5000 HANYA 529 YAMG LAPOR DIRI.

 

CnP


Sangat menyedihkan. 5000 slot KKM offer doktor pelatih, hanya 529 orang sahaja yang melapor diri.






Teringat zaman saya mula-mula jadi doktor pelatih dulu, semua berebut-rebut nak pegi. Waktu tu semua dah tak kisah dapat mana. Yang penting dapat tempat. 


Dulu doktor baru semua rasa secure. Sebab masuk kerja je memang dah tau akan dapat permanent job. Tak ada istilah contract untuk doktor di Malaysia. 


Sebab tu, saya salah seorang yang follow the flow je proses housemanship ni. Pernah je rasa nak quit waktu housmanship sebab tak tahan sangat dah. 


Tapi tiap kali rasa nak quit, mesti akan terfikir kalau dah quit nanti, siapa nak bayar biasiswa. Dah lah duit tak ada, housmanship tak habis, pastu kena bayar balik pulak biasiswa. Alahai.


Telan jelah. Pahit pun pahit lah. Setiap hari datang kerja rasa macam nightmare. Alhamdulillah masih jadi manusia sampai sekarang walaupun pernah kena marah, tengking, buli etc.


Tapi saya tau, doktor-doktor sekarang bukan macam kami dulu. Walaupun dah grad dari medical school, mereka belum tentu akan dapat pekerjaan tetap di negara sendiri macam zaman kami dulu.


Dari segi gaji permulaan juga, kalau nak compare, gaji mereka lebih rendah dari zaman kami mula-mula kerja dulu.


Bila doktor-doktor muda mengeluh gaji mereka tak setimpal, saya cuba elakkan dari kata “during my time”. Saya paling anti bila orang-orang veteran ni tak habis nak compare masa dia dulu dengan generasi baru.


Zaman dulu dah berakhir. Cukup-cukuplah nak compare. Dulu situasi kita berbeza. Cukuplah jadi toxic kepada generasi baru. 


Dulu niat nak jadi doktor untuk berkhidmat kepada masyarakat. Lama-kelamaan rasa itu menjadi berubah kepada untuk survive sahaja. 


Orang di luar sana mudah kata kerja doktor ni kena berkhidmat kepada masyarakat semata.


At the end of the day, mana ada orang bekerja hanya semata-mata berkhidmat tanpa mendapat bayaran setimpal. Tak perlulah menipu diri sendiri. 


Bila saya tengok jumlah 529 orang sahaja yang melapor diri, dalam hati kata “RIP KKM”. 


Itu baru jumlah melapor diri. Bayangkan dengan short houseman di hospital, berapa ramai yang akan quit di pertengahan jalan.


And yes, RIP KKM….


Unless permanent job dikembalikan. 

Pilihan pencen dikembalikan. 

Naikkan gaji dan oncall dengan bayaran setimpal.


Itu je sebenarnya.



Bantuan Kemanusiaan Malaysia Ke Gaza Adalah Sedekah Jariah – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis ramah mesra dan menaik taraf Masjid Ar-Rashid, Tambun pada 4 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

IPOH, 5 Apr – Penghantaran Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, disifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sedekah jariah bagi membantu rakyat wilayah itu yang sedang mengharungi kesusahan, termasuk kebuluran.

Perdana Menteri berkata, bantuan yang turut merangkumi bekalan ubat-ubatan itu tetap diberikan walaupun Malaysia tidak ketinggalan mendapat tempias kesan terhadap ekonomi susulan konflik di Asia Barat.

Malah, katanya, beliau menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi yang menganggap Malaysia sebagai sahabat, supaya tolong membuka laluan bagi membolehkan kontena bantuan terbabit dibawa ke Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis ramah mesra dan menaik taraf Masjid Ar-Rashid, Tambun pada 4 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ada orang dok (asyik) main (isu): Oh, Anwar ini telefon saja… kalau tidak telefon, kita tidak boleh lepas untuk ke Rafah.

“Saya kena menelefon Presiden Abdel Fatah el-Sisi yang menganggap kita sebagai sahabat, minta tolong buka laluan untuk 30 kontena itu.

“Orang sana (Gaza) kebuluran, masih kita tolong. Maknanya dalam kita susah pun, kita cuba membantu orang yang lebih susah daripada kita. Semangat ini harus ada memandangkan ia sedekah jariah dan bukan orang kaya saja yang bagi sedekah,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis ramah mesra dan menaik taraf Masjid Ar-Rashid, Tambun pada 4 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra MADANI Taman Perpaduan Koperasi, Tambun, di pekarangan Masjid Ar- Rashid, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Anwar menjelaskan bahawa selain pendekatan berjimat cermat oleh kerajaan dalam menghadapi impak konflik di Asia Barat, beliau mahu menunjukkan contoh terpuji dengan tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun sejak tiga tahun lalu memandangkan ekonomi negara masih dalam proses pemulihan.

“Gaji Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun sudah tiga tahun saya tidak ambil. Saya fikir kalau ekonomi sudah baik, maka saya hendak ambillah balik sebab orang lain semua dapat gaji… tetapi ekonomi tak elok pula sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis ramah mesra dan menaik taraf Masjid Ar-Rashid, Tambun pada 4 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tidak mengapa, saya tidak miskin kerana saya datang ke sini dengan kapal terbang kerajaan, kereta kerajaan… Jadi saya tak susah, namun saya kena beritahu kawan-kawan saya supaya berjimat,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, pendiriannya tidak mengambil gaji Perdana Menteri dan Ahli Parlimen bukan satu ketetapan yang harus diikuti pemimpin kerajaan lain seperti Menteri Besar memandangkan ia adalah hak masing-masing, selagi perkara haram seperti mencuri kekayaan atau rasuah dihindari.

“Ada orang lain pula kata kalau Perdana Menteri tidak mengambil gaji, maka fasal apa Menteri Besar ambil gaji… ini pun hujahnya tidak betul sebab itu (gaji) adalah hak dia. Yang kita tidak mahu bagi ialah curi dan rasuah,” katanya.



Seorang Anak Daim Hadir Ke SPRM Beri Keterangan

 


Kenderaan SUV yang membawa anak perempuan Tun Daim Zainuddin, Asnida tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 6 April 2026. Foto Faisol Mustafa

PUTRAJAYA, 6 Apr – Seorang daripada empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi ini.

Setakat jam 9.50 pagi, Asnida tiba dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) ditemani peguamnya.

Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin belum tiba di ibu pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah itu.

Netizen meminta agar semua pihak membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan empat anak Daim yang notis terhadap mereka dikeluarkan pada 27 Februari 2026 berhubung perkara itu.

Media sebelum ini melaporkan, Notis Kesan Individu dikeluarkan ke atas empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang diserahkan SPRM berkaitan pengisytiharan aset.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Menurut SPRM, notis itu dikeluarkan selepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi keempat-empat mereka tidak berjaya, setakat 26 Februari lalu.

SPRM dipetik berkata, pihak peguam sebelum ini memaklumkan bahawa anak guam mereka berada di luar negara dan mereka juga menghadapi masalah untuk berhubung.

Fitnah: MP Masjid Tanah Setuju Bayar Ganti Rugi RM50,000 Kepada Mara

 


Asyraf Wajdi Dusuki bersama barisan peguam Mara yang diketuai Adnan Seman selepas prosiding kes membabitkan Mara dengan Mas Ermieyati Samsudin. Foto Facebook

MELAKA, 6 Apr – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin setuju membayar ganti rugi RM50,000 kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu penyelesaian kes saman.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki berkata Mahkamah Tinggi Melaka hari ini merekodkan penghakiman persetujuan itu.

Asyraf berkata Mas Ermieyati selaku defendan mengakui telah mengeluarkan kenyataan tidak benar dan berunsur fitnah terhadap beliau serta Mara menerusi penghakiman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Isa Aziz Ibrahim.

Mas Ermieyati Samsudin hadir pada prosiding di mahkamah pada 6 April 2026.

Katanya, Mas Ermieyati juga bersetuju memohon maaf secara bertulis, menarik balik dan memadam semua hantaran video di semua platform media sosial miliknya.

“Semoga ini menjadi pengajaran berguna kepada semua supaya lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menghancurkan reputasi individu serta institusi,” katanya di Facebook.

Pada Mei tahun lalu, Mas Ermieyati didakwa menuduh Asyraf membazirkan dana Mara melalui lawatan tidak rasmi ke institusi di bawah agensi itu.

Beliau juga didakwa membangkitkan isu pemotongan program hafazan serta mendakwa Mara tidak lagi membiayai pelajar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Asyraf menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan memfailkan saman terhadap Mas Ermieyati kerana didakwa memfitnah Mara.



Fitnah: Pemilik Facebook ‘N13 Kuang’ Mengaku Fahmi Fadzil Tak Beri Ucapan Politik

 



Fahmi Fadzil (kanan) memfailkan saman fitnah terhadap pemilik akaun Facebook “N13 Kuang” Mohd Fauzan Madzlan pada 2023 berhubung dakwaan kononnya Menteri Komunikasi itu menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

KUALA LUMPUR, 6 April – Kes saman fitnah yang difailkan Datuk Fahmi Fadzil terhadap pemilik akaun Facebook “N13 Kuang” Mohd Fauzan Madzlan pada 2023 berhubung dakwaan kononnya Menteri Komunikasi itu menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Peguam Fahri Azzat yang mewakili Fahmi, memaklumkan kepada Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian dan telah bersetuju dengan penghakiman persetujuan.

Perkara berkenaan disahkan oleh peguam Mohammed Zamri Ibrahim yang mewakili Mohd Fauzan selaku defendan.

Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan termasuk Papagomo telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa plaintif menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya.

Hakim Ahmad Mohzanuddin kemudian merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman itu.

Sementara itu, semasa sidang media, peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang turut mewakili Fahmi berkata dalam perintah penghakiman persetujuan itu, dua perkara telah dipersetujui.

Defendan kesal kiriman Facebook 

“Defendan berasa kesal di atas hantaran Facebook bertarikh 31 Julai 2023 yang mengulas isu berkenaan, yang menjadi subjek kepada kes hari ini. Jadi dua perkara utama iaitu pertama defendan mengakui bahawa ucapan YB Fahmi bukan kempen politik dan bukan ucapan berbaur politik.

“Kedua, defendan berasa kesal terhadap sebarang salah faham yang timbul akibat kenyataan yang dikeluarkan di Facebook “N13 Kuang”, yang menjadi subjek kes ini. Defendan juga dengan seikhlas hati menyatakan bahawa ucapan Fahmi pada 30 Julai 2023 di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, Selangor, semasa tempoh Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15, bukan satu kempen politik ataupun ucapan berbaur politik,” kata peguam itu.

Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil berkata meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, parti itu tetap berdiri teguh hasil daripada keutuhan prinsip dan kekuatan perjuangan yang tidak pernah padam. Foto Azman Abidin

Dalam pada itu, Fahmi ketika ditemui media menghargai pengakuan Mohd Fauzan serta persetujuan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan dengan cara baik.

“Pengesahan beliau (Mohd Fauzan) itu amat saya hargai dan saya tunggu bersama dengan pasukan peguam sama ada dua kes seterusnya akan diteruskan atau tidak,” katanya.

Fahmi turut fail saman terhadap Ahmad Dusuki, Papagomo

Selain Mohd Fauzan, Fahmi juga memfailkan saman terhadap penceramah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani serta Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai “Papagomo” berhubung isu sama.

Berdasarkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 September 2023, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai 2023, manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos tahun sama.

Beliau berkata, kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.




HIMPUNAN GAGAL ANJURAN PEMBANGKANG TIADA SAMBUTAN RAKYAT BIJAK MENILAI USAHA PMX!


 

Tun M sudah tahu PN tak boleh berjaya


 

Petronas Untung Dari Konflik Asia Barat? Kenapa Tidak Tolong Rakyat? | ZRA STRIM TERBARU


 

MACAMANA NAK DAPATKAN PENGUNDI MELAYU ??


 

Kalau James Chai Hanya Saksi, Kenapa Perlu Ditekan Begini?


 

MAKAN GAJI BUTA....Tiada kuasa baru ingat penyatuan Melayu, dah ada kuasa semua ke ‘laut’


 

Tiada kuasa baru ingat penyatuan Melayu, dah ada kuasa semua ke ‘laut’

Orang ramai dilihat menempelak sikap pembangkang yang galak mencanangkan agenda penyatuan Melayu sehingga mengadakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 Himpunan Alam Melayu di Terengganu, kelmarin.

Reaksi umum itu terpapar dalam hantaran Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa yang turut berkongsikan beberapa gambar semasa program tersebut berlangsung.

Terdahulu, Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional menyifatkan himpunan berkenaan sebagai “usaha berterusan melebarkan Muafakat dan Penyatuan”.

“Satu-satunya senjata kekuatan ummah adalah penyatuan. Jangan jemu memperjuangkannya, insya-Allah,” kata bekas Timbalan Presiden Bersatu yang dipecat itu lagi.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menyindir dan mengkritik penganjuran program terbabit selain mempersoal ketidakhadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin.

“Masa tak ada kuasa mulalah ingat penyatuan Melayu bagai, dah ada kuasa dok tempat tinggi, erm… semua ke ‘laut’.

“Presiden Bersatu tak nampak, nampak bekas Ahli Bersatu,” demikan antara kata netizen.

Dalam masa sama, ada turut melontarkan reaksi sinis melihatkan penampilan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang lazimnya mengenakan serban.

“Amboi Ayah Cik.. sejak berkawan dengann Nuar, dah tak pakai serban ko?,” kata Najmi Razak.

Penampilan sebahagian pemimpin pembangkang dalam program itu yang didapati mengalami masalah berat badan berlebihan turut menarik perhatian warganet.

Pengguna Facebook, Nik Rizal Nik Yusoff mengaitkan dengan gejala obes berikutan kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) yang dilihat melebihi daripada sepatutnya.

“Kalau betul susah, tak cukup makan… BMI bawah 20,” katanya.


APA PUNYA TAK DK AKAI....TAK DA TEMPAT LAIN KAH NAK TUNJUK TERROR. KIOK


 

‘Memalukan dan bahayakan nyawa’, Anthony Loke arah gempur Lapangan Terbang Kota Bharu

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, meluahkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan sekumpulan “mat rempit” yang menjadikan kawasan hadapan terminal baharu Lapangan Terbang Kota Bharu sebagai lokasi aksi berbahaya.

Dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi, beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang bukan sahaja menyedihkan, malah “sangat memalukan”.

“Berita ini bukan sahaja menyedihkan tetapi sangat memalukan,” tegasnya.



Beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan telah membelanjakan hampir RM450 juta untuk menaiktaraf lapangan terbang tersebut.

Menurutnya, pelaburan besar itu bertujuan meningkatkan kesalinghubungan udara di Kelantan, merangsang pembangunan sosioekonomi, serta menarik lebih ramai pelancong ke negeri berkenaan.

Namun, tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan penunggan motosikal terbabit dilihat mencemarkan imej serta menjejaskan usaha pembangunan yang sedang diusahakan kerajaan.

Dalam masa sama, Loke turut menegaskan bahawa aktiviti merempit di kawasan awam seperti lapangan terbang bukan sahaja mengganggu ketenteraman, malah mengundang risiko besar kepada keselamatan pengguna.

“Kelakuan golongan mat rempit ini membahayakan nyawa orang ramai malah boleh dikatakan sebagai tindakan sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di kawasan tersebut.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melakukan kesalahan.


“Sesiapa yang berani merempit di depan airport akan disita terus motosikal mereka,” tegas Ahli Parlimen Seremban itu lagi..

Dalam masa sama, beliau turut meminta pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk memperketatkan kawalan laluan masuk dan keluar ke bangunan terminal bagi mengekang kejadian serupa daripada berulang.

Langkah itu dilihat sebagai pendekatan dua hala iaitu penguatkuasaan tegas oleh pihak berkuasa serta penambahbaikan sistem keselamatan oleh pengurusan lapangan terbang bagi memastikan keselamatan awam terus terjamin dan imej negara tidak tercalar.


Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi nelayan, kebajikan jadi keutamaan


 


Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan komitmennya untuk meneliti penambahbaikan mekanisme subsidi nelayan secara berperingkat, dengan kebajikan golongan itu kekal sebagai keutamaan.

KPKM menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memaklumkan pihaknya memahami kebimbangan serta cabaran yang dihadapi nelayan, khususnya berkaitan isu kuota subsidi bahan api yang menetapkan had 50 liter sehari bagi vesel Zon A.

Menurut LKIM, skim subsidi diesel dan petrol nelayan yang diperkenalkan sejak 2006 bertujuan untuk meringankan sebahagian kos operasi penangkapan ikan, dan bukannya menanggung keseluruhan kos tersebut.

“Dalam masa yang sama, penetapan kuota turut mengambil kira aspek kawalan, ketelusan serta kedudukan kewangan Kerajaan agar bantuan dapat disalurkan secara mampan dan berkesan,” menurut kenyataan LKIM hari ini.

Selain itu, kerajaan turut mengambil maklum perubahan semasa dalam industri perikanan, termasuk perkembangan teknologi vesel serta peningkatan penggunaan kuasa enjin yang memberi kesan kepada penggunaan bahan api.

Sehubungan itu, LKIM menyatakan bahawa sebarang cadangan untuk menambah baik kadar atau mekanisme subsidi akan diteliti dengan mengambil kira keseimbangan antara kebajikan nelayan dan keupayaan kewangan negara.

LKIM turut menyeru nelayan serta rakyat agar memahami cabaran global semasa, termasuk krisis tenaga dunia yang memberi kesan langsung kepada harga bahan api dan kos operasi.

“Kerajaan kekal komited untuk mencari keseimbangan terbaik antara membantu nelayan dan memastikan kestabilan kewangan negara terus terpelihara,” jelas kenyataan itu lagi.

Pada masa ini, nelayan menikmati pelbagai bentuk bantuan termasuk subsidi bahan api pada kadar RM1.65 seliter bagi Zon A, B dan C.

Nelayan juga memperoleh kuota 70 juta liter diesel sebulan selain elaun sara hidup serta insentif tangkapan ikan.


Akhirnya kapal Petronas berjaya lepasi Selat Hormuz, rakyat Malaysia berdebar menanti


 


Sebuah kapal tangki milik Petronas dilaporkan sudah berjaya melepasi Selat Hormuz dengan membawa 1 juta tong minyak ke Pengerang Integrated Petroleum Complex di Johor.

Difahamkan, Ocean Thunder adalah kapal pertama daripada tujuh kapal Malaysia yang diberi keizinan untuk melalui selat itu atas sebab diplomasi.

Pengerang adalah antara pusat penapisan dan petrokimia paling penting di Malaysia dengan kapasiti dan peranannya  yang besar.

Jika pada pertengahan April ini bekalan berjaya sampai ke Malaysia, kesannya mungkin boleh dirasai dari industri, ke ekonomi, sehingga ke kos sara hidup rakyat.

Sebelum ini Iran bertindak menutup Selat Hormuz – laluan yang mengendalikan kira-kira 20% aliran minyak dan gas asli cecair (LNG) global – sebagai reaksi terhadap serangan udara Amerika Syarikat dan Israel pada akhir Februari lalu.

Bagaimanapun, negara itu kemudian memberi kelonggaran dengan membenarkan kapal-kapal bukan musuh untuk meneruskan pelayaran.

Rakyat Malaysia gembira dengan perkembangan terbaharu ini dan menantikan perkembangan lanjut sama ada bekalan tersebut berjaya tiba seperti dijadualkan atau tidak.

Kerajaan Malaysia telah dimaklumkan oleh Iran sebelum ini bahawa kapal Malaysia tidak akan dikenakan caj tol.

Pemilik kapal negara lain yang diberikan laluan, dikenakan bayaran sehingga AS$2 juta (RM8 juta).



"CAKAP MACAM TAK ADA OTAK" ! LOKMAN SEKOLAH HAMZAH !


 

Protes bantah harga minyak oleh pembangkang tiada sambutan


 

BERITA BURUK BUAT PAKAR DOA LAKNAT MP JASIN PAS! SAMAN KERENA MEMFITNAH YB FADHLINA!


 

KATA TAK CLEAN UP! "MASA KAMU JADI MENTERI APA YANG KAMU LAKUKAN! MESEJ PADU DARI PADA MR PRESIDEN!


 

KEH KEH KEH....


 



APABILA MALAS MERUJUK DAN MALAS MEMBACA.

 

Syam Ghaz



Nasir Seligi. Inilah mentaliti pentaksub Pas di Kelantan aka Walaun.








Siapa kata tak terkesan, satu dunia terkesan. Tapi lebih Malaysia ni kerajaan lebih cekap urus krisis tenaga hingga diakui oleh badan antarabangsa spt JP Morgan.


Malaysia urus ekonomi dan krisis tak macam 4 negeri pembangkang tadbir. 


Cuma pengikut Pas spt kamu bukan nak bantu sama sama, tapi duk riuh tak habis habis.


90% penguna kenderaan di Malaysia guna Petrol Ron 95, data tepat kerajaan dapat bila Kerajaan perkenalkan Budi Madani 95, guna IC.


10% pengguna diesel termasuk saya, terima RM300/bulan.


Untuk Diesel kita jauh lebih murah, untuk kenderaan awam harga Diesel cuma RM1.88 per liter dan untuk kenderaan pengangkutan darat cuma RM2.15 per liter.


Bab royalti usah tanya sayalah, tanya balik Yb2 Pas terutamanya 18 orang YB pas yang jadi Duta, Menteri, Timbalan Menteri dan bakinya jadi Pengerusi Glc.


Masa jadi Kerajaan 33 bulan makan gaji buta ja, tak selesaikan habis tuntutan royalti Kelantan. 


Yang Kelantan dapat ratus juta sekarang, hasil Kerajaan PH1.0 bagi start tahun 2019 masuk terus ke akaun kerajaan Negeri.


Pentaksub Pas totok mana faham semua benda ni.