maj 596) dan di 4 DUN pengundi majoriti atau signifikan bkn Melayu di N14 Teruntum (maj 293), N10 Damak (maj 509), N34 Ketari (maj 882) & N35 Sabai (maj 145-India).
Seterusnya fokus perlu diberikan kpd 8 kerusi maj antara 1000-1500 terdpt di 5 kwsn maj Melayu (lebih 70%) iaitu N24 Luit (maj 1068), N3 Pdg Tengku (maj 1188), N9 Tahan (maj 1357), N19 Panching (maj 1441), N27 Jenderak (maj 1374) dan di 3 lagi kwsn pengundi bercampur iaitu di N33 Bilut (maj 1108), N4 Cheka (maj 1280), N5 Benta (maj 1358).
Ini bermakna masih short 2 kerusi utk majoriti mudah. Dimana lagi peluang utk menang? Wajar utk dimantapkan jentera di N28 Kerdau (maj 1615), N37 Guai (maj 1941) dan 2 kwns pengundi bercampur iaitu di N13 Semambu (maj 2136) & N30 Mentakab (maj 2439).
PAS mesti berupaya utk mendapatkan sokongan Melayu dan pengundi atas pagar perlu beralih dr menyokong UMNO secara signifikan peratusannya.
Berdasarkan parti, utk menang simple maj, 22 kerusi tersebut bakal diwakili PAS 9 kerusi, DAP 8 kerusi dan PKR 5 kerusi. Banyak faktor jg perlu diambilkira termasuk faktor calon yg berkredibiliti utk diketengahkan. Dan PAS perlu melipatgandakan usaha n memperkemaskan jentera utk memenangi hati pengundi Melayu. Usaha dakwah n tarbiah juga mesti menjadi asas utama. Kemungkinan kerajaan campuran spt yg pernah berlaku di Perak juga tidak boleh ditolak.
SPR Perlu Hormati Hak Berhimpuan Rakyat - GAMIS
Penduduk Kg. Kok Doh : Terima Kasih Kerajaan Selangor
SELAYANG 18 JUN : Sejumlah 84 keluarga peneroka bandar Kampung Kok Doh gembira dengan usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor mengambil langkah merancang pembinaan projek perumahan bagi menggantikan penempatan setinggan yang didiami seramai 1,200 peneroka bandar.
Antara penerima saguhati, Kanan a/l Nagalingam menyifatkan kerajaan negeri lain tidak mampu untuk melakukan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor yang terus-terusan membantu rakyat tanpa mengira kaum.
"Kita sangat gembira kerana selama 30 tahun kita sudah tinggal di kawasan setinggan ini dan pada tahun depan kita akan dapat rumah yang baru (semi-d), memang di negeri lain tak akan dapat seperti yang dilakukan kerajaan negeri Selangor,"katanya.
Kampung Kok Doh terletak bersebelahan Kampung Bukit Botak dan merupakan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor.
Projek Bukit Botak yang sedang dibina kini turut melibatkan kawasan perumahan Kampung Kok Doh.
Justeru itu, kerajaan negeri telah menyalurkan saguhati pemindahan dan bantuan perumahan kepada 84 keluarga di kampung berkenaan yang terkesan akibat pembangunan projek Bukit Botak.
Malah mereka juga ditawarkan bantuan pembelian rumah, bergantung kepada kelayakan masing-masing.
Menurut Selvam a/l Mahamuni, beliau bersyukur dengan pemerintahan kerajaan pada hari ini yang mengotakan setiap apa yang dijanjikan.
"Usaha kerajaan ini baguslah sebab sebelum ni saya pernah kena tipu dan langsung tidak dapat rumah. Kerajaan baru ini terus sediakan rumah dan turut memberi wang pampasan, kira baguslah negeri Selangor,"katanya.
Bagi Chan Ah Yoi pula, beliau sudah tidak mempercayai kerajaan terdahulu (BN) kerana sering menipu dan menindas rakyat terutama yang miskin.
"Kerajaan dulu banyak cakap tapi tak buat apa-apa tapi kerajaan memerintah sekarang menunaikan apa yang telah dijanjikan,"katanya.
Hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan saguhati berjumlah keseluruhan RM 483,800 pada satu majlis penyampaian cek di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang tengahari tadi.
Selangor Mantap Institusi Pendidikan, Capai Visi Negeri Idaman
SHAH ALAM 18 JUN : Kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha menjadikan negeri ini sebagai hab ilmuan atau pendidikan untuk mencapai visi menjadi sebuah negeri idaman, maju, sejahtera serta berkebajikan.
Justeru penganjuran Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 pada 26 Jun nanti adalah inisiatif serta langkah kritikal kerajaan negeri bagi memastikan ilmu itu dimartabatkan di tahap tertinggi.
Dalam satu tembubual eksklusif krew TV Selangor dan Selangor Kini bersama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, beliau menjelaskan Hari Ilmu Selangor yang dianjurkan sejak tahun lepas menerima sambutan menggalakkan malah berjaya mengumpulkan kira-kira 15,271 pembaca berdaftar menerusi program Gerakan Membaca Perdana.
"Tahun ini kita melangkah satu tahap ke hadapan di mana kita berjaya mencetuskan budaya membaca sedikit sebanyak di kalangan rakyat Selangor. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kita memerlukan bahan bacaan untuk dibaca dan bahan-bahan itu bercirikan tempatan. Kita mahu rakyat di Selangor dan Malaysia menulis supaya hasil karya mereka ini boleh memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan Malaysia amnya,"katanya.
Beliau berkata, antara program yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah Perhimpunan dan Konvensyen Penulis, kempen 15 minit "Reading Break" atau "Reading Hour" dan Pesta Buku Selangor bermula 24 Jun sehingga 3 Julai.
Dr Halimah berkata, kempen 15 minit Reading Break itu memperuntukkan semua rakyat Selangor termasuk pimpinan tertinggi untuk berhenti membaca secara serentak.
Katanya, kempen yang akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun itu akan memberi impak khususnya kepada kanak-kanak dan remaja untuk memupuk minat membaca sama ada bahan ilmiah, buku cerita dan sebagainya.
"Kempen untuk membaca itu diadakan di peringkat negeri Selangor. Jadi kita mengharap ia dilakukan secara berterusan di seluruh daerah cuma mungkin di lain-lain waktu. Kita ada 94 buah perpustakaan seluruh Selangor.
"Kita mahu semua perpustakaan ini menjadi nadi sehingga boleh mencetuskan bacathon. Perpustakaan ini akan menjadi nadi kempen membaca sepanjang tahun,"ujar Halimah.
Menyentuh mengenai konvensyen penulis yang merupakan salah satu agenda dalam program Hari Ilmu nanti, Dr Halimah menjelaskan ia bakal mengumpul dan mempertemukan penulis-penulis dari pelbagai peringkat seperti penulis buku profesional mahupun amatur, kolumnis, penulis bebas, penulis buku teks dan bloggers.
Penulis dicadang mengemukakan esei "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan berkebajikan bagi penghasilan Buku Mega Perdana yang merupaka kesinambungan Gerakan Menulis Perdana yang dilancarkan tahun lalu.
"Konsepnya adalah kita memberi satu ruang untuk bertemu dan berbincang sebagai penulis. Kita akan adakan dialog bersama pimpinan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri di mana mereka boleh mengetahui cara mempertingkatkan mutu penulisan, mempergiatkan penulisan dan mencetuskan minat di kalangan orang muda,"ujar beliau lagi.
Di samping itu, Dr Halimah turut menegaskan kerajaan negeri Selangor di bawah Exco Pembangunan Modal Insan sentiasa memandang penulis sebagai aset penting yang berupaya mentransformasikan masyarakat berikutan idea penulisan yang dilontarkan mengandungi pengajaran serta nilai murni.
"Kita beri peluang pada penulis untuk luahkan apa masalah, mungkin tidak dihargai atau dipingirkan. Hasil daripada itu nanti kita akan cadangkan pada kerajaan negeri nanti untuk mendengar dan mempertimbangkan hasrat daripada penulis. Kita nak dengar luahan hati penulis kerana belum pernah lagi kerajaan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan masalah mereka,"katanya.
Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 akan dirasmikan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 26 Jun nanti dan dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Dr Tan : Siapa Biaya Pertunangan Anak PM?
PETALING JAYA 18 JUN : Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.
Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.
Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.
Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.
“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.
Beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.
“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya kepada Malaysiakini.
Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.
Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.
Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.